Selama dua minggu aku cuba selang-selang makan ubat tahan sakit and antibiotik yang dentist kasi. Dentist ni tak berani buat sebab takut ade risiko. Dia suruh aku consult dengan gynea before proceed.
Nak dijadikan citer, last weekend sakit gigi datang menyerang kembali. So maintain makan ubat until tinggal sbiji. Aku dah cuak takut kene sakit gigi time en asben tak de..Seksa karang.. So Isnin tu aku half day, after settle g clinic kami terjah ke Klinik Gigi Alam Permai, area mc D berdekatan dengan Jusco Equine.
En hubby sedang register ku. Aku malas nak berdiri lama-lama depan kaunter.
Nasib kami agak baik sebab masa register ada dua tiga orang patient. After register aku mintak nakg sarapan walau masa tu dah dekat kul 11 pagi. Kami g makan skejap then balik smula ke clinic dah sampai turn aku. So aku just tunggu 5 minit then terus masuk..
Eh kjap..nak promot..hehehe clinic ni cantik sangat kat dalam and bersih. Masuk pon kene tanggalkan kasut kat luar okeh..
Pas masuk nampak dentist and assistant bersih siap dengan uniform macam nak kena operet je aku rasa. Dia cek and tanya tanak tampal ke..Aku cakap tanak since gigi tu paling ujung, so die ckp okla kalau nak cabut terus. Terus dibius..Masa ni la kaki aku terangkat beb. 3 kali inject ..paling sakit mase kena kat lelangit..Wohoooooo sakit wooo...
Proses membius tengah dijalankan. Sedikit cuak cz tengok assistant dia tengah betulkan lampu.. Ku risau takut tersalah inject.hahaha
But before tu doc ada check kandungan aku masuk minggu ke berapa..Aku masa tu nak masuk 27 weeks. Still safe doc ckp. Kalau 1-3 bulan and dalam 7-9 bulan tak digalakkan sebab kalau awal-awal tu takut effect kat baby. Kalau last-last tu takut too early ransang contraction.
Selepas dibius..maintain tapi rasa cam besar sbelah je pipi aku..
Pas beberapa minit. time untuk dicabut. Serius masa mencabut tak sakit langsung.. Part paling best skejap je dalam sminit doc suruh aku berkumur. Aku kumur tak de darah. Then aku tanya la doc..."Doc , dah siap ke belum". Doc cakap dah.. Bila cakap dah terus aku terkejut sebab tak perasan and aku cuba rasa dengan lidah. Yes..gigi tu dah takde. Bubbye si Gigi perosak..haha
Proses mencabut tengah dijalankan
Siap....balik..Caj RM90 sahaja okeh. Berpuas ati dan recommended untuk sesiapa yang inginkan keselesaan dan kepuasan.
0 comments:
Post a Comment