Saturday, January 21, 2012

Semakan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK1-1

Hurm musim exam di UPM baru sahaja berakhir... Ku baru plan nak berhoorey..tapi malam tadi en hubby bagitau aku dapat surat untuk hadirkan sessi peperiksan SPA untuk jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1.
Patutla sehari dua ni macam tergerak hati nak belek website SPA tapi tak de la pulak terfikir dapat untuk peperiksaan tu..


Bagi sesiapa yang ingin menyemak.. Sila la ke url di bawah:

http://semakpe.spa.gov.my/go-home.php?ob=TAY&ac=01000

Sementara surat tu aku dapat tengok, so aku buatla semakan online..


Berdebarnya... nak kene study betul2 ni...

Friday, January 20, 2012

Shopping Baju Baby and Mommy

Dua hari lepas aku MC. Demam akibat terkejut kot gigi kena cabut. Tengah malam walau kipas ON no 1 pon aku leh menggigil...dan langsung xleh nak berjalan. Tu g clinic terus kene ward ..masuk spital. Tapi aku xg malam tu terus cz aku tau kalau g kompem kene admit..haha.so esoknya aku g sebagai pesakit luar jumpa gynea aku. Dapat dua hari MC.

Hari ke2 MC aku dah kuat sikit. G shopping baju baby...Erkk..survey dulu baru nak shopping. Aku sempat ke ManjaKu kat Bangi. 


Banyak jugak pilihan and aku ade survey tilam Bumble Bee and set lain .. Comei jugak tapi hati ku tetap nak set kekabu. Selesa sikit aku rasa.


Ada banyak jugak aku sempat survey kat sini. Then aku g ke kedai number 2. Ape entah...Jap tgk plastic beg dia korang sure tau kot. Kedai dia belakang deret pusat rawatan Az Zahra and An Nur. Aku tak de berkenan ape-ape barang baby kat sini tapi en asben berjaya memujuk aku untuk mencuba beberapa pasang baju maxi pregnant. Hasil nya....
Haa nama kedai tu MumDreams
Isi dalamnya..Tarammmmmmmmmmmmm



Balik dari MumDreams, pekene cendol and laksa depan kilang-kilang tak jauh dari warta. Then rushing ke area Taman Melawati nak pergi serang OneBabyWorld outlet kat situ. Nasib kat situ kena tanggal kasut. So setiap kali belek barang aku memang duduk bersila akibat kepenatan teramat sangat.

Harga lebih kurang dekat manja ku. Tapi aku hanya beli barut baby 3 helai and towel baby sehelai sebab en asben suruh pilih. Nanti weekend ni aku nak pergi beli lagi sebab aritu dah penat malas nak pikir dan aku lupa bawak list barang baby.


Balik dari OneBabyWorld, terus ke Tesco Extra Cheras. En asben belikan stock makanan sikit untuk kami dan aku membelasah ABC and claypot kat food court bawah tu. Kelaparan sangat.


Then kami meneruskan perjalanan ke Cheras, Batu 9 ke rumah kawan en asben. Sembang-sembang skejap sambil membelasah sate lagi. (adoiii kuat makan betul). Then kami balik. Aku terlelap on the way back to. Penat sangat.





Thursday, January 19, 2012

Mencabut Gigi Ketika Pregnant

Sakit gigi amat memeritkan..Mau tak boleh makan , bercakap and paling sedih tak dapat tido langsung. Aku sudah merasai nya... Last two weeks sampai tak dapat tido end up dengan MC kerana tak tahan sakit gigi terlampau. Actually gigi geraham kanan aku ni memang dah berlubang ( kesan tampal dah tertanggal seblum pregnant) and paling sedey dah berserpih. Memang patut terasa sakit bila pregnant cz baby dah tarik kalsium kita.


Selama dua minggu aku cuba selang-selang makan ubat tahan sakit and antibiotik yang dentist kasi. Dentist ni tak berani buat sebab takut ade risiko. Dia suruh aku consult dengan gynea before proceed.

Nak dijadikan citer, last weekend sakit gigi datang menyerang kembali. So maintain makan ubat until tinggal sbiji. Aku dah cuak takut kene sakit gigi time en asben tak de..Seksa karang.. So Isnin tu aku half day, after settle g clinic kami terjah ke Klinik Gigi Alam Permai, area mc D berdekatan dengan Jusco Equine.

En hubby sedang register ku. Aku malas nak berdiri lama-lama depan kaunter.

Nasib kami agak baik sebab masa register ada dua tiga orang patient. After register aku mintak nakg sarapan walau masa tu dah dekat kul 11 pagi. Kami g makan skejap then balik smula ke clinic dah sampai turn aku. So aku just tunggu 5 minit then terus masuk..

Eh kjap..nak promot..hehehe clinic ni cantik sangat kat dalam and bersih. Masuk pon kene tanggalkan kasut kat luar okeh..

Pas masuk nampak dentist and assistant bersih siap dengan uniform macam nak kena operet je aku rasa. Dia cek and tanya tanak tampal ke..Aku cakap tanak since gigi tu paling ujung, so die ckp okla kalau nak cabut terus. Terus dibius..Masa ni la kaki aku terangkat beb. 3 kali inject ..paling sakit mase kena kat lelangit..Wohoooooo sakit wooo...

Proses membius tengah dijalankan. Sedikit cuak cz tengok assistant dia tengah betulkan lampu.. Ku risau takut tersalah inject.hahaha

But before tu doc ada check kandungan aku masuk minggu ke berapa..Aku masa tu nak masuk 27 weeks. Still safe doc ckp. Kalau 1-3 bulan and dalam 7-9 bulan tak digalakkan sebab kalau awal-awal tu takut effect kat baby. Kalau last-last tu takut too early ransang contraction.

Selepas dibius..maintain tapi rasa cam besar sbelah je pipi aku..

Pas beberapa minit. time untuk dicabut. Serius masa mencabut tak sakit langsung.. Part paling best skejap je dalam sminit doc suruh aku berkumur. Aku kumur tak de darah. Then aku tanya la doc..."Doc , dah siap ke belum". Doc cakap dah.. Bila cakap dah terus aku terkejut sebab tak perasan and aku cuba rasa dengan lidah. Yes..gigi tu dah takde. Bubbye si Gigi perosak..haha

Proses mencabut tengah dijalankan

Siap....balik..Caj RM90 sahaja okeh. Berpuas ati dan recommended untuk sesiapa yang inginkan keselesaan dan kepuasan.

Friday, January 13, 2012

Citer belum abis

Citer belum abis... Ade lagi buat aku bengang
Kalo privacy orang tu tak payah la kacau... Ni bila x puas ati status fesbuk aku ko hack facebook aku..copy message aku.. Print eh..
Then guna orang tengah bagitau semua tu..What FORRRR...Some more libatkan ramai pihak..

Sebenarnya sebelum nak perang ni..check dulu kita ni ready ke tidak.
Permasalahan tu datang nya dari siapa...
bukan dari aku.. Tapi dari orang yang memaksa aku mendengar citer kau.
Siap ugut nak bunuh diri la ape..
aku bagi nasihat setakat termampu
Now....mcm ni jadinya..


Hack la...buat la ape ko nak buat..
aku bukan buat citer pon pasal ko..dah memang realiti...
Bila dah tak leh terima kenyataan..banyak pulak citer cuba ko kaitkan..

Skang nak call...nak jumpa nak cari aku..Haa cari la..aku tak ke mana pon.Ade je kat rumah...tak de rumah ade je kat opis... Nanti aku pon akan citer hal sebenar..Dah lama aku pendam citer citer ni..Macam nak sangat dengar aku citer balik kan..OK aku akan citer balik kat semua orang yang ade tu nanti..

Nanti kita tengok sape jilat ludah seniri semula. Aku tengok dah banyak kali dia jilat ludahnya tanpa segan silu. Eiii yerkkk....

Kesimpulannya...kalau dah org macam ni..kenal berpuluh tahun pon tak guna.. menyesal pon ade....
hurm x sabar nak dengar record perbualan yang panas....

Thursday, January 12, 2012

Kalau Dah Perasan Tu.. Susahlah

Sebenarnya entry ni dah lama patut aku tulis.. Tapi dek kerana bz ngan Exam last Monday aku hold dulu. Ni pon ade exam lagi Sabtu ni. Tapi aku macam leh luang sikit masa nak update entry terbaru.

Aritu aku ade buat wall post kat facebook. Alamak tak boleh nak screenshot pulak cz kat opis ni block facebook. Nanti aku buat entry lain... Sebab dalam komen-komen tu membe baik aku Eliza pon ade menyampuk. Bila dah menyampuk dah tak pasal-pasal aku saje kenakan dia sebab dia memang ade orang tak puas ati dengan kelebihan dia ada. Memang teruk orang tu. Kesian kat kawan aku tu...Aku la menjadi pendengar setia sehingga aku sendiri pon terkena tempias dek stalker nya tu.


Tapi nak dijadikan cerita ada pulak orang yang perasan macam aku cakap kat dia. Actually aku ade sorang kawan yang kenal dari sekolah..Bertahun tahun maa kenal.... Memang baik... Saje buat wall post nak kenakan dia.. Tapi tup...Zasstt..ada orang lain terperasan. Adeiiii.... Memang di wall post tu aku luah je ape aku rasa dah jadi campur aduk dah.Siyes tak sangka plak laa jadi camtu.Orang yang tau citer ni dari awal saja tau nape aku post gitu kat fesbuk. Pada orang lain tu dia memang tak tau citer asal tu pasal depa xde nak komen2...



Bila dah jadi camtu.. Now i know laa...Siapa makan cili rasa pedas. Tak sangka la pulak kan...Kawan-kawan aku baca pon tergelak dengan statement orang perasan tu..Orang tak sentuh hal dia ponn...

Nahhh..amek cili ni makan lagi dah nak sangat makan cili kan...

P/S: Untuk Ms Suri...,saya dah jumpa cari cemana nak tau orang remove or block kita dari Facebook. Nanti roger-roger. Kebaboooomm molek..

Ape pon jangan tuduh orang sembarangan kalau tak tau citer .....Saya tau awak bagus ..Awak hebat..

Monday, January 9, 2012

Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat

Keputusan MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur pada 9.Jan.2012:

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan. 
Actually aku tak tau sangat pasal ni sebab dah lama muak dengan citer-citer ni kat media. So pagi tadi tergerak hati nak tau ape kesudahan nasib Anwar Ibrahim. Member opis bagitau beliau dibebaskan. Alhamdulillah
Mahkamah dunia hanya diadili oleh manusia. Kita hanya berpandukan bukti yang jelas sebelum menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Mahkamah Allah adalah seadil-adil mahkamah untuk mengadili hambaNya. Oleh itu bersama-sama lah kita sesama berbuat kebaikan meninggalkan kemungkaran. Insha'Allah.

Just arrive.



Sunday, January 8, 2012

Mood Final Exam

Minggu ni dan minggu depan agak kritikal untuk aku. 1st esok aku ada 1st paper untuk semester ni iaitu paper Data Mining. Next paper on 14hb Jan iaitu paper Object Oriented Programming and project OOP presentation. Lepas tu MERDEKA.

 

Tapi aku sempat lagi update chit chat box baru kat blog sebab Shoutmix lama dah disable untuk free use. So layan kan aje.. Ok la nak sambung study balik. Wish me luck ye kawan-kawan.

Friday, January 6, 2012

Gambaran Saiz Baju Nabi Adam


Sabda Rasullulah SAW:
 
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
 
Gambaran tinggi Nabi Adam berbanding manusia sekarang
 
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.
 
Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.


 Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.
 
Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.
 
Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).
 

Thursday, January 5, 2012

Insiden berdarah di bilik air

Tetttt.. mamcam serius je bunyi nye.. yer memang serius sebab saya kene MC smalam. Bangun pagi nak solat Subuh, terpegang sinki toilet walau xpegang kuat tapi sinki yang menanti masa cz longgar tu gedeganggggg jatuh.. haha berderai... aku dengan muka mamai terus cakap dalam ati..haa dh pecah...kene hati2 jangan terpijak serpihan tu sudah takut luka.


Gambar sinki terjatuh tak sempat snap cz adik aku dah pasang balik kat tempat asal untuk memudahkan kami mencuci bilik air.

Dalam pada berhati-hati tu rupanya kaki ku sudah terluka tanpa disedari. Agak banyak darah keluar. Dahla lap dengan kain pon sampai nitik2 atas lantai. Aku pikir tak boleh g keje ni cemana nak drive tambah kaki kiri cz kene tekan clutch.
Gambar kaki ku sesudah dilap darah dan disapu minyak gamat. Lepas sapu minyak gamat baru stop. Tapi aku kene lap balik lantai cz darah nitik2 sampai kena solat subuh lambat sikit. 615am kena..solat 650..lewat sikit....nak buat cemane aku tatau nak stop kan darah cemane. Call adik yang doctor pon dia blur baru bgn tido ke ape tatau la.


Sebelum lantai dicuci aku just pakai selipar ni dalam toilet.. Pink hokeyy...


G clinic doc x buat ape2 cz luka macam dah tertutup cz aku sapu minyak gamat. Lagipon kul 11 am baru aku g clinic.. hehe ni gara-gara kejutkan driver a.k.a adik bongsu aku tu nak mintak dia anta aku ke clinic. Doc bagi ubat tahan sakit, antibiotik, surut bengkak and krim sapu. 
Ape pon aku bersyukur cz aku tak de la terjatuh ke ape smalam. Alhamdulillah.

Monday, January 2, 2012

Jus Tomato

Entry pertama tahun baru 2012. Belum terlambat untuk aku ucapkan welcome 2012....


Arini still cuti. So aktivity duduk rumah nak siapkan assignment dan start study "Data Mining". Malas betul nak mula belek buku. Lemau rasanya. So aku g blend jus tomato. Sebab normally after minum jus tomato aku jadi segar dan ade mood untuk buat sesuatu.

Dapat segelas tomato.. Enough... Sambung study balik....


Oh ye nak bagitau korang khasiat tomato atau minum jus tomato ni :
Mengecilkan Liang Roma
Merawat Jerawat 
Membersihkan Kulit Muka 
Menyejukkan Kulit Yang Rosak 

    

Thursday, December 22, 2011

Wedding Shiken kat Seremban

Alamak..nama wedding Shiken..tapi aku tak sempat snap gambar pengantin masa pergi cz handbag dipegang oleh en hubby. Tapi takpa nanti aku update later nak amek dari facebook Shiken.

Sabtu lepas aku dan en hubby ke Seremban. Kali ni aku excited giler nak ke sana cz dapat jumpa kawan-kawan lama masa study kat UTM. Tapi most of them ni ex-UTM Pahang. and aku pulak  ex-UTM Skudai. Kami ditakdirkan stay serumah masa 3rd year di Skudai. Memang kamceng la bila dah duduk serumah. Macam-macam ragam dapat tengok.

So..layan jela gambar yang mak buyung sempat snap.

1st mestila gambar en hubby terchenta

 3 mak buyung

Kami....

Last jumpa Lee rasanya masa duk study dulu la..

Dengan ita ni aku ade la slalu jumpa... ex-osmet aku after keje masa duk Bukit Jalil..

p/s: masa ni baby kat dalam 22 weeks ++.
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template