Wednesday, May 16, 2012

Jalan-jalan dengan Raihana

Arini hari ke 49 Raihana.. Dah bebas untuk ikut ummi jalan-jalan. So tadi agenda utama ialah settlekan urusan tokma untuk beli kereta Myvi. Insha'Allah kalau takde aral ..minggu depan myvi purple itu akan menjadi milik tokma. Harap-harap dapat masa 21hb cz aritu ialah harijadi ibuku. Kiranya hadiah besday dari abah la tu..Bestnya..

So...dah boring seharian dalam kereta..ummi dan cik su tak melepaskan peluang untuk berpossing dengan Raihana.. Jom layan..

with ummi


 besar tak spek ni..ni spek cik su...saya pinjam yer ummi..jgn jeles ..



Macam ni ok tak ummi? hehe

Saturday, May 12, 2012

Merdekaa....



Arini 12 May 2012..... daku sudah merdeka dari menjadi mak tang.. hehehe selesai sudah episod berpantang...skang nak kene maintain pakai bengkung.. pas ni nkg beli girdle ape semua untuk preparation nak pakai bila g kje...perut ade buncit sket dari sebelum peknen.. hoho...



Agenda daku arini..tak de nak g mana-mana selain nak pergi collect laptop ku yang sudah masuk clinic ak akibat AVG 2011... abis semua system file daku didelete..hancusss tak leh masuk windows terus..abis semua file kat dalam..arghhhhhhhhhhhh

Esok mungkin daku mau pergi shopping tudung...yeahaaaaaaaaaaaa shopping tudung baru untuk mood baru nak pakai g kerja... Plan nak borong tudung bawal printed macam kat bawah ni...Nak tunggu adik ku cuti ....ajak dia temankan daku...




Pengalaman daku semasa berpantang amat mahal...manis  untuk dikenang balik. Masa tu la aku dapat belajar memahami selok belok menjadi ibu.. Thanks mom , abi dan adik2 ku kerana support korang.


Friday, May 11, 2012

Happy Birthday Abi

Arini, 11 May 2012 ....genap 34 tahun usia my hubby. Ummi dan baby Raihana ucapkan selamat hari lahir kepada abi.Wish kami semoga abi:
1) Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
2) Menjadi seorang abi terbaik....
3) Dikurniakan kesihatan yang baik - untuk ulang alik lawat ummi dan baby Raihana kat KL

and many more wish.... dah tak bleh tulis daa..

Kami bertiga sempat berpossing sebelum abi bergerak balik ke Perak kelmarin.

Alamak ni gambar berdua...sorrry terinterprem plak..hehee



 Abi, ummi dan baby Raihana.



Thursday, May 10, 2012

Raihana Selsema

Agak lama aku bercuti dari berblogging... kerana Raihana kesayanganku itu selsema. Ni gara-gara abi dia selsema..skali abi duk cium Raihana terus la senang si kecik tu berjangkit.

Akibatnya malam pertama dia kena selsema memang kami taktido ..sebab duk tolong dia...macam-macam cara dah dibuat..naseb berjaya.Kami hanya bagi dia minum ubat demam yang doctor kasi masa 1st month injection tu.



Esoknya terus kami bawak Raihana ke Pakar Perdana untuk rawatan...Doc kasi ubat macam kena pam ke hidung nya. So far dia nampak selesa dan mampu tido dengan lena sampai ke pagi sehingga sekarang. Syukur.

nilah ubat yang ku guna untuk legakan hidung Raihana yang tersumbat itu

Kesian aku tengok Raihana bila selsema..selera.still maintain.sehinggakan abi terpaksa dikuarantin...sorry abi...

Muka si kecik yang selsema..kesian kan



Sunday, May 6, 2012

Semakan Kemasukan IPTA dan Politeknik Premier 2012

Berita baik untuk semua adik-adik yang sudah lama menunggu untuk membuat Semakan Kemasukan IPTA dan Politeknik Premier 2012...

Keputusan akan dapat disemak mulai 12pm, 7 May 2012 di


ATAU

UPU RESULT [NOKP] dan sms ke15888

Semoga berjaya dan tahniah kepada yang berjaya.








Friday, May 4, 2012

Gambar Nikah Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari 4 Mei 2012

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru Scha Al-Yahya dan pasangannya Awal Ashaari. Mereka berdua telah disatukan pada 4 Mei 2012.

Scha Al-Yahya memberikan 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang dari pihak Awal Ashaari. Mas kahwin pula bernilai RM 2,050.

Majlis Resepsi Awal dan Scha akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 6 Mei 2012.















Source from Rotikaya.com

Stock breastfeed Ummi Raihana

Di pagi yang tenang ni, aku sempat update blog sebabnya Raihana masih tidur nyenyak sebelah abi nya. Malam tadi 100% abi nya berjaga menjaga dia. Dari salin pampers, bagi susu (naseb aku dah pam siap-siap), dodoikan dan pujuk Raihana suruh tido. Ummi malam tadi sakit senak perut. Kembung kot sampai 2x g toilet sebab senak sangat. Naseb lepas Raihana tido, abi tolong urut-urut ummi sikit. Sayang en abi..

Arini dah 37hari aku berpantang. Masih belum sempat buat stock untuk Raihana. Aritu dah dapat la tapi Raihana plak request lebih. Terpaksa stock digunakan. Bangun pagi tadi aku check ade dua botol je baki tinggal dalam freezer. Takper, ummi akan usaha lebih sikit.


 Contoh stock ... ummi guna botol dari Little Caliph since ummi beli medela freestyle dari dia.



Raihana tengah syok tido... tak mau kacau ye ummi.. Nanti anak ummi akan menangis kuat-kuat kasi abi bangun...Hehe

Wednesday, May 2, 2012

Raihana Sudah Sebulan....

Di saat entry ini ditulis, Raihana sudah pon berusia 35 hari. Alhamdulillah ya Allah kerana memelihara anak kami dengan selamat di bawah lindunganMu.

Pada hari ke32 aritu aku dengan en hubby bawa Raihana ke KPJ Perdana lagi sekali untuk suntikan sebulan. Aku agak cuak cz takut Raihana nanges sebab mengikut ibu-ibu lain diorang cakap anak-anak diorang menangis kuat..sampai teresak-esak pon ada.

Raihana get ready untuk ke hospital... nampak macam tenang..lega hati ummi


Sampai je kat KPJ, en asben letakkan aku di entrance lepas tu baru dia pergi cari parking. So aku dengan Raihana terus pergi kat lif. Elok je masuk lif, bermula lah episod tangis tanpa henti sampai aku cuak kenapalah anak aku macam ni.

Aku sempat register Mya Zara Raihana di kaunter sementara staff KPJ mencari GL TNB untuk anak kami. Sekali lagi dia menangis sehingga aku bagitau staff di kaunter untuk duduk di kerusi tepi situ untuk menyusukan dia. Abis 1 oz dia senyap skejap pastu nanges lagi. Masa tu en hubby dah sampai. Terus dia yang tolong settlekan registration sementara aku dukung Raihana untuk ke bilik Dr Mazidah. Cantik biliknya. I Like..


Nampak si kecil rileks je layan susu...


Layan lagi gambo ummi..cantik kan bilik menunggu nak jumpa Dr Mazidah. I Like.

 

Bila abis susu ni..dia menangis lagi. Ingatkan berak, bila check tak de pon. Tak lama tu kami terbau sesuatu. Naseb tak de patient lain.. Sah....dia berak (biasanya dua hari sekali dia berak) ..ape lagi kelam kabut la ummi ngan abi pergi settlekan Raihana kat toilet. Mencabar jugak sebab 1st time handle case berak Raihana di tempat public.hehe... Success.

Masa jumpa Dr. Mazidah, Raihana ditimbang. Berat nya sudah naik kepada 4.1kg. Sebelum ni timbang masa hari ke20, berat nya 3.5kg. Kira naik 600g. Lepas timbang, Raihana disuntik. Syukur dia nanges skejap je. Lepas disapu dengan kapas dia dah diam. Well done anak ummi. Good performance. Keluar je bilik doktor, ade ibu-ibu kat luar tanya anak demam ke ape. Aku cakap, kena inject. Diorang pelik sebab tak dengar baby menangis. Aku senyum je (dalam hati...hehehe anak aku dah puas menagis sebab nak berak tadi..hehe)

Balik dari hospital, singgah kat bank skejap. Ummi tolong register Maybank2u untuk tok abah. Sempat lagi ummi possing dalam kereta.


Raihana masih kesejukan sebab ummi basuh beraknya dalam toilet ade air cond ( sah sah kat hospital ada air cond).. Air pulak sejuk. Ummi pon bedungla sayang. Selesa nampak anak ummi tido. Lega ummi.

Monday, April 30, 2012

Shopping barang untuk Raihana

Sudah lama tak update blog... nasib belum bersawang.. Aku tak de mood nak update blog so aku tukar la template blog dengan harapan mood baru datang..

Aku nak update citer pasal aritu aku beli online sterilizer dan warmer brand little bean punya. Barang sampai elok je...yahooo


Parcel baru sampai...



 Inilah barangnya... 3 item murah cz aku dapat dengan harga RM149.90. Sebelum ni aku survey harga RM199.90 atau paling murah pon dapat RM179.90. Rezeki aku kot...


Lepas tu, aku ade beli bouncer untuk Raihana. Beli kat Manjaku dekat Tesco KB. Nampak macam dia selesa je lepak atas bouncer baru nya tu.


Bouncer baru si comel...

...
..
.

 Pose dari Raihana...


 

Monday, April 23, 2012

Raihana on Day 26

Pejam celik pejam celik dah nak masuk sebulan usia anak ummi. Skejap je ummi rasa dan kadang-kadang ummi macam tak cayer yang ummi dah punya anak ummi sniri sorang. Alhamdulillah ya Allah kerana sudah makbulkan doaku dan suamiku untuk punyai anak sendiri.




Apa yang aku dapat katakan, Raihana semakin manja.. Asyik nak dipeluk dan manja betul. Kadang-kadang menangis....bila ummi nye pegang serta merta sayang diam. Macam tau je ummi nye pegang..

Lagi satu sayang ummi ni suka dera ummi. Dekat nak Subuh nak aje ummi riba sambil ummi tido bila duduk di sofa.. Adus.....kena riba la sampai arini ummi rasa lebam lutut kot..Adeiiii



Anak ummi ooo anak ummi... Ummi and abi always sayang kamu.....

Friday, April 20, 2012

20 April 2012

20 APRIL 2012


Hurm ada ape yer dengan tarikh ni.. Sebenarnya tarikh ini adalah EDD sebenar untuk Raihana. Based on scan dan calculation tepat EDD kena pada hari ni.

Kita hanya merancang...Allah sudah tentukan yang Raihana kuar awal lagi..awal 23 hari tu dari perut ummi nyer.

Syukur cz kami berdua selamat semasa prosidur tu. Memang pengalaman paling manis terutamanya apabila aku celik mata, nurse aku bertanya nurse, macam mana baby saya... (rasa macam dalam TV plak)..
Apabila nurse menjawab, baby puan selamat. Bergenang air mata ummi.. Ummi mamai mamai pon sempat lagi tanya soalan tu....



Arini merupakan hari ke 23 Raihana lahir ke dunia... Anak ummi semakin cerdik.. Sayang anak ummi.
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template