Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Kembali Berblogging

Salam semua.

Sorry sangat-sangat kerana lama sangat menyepikan diri. Bukannya ape memang busy dengan kehidupan seharian sampai terlupa dengan blog.

Update sehingga sekarang masih seperti dulu

  • Anak still sorang ..Mya cinta hati umi
  • Masih kerja tempat lama...

Oh yer, sepanjang tidak berblog hari tu, daku ada dua berita sedih untuk dikongsi bersama sahabat semua.
Pertama, orang yang paling ku sayang telah pergi menghadap Illahi buat selamanya...Arwah abah ku telah kembali ke rahmatullah pada 24 Julai 2014, 3.45pm iaitu 3 hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Hari ni genap 4 bulan arwah abah meninggalkan kami..

Ini sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada kami sekeluarga especially emak. Mak...ku harap mak kuat dan tabah untuk hadapi and harungi masa mendatang. Insha Allah

Semoga arwah Abah ditempatkan bersama orang beriman. Amin 

Manakala berita sedih kedua pula, pada September 2014 pula, kami dikejutkan lagi dengan berita sedih yang mana arwah bapa mertua ku pula dijemput meninggalkan buat selama-lamanya. Memang berat untuk aku dan suami menerima ujian tahun ini. Doakan semoga roh kedua-dua orang yang kami sayang dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama roh orang beriman. Amin.

Touching plak malam ni..Dah stop dulu..tak leh sambung..Sebak...

Friday, March 29, 2013

Happy 1st Birthday to Raihana

Lama betul daku tak menjengah ke dunia blogging ni. Bukan dah pencen tapi komitmen banyak bebeno sampai rasa cam xde mood sangat nak update blog. Tapi ku selalu update kot instagram jele..lagi senang kan.

Hari ni genaplah setahun usia cinta hati kami, Mya Zara Raihana. Tahun lalu si comel ni kulahirkan secara pembedahan di KPJ Perdana, Kota Bharu tepat pada pukul 10.59am, 29.03.12.






Kini sayang dah setahun, dah pandai berjalan dan skarang mulut nya cukup pandai bebel dan mengajuk cakap kami. Gaya macam nak join orang dewasa bersembang.



Cepatkan masa berlalu. Tapi ku tak serik lagi untuk pregnant  erk...walau diduga alahan teramat teruk tapi amatlah berbaloi kerana dikurniakan anak yang comel dan bijak. Oh yer dia suka menulis...opss raihana tak kidal macam umi..huhu...

Ape pon..umi and abi wish you Happy 1st Birthday dan semoga menjadi seorang anak solehah dan bijak dan berguna di masa hadapan.Insha'Allah.


Salam love from Abi and Ummi....Muahsss...

Sunday, February 10, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 4

Taram...entry terakhir untuk Honeymoon di Cameron 2013 . Pasni daku kasi entry lain pulak.

Balik dari ladang sayuran, kami check out. Sebelum check out....fuhhh Raihana berjaya memecahkan satu gelas dalam toilet. That's why dalam entry pertama daku amek gambar toilet. Rupanya esoknya gelas tu pecah. Puncanya daku nak basuh kencing dia, skali takut basah sluar abi nya daku mintak angkat dia ke sinki. Huh...my fault...dia ringan je mencapai ape je yang ada skali capai gelas , siap angkat then pangggg pecah. Akibat pecah, abi nya terkejut marah umi dengan nada terkejut je pon. Tapi aku leh tergelak sebab si Raihana kencing atas tapak tangan nya. wakakakakak good gurl...protect ummi yer..

Masa check out kene bayar RM5, so just tolak dari duit deposit je. Setel. Kami terus gerak ke MARDI di tanah rata. Ramai jugak orang. Masuk kena bayar RM3/person. Baby free.

Kami just beli kordial , jem and aiskrim strawberi dan terus balik.


 Dan balik..tamat. Tak jalan-jalan sangat sebab nak abiskan masa bersama dan kesian takut Raihana demam sebab dia baru baik demam. Rupanya demam nak naik gigi tapi Alhamdulillah just demam selsema bukan demam panas.


 

Saturday, February 9, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 3

Sambungan dari entry Honeymoon di Cameron 2013 - Part 2

Pagi breaksfast seawal 7.30am sebab nakg ladang boh TEA lagi sebelum orang ramai. Dingin je. Raihana daku xmandikan hehehe just tuka baju...sian dia sejuk2. Tapi maintain berselera breaksfast bad bean okeh..

Manja..nak makan ngan abi..


Berdukung sebab half way en abi cakap..better amek stroller. So g amek stroller, dapatla tido nyenyak

Nyenyak nya saya tido. pss gambar ni dihantar untuk instagram #pertandinganinstagrampamafeb2013








Next destination, ladang strawberri dan sayuran. Tapi bukan musim lagi. Take note, kalo nak g korunk g time school holiday or after that mesti hasil banyak. Si Raihana ni takut plak kat kobis. adeii...maybe first time tengok kot. take time untuk kenal kobis.



bersambung lagi okeh







Thursday, February 7, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 1

Semalam adalah our 5th anniversary so daku and en asben dah celebrate g Cameron seminggu awal memandangkan KL ade cuti wilayah. Nasib orang tak la ramai sangat, biasa je.

Kami sampai dah lewat, dah dekat waktu orang nak solat Jumaat. So aku just drop en abi solat kat masjid Brincang and aku bersama Raihana g check in sambil leh rehat skejap. Kami booked Hotel Titiwangsa je guna Agoda. Rate masa tu RM188 siap breaksfast and dinner steamboat. So okla tu kan. Overall hotel ni bagus.

Jom Layan aktiviti kami...

 on the way..aksi manja..

Tengokla ape yang dipelikkan sangat dengan kunci tu..so ape lagi..explore la


Yeah..i got the key..

Opss...gambar bathroom. nanti ada citer sebalik gambar ni..jeng je jeng...


After en abi solat aku dah kuar tunggu depan masjid, ngam sampai dia baru jalan kuar. So kami pusing-pusing beli jagung manis dulu and keledek yang sedap. Ronda-ronda and balik hotel untuk tukar baju Raihana and solat.

Next, aktiviti beli teh kat boh tea. Aku suka kat sini sebab view cantik dan tenang. Sempat lagi en abi cakap 'yang jom g kat tepi tu..ombak rindu'. Haha see kuat kan penangan ombak rindu.haha.


Model teh. Beli 1 teh boh ni ye..Sambil jari tunjuk isyarat 1Malaysia.

 Ummi and abi just beli teh untuk family and sniri sikit and plan nk datang esok pagi sambil minum tea kat tepi tu.sebab dah lewat petang tak syok nak lepak sebab depa dah tutup kedai.


On the way balik ada satu port orang benti amek gambar..so kami tumpang sekaki...


 Aksi Raihana sebab geli geleman tengok pokok teh ni

bersambung....

Wednesday, February 6, 2013

Happy 5th Anniversary For us

06.02.2013 Alhamdulillah, genap 5 tahun usia perkahwinan ku bersama en asben. Tapi anniversary tahun ni amat manis sebab kami dah bertiga. Jika tahun lepas plak daku tengah memboyot sangat sebab aku bersalin bulan March.

Tahun ni dah celebrate awal sikit kat Cameron Highlands je tapi ok la dari takg memane kan...






Doakan kebahagiaan kami se-family yer.. dan dirahmati Allah insha'Allah Amin.

Saturday, January 26, 2013

Kiss Ummi

Sayang ummi...Muahsss.

i love you sayang

Thursday, January 24, 2013

Mee Udang Sungai Dua, Penang

Sambungan dari enty short trip to Penang.

Balik malam tu jugak singgah Sungai Dua jumpa adik ipar aku. So dia rekemen makan mee udang kat Sungai Dua ni. Memang terbaek, udang yang besar dan manis. Sedap.

Aziz Mee Pak Ngah, Sungai Dua
 

Layan sepinggan sorang.


Wednesday, January 23, 2013

Short Trip to Penang

Sabtu lepas tak de plan nak g memane, so ajak asben g Penang. Bajet nak makan passembor tapi tak sempat just sempat makan mee udang kat sungai dua je.

pekene breakfast char kue teow dulu


view atas jambatan...tak jammed cz sampai dalam 2pm.


Aksi stunt si cilik

 
Cari-cari jumpa kapitan restaurant kat bandar. So makan tapi aku tak bape makan sebab kureng mamak2 ni..tak kena ngan tekak aku. Sorry.




En abi layan makan ngan Raihana.

Kami sempat singgah ex-schoolmate aku sambil nak kenal rumah dia kat area USM.Next time leh datang lagi.
 



Tuesday, January 22, 2013

Raihana Bertudung

Tett...entry baik punya. Kecik-kecik daku dah test dia kasi belajar bertudung. Ni saja aku kenakan inner tudung kat Raihana sebab teringin tengok muka dia bertudung. Tangan dia asek tarik je sebab tak selesa. Tapi daku sempat snap gambo nya dengan bantuan en abi.


Thursday, January 17, 2013

Kawasaki Ninja 250 untuk dijual

 Semalam entry kereta aku untuk dijual, arini iklan superbike en asben plak untuk dijual. Reason untuk dijual: Tak sempat nak naik cz ade dua biji moto dah. G keja plak ngan kereta jarang ngan moto. Tambah lepas ada anak..langsung moto ni simpan sebab rumah aku tu macam tak sesuai nak park moto beso hahaha..






  



Condition: Used Price: RM 12 000 Reg. year: 1997

Only used go to office 10km from house.
Accident free

Reason for sell: Seldom use

Interested please call Ajan
013-4809355



Thursday, January 3, 2013

Sambungan entry Raihana Admit

Disebabkan beberapa kekangan, daku belum berjaya abiskan entry Raihana admit tu. Di antara kekangannya haruslah sebab daku duk fokus untuk siapkan proposal Master. Oh yer lusa daku exam final untuk paper Software Quality dan presentation untuk proposal pada 9hb petang. Wish me luck yer friends.

Berbalik kepada entry Raihana admit, sebenarnya paed request untuk admit kan dia untuk kasi nebulizer. Memang seawal malam pertama daku dah perasan Raihana langsung takde batuk berbanding malam sebelumnya batuk terlalu kuat maybe sebab dia tatau nak keluarkan kahak tu cemane. So gatal la tekak nya.

Happy mood smp tertido sebab sibuk mikir nak explore katil baru nya


Tak moo..ubat tak sedap tapi dia bagus ubat yang paling tak sedap tu selamber je telan walau kene pujuk. Good gurl tak de uwek ubat tu balik.


Okeh..kita g main-main ye sebab dah bosan duk dalam ward. 




Thursday, December 20, 2012

Taubat -





Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Dua golongan daripada umatku, apabila mereka baik maka baiklah manusia, dan apabila mereka rosak maka rosaklah manusia, iaitu umarak dun ularna." (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim)

-Pesanan untuk ku dan untuk semua-

Wednesday, December 19, 2012

Raihana Admitted at Pantai Hospital

Sabtu lepas ada appoinment dengan Dr Azam, paed kat hospital pantai bangsar. Actually untuk follow up selsema my sayang je. Malas asek kasi ubat je sian kat dia so paed mesti ade cara terbaik untuk atasi masalah anakku yang batuk teruk and selsema.

So bila Dr Azam bagitau better we admit and give her nebulizer for one or two days and see the progress. Normally baby will react positively.


Register untuk pilih bilik. 


So kami bersetuju untuk warded my daughter. So berkampungla kami. Admit sabtu tengah hari kul 11. Tapi pukul 5 kami mintak cabuttt balik cz nak amek barang2. So kami prepared pakaian untuk stay sana sampai isnin. Chewaahh stay sana dah macam hotel plak dah . Si kecik tu kemain suka duk dalam katil berpagar. Lompat sana sini dan asyik explore je .




Nyum...saya boleh makan ke ni sume ummi?

Taram..tayang tag


Sempat lagi explore hp daku

Then bermula lah episod nebulizer pertama untuknya. Fuhhhh nanges sepanjang masa setiap kali kasi benda ni. Sampai dia tengok nurse tu pon dia nanges. Fobia kot. Sbenarnya dia takutkan asap tu.

Tido kepenatan

Sebenarnya lagi kuat dia nangis lagi bagus sebab lagi cepat ubat tu masuk dalam paru- paru. Dannn resultnya malam tu aku langsung tak dengar my sayang tu batuk. Hehe aku tdo sekatil ngan raihana. Hehhe muat okeh walau kaki xleh diluruskan. Janji anak ku selesa. As usual aku tak de bawak botol susu cz memang kasi direct feeding. Nak kasi dia cepat sembuh dengan cepat.

Hurm sambung next entry plak citer lain. Saya nak beradu kejap.






Thursday, December 13, 2012

Raihana Demam

Dah masuk 8 bulan setengah baru dia demam. Last week cirit birit tapi tak stop just berkurangan. Makan ubat dah ok sket tapi 3 hari lepas en abi bawak g clinic terus refer hospital. So tak pikir panjang en abi bawak raihana with adik nya ke opis dan kami terus ke hospital pantai. Bajet nakg Prince Court tapi en abi kata takut jem huhu. Melepasss nak merasa ke sana.



Kami lunch dulu dan register. Memandangkan kami sampai 1.30pm so kena tunggu cz doctor ada pukul 2.30pm. Sementara tu aku dan Raihana lepak di nursing room. Selesa sangat-sangat dan aku siap charge iphone ku kat sana..hehe biasala guna 3G cepat pulak abis bateri.

Possing macam biasa, Raihana pon macam dah tau dia kena pose...


en abi masuk skali...hehe 


Happy pulak..tadi nanges.


Masa untuk bermain...Wah seronot kemain lagi dia..Tak macam sakit pulak ku tengok.


Tett..dah 2.30, nurse panggil untuk timbang berat dan ukur tinggi. Tapi just dapat timbang berat sebab dia meronta. Takut kot. So berat dah turun dari 7.3kg kepada 7.1kg. Sian anak ummi.

Raihana baby ke3 jumpa paed ni. Oh ye kami pilih Dr Azam di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hurm comel je room dia.. Dah nama pon paed kan. Yang penting Raihana tak nangis bila first time see him malah sibuk tatau nak pilih toys mana satu sampai abis jatuh teddy bear atas sofa kami duduk tu.aishh..excited kot nak explore.

Doc cakap bukan Rotavirus dan maybe virus biasa sebab cirit dah baik. Tapi dia heran kenapa leh muntah dan demam. So dia suggest warded sehari dua untuk check.

Oh no..takmau tak mau...Then dia bagi option wat blood test dan follow up lagi Jumaat ni (opss aku dah call smalam tukar kepada Sabtu).

Dia ada kasi banyak sangat ubat dan tukar susu free lactose. Disebabkan dia campur susu ibu dan susu formula, dengan rasa sedih kena kasi jugak susu baru. Aku tekad nak pam lebih kerap untuk supply kepada dia. Nasib la bila aku bersama dia no susu formula. Yeay..Dia suka sangat mengempeng..Haha


Sob sob..sakit ummi...kena amek darah..
 

Ni lah susu baru Raihana..Bagi usus dia tak kerja keras untuk hadamkan susu.

Balik....dapat appoinment card. See u this Saturday



Kepenatan sampai tertido.

Ape pon aku respect walau dia demam memang tak meragam. Syukur. So far baru sekali dia demam sampai tergolek tapi dia tak meragam...diam je ...tu masa Raya puasa aritu. yang ni aku rasa demam nak dapat step baru or nak tumbuh gigi.












 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template