Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Monday, March 13, 2017

Mat Dan Kahwin Gadis Terengganu



JEJAKA Inggeris yang cukup fasih bertutur loghat Terengganu, Mat Dan atau nama Islamnya, Kareef Daniel Abdullah dikhabarkan sudah bernikah dengan seorang gadis Melayu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Majlis perkahwinan dan pertunangan Mat Dan yang kini bergelar selebriti selepas menjadi hos program Mat Dan Kaki Jalan tersebar selepas gambar pertunangannya dengan gadis itu menjadi tular di media sosial sebentar tadi.
Pasangan ini difahamkan bertunang pada siang hari dan bernikah pada petang hari yang sama.
Satu daripada gambar viral itu menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari tunangnya yang anggun berbaju kurung moden berwarna ungu.








Memetik BH Online, anak jati kelahiran Bristol, England itu selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Terdapat juga gambar menunjukkan Mat Dan lengkap berbaju melayu berwarna krim dipercayai dipakai ketika upacara akada nikah yang dilakukan sebentar tadi.


Tahniah diucapkan buat Mat Dan dan pasangan, semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke Jannah. – MYNEWSHUB.CC





Monday, November 5, 2012

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Diana Danielle & Farid Kamil

First of all, aku tidak mahu terlepas untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang comel. Siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin


Jom layan gambar majlis diorang.
Credit to: Abg Nara












Majlis pernikahan telah berlangsung dengan sederhana di Hotel Flamingo. Cantik sangat sebab ianya dilakukan di tepi tasik.

Monday, June 11, 2012

Tahniah Caroline Juara Mentor 6

Seperti yang dijangka oleh ku, Juara Mentor 6 jatuh pada .......

protege ELLA 

iaitu

CAROLINE...


Memang mantap persembahan dari Caroline sehingga dapat mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah.



Untuk info, protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah, manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan hanya mendapat 50 markah.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional (Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini), 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.

Oh ye untuk sesiapa yang nak tau biodata Caroline, ni ada saya ringkaskan kat bawah ni.

Biodata Caroline Juara Mentor 6
Nama sebenar :Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama komersial :Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege: Ella


Source From :

Wednesday, June 6, 2012

Company Dinner Invitation - Hawaiian Night

Start kerja selepas cuti bersalin aritu, aku dapat kad jemputan untuk ke company dinner bertarikh 16 June 2012 bertempat di One World Hotel, Damansara.


Aku dah reply untuk hadirkan diri bersama seorang teman. Sape lagi kalo bukan en asben.


 will attend with partner


Baju plak..seperti biasa daku masih mencari-cari yang sesuai........



Friday, May 4, 2012

Gambar Nikah Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari 4 Mei 2012

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru Scha Al-Yahya dan pasangannya Awal Ashaari. Mereka berdua telah disatukan pada 4 Mei 2012.

Scha Al-Yahya memberikan 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang dari pihak Awal Ashaari. Mas kahwin pula bernilai RM 2,050.

Majlis Resepsi Awal dan Scha akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 6 Mei 2012.















Source from Rotikaya.com

Thursday, March 8, 2012

Jemputan Malam Pratonton 7 Petala Cinta


Yahooo..semalam check email ...aku ada dapat lagi email dari MetroWealth. Sudah tentu jemputan ke malam pratonton 7 Petala Cinta.

Bukti invitation..hehe

Cadangnya nak kasi untuk adik aku yang baru kawen tu..tapi malang nya date 12/3/12 tu wedding umah kami plak. Majlis menyambut menantu, kat Kelantan plak tu. So tak dapatla dia nak pergi. Aku plak tak pasti balik ke tak time majlis tu sebab aku ingat nak balik time cuti tunggu bersalin terus. Maybe next week. 

En hubby plak kerja. tak leh nemankan ku g pratonton ni. So maybe akan ku pass kepada sape yek... Sape nakkkkk..angkat mouse....

Aku ni sbenarnya nak sangat jumpa Diana Amir dengan imej baru nya. Dulu dah jumpa time die seksi meksi tu. Skang lagi sedap mata memandang..Comei je dia.


Nanti aku senang ku buat entry pasal sinopsis citer ni. Skang kena sambung kerja buat UAT test untuk SAP system... Arghhh....

Thursday, February 23, 2012

LISA SURIHANI MANDI BUNGA SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN

KUALA LUMPUR – Meskipun dibesarkan dalam keluarga moden, pelakon terkenal Lisa Surihani tetap mengamalkan tradisi mandi bunga kelmarin sebelum melangsungkan pernikahan dengan pengarah terkenal Yusry Abdul Halim hari ini.



Beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu dia kelihatan berseri-seri menjelang pernikahannya di Hotel Marriot, Putrajaya petang ini.
Ketika dihubungi Kosmo!, pembawa watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu berkata, beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya.


Menurutnya, selain mandi bunga, dia turut mengadakan majlis berinai dan juga khatam al-Quran.
“Ikutkan, saya mahu ringkas sahaja tetapi ibu mahu saya mengikuti semua amalan tradisi sebelum perkahwinan,” katanya.

Source: BlogFyna

Wednesday, February 22, 2012

Insurance Cheque From UniAsia & Malam Pratonton Adnan Sempit 2

Semalam pagi-pagi lagi aku dapat surat dari UniAsia. Aku tersenyum sebab bulan February ialah time untuk aku terima cheque dari UniAsia. Untuk tahun ni aku dapat RM360 hasil dari ape yang telah aku join tu.

Surat dari UniAsia, saje nak snap sikit.


 Pagi tadi en hubby tolong g masukkan cheque ni ke mesin Cheque Deposit.


Ok citer sebelah malam pulak, semalam aku and en hubby hadirkan diri untuk Malam Pratonton Adnan Sempit 2 bertempat di TGV Sunway Piramid. Kami gerak dari rumah 6.40pm sampai sana cari surau kat Jusco, lepas solat Maghrib baru g register.

No tiang parking harus diambil, lagipon aku tak familiar dengan Sunway Piramid. Hehe aku hanya familiar Midvalley saja cz dekat dengan rumah walhal Sunway Piramid pon sama dekat je dengan rumah aku.


Hanya snap gambar ku je sebab tak de mood and xlarat nak bergambar dengan artis-artis yang ada disebabkan takut nak lalu celah-celah orang dengan perut memboyot.hehe.. Aktiviti aku duduk bersila sambil makan makanan yang disediakan..Sedap sangat choc cake tu..sampai 4 slice aku tibai.. Thanks MIG.

After makan, tu nampak tak belakang aku baju ijau and tudung ijau mommy kepada Sam a.k.a Adnan Sempit.


Nampak tak sticker pink kat lengan kanan aku. Haa itu adalah tiket and proof la untuk join this program.

Last masa nak kuar tempat makan ni aku nampak Along Rajalawak tengah diintebiu, Yana baru sampai and aku sempat snap gambar Intan Ladyana skeping. Cantiknya dia.


Jom layan trailer Adnan Sempit 2 kejap..korang harus pergi tengok..Memang lawak gila..... SPOIL......haha



Wednesday, February 15, 2012

Jemputan Malam Pratonton Adnan Sempit 2

Tengah mengantuk tadi, ku check email terus terbukak luas mata. Aku dapat invitation untuk Pratonton Adnan Sempit 2 pada 21 February 2012 di TGV Sunway Piramid.

Jadi aku akan ajak en hubby untuk teman kan aku.yahooo....



Kepada yang dapat invitation ni, see u there. Yang tak dapat takpe..cuba lagi lain kali. Chaiyok2x

Wednesday, December 14, 2011

Invitation to "Malam Pratonton Papa I Love You"



Malam tadi check email...tup tup dapat email invitation to "Malam Pratonton Papa I Love You"..
Hurm...leh bawak pasangan..sape lagi kalo bukan en hubby. Hope dia ada sini la masa tu. Kalo tak..harus ku bawak adik aku.

Tak sia sia aku join contest tu. Ni kali kedua dapat join pratonton under Metro Wealth.. Cayalaa...


Sinopsis "Papa I Love You"

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.






Jom layan trailer citer ni..


Wednesday, November 16, 2011

Collect Tiket - Badai Semalam

Hurm jangan jeles ye... smalam lepas keja aku rushing ke Istana Budaya dengan sepupu ku. Naseb baik jalan nak g tak jem.

Masuk je kawasan parking aku suruh cousin aku take over jaga kereta. Aku nak masuk collect tiket sat. Mudah je rupanya. Ada kaunter kat dalam tu. Belah kanan dari pintu masuk / tangga tu.


Malam ni aku akan g tengok teater ni dengan adik ku. Tengok testimoni orang yang dah pergi.. terbakor je. Ni yang buat tak sabar. Tambah-tambah ada Aaron Aziz dan Erra Fazira.


Sebelum balik aku sempat lagi snap gambo skeping kat entrance Istana Budaya tuh. Hehe


Zassttttt...

Friday, June 24, 2011

Gambar sebalik Pra Tonton Sekali Lagi

Yahoo..semalam aku and hubby g Sunway Pyramid because both of us dapat tiket. Aku dapat VIP seat with partner and en hubby dapat tiket biasa with partner. Actually aku and en hubby nak masuk VIP seat sekali en hubby kasi kawan aku Eliza masuk..Suka la cik kak tu..tambah2 yusry ada kat situ..

Aku dapat duduk hall sekali ngan artis and media.. okla rasa sebab dapat hadiah dari Mr David malam tadi..siap dapat peluang bergambar depan skrin with artis..lebiu laa korang memang sporting. suka sangat. Cakap banyak tak guna.,Zassst gambar sekitar majlis Pra Tonton malam tadi.

 semua pemenang dpt bgambar kat depan...blur plak gambo ni

 cepat duduk...tapi jangan salah duduk...

 kami diintebiu oleh Dila from MIG

with Mr David...lebiu...nanti buat lagi contest terbaek ni..Saya suka sangat. TQ

with Farid Kamil

with Lisa

with Arman...

Ehem..menemankan Lisa..so suwet

 Mr David with US

 nilah tiket kami yang special tu


So..korunk harus tonton filem ini. 4.5 start aku kasi untuk buah tangan Mr David kali ni..
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template