Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Jemputan Malam Pratonton 7 Petala Cinta


Yahooo..semalam check email ...aku ada dapat lagi email dari MetroWealth. Sudah tentu jemputan ke malam pratonton 7 Petala Cinta.

Bukti invitation..hehe

Cadangnya nak kasi untuk adik aku yang baru kawen tu..tapi malang nya date 12/3/12 tu wedding umah kami plak. Majlis menyambut menantu, kat Kelantan plak tu. So tak dapatla dia nak pergi. Aku plak tak pasti balik ke tak time majlis tu sebab aku ingat nak balik time cuti tunggu bersalin terus. Maybe next week. 

En hubby plak kerja. tak leh nemankan ku g pratonton ni. So maybe akan ku pass kepada sape yek... Sape nakkkkk..angkat mouse....

Aku ni sbenarnya nak sangat jumpa Diana Amir dengan imej baru nya. Dulu dah jumpa time die seksi meksi tu. Skang lagi sedap mata memandang..Comei je dia.


Nanti aku senang ku buat entry pasal sinopsis citer ni. Skang kena sambung kerja buat UAT test untuk SAP system... Arghhh....

Friday, December 2, 2011

Preview Ombak Rindu



Yezza malam tadi aku with makwe adik aku sempat ke @eCurve Damansara. Ni gara-gara adik ku dah booked tiket tapi dia tak dapat datang.. so untuk tidak membazirkan tiket, aku pergi with Peya.
Sampai sana pukul 6 suku and parking pon mudah depan pintu masuk saje. Ni semua usaha kami sebab nak tengok Ombak Rindu. yeahh gang Aaronians semua berkumpul malam tadi. Happening jugak walau Aaron yang ditunggu kami asek bertembung ngan abg Ahmad Idham. Aritu g Istana Budaya pon jumpa dia jugak. Kali ni jumpa lagi. Entah2 lepas ni die kuarkan movie adaptasi dari novel...

Malam tadi ada banyak part yang bebetul menyentuh hati aku, ditambah lagi Aaron sniri menangis...banyak scene jugak la air mata lelaki nya gugur. Tapi part yang Hariz tolak Izzah dalam toilet sebab dia ingat Izzah pregnant. Pastu tengok part Izzah dihalau dari rumah, dihalau dari jaga Hariz di hospital la macam-macam la...

Aku tanak citer lebey kat sini..saja kasi panas je tu. Korang kena g tengok sndiri.


Jom layan Sinopsis Filem Ombak Rindu



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
 
 

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 
 

Thursday, November 10, 2011

Teater : Badai Semalam

Hurm... dah lama aku tak menjengah kaki ke Istana Budaya. So ape lagi bila adik aku ajak g tengok Badai Semalam, terus aku on aje. Dalam hati mintak mintak la aku sehat walafiat malam tu. Tanpa berlengah aku terus booked tiket online untuk 2 seats. Tapi aku tak pasti pulak cemane nak tukar tiket ori tu nanti. Macam kaedah cinema tiket ke ape...Sesape yang tau...help me...aku malas nak call derang lagi...
--> hehe dah tau..kene g collect tiket kat Istana Budaya sahaja.


Ni haa bukti aku dah booked tiket. Saja nak upload okey.


Okla jom kita layan sinopsis Badai Semalam.. Ape yang pasti teringin nak tengok gandingan Erra Fazira and Aaron Aziz..

Sinopsis
  Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
 
Pelakon : Erra Fazira
Aaron Aziz
Fizz Fairuz
Tenaga Produksi  : Pengarah : Khairunazwan Rodzi
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
Tiket  : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300
Promosi  : Diskaun 20% untuk Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan pelajar.
Istimewa tiket berharga RM20 untuk pelajar berkumpulan (minima 20 orang)
Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz
Hotline : 03-4147 8600
Maklumat Lanjut :
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558

Wednesday, February 9, 2011

Drama Gemilang at TV3

Drama nie dah start hari Isnin 24/1/2011 pada pukul 9.00 malam di TV3 ..patutlaa aritu aku ade tertengok..sayangnya x follow...minggu ni smpt tgk gitu2 je akibat penat after balik dr kg..jem teruk gara2 semua org balik kg CNY... huhu.....seksa rasanya.......

Episod 1 drama aritu membe aku kata boleh tahan laa ..tp mcm sedey.. Alamak...rugi x tgk... Tak boring , ada unsur-unsur semangat kental dan sedih . Tak sabar tunggu episod bila Asma (Tizz Zaqyah) dan Lah (Shahz Jazle) bertemu kembali .


Sinopsis citer ni:

GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.

GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.

Gemilang, drama terbaru TV3 yang akan ditayangkan bermula 24hb Isnin ini jam 9.00 malam.

Sumber : budiey.com

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template