Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, February 28, 2017

Penawar untuk Hamil atau Stabilkan Hormon

Suami Sayang Isteri Ketat²

Ada satu rahsia yang saya nak
kongsi dengan semua. Rahsia untuk bagi sang suami sayang uols ketat² ...
Kenapa???


Saya ada satu pil herba "MAHARANI" yang mana sebenarnya bukan untuk sang isteri sahaja tapi juga untuk anak dara. Yang mana suami yang sayang isteri ke bakal isteri, WAJIB beli kerana untuk kebaikan bersama.
Setakat ini, banyak testimoni yang saya dapat dan juga pengalaman sendiri.


Fibroid saya hilang selepas 2 minggu consume. ( Masa saya dapat tau memang frust yang amat sangat dan down. Semalam g scan doc cakap kosong, xde dah)

✔ Stabilkan hormon... so bila hormon dah stabil for sure akan meningkatkan chance untuk pregnant. (Jika bernasib baik, terus pregnant dengan satu ball Maharani je)


✔ Stabilkan period setiap bulan dan tetapkan cycle period yang terganggu.

✔ Mengawal keputihan
✔ Menambahkan tenaga dan darah
✔ Melegakan tekanan dan kesakitan.
✔ Aktifkan hormon estrogen, progesteron dan androgen wanita(hormon seks)
✔ Melegakan masalah wanita dan gadis remaja ( senggugut, usaha elak kemandulan, edaran haid)

✔ Amalan baik selepas bersalin (menguat, mengecutkan otot rahim, saluran peranakan, tambah darah)
Jadi, ape tunggu lagi. Mulakan langkah bijak seperti saya dan kawan² .


PM/ WA 0133433878
PM/ WA 0133433878
PM/ WA 0133433878


Sunday, January 27, 2013

Medela Freestyle Spare Part

Dalam duk cari cari medela freestyle spare part, aku terjumpa satu iklan ni  RM90 include postage. Wah murah cz harga yang kebanyakan aku jumpa RM129 exclude postage. Ape lagi aku terus sms dan booked. Lusa nya barang sampai. Yahoo.. very efficient service.


parcel received
 

Yahoo....suka suka....murah dan berbaloi

Tuesday, July 24, 2012

Medela: Contact Nipple Shield

Entry khas untuk kawan aku, Lin. Sorry beb aku lambat buat entry ni. Aku betul-betul tak sempat nak buat. Weekend aritu plak tak ingat bukak blog duk layan anak demam.


Contact Nipple Shield..

Sebenarnya penggunaan Contact Nipple Shield ketika menyusukan bayi juga boleh digunakan untuk ibu-ibu yang baru melahirkan baby di mana ibu tersebut mengalami masalah inverted nipple.

Aku masa pregnant tak buat research pasal ni cz aku assume semua orang bila melahirkan anak leh menyusukan bayi secara semulajadi dengan senangnya. Huhu. So hari ke3 en abi pergi belikan nipple shield brand Pigeon untuk ku. Ku cuba beberapa hari tapi macam tak memuaskan.

Asek tercabut dan tak lekat sangat


So aku surfing (dalam masa berpantang x sampai seminggu) cz niat aku memang kuat untuk menyusukan baby. So dalam masa tu aku dah campur susu sikit dengan susu formula since aku hanya pam dua jam sekali untuk bagi Raihana guna botol.

Aku sempat tanya dua kawan ku, dan dia cakap dia guna Contact Nipple Shield brand Medela. Komennya, memang bagus dan akhirnya dia berjaya menyusukan bayi secara semulajadi walau terpaksa menunggu selama dua bulan. Dalam masa tu terpaksa menggunakan bantuan nipple shield ketika menyusukan bayi.

Ni haa benda aku citer tu..



Aku just beli online. Harga nya RM69 tanpa postage caj. Senang sebab dalam pantang nak mintak asben g beli takut tersilap beli plak.


Atau dalam version kotak nya (aku beli size M) nnati saiz ikut ukuran saiz nipple kena make sure betul2 takut rugi.
...
..



So dari hari ke7 tak silap aku sehingga ke hari 50 tak silap aku, aku on off prektis Raihana menyusu dengan bantuan nipple shield medela ni. Dalam masa tu aku selang seli pam dan bagi menerusi botol kepada Raihana.

Resultnya, hari ke 54 Raihana dah berjaya menyusu dengan jayanya secara semula jadi. Good girl.
So kepada sesiapa yang mempunyai masalah inverted nipple, jangan mudah mengalah dan putus asa. Doa banyak-banyak dah usaha tanpa jemu. Lepas tu, selalu bercakap-cakap dengan baby pujuk dia supaya direct feeding, insha'Allah berjaya nanti.

Chaiyok chaiyok... Now i'm very happy and enjoy breastfeed moment even though at public area, i'm very confident to breastfeed Raihana directly. (but make sure u pakai nursing wear lor..)





Sunday, May 20, 2012

Kelahiran Normal Selepas Caesarean

Arini mood untuk update blog takde sangat. Surf punye surf terjumpa satu artikel yang amat menarik. Since 1st baby ni aku dah melalui kaedah caesarian, tak salah sekiranya aku pon menambahkan ilmu ni untuk diri sendiri dan nak share dengan kawan-kawan lain.


Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.

Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.

Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.

Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.

Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.

Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.

Risiko
Untuk pengetahuan anda, wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.

Namun begitu, risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan penggunaan ubat pencetus kontraksi.

Risiko sebegini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang. Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak tidak lagi diamalkan.

Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan. Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.

Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.

2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.

3. Pemulihan Yang Cepat
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.

4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.

5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.

6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.

7. Kurang Mahal
Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.

Source From : Pa Ma

Saturday, May 12, 2012

Merdekaa....



Arini 12 May 2012..... daku sudah merdeka dari menjadi mak tang.. hehehe selesai sudah episod berpantang...skang nak kene maintain pakai bengkung.. pas ni nkg beli girdle ape semua untuk preparation nak pakai bila g kje...perut ade buncit sket dari sebelum peknen.. hoho...



Agenda daku arini..tak de nak g mana-mana selain nak pergi collect laptop ku yang sudah masuk clinic ak akibat AVG 2011... abis semua system file daku didelete..hancusss tak leh masuk windows terus..abis semua file kat dalam..arghhhhhhhhhhhh

Esok mungkin daku mau pergi shopping tudung...yeahaaaaaaaaaaaa shopping tudung baru untuk mood baru nak pakai g kerja... Plan nak borong tudung bawal printed macam kat bawah ni...Nak tunggu adik ku cuti ....ajak dia temankan daku...




Pengalaman daku semasa berpantang amat mahal...manis  untuk dikenang balik. Masa tu la aku dapat belajar memahami selok belok menjadi ibu.. Thanks mom , abi dan adik2 ku kerana support korang.


Saturday, April 7, 2012

Admission di HUSM

Lepas keluar HSM (Hospital Sri Manjung), balik kampung rehat sehari. Esoknya pergi HUSM. Skali terus kena admit lagi.

Amat la sedih tapi cukup aku katakan Dr kat situ ada dua orang aku blacklist and most probably aku akan buat surat complain terhadap dua doktor ini. Tiada etika kerja. Tak hormat kita sebagai manusia. Memperlekehkan orang. Siap tak percaya aku nak Pakar Perdana.... Yelah ingat kita tak mampu.. Tapi takpe.. Allah dah mempermudahkan segalanya. Syukur padaMu ya Allah.

Tersadai sementara tunggu en hubby register masuk ward.


Doctor sedang interview aku.. hehe doktor ni sape lagi... Adik aku la..kebetulan dia incharge O&G time tu.. tq Dr Dell cz layan kakak mu dengan baik...


En hubby yang setia menemani ku walau di mana sahaja berada.. I love u so much bie....


Kuih yang ku cari kat KL tak jumpa-jumpa..Akhirnya mak bawakan time aku duk kat ward..Aku tak tau ape nama kuih ni..tapi aku just panggil kuih topi...

Thursday, April 5, 2012

Admit di Hospital Sri Manjung

Alkesahnya...rentetan kesah admit di Hospital Sri Manjung ni aku dah update di entry sebelum ni. Tapi tak sempat upload gambar.

Aku ni sbenarnya g Klinik Yasmin untuk mintak referral letter untuk bersalin nanti ke HUSM, Kubang Kerian. Alih-alih doc Yasmin scan cakap placenta previa aku still type 3...yang mana amat berisiko untuk travel and dia cakap bom jangka yang leh meletus bebila... Means aku akan hadapi risiko bleeding sama ada bleeding sikit or macam air paip. Masya'Allah..takutnya aku.

Terus aku direfer ke Hospital Manjung. Kena g labor room sana. Macam-macam kena buat. Blood test la CTG la macam-macam and end up dengan aku kena admit di sana. Sempatla dua malam. Kalau diikutkan aku kena tahan sampai bersalin which sehingga week 37 atau 38 iaitu awal bulan 4. Fuh lama gila and aku amat tak suka duk hospital bila berjauhan dengan family. Tambahan pula en hubby kalut ulang alik kerja. Sedey saya.

Under Dr Kamal...

Dah berkemas untuk balik daaa..

Masa kat Hospital Manjung, layanan ok. Aku sempat amek injection Dexa iaitu untuk matangkan paru-paru baby. Fuh memang sakit..sampai menggigil aku dibuatnya. Tapi demi baby tersayang, ku sanggup.

Tunggu punya tunggu, rayu punya rayu aku dapat discharge dengan own risk dan kena lapor diri ke HUSM untuk admission ke sana. Huwaaa tak de chance nak duk rumah la jawabnya. Aku akur so terus balik ke kampung dengan penuh debaran. Aku dan en hubby berdoa semoga perjalanan kami selamat. Sepanjang perjalanan ku pasal bacaan ayat alQuran dari quran digital dan letak di perut. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat.

Wednesday, April 4, 2012

Alhamdulillah.... Our daughter safely delivered on 29 March 2012

Arini genap 7 hari usia buah hati kami ke dunia. Terlalu banyak dugaan yang dihadapi tetapi di saat melahirkannya Allah telah memudahkan ku . Syukur ya Allah.

Mya Zara Raihana nama diberi oleh kami untuk puteri sulung kami. Penantian selama 4 tahun berakhir dan kami menganggap inilah hadiah ulang tahun perkahwinan kami yang paling manis. Walau anniversary kami jatuh pada February tapi aci la kan Raihana lahir pada March walau pada asalnya due yang doc tetapkan ialah 20 April 2012. Raihana lahir awal 3 minggu secara pembedahan caesarian disebabkan masalah placenta previa type 3.

Buah hati abi dan ummi ..Mya Zara Raihana

Mya Zara Raihana dilahirkan di KPJ Perdana, Kota Bharu pada 29 March 2012 tepat 10.59AM dan disambut oleh Dr Zanariah. Syukur tiada masalah semasa proses kelahiran walau risiko untuk berlaku kekurangan darah amat tinggi bagi wanita yang placenta previa especially type 3 and type 4.

Entry tertangguh sebelum bercuti

Salam..warm up kejap setelah sekian lama 'bercuti' dari dunia blogger. Banyak hal yang terjadi suka duka tetapi terselit kemanisan dalamnya. Amat manis.

Sebelum tu saya nak update entry tertunda yang sepatutnya diupdate sebelum 'bercuti' panjang aritu.
Last saya kerja aritu rasanya 10hb March.. saya siap kemas meja sebab dengar-dengar akan ade 'visit' dari team 5S untuk spot check. Aritu dah dapat 3 red tag. Kantoi...

Meja saya....
 

Ni pon meja saya..hehe meja yang same..view berlainan

Ni plak esoknya Sabtu saya sempat g rumah kawan alam maya saya, First time jumpa. Nak tau kami ni mula kenal sejak sama-sama usaha untuk pregnant. Macam-macam story kami share...susah senang...semua kami share. And aritu sempat berjumpa Tiey with baby comelnya for the first time. Masa tu si comel baru umur 3 bulan..


Kat rumah Tiey di Gombak

Lepas tu langkah dipanjangkan ke Midvalley (sempat lagi tuh)... sebab nak g Mom dan Baby Exhibition. Tapi g pusing dalam 20 minit je sebab bosan. Then kami terus g food court..isi perut la ape lagi...

Snap tiang tempat parking... senang ....


Eh eh...ade plak Ajinomoto kat sini....hehe terselit jugak kompeni ku..eh silap kompeni pat aku kojer la
 

Interframe skejap

Lepas tu..balik sebab penat giler...

Wednesday, March 28, 2012

Debaran sebelum bersalin

Salam kawan-kawan. Saya harap kawan2 sudi doakan lagi untuk saya and baby supaya selamat. Malam ni saya akan 'bermalam' di ward KPJ Pakar Perdana, KB. Dan start berpuasa 12mlm ni. Insha'Allah kalau takde aral esok pagi Dr Zana akan buat operation since CTG ptg td show baby mcm tak aktif.. Arini saya dah genap 37weeks dan doc cakap baby dah matang. Scan tadi baby 2.8kg. Doakan kami berdua selamat dan dipanjangkan umur. Insha'Allah Amin. Tq Kawan2.....

Monday, March 26, 2012

Rentetan Kisah Admitted di Ward Manjung dan HUSM

koranggggggg..saya rindu sgt kat korang..
byk sgt citer nak story ni..ingatkan nk update blog..tp still malas2 lg..so arini ku kuatkan diri untuk update blog..
aku punya due 20/4 kan..tp dipendekkan citer doc ckp 2/4 ni nk operate..

Ni rentetan cerita yang aku nak share ngan korang.....



12-13 march :Saya admitted kat hospital manjung..asalnya g clinic nk mtk refer letter nk balik kg...nk mtk refer husm..konon nk stay sana sebab dkt ngan umah + adik saya plak doc duty O&G situ masa tu..so xdpt balik..tahan ward...alasan: uri dok bawah...

13hb mtk kuar..doc xkasi..tp kami nekad...balik dengan own risk..amat takut..tp kami yakin pd Allah sebab doa pd DIA.. spjg perjalanan saya pasang byk surah2 esp Maryam and yassin letak kt perut....Alhamdulillah balik kg dengan selamat

14hb...rest kat rumah....

15hb: g husm...sebab doc manjung refer g sana...skali....terus admitted...bermula la episod sedey...

16hb...xde ape..biasa2 je..sunyi jugak cz ward xramai org....tp ade kawan ujung katil..sembang2 ngan dia..

17hb: ada contraction..15min skali..adik saya pasangkan CTG and detect..die g refer MO dia...then decide letak saya kat labor room...utk monitoring..ok.
tpi dh kene berpuasa..last makan 1 tgh hari 17hb..

18hb: still duk labor room...and berpuasa....
2pm merayu2 pd doc..nk makan..dh 25jam xjumpa makanan..hanya 5 botol drip masuk..asek kene g kencing je..dahla semalaman tido atas katil org nk beranak..sakit sgt belakang..tgh hari tu br tuko katil...selesa sket..tp amat bosan..duk dlm bilik sorang2..tanpa ckp ngan org..hanya dengar org bilik2 lain meneran + baby crying...stiap kali dengar baby crying..saya sure sebak...sbb mengenangkan nasib saya

19hb: ditolak masuk ke ward kul 6am...tp doc claim saya ade blocked kat paru2 sebab selalu berdebar...saya ckpla..mau x berdebar...duk sorang2 kt labor room dengar mcm2...tp doc stick nk wat mcm2 test...amek darah...3x...amek darah di nadi..ECG dua kali..all ok..

Malam tu mintak nak dishcarge...doc kata esok pg ckp kt bos die..(specialist)...saya ok...tp yg xtahan docyg tak tahan tu torture saya..siap tanya ape pangkat laki awak nk g specialist..die x caya yg TNB ade cover jugak..walau x full amount..

20hb: semua doc berkeras xnak kasi...die siap call specialist tu ckp saya ade pulmonary ape tah pblem..for sure depa xnak accept kalo kita ade pblem kan..so g scan kaki...tgk ade blocked tak salur darah..Alhamdulillah...xde..tu kalo leh depa nk wat CT scan..kalo xde gak nk scan macam2 lg..saya ckp..saya xnak dah...dh mmg all result -ve....jgn la wat cam ni lg..sy tkt effect kt baby...die ckpxleh wat ape..kene buat jugak..saya ckp doc leh guarantee 100% xde effect kt baby? dia diam..

ade nurse2 dh perli2...stress jugak...doc kata suh tunggu nk jumpa pon langsung xdtg...sudahnya.adik saya kene buat all discharge report include MC..kalo saya xde adik situ..xtaula cemane..cian sgt kt adik saya...die terlalu penat aritu..dibeban lg ngan hal ni..pdhal saya dengar doc suh org lain buat..tp die lepas tgn..
saya akan buat surat komplen ...caner ek nk buat???

21hb rest kat umah

22hb: g jumpa specialist kt KPJ pakar perdana...doc tu pon dah dimaklumkan..and ckp nonsense la doc tu create story pasal saya ade blocked salur darah... sepanjang duk sana...dua2 lengan dah lebam...xdpt imagine kalo stay lg for another 2 weeks..

mmg saya paham..kalo uri bawah depa akan tahan and jaga..tp tu bkn jaga..menyusahkan kita...perli2 ape sume..bkn jaga camtu..x proffesional langsung..


next appointment : 28hb..
masa jumpa tu doc roughly bg plan utk c-zec on 2/4....


sambung next episod untuk update gambar-gambar dan citer di Pakar Perdana bersama Dr Zanariah plak.

Wednesday, March 7, 2012

Pregnancy Check up : Week 34

Tadi aku half day morning untuk check up kat Pantai Hospital , Bangsar. Tak lama sangat menunggu walau aku sampai sana dekat 9.30. Gynea baru abis ward round rasanya. Aku amek masa luang tu main teka silang kata dan layan paper dengan en hubby sambil makan kerepek dengan air kotak mangga.

Rutin before check up mestilah check blood pressure, amek urin dan timbang berat.
Tekanan darah : 114/72
Berat :66 kg (masih sama seperti Sabtu lepas).

Last check up on 18/02/12 berat aku 65.5kg and today 07/03/12 lebih dua minggu berat aku baru naik 500g. Gynea cakap bagus ada pertambahan. Mau nya tidak kalau tak sebelum ni kejap naik kejap turun.
Next check up will be on next Wednesday, 14/03/12.

Tadi masa gynea tengah scan, aku tetiba pitam sampai lemah longlai badan, dahi berpeluh dan bibir ku kesejukan. Doc and en hubby bangunkan aku..aku uwek2 angin. Bawak g bilik rehat, check tekanan darah turun sikit.

Rupanya, aku tengah bayangkan aku dah masuk Operation Theater untuk dibedah. Arghhh kuatnya imaginasi aku. Mau nya tidak, doc cakap uri aku masih di bawah, placenta previa type 3. Cannot deliver normal. Sob sob. Tapi dia cakap still ada masa. Aku tau agak semput skarang tapi semua tu ketentuan dariNya. Kalau diziinkanNya, benda yang susah pon leh jadi kan. So kami tak putus-putus berdoa semoga uri akan naik lagi.

Kedudukan kepala bayi..sudah pusing ke bawah tapi gagal untuk enggage sebab ruang tu ade uri. Kejap dia masuk laluan kejap ke kiri. Sian kat sayang mommy. Tapi mommy amat sakit menanggung ngilu di rusuk mommy ni. Bila mommy suruh doc check, Alamak...bontot sayang la menekan-nekan rusuk mommy. Patutla sakit.

Doc kata aku MC 6 hari tapi aku still masuk kerja.
Reason: Keja masih berlambak and cuba untuk siapkan because next week aku dah xnak drive g keja. Dangerous sebab smalam dah ade brownish spotting akibat uri di bawah.



Doc dah kasi aku Duphaston untuk kuatkan rahim and ni ubat hormon kata doc.
Thanks to Dr Idora and Azie cz sudi melayan ku tadi. Azie beriya-iya mintak aku naik wheel chair...tapi aku bajet kuat..leh jalan..hehehe naseb xde ape-ape tadi..cuma masih lembik sehingga skarang.
Aku cuba pulihkan dengan minum air suam ni...

Kali ni tak puas ati scan sebab aku dah flat awal...huhu

Tuesday, March 6, 2012

Menjangkau Minggu 34

Weekend aritu tak sempat update blog sebab mood holiday. Lagipon tak larat dah nak hadap laptop kat rumah. Rasa berbaring lagi selesa.

Bubbye weeks 33

Diam tak diam, esok masuklah minggu 34. Alhamdulillah aku diberi peluang merasai nikmat pregnant sehingga ke hari ini. Doakan semoga aku selamat sehingga deliver baby comei ni. Amin.

Tapi ada yang tidak enak..sehingga ke hari ini aku masih lagi muntah-muntah seperti awal 2nd trisemester. Dalam 3 or 4x sehari. Kadang-kadang 2x sehari. Argh.....memeritkan bila terpaksa bangun 5am pagi tadi just untuk uwek uwek. Tapi takpela nanti saat itu akan menjadi kenangan manis dalam hidupku bila si comei ni dah keluar.
Insha'Allah

Bayangkan dengan perut sebesar ini aku masih lagi uwek uwek.. Terasa sakit ketika meneran nak uwek berbanding muntah-muntah di awal pregnancy. 


Tapi bila aku tengok ticker ni..makin bersemangat aku untuk melawan perasaan frust akibat still muntah-muntah.

Ada lagi 45 days to go..



Esok ade check up with Dr Idora at Pantai Medical Centre. Nanti aku nak update citer pasal check up esok.

opss..lupa..tadi aku dah cuak..cz noticed ade coklat kuar after lunch. tapi skang takde lagi. kene extra careful la ni...hope tak de ape2 cz esok dah nakg jumpa gynea.

Thursday, March 1, 2012

Kaki Kejang Ketika Pregnant

Malam tadi kali kedua aku mengalami kekejangan kaki ketika tido. Aritu pernah sekali tapi sikit je rasa and kejap je rasa macam boleh handle cz masa tu en hubby ade tido seblah.



Malam tadi terjaga kul 3 pagi kaki dah kejang... aku xleh buat ape-ape...aku cuba sentuh dengan tangan tapi sakit giler. Terus ku duduk atas katil sambil nanges.. call en hubby 3 pagi bagitau dia..Dia suruh baca ada satu ayat and alFatihah sambil gosok di kaki.

Alhamdulillah reda sikit..bila dah reda..haha ku terus bangun g kencing. Lega tapi kesannya sehingga sekarang masih terasa sakit.. sengal-sengal

Arini genap 33 minggu 1 hari. Alhamdulillah baru dua kali kaki kejang. Kena tambah kalsium..hehe aku dah mengelat seminggu tak makan kalsium..sebab ...entah..hehe. Tapi maybe sebab malam tadi sejuk sangat kot... aku tersedar comforter entah ke mana...Aku kesejukan...



So memang aku dah agak...akan kena kejang kaki. So malam ni continue balik. Arghhh telan menelan pil .....aku sungguh malas bab-bab telan menelan pil. Tapi apa boleh buat.. Layan je la

Sunday, February 26, 2012

Doa dan Petua untuk Menaikkan Uri ke Atas

Placenta previa - amat menakutkan tapi sebenarnya kita ada peluang untuk menaikkan uri itu ke atas. Caranya:
1) Sujud lama esp masa sujud akhir tu doalah pada Allah supaya uri dinaikkan ke atas.
2) Buat senaman menaikkan uri
3) Pujuk baby supaya bantu kita
4) Amalkan doa ini (dan juga doa lain sekiranya anda tau). Macam saya, Alhamdulillah selepas seminggu amalkan uri naik perlahan-lahan. Di samping itu, saya hari-hari pujuk baby. Now tengah pujuk baby supaya tidak stick dengan position songsang.
Insha'Allah semoga diperkenankan oleh Allah.

5) Bangun solat hajat malam dan buat solat sunat lain di malam hari. Pagi tadi en asben bagitau mintak aku buat. Insha'Allah malam ni aku akan start buat cz sebelum ni asek buat tak buat sebab tak larat- mengantuk.

Rupanya ada hikmah aku sering bangun malam untuk kencing. Ia merupakan seruan untuk aku bangun solat malam. Terima Kasih ya Allah kerana memberi aku terbuka pintu hati ini.

So kat sini saya nak kongsi doa untuk kawan-kawan amalkan. Kalau tak clear uols leh email kat saya, insha'Allah saya akan send untuk korang.


Wednesday, February 22, 2012

Pregnancy Checkup : Week 31

Sabtu aritu aku tak g memane. So pagi tu lepas makan terus ke klinik kat rumah iaitu Klinik Alam Medic, panel TNB. Aku g sana untuk mintak doc refer aku ke Hospital Pantai since nak check condition placenta previa aku.

Belum sempat aku bagitau nak mintak referral ke sana, doc memang cakap dia nak refer aku ke sana. Hoorey. Aku just tunggu document disiapkan and aku dah call Azie (nurse kepada gynea aku )shari sebelum tu untuk booked appointment on Saturday. Azie cakap ramai sangat org, Fiza datang 12.45 la. So aku sampai 12.30, lepak baca paper minum air kotak makan cokelat...And boring menunggu. Turn aku dekat pukul 3 kot ke lepas tu. Fuh lama nya, padahal sabtu tu gynea kerja sampai kul 1 jer. hehe

Coklat and newspaper.


Next, namaku dipanggil untuk check berat and tekanan darah. Tekanan darah 122/66 masa kat klinik 106/67 kot. Berat aku..hahaha jeng jen jeng.65.8..wow impressive..dah naik...tapi under control lagi. Pastu kena amek urin test.




Next... namaku dipanggil untuk jumpa Dr Idora.Baby still songsang. Kedudukan uri dah naik sedikit, placenta previa 4 dah bertukar placenta previa 2. Tapi dengan condition skarang doc cakap still need to deliver by c-sec. Tak kesahlah...ada lagi 2 minggu untuk pujuk baby tolong ku.

Doc siap scan 3D and 4D and hasilnya...


Masa ni muka dia tengah berkerut. Doc cakap aik nape plak duk berkerut tu.. Aku pon perasan mimik muka nya masa tu. Aku gelak siap cakap kat Doc..ni mesti dia lapar..Doc cakap dah pukul brapa ni..cepat g makan..hehehe

Aku ada tanya doc...doc kenapa gambar dulu dan gambar skang saya noticed pipi baby saya macam tembam..Memang pipinya tembam ke.. 

Doc jawab--> A'a tembam sikit..hehehehe geramnyaaaaaa mommy siap malam tu mommy mimpi g visit baby tembam

berat baby masa ni 1.88kg on 31 weeks 3 days . Next check up will be on 3rd of March.

Tuesday, February 21, 2012

Tilam kekabu sudah dapat

Actually last week lagi aku dah receive tilam kekabu ni dari cousin Nini iaitu Eliza. Dia datang jumpa aku kat TPM punya area. Siap sembang pasal bisnes cotton dia lagi. Menarik amat menarik.

Harga RM230 order dari littleDiva.

Tag design from LittleDiva. Jahitan amat kemas. I like.


Set tilam kekabu, dua bantal peluk 2 bantal tido and tilam kekabu. All in kekabu dan with sarung Ikea.


view bawah tilam.

Tebal jugak tilamnya..lembut plak tu

Aci tak kelambu kaler ijau. Masa beli ni tak sure lagi gurl ke boy.. So beli la ijau. Tapi aku nak order satu lagi set kaler turqiose. Chantek sangat.




Friday, February 17, 2012

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

 

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
 
Credit to :LifeFit

Thursday, February 16, 2012

Surah Amalan Ketika Pregnant

Masih belum terlambat untuk aku post surah amalan ketika pregnant. Amat berguna untuk diri sendiri dan juga semua ibu di luar sana.



Caranya dan amalan nya seperti berikut:


  • Saidul (penghulu) Istighfar
    * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
    * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
    * Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
    * Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
    * Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
    * Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
    * Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
    * Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
    * Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan
    syaitan yang mengajak kepada maksiat)
    * Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
    * Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
    *Surah mulk utk lindungi ibu dan bayi


1 bulan = Surah Ar-Rahman (untuk pembentukan janin)

2-3 bulan = Surah Luqman (untuk perkembangan otak)

4-7 bulan = Surah Yusoff (untuk pembentukan sifat)

8-9 bulan = Surah Maryam (untuk memudahkan proses bersalin)

dan bacaan Yaasin pada malam jumaat diteruskan seperti biase


Tuesday, February 14, 2012

Botol susu sudah dapat

Jumaat lepas aku dah set dengan Hajar untuk collect botol sus Avent untuk si kecil ku nanti. Actually aku beli online je since ia murah compare ngan market sini cz Hajar ni kebetulan nak balik Malaysia. Dia duk UK. So aku pon order la satu set. Dah amek barang baru bayar. Bagus kan.

Aku g collect dekat rumahnya di area Petaling Jaya. Takla susah nak mencari cuma tersilap masuk simpang dah kena u-turn. Mak aih..jem betul lpas waktu kerja area UM ni. Naseb skejap je tunggu turn nak u-turn.


So sampai umahnya, aku call..Taram dia kuar dengan box kat bawah ni..


Pastu kami terus balik... Aku dah kepenatan.
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template