Friday, January 27, 2012

Petua Menaikkan Uri

Uri di bawah..pasti menakutkan semua ibu yang mengandung kerana ia akan menyebabkan mudahnya berlaku pendarahan ketika kehamilan. Macam aku, dapat tau uri di bawah masa scan 4 bulan tu. Every month scan, keputusan tetap sama uri di bawah sehinggalah scan masa 7 bulan pon uri masih di bawah. Skarang aku dah 28 weeks ++, masih berdoa and berusaha agar uri naik ke atas.

Menurut gynea aku, Dr Idora (Hospital Pantai) and juga Dr Yasmin (Dari Manjung) dia cakap dia akan bagi chance uri tu naik ke atas dan keep on monitor sehingga minggu ke 36. Bermakna aku masih ada peluang selama 8 minggu bersamaan dua bulan lagi untuk terus berusaha di samping memujuk baby agar membantuku. Sekiranya semasa minggu ke 36, uri kekal berada di bawah, doc akan decide untuk proceed c-zer pada minggu ke 37 atau ke 38 bergantung kepada keadaan aku masa tu. Sekiranya berlaku pendarahan, akan dipercepatkan. Sekiranya tiada berlaku pendarahan, masih maintain la doc cakap.

Aku nak share petua untuk menaikkan uri yang ku dapat dari geng Ratuhati.Com iaitu AlinRahman. Thanks alin cz tolong fiza...

Source dari : Petua Menaikkan Uri

Oh yer, uri di bawah ni dipanggil "Placenta Previa" di dalam bahasa doktor la. Ada beberapa type placenta previa. Nanti aku citer kat entry lain. Ni nak citer pasal petua dulu yer.

Inilah keadaan placenta previa. Saya tak sure saya ni jatuh pada kategori mana cz my gynea tak nak i stress. Cuma dia cakap hampir tutup pintu rahim tapi tak tutup. Yang mana satu entah..

Ini pula perbandingan antara normal placenta dan placenta previa
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

18 comments:

Unknown said...

petua yg bagus...ko try la wat yg mane ko mampu,jgn paksa dri...
weh..kalo aku tgok blogmu ni guna firefox ok..tp kalo guna google chrome ko punya widgets berserabut trutama kt header..ko try tgok kt google chrome...

Unknown said...

aku xguna google chrome...
aku gune firefox..
hahahah..
so ko kene ikut aku..gune firefox..paham..hahahaha paksa rela ni

CikPuanIsteri said...

Good info...now sy 34 weeks...mse scan 26 weeks dktr ada bgtau yg sy nie low laying placenta..tp die de kate yg placenta akn naik bila baby pusing...minggu dpn kne g scan lg skali..harap2 da naik..kalo x kne admit hsptal... :'(

Unknown said...

yeke...doa byk2..minum air kepala skali

Fatihannur Kasihku said...

assalamualaikum..nak minta izin copy doa untuk anak...

Fatihannur Kasihku said...

nak minta icin copy doa untuk anak

SHAFIDA said...

assalam... terima asih atas penerangan. saya juga uri rendah...minta izin copy ya tentang info uri rendahni..
agak2 nya apa ygmom xlehbuat kalau dlm keadaan uri rendah ya?

Juwita said...

Terima kasih atas perkongsian..skrg sy tenang bila tau ada senaman dan petua naikkan uri..semoga dipermudahkan. Jazakillah

riesya said...

salam...sya br pas scan..sedey..uri sya bwh..peringkat ke-3..slase nie scan lg kt klinik kerajaan.klu uri still peringkat ke-3 trs msk wad...

cik puan ema um said...

Salam,kak boleh sy tau.time delivery akk normal ke czers?

sahak said...

Maaf sy cuma nk betulkn pendapat uri akan moving bila baby moving.ini silap.baby xkan tarik uri sama2.uri moving bila baby n perut ibu semakin besar.uri melekat pd dinding rahim
.maaf klu sy silap.

Unknown said...

saya pun uri bawah juga tpi pendarahan dokter ckap baby sehat saya selalu buat kaki kt atas sandar dinding kandungan Baru 4 bulan

ibu Raudhah said...

Assalamualaikum,

Kandungan saya baru masuk 22 minggu, lepas scan doktor dapati terdapat situasi low laying placenta. saya copy petua dari blog puan yek. Semoga dipermudahkan semuanya .Amin

Unknown said...

Hi! Saya baru mengandung 4 bulan. Doc scan dah bagitahu plasenta berada di bawah. Tak pasti dah tutup penuh atau tak. Bila start research pasal ni, jadi takut pulak. Thanks sis beri info tentang senaman. Saya nak cuba, disamping berdoa banyak2

jihajumi said...

Ada sejarah bedah tak?

Unknown said...

saya ada sejarah bedah tp bukan kt perut or rahim..kt lelangit dalam mulut...doc gtau kes uri bawah ni special kes...susah untuk bgtau reason why it happen..dia ckp anggap je ni ujian... so bersabar dan take care tau ..

*uols leh add or follow saya kat insta or fb utk direct communicate ngan saya..tq

Ummi vida said...

Sy skrg 28w , uri di bawah..tp smlm ad keluar darah skit masa bersama suami..darah koko tompok kecik mcm last nk hbs period..sape ad pengalaman cmni?please share

FIeZa said...

sis cuba g jumpadoc..sbb tu tkt gangguan pdrahim...

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template