Showing posts with label Jenjalan. Show all posts
Showing posts with label Jenjalan. Show all posts

Monday, March 13, 2017

Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu



JEJAKA Inggeris yang cukup fasih bertutur loghat Terengganu, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang gadis Melayu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Majlis perkahwinan dan pertunangan Mat Dan yang kini bergelar selebriti selepas menjadi hos program Mat Dan Kaki Jalan tersebar selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu menjadi tular di media sosial sebentar tadi.
Pasangan ini difahamkan bertunang pada siang hari dan bernikah pada petang hari yang sama.
Satu daripada gambar viral itu menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari tunangnya yang anggun berbaju kurung moden berwarna ungu.








Memetik BH Online, anak jati kelahiran Bristol, England itu selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Terdapat juga gambar menunjukkan Mat Dan lengkap berbaju melayu berwarna krim dipercayai dipakai ketika upacara akada nikah yang dilakukan sebentar tadi.


Tahniah diucapkan buat Mat Dan dan pasangan, semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke Jannah. – MYNEWSHUB.CC





Sunday, February 10, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 4

Taram...entry terakhir untuk Honeymoon di Cameron 2013 . Pasni daku kasi entry lain pulak.

Balik dari ladang sayuran, kami check out. Sebelum check out....fuhhh Raihana berjaya memecahkan satu gelas dalam toilet. That's why dalam entry pertama daku amek gambar toilet. Rupanya esoknya gelas tu pecah. Puncanya daku nak basuh kencing dia, skali takut basah sluar abi nya daku mintak angkat dia ke sinki. Huh...my fault...dia ringan je mencapai ape je yang ada skali capai gelas , siap angkat then pangggg pecah. Akibat pecah, abi nya terkejut marah umi dengan nada terkejut je pon. Tapi aku leh tergelak sebab si Raihana kencing atas tapak tangan nya. wakakakakak good gurl...protect ummi yer..

Masa check out kene bayar RM5, so just tolak dari duit deposit je. Setel. Kami terus gerak ke MARDI di tanah rata. Ramai jugak orang. Masuk kena bayar RM3/person. Baby free.

Kami just beli kordial , jem and aiskrim strawberi dan terus balik.


 Dan balik..tamat. Tak jalan-jalan sangat sebab nak abiskan masa bersama dan kesian takut Raihana demam sebab dia baru baik demam. Rupanya demam nak naik gigi tapi Alhamdulillah just demam selsema bukan demam panas.


 

Saturday, February 9, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 3

Sambungan dari entry Honeymoon di Cameron 2013 - Part 2

Pagi breaksfast seawal 7.30am sebab nakg ladang boh TEA lagi sebelum orang ramai. Dingin je. Raihana daku xmandikan hehehe just tuka baju...sian dia sejuk2. Tapi maintain berselera breaksfast bad bean okeh..

Manja..nak makan ngan abi..


Berdukung sebab half way en abi cakap..better amek stroller. So g amek stroller, dapatla tido nyenyak

Nyenyak nya saya tido. pss gambar ni dihantar untuk instagram #pertandinganinstagrampamafeb2013








Next destination, ladang strawberri dan sayuran. Tapi bukan musim lagi. Take note, kalo nak g korunk g time school holiday or after that mesti hasil banyak. Si Raihana ni takut plak kat kobis. adeii...maybe first time tengok kot. take time untuk kenal kobis.



bersambung lagi okeh







Thursday, February 7, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 1

Semalam adalah our 5th anniversary so daku and en asben dah celebrate g Cameron seminggu awal memandangkan KL ade cuti wilayah. Nasib orang tak la ramai sangat, biasa je.

Kami sampai dah lewat, dah dekat waktu orang nak solat Jumaat. So aku just drop en abi solat kat masjid Brincang and aku bersama Raihana g check in sambil leh rehat skejap. Kami booked Hotel Titiwangsa je guna Agoda. Rate masa tu RM188 siap breaksfast and dinner steamboat. So okla tu kan. Overall hotel ni bagus.

Jom Layan aktiviti kami...

 on the way..aksi manja..

Tengokla ape yang dipelikkan sangat dengan kunci tu..so ape lagi..explore la


Yeah..i got the key..

Opss...gambar bathroom. nanti ada citer sebalik gambar ni..jeng je jeng...


After en abi solat aku dah kuar tunggu depan masjid, ngam sampai dia baru jalan kuar. So kami pusing-pusing beli jagung manis dulu and keledek yang sedap. Ronda-ronda and balik hotel untuk tukar baju Raihana and solat.

Next, aktiviti beli teh kat boh tea. Aku suka kat sini sebab view cantik dan tenang. Sempat lagi en abi cakap 'yang jom g kat tepi tu..ombak rindu'. Haha see kuat kan penangan ombak rindu.haha.


Model teh. Beli 1 teh boh ni ye..Sambil jari tunjuk isyarat 1Malaysia.

 Ummi and abi just beli teh untuk family and sniri sikit and plan nk datang esok pagi sambil minum tea kat tepi tu.sebab dah lewat petang tak syok nak lepak sebab depa dah tutup kedai.


On the way balik ada satu port orang benti amek gambar..so kami tumpang sekaki...


 Aksi Raihana sebab geli geleman tengok pokok teh ni

bersambung....

Friday, January 25, 2013

Dating with ex-schoolmate SMIP

Ahad lepas lepas rest skejap set dating ngan Ida, kawan aku zaman skolah lagi. Kami still contact each other dan kebetulan dia ada kat rumah adik nya kat Manjung. So kami jumpa skejap before balik KL.

Entry bergambar sebab rushing nak post. Mood cuti-cuti lagi.

Zoom diri sniri plak..haha

Adik Ida..dia tolong jaga Raihana ...bagus2..tq Thiah
 

Ida..
 

 Ida with Mek Comei..(panggilan khas dari auntie Ida)


Thursday, January 24, 2013

Mee Udang Sungai Dua, Penang

Sambungan dari enty short trip to Penang.

Balik malam tu jugak singgah Sungai Dua jumpa adik ipar aku. So dia rekemen makan mee udang kat Sungai Dua ni. Memang terbaek, udang yang besar dan manis. Sedap.

Aziz Mee Pak Ngah, Sungai Dua
 

Layan sepinggan sorang.


Wednesday, January 23, 2013

Short Trip to Penang

Sabtu lepas tak de plan nak g memane, so ajak asben g Penang. Bajet nak makan passembor tapi tak sempat just sempat makan mee udang kat sungai dua je.

pekene breakfast char kue teow dulu


view atas jambatan...tak jammed cz sampai dalam 2pm.


Aksi stunt si cilik

 
Cari-cari jumpa kapitan restaurant kat bandar. So makan tapi aku tak bape makan sebab kureng mamak2 ni..tak kena ngan tekak aku. Sorry.




En abi layan makan ngan Raihana.

Kami sempat singgah ex-schoolmate aku sambil nak kenal rumah dia kat area USM.Next time leh datang lagi.
 



Thursday, December 6, 2012

Shopping Barang baby

Masih lagi mood rajin update entry. Sebenarnya aku tak la rajin mana. Ni entry by schedule. Jangan mare okeh..hehe

Ahad baru ni kena beli barang baby since dah lama tak beli memandangkan stock amatla banyak dari hamper-hamper dan stock dibeli sendiri sejak lahir. So kami ke Manjaku Bangi sebab kat situ selesa dan yang penting parking depan kedai. Selesa sangat cuma ruang parking sempit sikit.

Harga Pet Pet masa aku g tu murah, M size 80pk = RM29.90 tapi aku tak beli pon masih ada banyak lagi stock en abi beli time dapat harga murah aritu.

Beli toys, pool kecil, lotion, beg baru erm ke babysitter baru dan macam -macam lagi.

Excited betul dah macam orang besar je.

 
 Papaku pulang dari kota, papaku beli kan kereta. Kereta kecil warna pink. Boleh ku bawa jalan-jalan..hehe lagu versi Raihana.


Alamak dah benjol tapi bukan akibat test pool tapi terjatuh masa main main..huhu first time lebam seh...Naseb pagi esoknya dah ilang.

Sian anak ummi tapi takpe ummi bangga dapat sayang yang aktif dan lasak.

Tuesday, December 4, 2012

Musang King durian di MAHA 2012

Last weekend aktiviti kami sekeluarga full dengan Sabtu pagi tu ke MAHA 2012. En abi tak puas ati cz Jumaat petang before anta aku ke kelas dia tak dapat beli Musang King durian. So Sabtu pagi kami ke sana lagi. By the way, disebabkan dah pergi Jumaat kami dah tau parking yang paling dekat dengan gerai FAMA. So terus ke sana dan aku hanya tunggu dalam kereta dengan Raihana. Lagipon tak de parking. Bila dah dapat parking baru dan kebetulan en abi dah kiri kanan dengan durian nya, terus kami beli makan skejap kat bawah tu. Tak lama pon kat situ sebab panas, dan kami terus balik makan solat dan bersiap nak ke Midvalley cz ade Mom & Baby Exhibition.

Jom layan gambar, opss sorry gambar kat FAMA je ade sebab aku tak g pon tempat lain.

Labu terbesar
 

Kecil comel je papaya ni.
 

Sempat beli ais krim goreng coklat
 

Pink Guava...
 

Ni D24 durian. Besar nya seulas doyan nih..
 

Ape pon cik Musang King memang terbaek derr.


Grulppp..kenyang..oh ye aku dapat 3 voucher Subway dari Hitz.Fm. Masa tu saje g join pass Hello Kitty ape tah...hoho...

Erm..next citer sambung entry lain daa...

Friday, October 26, 2012

Outing with uncles and achik

Weekend aritu ikut uncle jenjalan cari hadiah untuk students nya. Almaklumlah most of uncle and auntie Raihana cekgu..Raihana suka jalan-jalan or ikut kami shopping..tak de kerenah okeh.


 Mode happy jenjalan.

 Mode manja-manja


With uncle yo...merelakan diri sehingga terlelap di pangkuan uncle yo.

Disebabkan ramai nak dukung raihana so tak yah buka stroller. Lagipon pergi kejap je sebab nak balik tengok bola.

Nota kaki: Tahniah kepada pasukan kitow..TRW di atas kemenangan aritu.. Treble champion..Fuh..banggo jadi anok kelate. opss..aci ke sebab ic kawe kelate..tp mmg duk kelate jak kecik..hehe

Selamat Hari Raya Aidil Adha, by time post ni dipublish kita dah beraya. hehe saja buat schedule.




Monday, October 8, 2012

Happy 4th years anniversary



Hurm...eh ni bukan anniversary wedding kami tapi ni ulang tahun aku menjadi staff di Ajinomoto ni. Alhamdulillah ngam arini masuk 4 tahun aku bekerja di sini. Pelbagai suka duka pahit manis yang telah ditempuhi. Yang paling manis sepanjang bekerja sini aku dah dua kali pregnant tapi first time tu gugur..2nd time baru kuar Raihana.



Aku berdoa semoga tahun ni dikurniakan rezki yang melimpah ruah dan diberkatiMu ya Allah. Amin ya rabbal Alamin.

So far ni adalah tahun ke9 aku bekerja after grad. Syukur daku xde menganggur walau sehari pon dulu cz aku dah bekerja dulu sebelum abis final exam. Jgn mare. Rezki dariNya. Ku terima jele

Thursday, September 13, 2012

Vaksin Rotavirus untuk Raihana - Dos kedua

Isnin lepas daku cuti untuk uruskan hal yuran Master, tajuk untuk final project, kwsp dan macam-macam lagi dan tak lupa amek rotavirus dos kedua untuk Raihana. 

Sempat timbang, beratnya dah bertambah kepada 6.6kg. Alhamdulillah. Oh yer rotavirus ni kena ambil dua kali je. Setiap dos RM160. Yang TNB x cover okeh..hehe 
Rotavirus ni bukan injection pon, just oral je masuk ubat kasi baby telan..so simple..tapi boleh tahan kan harga. Okla bukan tiap hari pon...


Ummi dan sayang ..Alamak tak de gambo abi..Sebab dia tengah uruskan registration dekat kaunter..hehe

Memain lagi..xde kojer


Balik rumah...enjoy je duk memain macam biasa.

Dinner Makanan Arab di Restoran Saaba Cyberjaya

Just nak share, first time merasa makan Nasi Arab di Saaba Restaurant Cyberjaya, sebenarnya tak susah mencari menggunakan application 'Waze' di iPhone daku, tetapi disebabkan en abi suka suki menjadi GPS dah susah plak nak cari tapi end up kami dah pusing dah area tu sbenarnya.

Nak tau details nya..sila visit website ni.http://biz.yellowpages.com.my/saba-restaurant/contact.html

4800 suite 0-2,
Grnd Floor, Block A1,
Jalan Perdana, CBD Pedana,
63000 Cyberjaya,
Selangor 


Disebabkan first time hantam saje order. 

Nasi Arab ape tah utk laki aku dan aku order lamb kebab..okla...

Sementara tu Raihana mesti boring menanti makanan kami..heheh so saje pujuk dia main ngan handphone ku.hehe

taram....i'm hungry okeh ummi


 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template