Last week and a few weeks before aku amat happy bila mana update entry di blog. Tetapi sejak last week semuanya berubah. Mood aku tak menentu sehingga ke arini. Tapi aku slowly motivate diri sendiri untuk redha dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Aku mengambil masa sebulan ni sebagai tempoh mengenal kembali pasangan ku. Ternyata aku tidak mampu hidup sendirian. Tetapi andai itu takdirnya nanti aku harus redha menerima ketentuan Illahi. Cume yang aku harap sekarang agar semua orang paham situasi aku skang.
Yang amat memeritkan aku, aku dipanggil oleh management sebab "MC' .. What the.... Aku sakit doc kasi la MC.Depa nak komplen. Amboi siap record medical aku operate pon kecoh. Siap mintak report doc. Ok fine. Kalau macam ni la gamaknya...xkuasa aku nak kerja dengan hati ikhlas lagi. Diorang amat tidak memahami keadaan ku sekarang. Ni pon ujian teruk buat ku kerana melibatkan periuk nasi aku. Syabas kepada yang busuk hati yang tak putus putus menduga aku. Aku doakan suatu hari nanti semua ini akan kau alami nanti. Amin.
Sehingga ari ni..setiap malam aku akan menangisi semua yang terjadi padaku. Semuanya tidak pernah memberi aku peluang untuk hidup sebagai orang lain. Alhamdulillah, aku dapat share dan tenangkan hati dengan kawan kawan di facebook. Bukan niat nak cari perhatian ke ape. Aku tak sanggup pendamkan nya sendiri. Alhamdullilah inbox facebook aku memang banyak masuk. Ada yang berkongsi amalan yang patut aku lakukan, ayat , surah..Semuanya aku hargai.
Insha'Allah aku akan pastikan setiap hari selepas Subuh dan Maghrib aku akan bertemankan dengan ayat-ayat suci alQuran. Aku semakin yakin dan tenang setiap kali selesai mengadu dengan Allah.
Aku berharap korang doakan jodoh kami kuat. Ku amat menyayangi suami ku. Rauzan.Hingga ke akhir hayatku ku cinta mu. Tapi suami aku ada memesan Cinta pada Allah haruslah no 1. Jgn menyintai makhluk melebihi DIA yang Berkuasa. Alhamdulillah. Aku selalu pegang kata kata ini sebagai sempadan untuk aku bertambah kuat. Insha'Allah.
Ku harap agar ada sinar untuk ku di hari mendatang.Amin. Insha'Allah
Friday, August 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ado dop budok opis mu baco blog mu? kalu dio baco, bagus sgt².biar dio tahu sikit.
abe mu baco dop? biar dio tahu, mu meme saye ko dio
abe aku xtau la dia baco ke dop....tp budak opis aku ade kot hk baco..key link kt fb...aku xde ati mano dh kijo situ..wat serabut otok jah
Post a Comment