Day 1:
Lahir ke dunia... selepas dibersihkan nurse temukan Raihana dengan abi nya untuk diazankan manakala aku masih pengsan kesan bius. Selepas aku sedar , aku ditolak ke ward. Aku sempat bertanya nurse 'Macam mana keadaan anak saya'.. Nurse menjawab ' Anak puan selamat dan sihat'. Alhamdulillah...Dah sampai di ward... en hubby membawa masuk baby dari nursery..Aku hanya mampu terbaring atas katil sebab sakit dan hanya sempat mengusap pipi anak ku..
3 jam selepas dilahirkan
Pukul 2.30am aku ngan mak xlarat dah...Kami semua kepenatan..Panggil nurse bawak baby ke nursery.
En hubby bgn Subuh mamai cari baby di mana..Hehe kesian dia cari baby..sebab dia lupa agaknya baby dah diserah kat nursery malam tu. Die solat Subuh then terus ke nursery amek balik anaknya. Sayang betul dia..Sapa tak sayang anak oiii..hehe
Pagi tu Dr Zana buat ward round. Dia tanya nak sunatkan terus ke tak. Aku cakap..buat terus jela since memang Dr Zana boleh buat. So setel tak sampai 10 minit baby diserah kembali pada aku. Lega dah sunatkan Zara.
Tengah hari tu, nurse bagitau dah boleh discharge. Aku cakap tunggu en hubby balik dari solat Jumaat. Kami balik la ke rumah..Yahooo
Day 3:
Ummi still tak dapat susukan Zara. Kuar sikit je..Pagi tu bangun tido rasa tak boleh angkat lengan. Sah aku dah bengkak susu. Bagitau en asben mintak pergi ambil mak bidan sebab aku dah rasa bunga-bunga nak demam bengkak susu. Mak bidan datang urut-urut lancarkan susu dan aku lega. Dapat susukan Zara walau amat susah sebab nipple problem...dia tak puas....Day 4:
Zara ready ke KK with TokMa and Abi
Result darah menunjukkan bacaan 197. Aku pulun breastfeed dia dan pam bagi melalui botol pon ada. En hubby siap belikan nipple shield untuk aku, tapi brand Pigeon. Hantam sajalah sebab aku pon tak pernah tengok menda ni. Tapi tak membantu sangat...
Day 5:
Day 6:
Aku, En hubby, Zara dan Tokma ke Pakar Perdana. Aku ada follow up dengan Dr Zana untuk buang plaster tempat operate dan doc bagitau luka ku dah kering. Doc scan dalam rahim, sudah clear. Alhamdulillah.
Lepas tu bawak Zara jumpa pakar kanak-kanak dan doc kata nothing to worries sebab jaundis dia tak teruk. Just teruskan breastfeed. Nasihatnya tak perlu kejutkan baby 2 jam sekali untuk susukannya sebab baby tau untuk bangun sebab baby tido adalah untuk pembesaran. Lega aku dengar. Next appointment ujung bulan ni pulak untuk bawa Zara amek suntikan 1 bulan.
Day 7:
Masih monitor jaundis nya. So far makin baik dah pulih. Lega ku dengar. Cuma malam-malam dia suka terjaga untuk menyusu. Waktu dia biasa bangun pukul 1-2am, 3-4am dan 5-6am...Pengalaman baru untuk ku dan en hubby tetapi dibantu oleh ibuku. Kadang-kadang tido sambil meriba nya. Tapi aku berbangga sebab en hubby banyak berjaga dari aku..Hehe..ummi penat katakan...
ok nanti sambung lagi citer ni...
4 comments:
Alhamdulillah...pengakaman yg manis kn fieza.btw,mu bersalin kat husm eh?
Alhamdulillah..pengalaman yang paling mahal dlm idup ku.... aku bersalin kat KPJ Perdana... xjd husm...aku mintak discharge awal dr husm...
da brsunat zara eh..bgs la..kang nnti beso skit tindik plak pkai anting2..msti comeiii~~
a'a la..aku teringat masa aku kecik aku lari nyorok balik kerusi masa mak aku panggil org nak tindik telinga..sebab aku dengar dia ckp nak 'tembak'..aku takut senapang....haha terus g lari nyorok...kelakar..last2 aku g tindik masa aku belajar utm...sbb semua kawan2 dh tindik..
Post a Comment