Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Happy 1st Birthday to Raihana

Lama betul daku tak menjengah ke dunia blogging ni. Bukan dah pencen tapi komitmen banyak bebeno sampai rasa cam xde mood sangat nak update blog. Tapi ku selalu update kot instagram jele..lagi senang kan.

Hari ni genaplah setahun usia cinta hati kami, Mya Zara Raihana. Tahun lalu si comel ni kulahirkan secara pembedahan di KPJ Perdana, Kota Bharu tepat pada pukul 10.59am, 29.03.12.






Kini sayang dah setahun, dah pandai berjalan dan skarang mulut nya cukup pandai bebel dan mengajuk cakap kami. Gaya macam nak join orang dewasa bersembang.



Cepatkan masa berlalu. Tapi ku tak serik lagi untuk pregnant  erk...walau diduga alahan teramat teruk tapi amatlah berbaloi kerana dikurniakan anak yang comel dan bijak. Oh yer dia suka menulis...opss raihana tak kidal macam umi..huhu...

Ape pon..umi and abi wish you Happy 1st Birthday dan semoga menjadi seorang anak solehah dan bijak dan berguna di masa hadapan.Insha'Allah.


Salam love from Abi and Ummi....Muahsss...

Sunday, January 27, 2013

Medela Freestyle Spare Part

Dalam duk cari cari medela freestyle spare part, aku terjumpa satu iklan ni  RM90 include postage. Wah murah cz harga yang kebanyakan aku jumpa RM129 exclude postage. Ape lagi aku terus sms dan booked. Lusa nya barang sampai. Yahoo.. very efficient service.


parcel received
 

Yahoo....suka suka....murah dan berbaloi

Saturday, January 26, 2013

Kiss Ummi

Sayang ummi...Muahsss.

i love you sayang

Wednesday, December 19, 2012

Raihana Admitted at Pantai Hospital

Sabtu lepas ada appoinment dengan Dr Azam, paed kat hospital pantai bangsar. Actually untuk follow up selsema my sayang je. Malas asek kasi ubat je sian kat dia so paed mesti ade cara terbaik untuk atasi masalah anakku yang batuk teruk and selsema.

So bila Dr Azam bagitau better we admit and give her nebulizer for one or two days and see the progress. Normally baby will react positively.


Register untuk pilih bilik. 


So kami bersetuju untuk warded my daughter. So berkampungla kami. Admit sabtu tengah hari kul 11. Tapi pukul 5 kami mintak cabuttt balik cz nak amek barang2. So kami prepared pakaian untuk stay sana sampai isnin. Chewaahh stay sana dah macam hotel plak dah . Si kecik tu kemain suka duk dalam katil berpagar. Lompat sana sini dan asyik explore je .




Nyum...saya boleh makan ke ni sume ummi?

Taram..tayang tag


Sempat lagi explore hp daku

Then bermula lah episod nebulizer pertama untuknya. Fuhhhh nanges sepanjang masa setiap kali kasi benda ni. Sampai dia tengok nurse tu pon dia nanges. Fobia kot. Sbenarnya dia takutkan asap tu.

Tido kepenatan

Sebenarnya lagi kuat dia nangis lagi bagus sebab lagi cepat ubat tu masuk dalam paru- paru. Dannn resultnya malam tu aku langsung tak dengar my sayang tu batuk. Hehe aku tdo sekatil ngan raihana. Hehhe muat okeh walau kaki xleh diluruskan. Janji anak ku selesa. As usual aku tak de bawak botol susu cz memang kasi direct feeding. Nak kasi dia cepat sembuh dengan cepat.

Hurm sambung next entry plak citer lain. Saya nak beradu kejap.






Thursday, December 13, 2012

Raihana Demam

Dah masuk 8 bulan setengah baru dia demam. Last week cirit birit tapi tak stop just berkurangan. Makan ubat dah ok sket tapi 3 hari lepas en abi bawak g clinic terus refer hospital. So tak pikir panjang en abi bawak raihana with adik nya ke opis dan kami terus ke hospital pantai. Bajet nakg Prince Court tapi en abi kata takut jem huhu. Melepasss nak merasa ke sana.



Kami lunch dulu dan register. Memandangkan kami sampai 1.30pm so kena tunggu cz doctor ada pukul 2.30pm. Sementara tu aku dan Raihana lepak di nursing room. Selesa sangat-sangat dan aku siap charge iphone ku kat sana..hehe biasala guna 3G cepat pulak abis bateri.

Possing macam biasa, Raihana pon macam dah tau dia kena pose...


en abi masuk skali...hehe 


Happy pulak..tadi nanges.


Masa untuk bermain...Wah seronot kemain lagi dia..Tak macam sakit pulak ku tengok.


Tett..dah 2.30, nurse panggil untuk timbang berat dan ukur tinggi. Tapi just dapat timbang berat sebab dia meronta. Takut kot. So berat dah turun dari 7.3kg kepada 7.1kg. Sian anak ummi.

Raihana baby ke3 jumpa paed ni. Oh ye kami pilih Dr Azam di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hurm comel je room dia.. Dah nama pon paed kan. Yang penting Raihana tak nangis bila first time see him malah sibuk tatau nak pilih toys mana satu sampai abis jatuh teddy bear atas sofa kami duduk tu.aishh..excited kot nak explore.

Doc cakap bukan Rotavirus dan maybe virus biasa sebab cirit dah baik. Tapi dia heran kenapa leh muntah dan demam. So dia suggest warded sehari dua untuk check.

Oh no..takmau tak mau...Then dia bagi option wat blood test dan follow up lagi Jumaat ni (opss aku dah call smalam tukar kepada Sabtu).

Dia ada kasi banyak sangat ubat dan tukar susu free lactose. Disebabkan dia campur susu ibu dan susu formula, dengan rasa sedih kena kasi jugak susu baru. Aku tekad nak pam lebih kerap untuk supply kepada dia. Nasib la bila aku bersama dia no susu formula. Yeay..Dia suka sangat mengempeng..Haha


Sob sob..sakit ummi...kena amek darah..
 

Ni lah susu baru Raihana..Bagi usus dia tak kerja keras untuk hadamkan susu.

Balik....dapat appoinment card. See u this Saturday



Kepenatan sampai tertido.

Ape pon aku respect walau dia demam memang tak meragam. Syukur. So far baru sekali dia demam sampai tergolek tapi dia tak meragam...diam je ...tu masa Raya puasa aritu. yang ni aku rasa demam nak dapat step baru or nak tumbuh gigi.












Thursday, December 6, 2012

Shopping Barang baby

Masih lagi mood rajin update entry. Sebenarnya aku tak la rajin mana. Ni entry by schedule. Jangan mare okeh..hehe

Ahad baru ni kena beli barang baby since dah lama tak beli memandangkan stock amatla banyak dari hamper-hamper dan stock dibeli sendiri sejak lahir. So kami ke Manjaku Bangi sebab kat situ selesa dan yang penting parking depan kedai. Selesa sangat cuma ruang parking sempit sikit.

Harga Pet Pet masa aku g tu murah, M size 80pk = RM29.90 tapi aku tak beli pon masih ada banyak lagi stock en abi beli time dapat harga murah aritu.

Beli toys, pool kecil, lotion, beg baru erm ke babysitter baru dan macam -macam lagi.

Excited betul dah macam orang besar je.

 
 Papaku pulang dari kota, papaku beli kan kereta. Kereta kecil warna pink. Boleh ku bawa jalan-jalan..hehe lagu versi Raihana.


Alamak dah benjol tapi bukan akibat test pool tapi terjatuh masa main main..huhu first time lebam seh...Naseb pagi esoknya dah ilang.

Sian anak ummi tapi takpe ummi bangga dapat sayang yang aktif dan lasak.

Wednesday, December 5, 2012

Photoshoot for Princess Contest

Sambungan dari entry semalam okeh.

Balik dari MAHA 2012, balik rumah untuk bersiap-siap ke Mom & Baby Expo di Midvalley. Kawanku Vivy dan bagitau anak nya Naufal dah selamat photoshoot untuk prince customes.. Hehe  ape lagi daku pon nak jugak Raihana bergaya dengan baju ala princess. Biarla dia kecik lagi, untuk kenangan bila dia besar nanti. Hehe.

Ada satu booth dari Ivory. Aku kena bayar RM50 untuk satu customes dan akan dapat sekeping gambar. So en abi kata buat 2 customes la dapat dua gambar. Okeh. Nanti dalam banyak2 tu sekeping akan submit ke penganjur untuk Prince and Princess Contest. Tak la berharap mana sebab si comel aku kecik lagi, xpandai mana berpossing and asek nanges je sebab baru bangun tido.
Moral of the story : Kasi dia kenyang dan happy dulu okeh baru dapat best shoot.. huhu

Ade mekap2 jugak rupanya.

Sempat snap sambil duk pujuk dia possing.


Hasil nya...hehehe muka cam nak nanges okeh..

 
Good try dear. Cuba lagi .Aku submit gambar ni untuk contest.


See mood dia sudah okeh....mula senyum plak..

Ape pon okla at least ade gambar kenangan untuk nya bila besar nanti. Puas ati sebab dapat tengok anak sendiri plak pakai comel-comel macam princess. Biasa asek tengok anak orang je cenggitu.. Hehe.

Monday, December 3, 2012

Raihana Sayang sudah 8 bulan

Sekejap je pejam celik pejam celik anak aku tu dah masuk 8 bulan. Banyak sangat pengalaman manis pahit kami lalui sepanjang membesarkannya cuma ape yang boleh kami luahkan Raihana adalah anak yang baik sebab dia tak de ragam melainkan hanya menangis kalau lapar dan sakit. Cuma skang dah pandai menangis kalau mengikut aku or abi mau keluar nakg memane.. Hehe especially time aku nak g kelas.

Lama betul kan tak update blog sebab rasa agak busy dengan aktiviti melayan si comel ku itu. Last week masa 29hb tu kami saja keluar makan-makan kebetulan jugak dengan 8th month birthday anak kesayangan kami tu.

Tapi sorry dear, sayang tak dapat makan best lagi tau. Tunggu dah besar sikit yer.



Doa ummi dan abi semoga Raihana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta menjadi seorang anak yang beriman, patuh pada abi dan ummi dan insha'Allah sayang akan menjadi anak yang bijak dan dapat membahagiakan kami sepanjang masa. 
Amin.

Thursday, October 25, 2012

Aksi si Manja ku

Layan aksi si manja, belum masuk usia 7 bulan Alhamdulillah Raihana dah menunjukkan perkembangan agak cepat dari kawan-kawan nya. Dia dah mula berdiri dan pegang tepi sofa or cabinet. Dah merangkak perlahan-lahan. Semalam dah leh menapak sambil berpegang pada sofa..

 Ni masa dah 6 bulan.



  yeay..saya dah start solid food.




Saya dah boleh berdiri sendiri macam ummi, abi dan orang lain okeh.



Tapi...gigi non ado lagi..hehe dan mulut cukup bising dan suka tersengeh especially bila orang agah..
Sejuk hati ummi pregnantkan kamu, sayang. Semoga sayang menjadi anak yang solehah dan berguna nanti.Insha'Allah.

Thursday, October 11, 2012

Walker untuk Raihana

Last weekend, kami decide untuk beli walker untuk Raihana since dia pandai duduk so that takde la sakit tulang pinggang dia nanti.

Masa tu dia dah kebah sikit demam...Tapi ummi yang excited kena la g beli jugak. Tak jauh pon just kat jusco equine sebab tanak g jauh-jauh sebab baby baru baik dari demam.

First of all, lepak kat Secret Recipe dulu layan kek terbaru, Turkish Indulgence. Sodap.



Dalam pada tu, Raihana wat hal plak. Ape lagi poo poo plak dah. Daku g settlekan dia kejap sebab takut dia nanges kalo tunggu makanan dihabiskan. Lagipon masa tu kek tak sampai lagi.

Dah tido lepas kekenyangan menyusu. Hehe saje cover towel kecik.



Dah balik rumah, unbox semua walker part. Hasilnyaa...

Happy betul Raihana sampai tatau mana nak pegang hehe


Oh ye, daku belikan dia teether yang baru lagi. Tu tengok dia tengah syok melayan teether barunya.



Oh yer masa pusing kat baby area tu terjumpa ex-Melawis masa aku duk UTM. Osmet kawan aku.Naseb sama-sama cam lagi. Sempat tukar-tukar no fon lagipon rumah kami tak jauh. So ada gang lagi.
Dia dah ada dua anak rupanya. Dah besar anak sulung nya.




Wednesday, October 10, 2012

Raihana Demam dan Ruam

Last week Raihana demam. Jumaat malam Sabtu. Tapi Sabtu petang dah kebah. Alhamdulillah dia jenis yang tak selalu demam dan demam pon tak lama. Maybe khasiat susu ibu kan.


Ready nak g clinic sebab ummi peratikan macam ada bintik merah pada badan sayang.



Alamak terseksi pulak. Ni la bintik merah pada badannya. Kami agak panic sebab Raihana tak pernah naik ruam sepanjang usianya. Tetiba ade bintik merah tu yang ingatkan campak.

Lega cz bila g clinic doctor kata normal tu ruam. Sebab ada certain baby akan naik ruam after demam. Tu cara badan dia nk reject semua kuman ke ape tah doc cakap.
 
Esoknya tak g ke mana-mana sebab nak kasi sayang rest.
 

Lena betul dia tido. 

Sayang anak ummi.


Tuesday, October 9, 2012

Perkembangan Bayi di Usia 6 Bulan

Raihana sekarang dah 6 bulan setengah. Banyak perubahan yang aku dapat lihat. Dia dah mula duduk dengan sniri walau tak berapa stabil dan juga mula belajar merangkak perlahan-lahan. Ape yang pasti dia memang lasak sepanjang masa walau ketika tidur. Kami selalu terjaga dan alihkan dia supaya tidur di tempat asal atau tempat yang selesa.


 Tengah melasak sambil explore semua yang ada.


Ok untuk perkembangan bayi 6 bulan, kebiasaannya bayi:


Menjelajahi dengan menggunakan tangan --> Ya, memang pon




Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?--> Hurm macam kidal je tapi maybe too early kot



Belajar bergolek--> Raihana memang expert bab ni




Bayi anda walaupun kecil suka bersosial --> Ni pon iyer jugak. Pastu mula la ngekek-ngekek gelak


Main mainan jenis bergilir-gilir--> betul especially bila dalam walker or bila baring kat toto nye


Bayi anda yang suka membebel--> Tak sangat lagi


Merangsang derianya--> Memang, mudah rasa geli


 Gembira semasa mendengar cerita--> Ni pon sakan dia gelak kalo orang bercerita 

Aku dah start perkenalkan makanan untuk si kecik ku ini. Macam-macam resipi simple yang aku buat supaya dia tak bosan.

Nanti ada masa aku upload gambar dia tengah seronok makan.



Dah pandai pegang sendiri rupanya, baru ku perasan yela time kat umah mane guna botol..direct feeding aje. Bagus bagus anak ummi ni eh.








Thursday, October 4, 2012

6th month of Mya Zara Raihana

Ni testing untuk post entry guna iphone. Tadi nak try transfer gambar macam tak leh plak. Ke aku x connect haha.


Agak lama tak update citer tentang my lil girl ni. Dia dah masuk 6 bulan sabtu lepas. G timbang and beratnya naik sikit je. 6.6kg. Maybe dia dah terlalu lasak kot sebab tu la dia tak naik sangat berat.Skarang dia dah mengesot dengan lajunya. Dah mula belajar duduk walau tak brape nak stabil. Dan sudah pandai duduk dalam posisi merangkak dengan jayanya. Chaiyok dear.


Malam tadi aku noticed dia dah mula menggerakkan lutut ke depan untuk merangkak tapi tak stabil. Sokmo tumbang hehe. Nasib ummi dah get ready toto 3 lapis plak tu. tiap minggu kena basuh huhu. Nasib washer machine ku besar so muat la.

Abis riben teddy bear kecik ni dikerjakannya.


Wednesday, October 3, 2012

Bakal Dapat Ahli Baru



Hurm...Alhamdulillah..Weekend aritu aku dapat satu good news. Insha'Allah May 2013 keluarga kami akan mendapat ahli baru.. 


Tak sabarnyaaaa nak tunggu May 2013.
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template