Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Serunding Daging Kelantan Sedap

Salam uols..

Berita baik kepada penggemar serunding daging dari Kelantan.
Sempena menyambut Ramadhan, Anna Rainana Collections juga
membuat jualan utk dua jenis serunding daging (daging tempatan or daging import). Kepada yang berminat untuk mendapatkan sampel utk 200g, sila pm or wassap ke 013-3433878. Cepat, stock terlaris pada Ramadhan thn lepas. Enak dimakan waktu bersahur bersama nasi panas2..... Nyum..



Atau add je group Serunding Daging Kelate Sedak

 

Sunday, February 10, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 4

Taram...entry terakhir untuk Honeymoon di Cameron 2013 . Pasni daku kasi entry lain pulak.

Balik dari ladang sayuran, kami check out. Sebelum check out....fuhhh Raihana berjaya memecahkan satu gelas dalam toilet. That's why dalam entry pertama daku amek gambar toilet. Rupanya esoknya gelas tu pecah. Puncanya daku nak basuh kencing dia, skali takut basah sluar abi nya daku mintak angkat dia ke sinki. Huh...my fault...dia ringan je mencapai ape je yang ada skali capai gelas , siap angkat then pangggg pecah. Akibat pecah, abi nya terkejut marah umi dengan nada terkejut je pon. Tapi aku leh tergelak sebab si Raihana kencing atas tapak tangan nya. wakakakakak good gurl...protect ummi yer..

Masa check out kene bayar RM5, so just tolak dari duit deposit je. Setel. Kami terus gerak ke MARDI di tanah rata. Ramai jugak orang. Masuk kena bayar RM3/person. Baby free.

Kami just beli kordial , jem and aiskrim strawberi dan terus balik.


 Dan balik..tamat. Tak jalan-jalan sangat sebab nak abiskan masa bersama dan kesian takut Raihana demam sebab dia baru baik demam. Rupanya demam nak naik gigi tapi Alhamdulillah just demam selsema bukan demam panas.


 

Saturday, February 9, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 3

Sambungan dari entry Honeymoon di Cameron 2013 - Part 2

Pagi breaksfast seawal 7.30am sebab nakg ladang boh TEA lagi sebelum orang ramai. Dingin je. Raihana daku xmandikan hehehe just tuka baju...sian dia sejuk2. Tapi maintain berselera breaksfast bad bean okeh..

Manja..nak makan ngan abi..


Berdukung sebab half way en abi cakap..better amek stroller. So g amek stroller, dapatla tido nyenyak

Nyenyak nya saya tido. pss gambar ni dihantar untuk instagram #pertandinganinstagrampamafeb2013








Next destination, ladang strawberri dan sayuran. Tapi bukan musim lagi. Take note, kalo nak g korunk g time school holiday or after that mesti hasil banyak. Si Raihana ni takut plak kat kobis. adeii...maybe first time tengok kot. take time untuk kenal kobis.



bersambung lagi okeh







Thursday, January 24, 2013

Mee Udang Sungai Dua, Penang

Sambungan dari enty short trip to Penang.

Balik malam tu jugak singgah Sungai Dua jumpa adik ipar aku. So dia rekemen makan mee udang kat Sungai Dua ni. Memang terbaek, udang yang besar dan manis. Sedap.

Aziz Mee Pak Ngah, Sungai Dua
 

Layan sepinggan sorang.


Wednesday, January 23, 2013

Short Trip to Penang

Sabtu lepas tak de plan nak g memane, so ajak asben g Penang. Bajet nak makan passembor tapi tak sempat just sempat makan mee udang kat sungai dua je.

pekene breakfast char kue teow dulu


view atas jambatan...tak jammed cz sampai dalam 2pm.


Aksi stunt si cilik

 
Cari-cari jumpa kapitan restaurant kat bandar. So makan tapi aku tak bape makan sebab kureng mamak2 ni..tak kena ngan tekak aku. Sorry.




En abi layan makan ngan Raihana.

Kami sempat singgah ex-schoolmate aku sambil nak kenal rumah dia kat area USM.Next time leh datang lagi.
 



Tuesday, December 4, 2012

Musang King durian di MAHA 2012

Last weekend aktiviti kami sekeluarga full dengan Sabtu pagi tu ke MAHA 2012. En abi tak puas ati cz Jumaat petang before anta aku ke kelas dia tak dapat beli Musang King durian. So Sabtu pagi kami ke sana lagi. By the way, disebabkan dah pergi Jumaat kami dah tau parking yang paling dekat dengan gerai FAMA. So terus ke sana dan aku hanya tunggu dalam kereta dengan Raihana. Lagipon tak de parking. Bila dah dapat parking baru dan kebetulan en abi dah kiri kanan dengan durian nya, terus kami beli makan skejap kat bawah tu. Tak lama pon kat situ sebab panas, dan kami terus balik makan solat dan bersiap nak ke Midvalley cz ade Mom & Baby Exhibition.

Jom layan gambar, opss sorry gambar kat FAMA je ade sebab aku tak g pon tempat lain.

Labu terbesar
 

Kecil comel je papaya ni.
 

Sempat beli ais krim goreng coklat
 

Pink Guava...
 

Ni D24 durian. Besar nya seulas doyan nih..
 

Ape pon cik Musang King memang terbaek derr.


Grulppp..kenyang..oh ye aku dapat 3 voucher Subway dari Hitz.Fm. Masa tu saje g join pass Hello Kitty ape tah...hoho...

Erm..next citer sambung entry lain daa...

Monday, December 3, 2012

Raihana Sayang sudah 8 bulan

Sekejap je pejam celik pejam celik anak aku tu dah masuk 8 bulan. Banyak sangat pengalaman manis pahit kami lalui sepanjang membesarkannya cuma ape yang boleh kami luahkan Raihana adalah anak yang baik sebab dia tak de ragam melainkan hanya menangis kalau lapar dan sakit. Cuma skang dah pandai menangis kalau mengikut aku or abi mau keluar nakg memane.. Hehe especially time aku nak g kelas.

Lama betul kan tak update blog sebab rasa agak busy dengan aktiviti melayan si comel ku itu. Last week masa 29hb tu kami saja keluar makan-makan kebetulan jugak dengan 8th month birthday anak kesayangan kami tu.

Tapi sorry dear, sayang tak dapat makan best lagi tau. Tunggu dah besar sikit yer.



Doa ummi dan abi semoga Raihana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta menjadi seorang anak yang beriman, patuh pada abi dan ummi dan insha'Allah sayang akan menjadi anak yang bijak dan dapat membahagiakan kami sepanjang masa. 
Amin.

Thursday, October 25, 2012

Aksi si Manja ku

Layan aksi si manja, belum masuk usia 7 bulan Alhamdulillah Raihana dah menunjukkan perkembangan agak cepat dari kawan-kawan nya. Dia dah mula berdiri dan pegang tepi sofa or cabinet. Dah merangkak perlahan-lahan. Semalam dah leh menapak sambil berpegang pada sofa..

 Ni masa dah 6 bulan.



  yeay..saya dah start solid food.




Saya dah boleh berdiri sendiri macam ummi, abi dan orang lain okeh.



Tapi...gigi non ado lagi..hehe dan mulut cukup bising dan suka tersengeh especially bila orang agah..
Sejuk hati ummi pregnantkan kamu, sayang. Semoga sayang menjadi anak yang solehah dan berguna nanti.Insha'Allah.

Wednesday, October 24, 2012

Ayam penyet Sunway

Last week punya entry daku tak sempat update sebab mood study untuk mid term. Walhal satu subject je sem ni tapi daku amat tak de mood untuk update.

Balik kje aku cakap kat abi teringin nak makan ayam penyet tapi dia pulak teringin nak makan William, selera western la pulak..tapi tekak aku tak nak...hehe..sorry ye abi..hehe

Tapi petang tu kami ke jusco sambil aku nak pos barang untuk customer skejap.


So memikirkan faktor dekat sebab daku nak balik sambung revision so dia setuju dengan permintaan daku.
Tq abi.


Masak lemak pucuk ubi memang best. So far ayam penyet kat lain tak sesedap kat sini.


Ayam penyet set.

Location: Ayam penyet Sunway, tepi highway menghala ke jambatan kabel dah nampak...


Thursday, September 13, 2012

Dinner Makanan Arab di Restoran Saaba Cyberjaya

Just nak share, first time merasa makan Nasi Arab di Saaba Restaurant Cyberjaya, sebenarnya tak susah mencari menggunakan application 'Waze' di iPhone daku, tetapi disebabkan en abi suka suki menjadi GPS dah susah plak nak cari tapi end up kami dah pusing dah area tu sbenarnya.

Nak tau details nya..sila visit website ni.http://biz.yellowpages.com.my/saba-restaurant/contact.html

4800 suite 0-2,
Grnd Floor, Block A1,
Jalan Perdana, CBD Pedana,
63000 Cyberjaya,
Selangor 


Disebabkan first time hantam saje order. 

Nasi Arab ape tah utk laki aku dan aku order lamb kebab..okla...

Sementara tu Raihana mesti boring menanti makanan kami..heheh so saje pujuk dia main ngan handphone ku.hehe

taram....i'm hungry okeh ummi


Thursday, September 6, 2012

Dating dengan member lama

Semalam lepas keja balik ambil Raihana dan siapkan dia untuk bawak dating. Masing-masing datang sendiri ....en hubby masing2 kojer...bz kate kan..takpe next time kita arrange dating with hubby plak..

Lenanya tido....ummi dah make sure sayang kekenyangan sebelum bawak berjalan.


Jeng je jeng..sian kat Yah dan anaknya Sara tunggu kami lambat sikit sampai. Aku sempat sediakan air panas untuk Yah since anaknya menyusu botol. Ngam-ngam aku nak ejas stroller, Ita plak sampai, yeay ita parking tak jauh dari keta ku..

So, kami cari port...hurmm..Kenny Rogers since ade tempat privacy untuk ibu-ibu macam aku neh..hehe lagi pon ok sket dari pandangan khalayak bila mana anak-anak kami meragam..hehehe


 Raihana with auntie Ita.yeay

Sembang..makan...tapi sian kat Yah..Sara macam wat hal...tapi takpe Ita cekap bergilir amek alih untuk bawak Sara jalan. Aku.. aku plak duk jaga Raihana la..huhu dan dan je nanges nak berdukung..hehe

Pic sebelum balik...


Dah...bergambar dengan Sara..fuh pandai betul ngajuk org...matanya bulatt sangat..geramm i..

So..pastu balik...next agenda harus plan utk gath kat rumah sesape..leh ajak geng lain jugak nih...


Wednesday, August 15, 2012

Burger Bakar Puchong Utama

Entry mood berbuka puasa lagi. Balik kerja aku amik part untuk siapkan siakap stim. cukup mudah sebab just campur-campur gitu dan masukkan dalam steamer.

Hasilnya..taram

Siakap di sebalik bahan-bahan 


Then ada lagi.... masak lemak ketam.. 

 Fresh dari dapur


And ada lagiii....special menu tapi takdela makan serentak. Ni lain masa la..Burger bakar.


Kasi up sikit lagi..


Aku on diet, so makan sikit walau sodapp..

*Raihana pon tumpang sekaki...huhu nasib dia behave..Paham jiwa kot..

Saturday, July 14, 2012

Chicken Foldover Buy 1 Free 1

Cepat cepat... kepada peminat Chicken Foldover  ape lagi...jom g serbu Mc Donald...
Buy 1 Free 1 okeh...


Tuesday, May 29, 2012

Raihana at Wedding Sedaraku

Sabtu aritu kami bertiga wakil pihak keluargaku ke majlis pernikahan sedara kami di Shah Alam. Adik lelaki ku tak dapat join cz terlibat dengan kelas tambahan dan wife dia plak join majlis tu last minit. Masa kami dah masuk dewan.


Seperti biasa tido bila kena air cond


Raihana seperti biasa...tido aje sepanjang majlis. Bila dahs sessi bergambar baru bangun dan mula la wat suara tak puas ati ajak balik..hehe

 Tido lagi

Sudah bangun bila Abi pegang.


With Achik


Ape pon Selamat Pengantin Baru untuk Izuddin dan Adlina. Semoga kekal ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat timang baby. Amin

Tuesday, February 28, 2012

Sessi Menghabiskan Voucher Buku 1Malaysia

Dah nama student... of course la dapat voucher buku 1Malaysia tu. So Sabtu lepas aku and en hubby decided nak perabiskan voucher tu kat MPH, MidValley. Aku pergi ke outlet dia macam biasa.. Tapi TUTUP.


Owhh dah pindah tempat. So pergi jela...tak jauh dari Burger King kat LG. Fuh punya la ramai student-student macam aku duk memilih untuk perabiskan voucher. Aku beli 3 biji novel untuk adikku Elah, 3 biji buku agama and lagi 4 biji untuk aku and en hubby iaitu kisah-kisah Nabi dan yang sewaktu dengannya.


Total RM 206 kot tapi aku asingkan bil sebab pembelian RM100 ke atas dalam satu bil akan dapat RM5 voucher. So aku asingkan bil dapatla RM10 voucher. Nanti leh guna untuk beli barang lain nanti.


Ada satu buku je tak jumpa walau dibantu oleh staff MPH. Tengok dalam sistem ada 40 biji tapi entah dimana tah buku tu. Sian kat adik aku...

Dah siap membeli belah, g beli strawberry Korea. Manis giler...and murah beb..Rm11.90 untuk sbekas ni...


Sorry cara snap yang tak berapa betul cz snap dalam keta.

 

Manis betul... rasa macam tak cukup pulak..

Kuar Midvalley aku teringat yus kawan yang duk Selayang, terus aku call ajak dia makan. Naseb dia free. So layan makan kat sana. Aku order air kiwi (tapi tuka plak dengan en hubby cz masam), hubby order air ciku (dapat kat aku.haha) and yus walau sakit tekak order tembikai...perghhh memang terbaek la untuk orang yang sakit tekak..


Gambar lain dah tak snap sebab dah terlalu lapar sampai lupa nak bergambar with Mekyus.. Next time yer yus eh..


 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template