Friday, December 2, 2011

Preview Ombak Rindu



Yezza malam tadi aku with makwe adik aku sempat ke @eCurve Damansara. Ni gara-gara adik ku dah booked tiket tapi dia tak dapat datang.. so untuk tidak membazirkan tiket, aku pergi with Peya.
Sampai sana pukul 6 suku and parking pon mudah depan pintu masuk saje. Ni semua usaha kami sebab nak tengok Ombak Rindu. yeahh gang Aaronians semua berkumpul malam tadi. Happening jugak walau Aaron yang ditunggu kami asek bertembung ngan abg Ahmad Idham. Aritu g Istana Budaya pon jumpa dia jugak. Kali ni jumpa lagi. Entah2 lepas ni die kuarkan movie adaptasi dari novel...

Malam tadi ada banyak part yang bebetul menyentuh hati aku, ditambah lagi Aaron sniri menangis...banyak scene jugak la air mata lelaki nya gugur. Tapi part yang Hariz tolak Izzah dalam toilet sebab dia ingat Izzah pregnant. Pastu tengok part Izzah dihalau dari rumah, dihalau dari jaga Hariz di hospital la macam-macam la...

Aku tanak citer lebey kat sini..saja kasi panas je tu. Korang kena g tengok sndiri.


Jom layan Sinopsis Filem Ombak Rindu



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
 
 

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 
 

0 comments:

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template