Showing posts with label Mommy. Show all posts
Showing posts with label Mommy. Show all posts

Saturday, February 16, 2013

Tudung Fareeda untuk dijual


Hari ni bersemangat sikit untuk update entry tudung fareeda. Daku ada 4 helai tudung untuk di let go.Masih baru sebab belum pernah dipakai execept cuba masa kat butik. Takde baju sesuai and ada kaler yang dah ada sebelum ni. Sebab tu nak let go.
 

Fareeda Sofiya
Labuh 10.5 inch
Rm180 + rm10 postage
Code : FS01

Fareeda Sofiya
Labuh 10.5 inch
Rm190 + rm10 postage
Code : FS02
 Fareeda Sofiya
Labuh 10.5 inch
Rm220 include postage
Code : FS03

 Fareeda Sofiya
Labuh 10.5 inch
Rm220 include postage
Code : FS04
Berminat sila sms/whatsApp ke 013-3433878 
atau
comment pada entry ni
atau
like and comment gambar di page Anna Raihana Collections

Monday, January 21, 2013

Beli Printed Fareeda Combo Online

Skarang ni daku dilanda demam Fareeda lagi skali. Aritu ingat tak nak berkecimpung tapi sejak leh order tudung aku makin sakan plak pakai Fareeda nih.

Terkini koleksi aku membelasah butterfly printed (setelah jenuh suruh cousin aku carikan secara online). Finally dapat seperti yang aku nak tapi combo dengan kaler yang aku dah ada. Nasib reseller tu bermurah hati kasi tukar kepada strawberry color. Pon i wish nak kaler ni jugak.

Pejam mata bulan ni belasah 4 helai..arghh . Dapat kalendar kecil skali..Okla sket...dari takde dapat ape-ape kan.




Layan seround...

Sesiapa berminat nak dapatkan tudung Fareeda pada harga boleh kautim leh contact saya ok cz baru dapat jumpa reseller yang leh jual special discount ..hihi



Wednesday, December 5, 2012

Photoshoot for Princess Contest

Sambungan dari entry semalam okeh.

Balik dari MAHA 2012, balik rumah untuk bersiap-siap ke Mom & Baby Expo di Midvalley. Kawanku Vivy dan bagitau anak nya Naufal dah selamat photoshoot untuk prince customes.. Hehe  ape lagi daku pon nak jugak Raihana bergaya dengan baju ala princess. Biarla dia kecik lagi, untuk kenangan bila dia besar nanti. Hehe.

Ada satu booth dari Ivory. Aku kena bayar RM50 untuk satu customes dan akan dapat sekeping gambar. So en abi kata buat 2 customes la dapat dua gambar. Okeh. Nanti dalam banyak2 tu sekeping akan submit ke penganjur untuk Prince and Princess Contest. Tak la berharap mana sebab si comel aku kecik lagi, xpandai mana berpossing and asek nanges je sebab baru bangun tido.
Moral of the story : Kasi dia kenyang dan happy dulu okeh baru dapat best shoot.. huhu

Ade mekap2 jugak rupanya.

Sempat snap sambil duk pujuk dia possing.


Hasil nya...hehehe muka cam nak nanges okeh..

 
Good try dear. Cuba lagi .Aku submit gambar ni untuk contest.


See mood dia sudah okeh....mula senyum plak..

Ape pon okla at least ade gambar kenangan untuk nya bila besar nanti. Puas ati sebab dapat tengok anak sendiri plak pakai comel-comel macam princess. Biasa asek tengok anak orang je cenggitu.. Hehe.

Monday, December 3, 2012

Raihana Sayang sudah 8 bulan

Sekejap je pejam celik pejam celik anak aku tu dah masuk 8 bulan. Banyak sangat pengalaman manis pahit kami lalui sepanjang membesarkannya cuma ape yang boleh kami luahkan Raihana adalah anak yang baik sebab dia tak de ragam melainkan hanya menangis kalau lapar dan sakit. Cuma skang dah pandai menangis kalau mengikut aku or abi mau keluar nakg memane.. Hehe especially time aku nak g kelas.

Lama betul kan tak update blog sebab rasa agak busy dengan aktiviti melayan si comel ku itu. Last week masa 29hb tu kami saja keluar makan-makan kebetulan jugak dengan 8th month birthday anak kesayangan kami tu.

Tapi sorry dear, sayang tak dapat makan best lagi tau. Tunggu dah besar sikit yer.



Doa ummi dan abi semoga Raihana dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta menjadi seorang anak yang beriman, patuh pada abi dan ummi dan insha'Allah sayang akan menjadi anak yang bijak dan dapat membahagiakan kami sepanjang masa. 
Amin.

Thursday, October 4, 2012

6th month of Mya Zara Raihana

Ni testing untuk post entry guna iphone. Tadi nak try transfer gambar macam tak leh plak. Ke aku x connect haha.


Agak lama tak update citer tentang my lil girl ni. Dia dah masuk 6 bulan sabtu lepas. G timbang and beratnya naik sikit je. 6.6kg. Maybe dia dah terlalu lasak kot sebab tu la dia tak naik sangat berat.Skarang dia dah mengesot dengan lajunya. Dah mula belajar duduk walau tak brape nak stabil. Dan sudah pandai duduk dalam posisi merangkak dengan jayanya. Chaiyok dear.


Malam tadi aku noticed dia dah mula menggerakkan lutut ke depan untuk merangkak tapi tak stabil. Sokmo tumbang hehe. Nasib ummi dah get ready toto 3 lapis plak tu. tiap minggu kena basuh huhu. Nasib washer machine ku besar so muat la.

Abis riben teddy bear kecik ni dikerjakannya.


Sunday, September 30, 2012

Promosi Acai Berry ABC PLUS Murah

October Promotion .Sesiapa yang nak langsing kurus secara berhemah, boleh mencuba ABC Acai Berry.



ACAI BERRY ABC Kapsul gel lembut Impian jadi kenyataan!!! Hilangkan 10-15kg dalam masa
sebulan!!!

manfaat acai berry, membuang lemak degil berlebihan di dalam badan. membantu mengurangkan kedut penuaan,mencantikan kulit dan awet muda. Bahan bahan yang unik di proses menggunakan teknologi moden. Mengandungi 100% Acai berry yang telah dikeringkan dan di proses menggunakan teknologi moden.




SAH HALAL


 Harga sebelum ni RM 120 exclude postage fee. Tapi untuk

 October 2012, saya offer RM 100 exclude postage

stock dah abis..sms untuk dapatkan harga semasa

Postage RM6 Semenanjung
RM 10 Sabah Sarawak


Cepat sementara stok masih ada sahaja.

 


Untuk pembelian, sila sms/ whatsapp/viber ke 013-3433 878

Wednesday, September 12, 2012

Jalan-jalan Raya 2012

Last week aktiviti kami anak beranak hanya berjalan raya.

Kami dah ready...

Rumah pertama, jeng je jeng rumah baru ex-osmet daku Syada di Sungai Ramal tu..Fuh besau gilos banglo baru nye..kagum daku. Baby inas tido plak..takpe nanti Raihana datang next time utk memain lagi yer. siap lunch kat rumah syada plak dah..tengkiuuu my frend..

Raihana with baby Inas.. baru nak masuk 3 bulan..dah nak sama size dengan raihana...yang penting aku tengok jarinya panjang-panjang.sure tinggi nih nanti.. Ikut abi and ummi dia jugaks la tu..

Taram....kak Iman nak join sikit..bleh..

Lepas tu, terus ke Taman Jelok Utama, Kajang rumah my friend jugaks.. Eliza.

Mommies dan kids 

Aku tengok eiymann dan Riri ni suka betul kat baby Raihana..ehem ehem..good sign..

Raihana with Riri..double 'R'

Eiymann, Riri dan Raihana..

Makan sate dan sembang lama giloss...lepas tu terus ke rumah sepupu daku plak tak baper jauh dari rumah Eliza je pon..Tapi lupa nak snap gambo la dengan family dier sebab terlalu banyak sembang since dah lama kami tak jumpa. Anak-anak dia pon dah besar.

Lepas tu terus ke USJ, jumpa kawan lagi.. Visit nya sebab dia baru pegnant...sian kena alahan jugak..sabo yer..pon tak ingat amek gambo...sebab Raihana kejap-kejap macam buat peel bosan..Almaklumlah seharian berjalan..huhu

Thursday, September 6, 2012

Dating dengan member lama

Semalam lepas keja balik ambil Raihana dan siapkan dia untuk bawak dating. Masing-masing datang sendiri ....en hubby masing2 kojer...bz kate kan..takpe next time kita arrange dating with hubby plak..

Lenanya tido....ummi dah make sure sayang kekenyangan sebelum bawak berjalan.


Jeng je jeng..sian kat Yah dan anaknya Sara tunggu kami lambat sikit sampai. Aku sempat sediakan air panas untuk Yah since anaknya menyusu botol. Ngam-ngam aku nak ejas stroller, Ita plak sampai, yeay ita parking tak jauh dari keta ku..

So, kami cari port...hurmm..Kenny Rogers since ade tempat privacy untuk ibu-ibu macam aku neh..hehe lagi pon ok sket dari pandangan khalayak bila mana anak-anak kami meragam..hehehe


 Raihana with auntie Ita.yeay

Sembang..makan...tapi sian kat Yah..Sara macam wat hal...tapi takpe Ita cekap bergilir amek alih untuk bawak Sara jalan. Aku.. aku plak duk jaga Raihana la..huhu dan dan je nanges nak berdukung..hehe

Pic sebelum balik...


Dah...bergambar dengan Sara..fuh pandai betul ngajuk org...matanya bulatt sangat..geramm i..

So..pastu balik...next agenda harus plan utk gath kat rumah sesape..leh ajak geng lain jugak nih...


Wednesday, September 5, 2012

Menggosok baju kerja

Aku memang iron baju sambil duduk..erm iron board pon yang rendah ..hehe sambil layan tv. Tapi skarang daku dah ada pembantu. Nasib tak kemek tudung Fareeda i okeh..hehe


Kasi mainan baru ok...Suka melayan kerenah anakku nih.. Tak boring.

Sunday, September 2, 2012

Raihana Demam Raya

Sian anak ummi, demam yer sebuk beraya. Raihana demam masa on the way datang KL. Naseb Sabtu malam lepas singgah Jerantut rumah kak ipar daku. Masa tu Raihana tak demam lagi.

Elok je sampai rumah, dia mula muntah-muntah susu, last skali kuar lendir cz dia ada lagi saki baki selsema. Jenuh daku mengejas siap call mak lagi..hehe panic punya pasal sebab dia tak pernah macam tu. Kak Ja aku pon panic.

Malam tu daku berjaga and en abi pon take turn berjaga jugak.Malamnya suhunya panas tapi bila test 37.2 so aku just sponge kan badan dia dan kasi ubat demam yang memang sentiasa get ready untuk dia.

Esoknya Ahad, Raihana asek nak berdukung nak duk luar rumah. Aiseh penat ummi, terpaksala gilir-gilir dan kul 11 kami gerak balik KL. Perjalanan lancar tanpa sebarang jem. Terus ke clinic yang berdekatan..Fuh suhu dah 39C, terus masuk ubat ikut b*nt*t.


Balik tu terus sponge lagi dan biarkan dia pakai pampers je. Hasilnya petang tu dia dah kebah sikit dan aku mandikan dia perlahan-lahan. Isnin aku terpaksa EL, sebab panas balik pagi tu. Wuhuuu tapi g clinic doc just kasi ubat lain since aku xkasi pon ubat yang clinic sebelum tu. Doc kasi dos kanak-kanak 1thn punye.


 
Masa tu main redah je sebab Ahad specialist pon takde biasanya.Huhu. Semalam sayang sudah sihat sepenuhnya. Alhamdulillah. Ni mesti demam nak masuk 5 bulan.


Happy 5th month birthday untuk sayang ummi. I love you so much dear.

Friday, August 3, 2012

Organic Vitamin C 1000mg terbaik

Vitamin C 1000mg
DALAM MASA SEMINGGU MAMPU :
* Memutihkan Kulit muka dan 1 badan
* Menghilangkan bintik hitam, jeragat, eyebag
* Menghilangkan jerawat dan parut
* Anti penuaan dan anti kedut.
* Menjadikan kulit licin, gebu dan berseri-seri
PENGAMBILAN SEHARI SEBIJI SAHAJA
Promo raya : 30 biji RM70 , harga biasa RM75.
Postage fee untuk Semenanjung: RM6 manakala Sabah Sarawak pula RM10
 
kalau ada yang beminat boleh komen kat post nie yer.... atau msg/ whatsApp kt no 013-3433878 


Ramai customer tanya yang Vitamin C saya jual ni, especially yang 1000mg tu ada campuran gluta + grape seeds tak :)

Here's my answer :
 Maaf, saya tak jual vitamin campuran. Saya hanya jual pure 100% vitamin C yang diproses secara organik ja. Tau sebab apa ? SEBAB SAYA TAK NAK AMBIL APA-APA RISIKO. Vitamin campuran adalah berisiko tinggi untuk bawak efek di kemudian hari sebab komposisi badan manusia tak sama. Ada yang boleh terima campur-campur ni, dan ada yang tak boleh. Lagi satu, kebanyakkan vitamin campuran ada bahan lain yang dicampur, itu membuatkan vitamin tu digelar Vitamin Sintetik dan BUKAN VITAMIN PURE ORGANIK. Macam Vitamin C ni, memang semua badan sangat perlukan sebab badan manusia tak produce Vita C dengan sendirinya. Selain tu, Vitamin C ni adalah vitamin larut air yang cepat terhidrat keluar melalui peluh, air kencing mahupun stress. Sebab tu lah manusia SANGAT PERLUKAN VITAMIN C DALAM BADAN UNTUK PENJAGAAN MASA PENDEK & MASA PANJANG :)

INGAT : Jangan obses nak cantik atau nak cerahkan kulit yang cepat sampai abai benda wajib tentang kitaran tubuh badan. Sama macam memandu, biar lambat tak pa, asalkan selamat sampai. Jangan kalut sangat nak cepat sampai destinasi, takut nanti di tengah jalan, kita sendiri yang 'tersungkur' ;)

Tuesday, July 31, 2012

Activate Celcom Data Plan untuk iPhone 4s ku

Sabtu aritu baru ada kesempatan kami ke Midvalley since tak de masa nak ke Celcom on weekdays. Sambil tu nak pergi Mom and Baby Expo kat Midvalley Exhibition Centre.

Activate Celcom tu kena en abi yang buat since number Celcom aku ni daftar nama dia. Buat di BlueCube sebelah Kenny Rogers je. Level LG kot kalau tak silap aku.


Raihana lepak tepi kedai sementara tunggu abi siap...


 Abi and Raihana... kedua-duanya kesayanganku

Pastu naik ke floor atas ke expo. Fuh ramai betul orang. Aku sempat beli baby sling, kipas untuk stroller  dan a few things untuk Raihana.


Nampak tak sling tu..hehe hasil edit guna iphone daku. Hehe simple simple je sebab masih baru belajar. Hehe



Sunday, July 29, 2012

Happy 4th month birthday to Raihana

Pejam celik pejam celik.... sudah masuk 4 bulan usia anakku. Alhamdulillah kerana memberikanku dan en abi merasai nikmat ini.

Harapanku semoga sayang menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada ummi dan abi. Amin. Insha'Allah.



Oh ye, malam tadi g check up Raihana untuk 4 bulan. Hurm....guess what.... Beratnya naik 200g je dari bulan lepas. 5.70kg.



Check up kat klinik bawah rumah je sebab saje nak tau berat nye aje. 15hb ni pulak next appoinment di regular clinic untuk amik 2nd injection of pneumococcal,

Thursday, July 26, 2012

Traffic Jammed di Bulan Puasa

Kalau di Puncak Jalil, bulan puasa ke bulan tak puasa ke memang jammed je especially di pagi hari. So bila bulan puasa pulak, jammed lagi awal sebab kebanyakan orang keluar awal selepas Subuh.

Kalo dulu, aku selalu turun pukul  6.45AM to 7.00AM (plus minus ke rumah babysitter lagi), keadaan traffic still ok. Dua hari lepas aku turun awal sebab kononnya nak tido skejap bila dah sampai opis.




See, jam di dashboard panel baru 6.37AM, meter kereta pulak 0 km/j. Maknanya jammed lor. Ni baru kuar area rumah.


So bulan puasa baik aku kuar awal sikit, so dapat sampai awal leh tido sekejap. Kalo turun lewat 10 minit akan sampai opis beza stengah jam lor..

Tapi untungnya aku dapat parking kereta dalam opis area so tak payah berebut sangat la bila sampai awal ke lambat opis.

Tuesday, July 24, 2012

Medela: Contact Nipple Shield

Entry khas untuk kawan aku, Lin. Sorry beb aku lambat buat entry ni. Aku betul-betul tak sempat nak buat. Weekend aritu plak tak ingat bukak blog duk layan anak demam.


Contact Nipple Shield..

Sebenarnya penggunaan Contact Nipple Shield ketika menyusukan bayi juga boleh digunakan untuk ibu-ibu yang baru melahirkan baby di mana ibu tersebut mengalami masalah inverted nipple.

Aku masa pregnant tak buat research pasal ni cz aku assume semua orang bila melahirkan anak leh menyusukan bayi secara semulajadi dengan senangnya. Huhu. So hari ke3 en abi pergi belikan nipple shield brand Pigeon untuk ku. Ku cuba beberapa hari tapi macam tak memuaskan.

Asek tercabut dan tak lekat sangat


So aku surfing (dalam masa berpantang x sampai seminggu) cz niat aku memang kuat untuk menyusukan baby. So dalam masa tu aku dah campur susu sikit dengan susu formula since aku hanya pam dua jam sekali untuk bagi Raihana guna botol.

Aku sempat tanya dua kawan ku, dan dia cakap dia guna Contact Nipple Shield brand Medela. Komennya, memang bagus dan akhirnya dia berjaya menyusukan bayi secara semulajadi walau terpaksa menunggu selama dua bulan. Dalam masa tu terpaksa menggunakan bantuan nipple shield ketika menyusukan bayi.

Ni haa benda aku citer tu..



Aku just beli online. Harga nya RM69 tanpa postage caj. Senang sebab dalam pantang nak mintak asben g beli takut tersilap beli plak.


Atau dalam version kotak nya (aku beli size M) nnati saiz ikut ukuran saiz nipple kena make sure betul2 takut rugi.
...
..



So dari hari ke7 tak silap aku sehingga ke hari 50 tak silap aku, aku on off prektis Raihana menyusu dengan bantuan nipple shield medela ni. Dalam masa tu aku selang seli pam dan bagi menerusi botol kepada Raihana.

Resultnya, hari ke 54 Raihana dah berjaya menyusu dengan jayanya secara semula jadi. Good girl.
So kepada sesiapa yang mempunyai masalah inverted nipple, jangan mudah mengalah dan putus asa. Doa banyak-banyak dah usaha tanpa jemu. Lepas tu, selalu bercakap-cakap dengan baby pujuk dia supaya direct feeding, insha'Allah berjaya nanti.

Chaiyok chaiyok... Now i'm very happy and enjoy breastfeed moment even though at public area, i'm very confident to breastfeed Raihana directly. (but make sure u pakai nursing wear lor..)





Thursday, July 12, 2012

Raihana Bergembira

Malam tadi layan aksi Raihana sorang-sorang atas sofa..Tidur pon kejap kejap je...Tapi dia tak nanges pon bila jaga.. Macam tau je ada orang dekat dia.. Dia suka je mandang arah TV...



Masih macam biasa, suka hisap jari before tido...Sudahnya terlelap. Bila terjaga cepat-cepat daku tukar baju dia cz dah malam...

Melayan teddy bear keciknya..



Aksi gembiranya bila diagah...


Wednesday, July 11, 2012

Bagaimana Menyimpan Susu Ibu

Special entry untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan daku yang ingin tahu bagaimana menyimpan susu ibu.

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
  •  

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.


Source From http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214
MomChoice
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template