Showing posts with label Job Info. Show all posts
Showing posts with label Job Info. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Minggu lepas saya secara tidak sengaja menyemak SPA dan kebetulan ada link untuk semakan
Selain itu, saya ada dapat SMS pemberitahuan layak untuk hadirkan diri ke exam ni. First time dapat (maybe guna result master kot sebab result degree biasa jerk).



Doakan kejayaan saya ye kengkawan. Teringin jugak nak masuk gomen even skarang dah selesa di tempat kerja skang. Untuk masa depan kan...

*Last wiken pi cari hotel ni, fuh agak mencabar walhal senang je pon. Tak jauh dari monorail Chow Kit.

Monday, October 8, 2012

Happy 4th years anniversary



Hurm...eh ni bukan anniversary wedding kami tapi ni ulang tahun aku menjadi staff di Ajinomoto ni. Alhamdulillah ngam arini masuk 4 tahun aku bekerja di sini. Pelbagai suka duka pahit manis yang telah ditempuhi. Yang paling manis sepanjang bekerja sini aku dah dua kali pregnant tapi first time tu gugur..2nd time baru kuar Raihana.



Aku berdoa semoga tahun ni dikurniakan rezki yang melimpah ruah dan diberkatiMu ya Allah. Amin ya rabbal Alamin.

So far ni adalah tahun ke9 aku bekerja after grad. Syukur daku xde menganggur walau sehari pon dulu cz aku dah bekerja dulu sebelum abis final exam. Jgn mare. Rezki dariNya. Ku terima jele

Sunday, May 6, 2012

Semakan Kemasukan IPTA dan Politeknik Premier 2012

Berita baik untuk semua adik-adik yang sudah lama menunggu untuk membuat Semakan Kemasukan IPTA dan Politeknik Premier 2012...

Keputusan akan dapat disemak mulai 12pm, 7 May 2012 di


ATAU

UPU RESULT [NOKP] dan sms ke15888

Semoga berjaya dan tahniah kepada yang berjaya.








Saturday, March 10, 2012

Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK1-1



Mesti semalam ramai ternanti-nati link untuk semakan Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK1-1 kan... termasuklah daku... Dari pagi sampai malam check...link untuk semakan belum ada. Dah agak dah..selalu macam ni.

So, pagi ni aku bukak website myAdha....

Ada ternampak info pasal semakan ini.

Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred WK41 akan diumumkan pada 13 Mac 2012 (Selasa) di Laman Web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : http://www.spa.gov.my/

Doakan saya berjaya yer..Insha'Allah...berdebar pon ada dengan perut memboyot ni...
Harap-harap ade rezki buat ku kali ni. Amin. 

Saturday, January 21, 2012

Semakan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK1-1

Hurm musim exam di UPM baru sahaja berakhir... Ku baru plan nak berhoorey..tapi malam tadi en hubby bagitau aku dapat surat untuk hadirkan sessi peperiksan SPA untuk jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1.
Patutla sehari dua ni macam tergerak hati nak belek website SPA tapi tak de la pulak terfikir dapat untuk peperiksaan tu..


Bagi sesiapa yang ingin menyemak.. Sila la ke url di bawah:

http://semakpe.spa.gov.my/go-home.php?ob=TAY&ac=01000

Sementara surat tu aku dapat tengok, so aku buatla semakan online..


Berdebarnya... nak kene study betul2 ni...

Friday, December 3, 2010

Semakan Panggilan Temu Duga KPLI Ambilan Jan 2011



Pejam celik pejam celik...akhirnya result Mtest aritu dh leh check... so kepada sape2 yang tak tau link nye..sila2 la jenguk thru link ni... Semakan Panggilan Temu Duga KPLI Ambilan Jan 2011. 


Huwaaa..ni kali ke 9 aku apply...still x berjaya..so kene teruskan lagi stadi sem kedua utk master ku..hehehe...xpe..still bergelar student jugak kan...Doakan kejayaan ku..Ku nk jd pendidik..Insha'Allah..

So..kepada sesape yang berjaya..syabas and buat yang terbaik masa intebiu nanti ye..Good Luck...

Monday, November 8, 2010

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011

Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat di: Semakan Panggilan Ujian MTest

* Ujian MTEST pada 13 November 2010 (Sabtu). Calon diminta mencetak slip Panggilan Ujian MTEST dan membawanya semasa hari ujian.

Hurm..kali ni aku apply lagi walau tgh smbung Master..nk cube jugak..untuk kali ke8..
Kali ni aku apply Pra Sekolah utk SK.
Dan aku dpt panggilan exam kt SMK Putrajaya Presint 9..
ade sape kena kat sana x?
leh roger2.

Ok selamat berjaya utk diri sendiri and kengkawan..





Tuesday, November 2, 2010

Peperiksaan Khas Memasuki Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Calon-calon SPA yang telah mendaftar untuk memohon jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) M41 boleh membuat semakan dan mencetak slip peperiksaan khas yang akan diadakan pada 13 NOVEMBER 2010 (SABTU). Semakan boleh dibuat di: SEMAKAN & SLIP PEPERIKSAAN KHAS PTD NOV 2010

* Calon boleh mencetak Maklumat Peperiksaan melalui Portal SPA untuk dibawa semasa menghadiri peperiksaan

Source  From : MyAdha
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template