Wednesday, June 6, 2012

Company Dinner Invitation - Hawaiian Night

Start kerja selepas cuti bersalin aritu, aku dapat kad jemputan untuk ke company dinner bertarikh 16 June 2012 bertempat di One World Hotel, Damansara.


Aku dah reply untuk hadirkan diri bersama seorang teman. Sape lagi kalo bukan en asben.


 will attend with partner


Baju plak..seperti biasa daku masih mencari-cari yang sesuai........



Tuesday, June 5, 2012

Sending Raihana to BabySitter Home

Semalam aku start hantar Raihana ke rumah babysitter sendirian cz en asben dah pergi Perak. Alhamdulillah takde kerenah cz dia hanya memandang sekeliling dengan muka mengantuk. Masuk kereta terus dia tidur dengan lenanya.

Masih gelap cz keluar awal sikit nak isi minyak keta.


Arini aku kuar lambat sikit sebab school holiday. 

 Sorry dear..ummi terpaksa angkat sayang tengah tido..Dia tak menangis pun macam paham kot aku nak g kerja. So dia tak de la nak buat hal.. Bagus betul anak ummi.


Raihana plak sepanjang jalan tak tidur tapi mata asek tengok kiri kanan jalan. Suka agaknya.

Termenung ....



Jeling ke ape tu sayang...


Dah pandai respon bila ummi panggil nak snap gambar nye...

Tak sabar nak tunggu 4.50pm...nak balik jumpa chenta hati ummi....

Monday, June 4, 2012

Melayan Raihana Punye Kerenah

Semalam pukul 11 pagi en asben dah bertolak balik ke Perak. Yang sweet nya masa tu Raihana tengah tido. Bila abi dia g bisikkan kat telinga cakap duk diam-diam. Abi dah nak balik..serta merta dia buat muka nak nangis dan nangis. Bila abi dia angkat dan peluk baru dia diam. Kebetulan ke ape tatau la kan..

So semalam aku sendirian menjaganya buat kali pertama. Seharian melayan kerenah Raihana yang asek merengek mau aku berada disisinya. Nak ape lagi kalau bukan nak menyusu. Manja betul.

Bila dah tido, mula la aku snap gambar dia. Saja takde keje. Hihi. Jom layan kerenah Raihana on last weekend.

Kuat nye menangis...


 Malu la plak.


Erkkk..


Buat muka lagi..


Menggeliat plak.


 O oooo ooooo


Alamakkk....


nak tido la tuh


Dah...jatuh sudah dari bantal

Saturday, June 2, 2012

Perabot baru sudah sampai

Sabtu lepas selepas pergi wedding kat Shah Alam daku sempat meluangkan masa bersama en asben, Raihana dan adik iparku nak survey perabot. Dah lama sebenarnya nak beli tapi terbantut cz kami xsempat nak housekeeping rumah sebetul2nya sejak pindah aritu. Aku decide nak buat after delivered cz time peknen amatlah tidak ada mood plus tak larat nak bau barang-barang.

Once dah balik KL, kami terus kemas-kemas dan pilih perabot.Kebetulan adikku yang mengajar di JB dapat pindah dekat Selangor dan rezki nya dapat sekolah tak jauh dari rumah ku. So of course dia duk ngan aku. Senang sikit kalau susah senang ke ada adik beradik dan tak mungkin kita nak harap kat orang luar kan.

Adik ku sempat jugak booked set bilik tidur untuk bilik kedua rumah aku. Aku plak pilih sofa L shape, kabinet TV, cermin ruang tamu, set meja makan dan satu katil single untuk letak kat bilik kecik khas untuk tetamu. Lega dah setel.

cermin bakal diletak belakang sofa


Model tak berbayar..siap landing lagi. Sofa ni harganya RM1300 je...


Set meja makan kaca..okla untuk 4 orang...


Set bilik tidur adik aku


Katil bujang..aku berkenan sebab murah time promosi dan design yang simple dan semestinya kaler putih..


Kabinet TV jugak yang promosi.hehe

Skang semua dah siap kemas dalam rumah. Baru lengkap keperluan rumah ku...Syukur. Dan aku amat bersyukur adik aku sudi duk ngan aku. Kuatkan semangat aku menjaga Raihana ketika en asben berjauhan. Tu la ade orang pernah cakap kat aku..dan aku akan ingat sampai bila-bila.

"Ko tak boleh jaga anak sorang-sorang, aku taula sebab aku yang suami duk sekali pon susah. Nak angkat anak lagi dengan beg lagi"

Masa tu aku terdiam sebab memikirkan susahnya kan nak hadapinya nanti. Tapi takpe aku sanggup hadapinya cz Raihana anak aku. Anak yang aku kandung dan lahirkan..semestinya aku kuat. Insha'Allah.

Aku harap nanti dipermudahkan Allah...cz nextweek bermula lah episod aku berseorangan bersama Raihana..opss selama 3 hari je...

Off topic jap...Sedapnya dia tidoooooooo

Friday, June 1, 2012

Raihana ke babysitter arini..

Sob sob..buat pertama kalinya daku menyerahkan tugas menjaga Raihana kepada orang lain..iaitu babysitter nya. Harap akak ni dapat menjaga anak ku dengan baik. Amin.

Malam tadi daku terlelap awal seawal pukul 9 kalau tak silap sebab landing atas sofa sambil nak layan berita.. sekali terlelap sambil nyusukan Raihana. Dia pon tumpang lelap dengan ummi sekali. Hihi

Bangun-bangun dah pukul 12 kot kalau tak silap. Nasib barang-barang Raihana dah siap pack dalam beg. Cuma susu dalam freezer je belum daku tak letak cz tunggu pagi baru amek.

Malam tadi takde gangguan bangun di tengah malam. So far sejak datang KL dia amat baik. Takde bangun malam. Alhamdulillah senang daku nak menjaganya bila malam hari.

Bangun tadi kul 6.15am, solat Subuh terus pam susu sebelum mandi. Bila ummi dah siap baru salin pampers Raihana dan susukan dia sambil layan Macam-Macam Aznil. Tergelak-gelak daku sambil menanti en asben bersiap-siap.

Masa nak salin pampers Raihana terkejut aku tengok Raihana dah berubah posisi.  Tengokla nih..

Bantal nya entah kemana, bantal golek lintang pukang, selimut entah ke mana dek penangan anak dara ku nih..Aishhh..

Dalam kereta dia hanya tido je dan sampai rumah babysitter pon masih tido. Daku dah sediakan satu set tilam kekabu kat rumah babysitter nya dan minta dia panaskan susu yang dah daku pam tu kalau Raihana nak menyusu.

Sayang ummi ni suka tidur yer..Bagus nya

Thursday, May 31, 2012

Beli Car Seat untuk Raihana

Car seat ni penting untuk aku sebab senang nak letak Raihana bila nak anta dia ke babysitter atau nak bawak dia jalan-jalan nanti. Ahad aritu aku ajak en asben g survey dan beli terus di Manjaku, Bangi.

Banyak betul pilihan sampai rambang mata dan aku sempat sambar beberapa pasang baju si comel dan keperluan lain. Comei betul baju kanak-kanak ni kan.

Masa kat sini adoiiii 2x Raihana menangis nak nyum nyum..tpaksala ummi cari port sesuai..hehe naseb ade port yang line clear..hehe

Dah kenyang..baru leh kasi Raihana test car seat.

mcm best yang ni ummi....


ok nak yang ni..kaler ni..set...

yang tak tahannya bila diangkat dari car seat dia menangis, bila letak senyap plak..adeeii dah pandai demand yer anak ummi...

 

Wednesday, May 30, 2012

Support Pride di Hari Belia 2012 Putrajaya

Ahad aritu aku meluangkan masa bersama Raihana dan en asben ke Hari Belia 2012 bertempat di Putrajaya. Nak diikutkan aku memang tak kan pergi punye ke tempat panas dan sesak dengan orang sampai nak parking pun susah. Tetapi disebabkan company asben (bukan dia boss..hehe) aku join la untuk bagi support.

Kami hampir patah balik disebabkan jalan banyak tutup. So aku ade idea g kot jalan belakang memandangkan drift tu bertempat dekat bangunan Mahkamah dan Imigresen. Actually company ni (PRIDE) sponsor dua biji kereta drift aritu. Sticker PRIDE pon besar kat kereta tu.

En asben bersama tokei Selangor


Raihana pon amek berkat jugak...


En asben selaku ketua untuk negeri Kelantan pon kena g support. Amik berkat sikit. Harap lepas ni kalo sape2 berminat nak jadi dealer especially Kelantan area buleh contact kami untuk berurusan lanjut. Hehe Promot kejap.

Sijil penghargaan...



Kepada sesiapa yang nak tau, PRIDE ni ialah jenama minyak pelincir yang baru di pasaran di Malaysia. Import khas dari Dubai. Company kami selaku wakil tunggal untuk Malaysia mendapat peluang untuk memasarkannya di Malaysia. So untuk Kelantan, en asben akan incharge.

Aku dan Raihana jugak amek aura drift. Walau panas kami rileks je...cz dapat berteduh kat booth Pride. Hehe.

ummi pon nak possing dekat banner Pride


 Layan jugak possing...


Model Pride ke?...hehe


Ape pon performance PRIDE memang baik punyer la. Kami semua dah gunakannya dan big boss sendiri pon dah gunakan dekat Subaru nya. So ape lagi....bertukarlah kepada PRIDE.

Tuesday, May 29, 2012

Raihana at Wedding Sedaraku

Sabtu aritu kami bertiga wakil pihak keluargaku ke majlis pernikahan sedara kami di Shah Alam. Adik lelaki ku tak dapat join cz terlibat dengan kelas tambahan dan wife dia plak join majlis tu last minit. Masa kami dah masuk dewan.


Seperti biasa tido bila kena air cond


Raihana seperti biasa...tido aje sepanjang majlis. Bila dahs sessi bergambar baru bangun dan mula la wat suara tak puas ati ajak balik..hehe

 Tido lagi

Sudah bangun bila Abi pegang.


With Achik


Ape pon Selamat Pengantin Baru untuk Izuddin dan Adlina. Semoga kekal ke akhir hayat dan cepat-cepat dapat timang baby. Amin

Monday, May 28, 2012

Back to KL

Minggu ni kami bertiga sudah selamat balik ke KL.. Arghh tak bestnya sebab kena kemas rumah....iyela spjg pregnant aritu aku memang tak suka mengemas lagipon aku sungguh tak larat nak pegang penyapu...kalo ade pon en asben atau adik ku saje yang menolong.

Sedih betul Raihana nak berpisah dengan tok ma nya. Aku pon menangis. Manakan tidak, Raihana ni cucu pertama sebelah aku. So sudah tentu mendapat layanan ekslusif dari semua orang. Sepanjang perjalanan, Raihana amat bertolak ansur. Hanya tido dan bangun untuk menyusu je. Tambahan pulak berita gembira, Raihana sudah boleh menyusu direct beberapa hari sebelum kami balik ke KL. Bagus betul anak ummi. Tak nak susahkan ummi yer..


Elok je sampai Felda Kechau, Raihana yak yak plak. Naseb ummi dah siap solat. Dia berjaya yak yak dengan mudahnya. Siap tak menangis tapi masa lambat nak basuh yak yak (sebab plan nkg umah sedara kat situ tapi call dia xangkat..sebab xtau rumahnya kat celah mana)..Raihana duk tunjal2 kaki sampai tercabut gelang kakinya (gara-gara en asben longgarkan gelang kakinya).

Nasib baik gelang tersebut masih rezeki anak kami. En asben terperasan tepi je tempat dia berdiri. Syukur.

Sampai KL, 1130mlm...blackout pulak. Tanya guard..ni akibat kerja2 pemasangan traffic light. So kami bajet lama la tu..terus ke Damansara pulak tumpang tido umah adik iparku. Raihana maintain je tido sampai pagi esoknya.

Esoknya balik ke rumah kami bersama barang-barang Raihana yang banyak...Tarammmmmmmmmmm



Nasib ada dua orang budak sudi membantu. Bagus betul.. Anak sapelah...Tq tq yer dik..

Wednesday, May 23, 2012

Melawat Tok Chek dan Jumpa Uwaisy

Semalam sessi melawat tok chek lagi di hospital Jerteh. Kesian tok chek masih lagi muntah-muntah ku tengok. Semalam pergi sana dengan en abi, Raihana, tok ma dan cik su. Raihana diam je sepanjang jalan. Layan tido kot best tido dalam air cond ..keta baru tok ma..hehe

Dah balik singgah kejap umah cousin ku... Sempat jumpa anaknya yang baru 29 hari.. adik uwaisy meet with Raihana.. jom layan gambo diorang.. Raihana masa ni tengah mood tak elok cz nak tido....asek nanges dan kaki dok tunjal-tunjal je..Sabo je..


Ummi interprem dengan Raihana dan uwaisy.. (betul ke ejaan ku...)



Zoom lagi...



Sunday, May 20, 2012

Kelahiran Normal Selepas Caesarean

Arini mood untuk update blog takde sangat. Surf punye surf terjumpa satu artikel yang amat menarik. Since 1st baby ni aku dah melalui kaedah caesarian, tak salah sekiranya aku pon menambahkan ilmu ni untuk diri sendiri dan nak share dengan kawan-kawan lain.


Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.

Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.

Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.

Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.

Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.

Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.

Risiko
Untuk pengetahuan anda, wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.

Namun begitu, risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan penggunaan ubat pencetus kontraksi.

Risiko sebegini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang. Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak tidak lagi diamalkan.

Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan. Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.

Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.

2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.

3. Pemulihan Yang Cepat
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.

4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.

5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.

6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.

7. Kurang Mahal
Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.

Source From : Pa Ma
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template