Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda


SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.


Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.
Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.


Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.
Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.



Source : http://www.hmetro.com.my/articles/TuahBaddrol_belangApek/Article

Sunday, July 17, 2011

Malaysia Vs Liverpool

Petang smalam aku dengan selambanya keluar rumah kul 5pm...aduss...skali kuar traffic light depan rumah dah bersusun kereta..Dalam hati aku dah agak..sure eksiden sebab depan tu xpernah jam.. Rupanya orang parking tepi jalan nak g stadium. Aduh...Ini la hakikat terpaksa terima duduk dekat Stadium especially Stadium Bukit Jalil.. Tambah-tambah pulak tadi ade game Liverpool melawan Malaysia.

Apa yang aku perasan tadi most of Malaysian ni supporter Liverpool...Dengan aku sendiri pon secara tak sengaja tadi kuar berbaju merah putih. Adus.. Sampai polis xkasi aku u turn kat TPM...mesti dia ingat aku nak g stadium. Dahla sombong gila muka polis . Aku mintak nak u turn kot TPM xkasi. Padahal jalan tu kan bukan menghala stadium. Aku tengok ade je kereta lain lpas. Sungguh tidak adil polis bengong tu..Depan aku diberinya kereta tu lalu. Mana orang nak respek...pilih orang nak laksanakan undang-undang dia sendiri.


Akibatnya aku terpaksa u turn dekat roundbout Astro dan terpaksa merempuh lautan kereta sekali lagi. Hampeh..Akhirnya baru la sampai ke destinasi. Arghhh penat citer...Ape pon puas hati..Liverpool menang..
Haha walau dah tau result pon aku tetap nak hoorey...


Ok result dari game tadi:

Liverpool vs Malaysia 6-3 Highlights goals Video Liverpool Asia Tour 2011
Full match result final Score

Malaysian XI [3 - 6] Liverpool
27'    [0 - 1]    C. Adam (pen.)   
43'    [1 - 1]    Rahim       
69'    [1 - 2]    D. N`Gog   
70'    [1 - 3]    D. N`Gog   
75'    [1 - 4]    M. Rodriguez   
80'    [2 - 4]    Sali       
82'    [3 - 4]    Sali
 90'   [3 - 5]    M. Rodriguez   
90'    [3 - 6]    D. Kuyt 

Sunday, June 12, 2011

Al Fatihan buat penyokong Red Warrior dan Tahniah buat Terengganu

Sungguh sedih untuk aku coret di entry kali ni... Pertama kerana Kelantan mengalami kekalahan kepada Terengganu. Kedua aku dapat info mengatakan 4 penyokong Kelantan meninggal semasa perjalanan balik dari Stadium Bukit Jalil. Al Fatihah untuk mereka semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Eh ade lagi kesedihan.. Daudsu terjaring gol sendiri. Ini buat aku hampa tapi takpela mungkin dia dah cuba untuk menghalang bola itu dari BOLOS saja dinding itu..eh silap. tetapi ape buleh buat bola tak dapat dielakkan. masuk juga ke gawang Kelantan.. sure Fahmi terkejut gilos.


Daudsu oh daudsu. Sekarang di Facebook ada banyak page yang diwujudkan seperti:

Sedekahkan Al Fatihah kepada rakan kita yang telah kembali ke Rahmahtullah dalam satu kemalangan di lebuhraya Gua Musang-Kuala Krai. Semoga roh mereka dirahmati oleh Allah S.W.T. Al-Fatihah Amin..
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo…..Gomo Kelate Gomo

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template