Showing posts with label My princess. Show all posts
Showing posts with label My princess. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Happy 1st Birthday to Raihana

Lama betul daku tak menjengah ke dunia blogging ni. Bukan dah pencen tapi komitmen banyak bebeno sampai rasa cam xde mood sangat nak update blog. Tapi ku selalu update kot instagram jele..lagi senang kan.

Hari ni genaplah setahun usia cinta hati kami, Mya Zara Raihana. Tahun lalu si comel ni kulahirkan secara pembedahan di KPJ Perdana, Kota Bharu tepat pada pukul 10.59am, 29.03.12.






Kini sayang dah setahun, dah pandai berjalan dan skarang mulut nya cukup pandai bebel dan mengajuk cakap kami. Gaya macam nak join orang dewasa bersembang.



Cepatkan masa berlalu. Tapi ku tak serik lagi untuk pregnant  erk...walau diduga alahan teramat teruk tapi amatlah berbaloi kerana dikurniakan anak yang comel dan bijak. Oh yer dia suka menulis...opss raihana tak kidal macam umi..huhu...

Ape pon..umi and abi wish you Happy 1st Birthday dan semoga menjadi seorang anak solehah dan bijak dan berguna di masa hadapan.Insha'Allah.


Salam love from Abi and Ummi....Muahsss...

Sunday, February 10, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 4

Taram...entry terakhir untuk Honeymoon di Cameron 2013 . Pasni daku kasi entry lain pulak.

Balik dari ladang sayuran, kami check out. Sebelum check out....fuhhh Raihana berjaya memecahkan satu gelas dalam toilet. That's why dalam entry pertama daku amek gambar toilet. Rupanya esoknya gelas tu pecah. Puncanya daku nak basuh kencing dia, skali takut basah sluar abi nya daku mintak angkat dia ke sinki. Huh...my fault...dia ringan je mencapai ape je yang ada skali capai gelas , siap angkat then pangggg pecah. Akibat pecah, abi nya terkejut marah umi dengan nada terkejut je pon. Tapi aku leh tergelak sebab si Raihana kencing atas tapak tangan nya. wakakakakak good gurl...protect ummi yer..

Masa check out kene bayar RM5, so just tolak dari duit deposit je. Setel. Kami terus gerak ke MARDI di tanah rata. Ramai jugak orang. Masuk kena bayar RM3/person. Baby free.

Kami just beli kordial , jem and aiskrim strawberi dan terus balik.


 Dan balik..tamat. Tak jalan-jalan sangat sebab nak abiskan masa bersama dan kesian takut Raihana demam sebab dia baru baik demam. Rupanya demam nak naik gigi tapi Alhamdulillah just demam selsema bukan demam panas.


 

Saturday, February 9, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 3

Sambungan dari entry Honeymoon di Cameron 2013 - Part 2

Pagi breaksfast seawal 7.30am sebab nakg ladang boh TEA lagi sebelum orang ramai. Dingin je. Raihana daku xmandikan hehehe just tuka baju...sian dia sejuk2. Tapi maintain berselera breaksfast bad bean okeh..

Manja..nak makan ngan abi..


Berdukung sebab half way en abi cakap..better amek stroller. So g amek stroller, dapatla tido nyenyak

Nyenyak nya saya tido. pss gambar ni dihantar untuk instagram #pertandinganinstagrampamafeb2013








Next destination, ladang strawberri dan sayuran. Tapi bukan musim lagi. Take note, kalo nak g korunk g time school holiday or after that mesti hasil banyak. Si Raihana ni takut plak kat kobis. adeii...maybe first time tengok kot. take time untuk kenal kobis.



bersambung lagi okeh







Thursday, February 7, 2013

Honeymoon di Cameron 2013 - Part 1

Semalam adalah our 5th anniversary so daku and en asben dah celebrate g Cameron seminggu awal memandangkan KL ade cuti wilayah. Nasib orang tak la ramai sangat, biasa je.

Kami sampai dah lewat, dah dekat waktu orang nak solat Jumaat. So aku just drop en abi solat kat masjid Brincang and aku bersama Raihana g check in sambil leh rehat skejap. Kami booked Hotel Titiwangsa je guna Agoda. Rate masa tu RM188 siap breaksfast and dinner steamboat. So okla tu kan. Overall hotel ni bagus.

Jom Layan aktiviti kami...

 on the way..aksi manja..

Tengokla ape yang dipelikkan sangat dengan kunci tu..so ape lagi..explore la


Yeah..i got the key..

Opss...gambar bathroom. nanti ada citer sebalik gambar ni..jeng je jeng...


After en abi solat aku dah kuar tunggu depan masjid, ngam sampai dia baru jalan kuar. So kami pusing-pusing beli jagung manis dulu and keledek yang sedap. Ronda-ronda and balik hotel untuk tukar baju Raihana and solat.

Next, aktiviti beli teh kat boh tea. Aku suka kat sini sebab view cantik dan tenang. Sempat lagi en abi cakap 'yang jom g kat tepi tu..ombak rindu'. Haha see kuat kan penangan ombak rindu.haha.


Model teh. Beli 1 teh boh ni ye..Sambil jari tunjuk isyarat 1Malaysia.

 Ummi and abi just beli teh untuk family and sniri sikit and plan nk datang esok pagi sambil minum tea kat tepi tu.sebab dah lewat petang tak syok nak lepak sebab depa dah tutup kedai.


On the way balik ada satu port orang benti amek gambar..so kami tumpang sekaki...


 Aksi Raihana sebab geli geleman tengok pokok teh ni

bersambung....

Sunday, January 27, 2013

Medela Freestyle Spare Part

Dalam duk cari cari medela freestyle spare part, aku terjumpa satu iklan ni  RM90 include postage. Wah murah cz harga yang kebanyakan aku jumpa RM129 exclude postage. Ape lagi aku terus sms dan booked. Lusa nya barang sampai. Yahoo.. very efficient service.


parcel received
 

Yahoo....suka suka....murah dan berbaloi

Saturday, January 26, 2013

Kiss Ummi

Sayang ummi...Muahsss.

i love you sayang

Friday, January 25, 2013

Dating with ex-schoolmate SMIP

Ahad lepas lepas rest skejap set dating ngan Ida, kawan aku zaman skolah lagi. Kami still contact each other dan kebetulan dia ada kat rumah adik nya kat Manjung. So kami jumpa skejap before balik KL.

Entry bergambar sebab rushing nak post. Mood cuti-cuti lagi.

Zoom diri sniri plak..haha

Adik Ida..dia tolong jaga Raihana ...bagus2..tq Thiah
 

Ida..
 

 Ida with Mek Comei..(panggilan khas dari auntie Ida)


Tuesday, January 22, 2013

Raihana Bertudung

Tett...entry baik punya. Kecik-kecik daku dah test dia kasi belajar bertudung. Ni saja aku kenakan inner tudung kat Raihana sebab teringin tengok muka dia bertudung. Tangan dia asek tarik je sebab tak selesa. Tapi daku sempat snap gambo nya dengan bantuan en abi.


Friday, January 4, 2013

Exam Day

Arini aku exam untuk paper Software Quality..





pastu hoorey sebab sem ni aku hanya ambil satu sabjek.
Tapi 9hb ni aku ade presentation proposal project. The last presenter on the last day. Fuh..
Harap semoga tak de orang nak datang tengok.. Nervous okeh..

Lepas abis tu...abisla sem ni..tunggu sem depan plak start tengah bulan 2.
Hurm x sabarnya abis bulan 6 ni...

Ape pon korunk doakan daku selamat menjawab soalan malam ni dengan jayanya. Saya nak A okeh.. Insha'Allah.


Malam tadi stadi ditemani si kecil...Tetido setelah kepenatan bergurau dengan abi nyer. huhu



Thursday, January 3, 2013

Sambungan entry Raihana Admit

Disebabkan beberapa kekangan, daku belum berjaya abiskan entry Raihana admit tu. Di antara kekangannya haruslah sebab daku duk fokus untuk siapkan proposal Master. Oh yer lusa daku exam final untuk paper Software Quality dan presentation untuk proposal pada 9hb petang. Wish me luck yer friends.

Berbalik kepada entry Raihana admit, sebenarnya paed request untuk admit kan dia untuk kasi nebulizer. Memang seawal malam pertama daku dah perasan Raihana langsung takde batuk berbanding malam sebelumnya batuk terlalu kuat maybe sebab dia tatau nak keluarkan kahak tu cemane. So gatal la tekak nya.

Happy mood smp tertido sebab sibuk mikir nak explore katil baru nya


Tak moo..ubat tak sedap tapi dia bagus ubat yang paling tak sedap tu selamber je telan walau kene pujuk. Good gurl tak de uwek ubat tu balik.


Okeh..kita g main-main ye sebab dah bosan duk dalam ward. 




Wednesday, December 19, 2012

Raihana Admitted at Pantai Hospital

Sabtu lepas ada appoinment dengan Dr Azam, paed kat hospital pantai bangsar. Actually untuk follow up selsema my sayang je. Malas asek kasi ubat je sian kat dia so paed mesti ade cara terbaik untuk atasi masalah anakku yang batuk teruk and selsema.

So bila Dr Azam bagitau better we admit and give her nebulizer for one or two days and see the progress. Normally baby will react positively.


Register untuk pilih bilik. 


So kami bersetuju untuk warded my daughter. So berkampungla kami. Admit sabtu tengah hari kul 11. Tapi pukul 5 kami mintak cabuttt balik cz nak amek barang2. So kami prepared pakaian untuk stay sana sampai isnin. Chewaahh stay sana dah macam hotel plak dah . Si kecik tu kemain suka duk dalam katil berpagar. Lompat sana sini dan asyik explore je .




Nyum...saya boleh makan ke ni sume ummi?

Taram..tayang tag


Sempat lagi explore hp daku

Then bermula lah episod nebulizer pertama untuknya. Fuhhhh nanges sepanjang masa setiap kali kasi benda ni. Sampai dia tengok nurse tu pon dia nanges. Fobia kot. Sbenarnya dia takutkan asap tu.

Tido kepenatan

Sebenarnya lagi kuat dia nangis lagi bagus sebab lagi cepat ubat tu masuk dalam paru- paru. Dannn resultnya malam tu aku langsung tak dengar my sayang tu batuk. Hehe aku tdo sekatil ngan raihana. Hehhe muat okeh walau kaki xleh diluruskan. Janji anak ku selesa. As usual aku tak de bawak botol susu cz memang kasi direct feeding. Nak kasi dia cepat sembuh dengan cepat.

Hurm sambung next entry plak citer lain. Saya nak beradu kejap.






Thursday, December 13, 2012

Raihana Demam

Dah masuk 8 bulan setengah baru dia demam. Last week cirit birit tapi tak stop just berkurangan. Makan ubat dah ok sket tapi 3 hari lepas en abi bawak g clinic terus refer hospital. So tak pikir panjang en abi bawak raihana with adik nya ke opis dan kami terus ke hospital pantai. Bajet nakg Prince Court tapi en abi kata takut jem huhu. Melepasss nak merasa ke sana.



Kami lunch dulu dan register. Memandangkan kami sampai 1.30pm so kena tunggu cz doctor ada pukul 2.30pm. Sementara tu aku dan Raihana lepak di nursing room. Selesa sangat-sangat dan aku siap charge iphone ku kat sana..hehe biasala guna 3G cepat pulak abis bateri.

Possing macam biasa, Raihana pon macam dah tau dia kena pose...


en abi masuk skali...hehe 


Happy pulak..tadi nanges.


Masa untuk bermain...Wah seronot kemain lagi dia..Tak macam sakit pulak ku tengok.


Tett..dah 2.30, nurse panggil untuk timbang berat dan ukur tinggi. Tapi just dapat timbang berat sebab dia meronta. Takut kot. So berat dah turun dari 7.3kg kepada 7.1kg. Sian anak ummi.

Raihana baby ke3 jumpa paed ni. Oh ye kami pilih Dr Azam di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hurm comel je room dia.. Dah nama pon paed kan. Yang penting Raihana tak nangis bila first time see him malah sibuk tatau nak pilih toys mana satu sampai abis jatuh teddy bear atas sofa kami duduk tu.aishh..excited kot nak explore.

Doc cakap bukan Rotavirus dan maybe virus biasa sebab cirit dah baik. Tapi dia heran kenapa leh muntah dan demam. So dia suggest warded sehari dua untuk check.

Oh no..takmau tak mau...Then dia bagi option wat blood test dan follow up lagi Jumaat ni (opss aku dah call smalam tukar kepada Sabtu).

Dia ada kasi banyak sangat ubat dan tukar susu free lactose. Disebabkan dia campur susu ibu dan susu formula, dengan rasa sedih kena kasi jugak susu baru. Aku tekad nak pam lebih kerap untuk supply kepada dia. Nasib la bila aku bersama dia no susu formula. Yeay..Dia suka sangat mengempeng..Haha


Sob sob..sakit ummi...kena amek darah..
 

Ni lah susu baru Raihana..Bagi usus dia tak kerja keras untuk hadamkan susu.

Balik....dapat appoinment card. See u this Saturday



Kepenatan sampai tertido.

Ape pon aku respect walau dia demam memang tak meragam. Syukur. So far baru sekali dia demam sampai tergolek tapi dia tak meragam...diam je ...tu masa Raya puasa aritu. yang ni aku rasa demam nak dapat step baru or nak tumbuh gigi.












Thursday, December 6, 2012

Shopping Barang baby

Masih lagi mood rajin update entry. Sebenarnya aku tak la rajin mana. Ni entry by schedule. Jangan mare okeh..hehe

Ahad baru ni kena beli barang baby since dah lama tak beli memandangkan stock amatla banyak dari hamper-hamper dan stock dibeli sendiri sejak lahir. So kami ke Manjaku Bangi sebab kat situ selesa dan yang penting parking depan kedai. Selesa sangat cuma ruang parking sempit sikit.

Harga Pet Pet masa aku g tu murah, M size 80pk = RM29.90 tapi aku tak beli pon masih ada banyak lagi stock en abi beli time dapat harga murah aritu.

Beli toys, pool kecil, lotion, beg baru erm ke babysitter baru dan macam -macam lagi.

Excited betul dah macam orang besar je.

 
 Papaku pulang dari kota, papaku beli kan kereta. Kereta kecil warna pink. Boleh ku bawa jalan-jalan..hehe lagu versi Raihana.


Alamak dah benjol tapi bukan akibat test pool tapi terjatuh masa main main..huhu first time lebam seh...Naseb pagi esoknya dah ilang.

Sian anak ummi tapi takpe ummi bangga dapat sayang yang aktif dan lasak.

Wednesday, December 5, 2012

Photoshoot for Princess Contest

Sambungan dari entry semalam okeh.

Balik dari MAHA 2012, balik rumah untuk bersiap-siap ke Mom & Baby Expo di Midvalley. Kawanku Vivy dan bagitau anak nya Naufal dah selamat photoshoot untuk prince customes.. Hehe  ape lagi daku pon nak jugak Raihana bergaya dengan baju ala princess. Biarla dia kecik lagi, untuk kenangan bila dia besar nanti. Hehe.

Ada satu booth dari Ivory. Aku kena bayar RM50 untuk satu customes dan akan dapat sekeping gambar. So en abi kata buat 2 customes la dapat dua gambar. Okeh. Nanti dalam banyak2 tu sekeping akan submit ke penganjur untuk Prince and Princess Contest. Tak la berharap mana sebab si comel aku kecik lagi, xpandai mana berpossing and asek nanges je sebab baru bangun tido.
Moral of the story : Kasi dia kenyang dan happy dulu okeh baru dapat best shoot.. huhu

Ade mekap2 jugak rupanya.

Sempat snap sambil duk pujuk dia possing.


Hasil nya...hehehe muka cam nak nanges okeh..

 
Good try dear. Cuba lagi .Aku submit gambar ni untuk contest.


See mood dia sudah okeh....mula senyum plak..

Ape pon okla at least ade gambar kenangan untuk nya bila besar nanti. Puas ati sebab dapat tengok anak sendiri plak pakai comel-comel macam princess. Biasa asek tengok anak orang je cenggitu.. Hehe.

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template