--> hehe dah tau..kene g collect tiket kat Istana Budaya sahaja.
Ni haa bukti aku dah booked tiket. Saja nak upload okey.
Okla jom kita layan sinopsis Badai Semalam.. Ape yang pasti teringin nak tengok gandingan Erra Fazira and Aaron Aziz..
Sinopsis | |||
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja. Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti. Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri. Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya? |
Pelakon | : | Erra Fazira Aaron Aziz Fizz Fairuz | ||
Tenaga Produksi | : | Pengarah : Khairunazwan Rodzi Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim | ||
Tiket | : | RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300 | ||
Promosi | : | Diskaun 20% untuk Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan pelajar. Istimewa tiket berharga RM20 untuk pelajar berkumpulan (minima 20 orang) | ||
Tempahan/Pembelian Online | : | www.ticket2u.biz Hotline : 03-4147 8600 | ||
Maklumat Lanjut | : | Box Office, Istana Budaya, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur. Tel : 03-40265558 |
5 comments:
wah sioknye, raso nk tgk jugok, (tapi tk tau la nk tinggl anok ko pengasuh leceh la,..huhu) sebab ado aoron! =^__^=
tau xpa...nak tengok aaron berlakon teater....mesti besh besh......jomla..g tgk siang hari..anak leh tinggal ko pengasuh..hhehehe
Hi anna; vivy here :D
Btw, taktau pulak harga tiket IB starting rm30, selalu ingat ratus2..huhu. Boleh la try pergi pasni.
Hi anna; vivy here :D
Btw, taktau pulak harga tiket IB starting rm30, selalu ingat ratus2..huhu. Boleh la try pergi pasni.
vv..ha'a ade tikat murah..tp seating rasa kt atas....anna nkg ni pon adik beriya2 ajak...huhu harap x uwek2 la mase tu..sbb anna biasa mmg lembik belah malam
Post a Comment