Tuesday, January 31, 2012

Deferment of Next Semester

Dengan ini disahkan saya akan menangguhkan pengajian Semester II sesi 2011/2012.


So, dapatlah saya rehat dari menjadi seorang student next sem. Sedey tak dapat sekelas dengan ex-classmate cz depa dah final sem next sem... Sob Sob..Bye UPM


Tapi takpe..demi baby..mommy sanggup...Hope anak mommy ni kuar nanti jadi sorang anak yang bijak pandai yer. Amin.

Monday, January 30, 2012

Welcome 3rd TriSemester

Sedar tak sedar aku dah menginjak ke 3rd trisemester minggu ni. Orang kata dah stable kan. Tapi aku maintain lagi ade muntah-muntah. Uwaaa...cuma tak seteruk 1st trisemester. Amat memeritkan dan kadangkala buat aku fobia.


Skang ni asyik terasa baby dah penuh je kat perut dan asek menendang je..kadang-kadang time kat opis rasa terkejut pon ada... Inilah dia nikmat..

and 

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Saturday, January 28, 2012

Voucher Cameron Highlands




Saya ada voucher untuk digunakan dua malam di Cameron Highlands.

Expiry : End of March 2012

Sesuai untuk honeymoon or sesiapa yang nak celebrate anniversary.

Harga : RM 675 ( nego)

Location : Equatorial Hotel

Berminat, sila email ke annafiera81@gmail.com

Harga asal RM487/night
First come first serve.

Status : Still available


Layan Pasembur di Padang Kota, GeorgeTown

Pasembur... Hurm aku memang mengidam jugak sebenarnya sejak aku alahan dulu lagi. Tapi en hubby cakap jauh nak pergi dengan keadaan aku alah teruk masa tu.  So KIV saja plan tu sehingga aku terlupa. So bila dah alang-alang ke Kedah untuk wedding adik aku, kami singgah skejap on the way balik tu. Mula nya en asben tak nak singgah, tapi bila aku cakp si kecik dalam perut nak makan..automatic dia setuju. Haa kuat kan pengaruh si kecik dalam perut ku.. Tq sayang..

Exit Georgetown...terus ke town menghala ke Padang Kota Lama..

 On the way cari parking


Tak susah mencari cz ade sigboard and dengan bantuan kak ipar and asben nya.Aku ada call kawan aku kat sana..Tapi hampeh..dia tatau jalan and aku xjadi singgah ke rumahnya cz dia rushing nak ke Spa. Huhu tu la kja last minit...tak dapat jumpa dia.

Parking susah tapi kami bernasib baik dapat parking depan foodcourt sana. Syukur..Rezki kami.

Alamak tak nampak nama kedai pulak dah...gara-gara guna camera hp je kan..

Aku pergi pilih ape yang aku nak sementara en hubby chop kan meja kami. Dah siap pilih aku kasi en hubby queue untuk amek kuah and bayor la ape lagi. Sementara menunggu tu aku sempat snap view dari meja kami.


Ok pasembur idaman sudah sampai. RM39 sepinggan ni okeh...


Kami makan sampai licin... bayar mahal-mahal tak kan nak bazir... Aku order ABC (tapi sampai ke sudah tak sampai dan balik dengan hampa..tapi pujuk hati takpe..x elok makan manis)..en hubby plak order Teh ais since Kopi O ais kegemarannya tak de.


En asben yang kekenyangan..aku hampir nak order makanan lain cz lapar lagi..tapi takut muntah..sayang plak makan pasembur tu..so aku hold until sampai KL baru makan lagi. Sejak dua menjak ni asek lapar aje..


View semasa perjalanan balik melalui Jambatan Pulau Pinang. Bubbye Penang...Next time kami datang lagi. Insha'Allah.

Friday, January 27, 2012

Petua Menaikkan Uri

Uri di bawah..pasti menakutkan semua ibu yang mengandung kerana ia akan menyebabkan mudahnya berlaku pendarahan ketika kehamilan. Macam aku, dapat tau uri di bawah masa scan 4 bulan tu. Every month scan, keputusan tetap sama uri di bawah sehinggalah scan masa 7 bulan pon uri masih di bawah. Skarang aku dah 28 weeks ++, masih berdoa and berusaha agar uri naik ke atas.

Menurut gynea aku, Dr Idora (Hospital Pantai) and juga Dr Yasmin (Dari Manjung) dia cakap dia akan bagi chance uri tu naik ke atas dan keep on monitor sehingga minggu ke 36. Bermakna aku masih ada peluang selama 8 minggu bersamaan dua bulan lagi untuk terus berusaha di samping memujuk baby agar membantuku. Sekiranya semasa minggu ke 36, uri kekal berada di bawah, doc akan decide untuk proceed c-zer pada minggu ke 37 atau ke 38 bergantung kepada keadaan aku masa tu. Sekiranya berlaku pendarahan, akan dipercepatkan. Sekiranya tiada berlaku pendarahan, masih maintain la doc cakap.

Aku nak share petua untuk menaikkan uri yang ku dapat dari geng Ratuhati.Com iaitu AlinRahman. Thanks alin cz tolong fiza...

Source dari : Petua Menaikkan Uri

Oh yer, uri di bawah ni dipanggil "Placenta Previa" di dalam bahasa doktor la. Ada beberapa type placenta previa. Nanti aku citer kat entry lain. Ni nak citer pasal petua dulu yer.

Inilah keadaan placenta previa. Saya tak sure saya ni jatuh pada kategori mana cz my gynea tak nak i stress. Cuma dia cakap hampir tutup pintu rahim tapi tak tutup. Yang mana satu entah..

Ini pula perbandingan antara normal placenta dan placenta previa
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

Thursday, January 26, 2012

Selamat Pengantin Baru untuk Anep and Peya

Masih belum terlambat untuk wish Selamat Pengantin Baru untuk adik laki ku, Anep dan juga adik ipar ku, Peya. Mereka berdua selamat diijabkabulkan pada 23 Jan 2012 bertempat di Kg Hujung Bandar, Sik Kedah. Mak oii jauhh nun di utara sana.

Semua adik beradik ku join eh silap ada sorang yang tak join iaitu adik bongsu ku, E-Din cz dia kerja.
Aku and en hubby gerak dari KL pukul 6.40pm (after beli buah untuk hantaran) dan sampai sana pukul 11.30 malam kot. Malam tu perjalanan asek hujan je so kene slow lagipon bila exit Gurun kami kena cari Sik Inn. Fuhh jauhh sangat-sangat tapi kami berjaya sampai tanpa sesat. Sebelum tu kami mengisi perut di restoran berhampiran.. Memang terbaek la...suka sangat masakan ala siam nya.

Nak update gambar pengantin di next entry cz aku xbawak kamera cz xde kamera dah. So just snap dengan hp yang mana sempat je. So aku tunggu adik aku publish gambo baru aku update kat blog yer.

Aku just update citer kami sepanjang di sana saja.

With My Sis (kanan) and My Cousin (kiri) before majlis akad nikah.

Lepas majlis pergi serang ladang anggur.

Gambo kat sini pon tak sempat transfer. Guna kamera hp en asben je cz hp aku tertinggal dalam keta. Tak larat nak patah balik amek hp.

Wednesday, January 25, 2012

Happy New Year

Masih belum terlambat untuk aku buat entry untuk wish "Happy New Year" kepada kawan2 Cina.Jumaat lepas di opis ada buat sambung pre-Chinese New Year. Semua orang dijemput. Aku pon join untuk makan-makan.

Gambar makanan belum dapat lagi cz belum diupload so aku just nak update surprise yang aku dapat aritu. Aritu diorang buat surprise untuk semua orang ade cabutan ang pow dekat pokok tu. So sape yang bertuah dapat la duit maksimum RM10 dan minimum RM1. Ada jugak yang dapat wish dalam Mandarin. Tu kene mintak bantuan rakan-rakan yang paham tulisan untuk translate kepada korang.

Part aku, aku dapat ang pow RM10. Walau amount tu kecik tapi aku happy sebab dapat something. Thanks..

Sunday, January 22, 2012

KUTU MEDELA FREESTYLE BATCH 16

Hurm sejak awal pregnant lagi aku bercita-cita untuk fully breastfeed baby ku itu nanti. Ni sebab tengok kawan aku kat opis maintain je dapat fully breastfeed untuk kedua-dua anak nya sehingga skang..bertahun jugak la..dekat dua tahun dah usia anak 2nd nya. Memang respect beb ibu bekerjaya dapat disiplin kan diri untuk fully breastfeed untuk anaknya.

Survey punya survey maka aku tekad untuk memiliki Medela Freestyle breast pump.


Aku takde la nak beli cash.... harga pasaran kalau tak silap RM2200. Fuh... So aku surf punya surf jumpa blog ni... http://www.littlecaliphheaven.com/

So aku terus sms nya untuk booking join kutu batch 16. Yezza still kosong. So aku booked untuk March 2012 (since aku punye dua 20 April 2012...)

Bukti aku dah booked untuk March 2012
Kepada sesiapa yang tercari-cari untuk join kutu Medela Freestyle ni..sila la ke website kat atas tu.
Bayaran RM274/month setiap bulan sebelum atau pada 27hb. Jumlah bulan = 6 bulan. So aku kira-kira total cost= RM1640. Jimat.

Saturday, January 21, 2012

Semakan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK1-1

Hurm musim exam di UPM baru sahaja berakhir... Ku baru plan nak berhoorey..tapi malam tadi en hubby bagitau aku dapat surat untuk hadirkan sessi peperiksan SPA untuk jawatan Penguasa Kastam Gred WK1-1.
Patutla sehari dua ni macam tergerak hati nak belek website SPA tapi tak de la pulak terfikir dapat untuk peperiksaan tu..


Bagi sesiapa yang ingin menyemak.. Sila la ke url di bawah:

http://semakpe.spa.gov.my/go-home.php?ob=TAY&ac=01000

Sementara surat tu aku dapat tengok, so aku buatla semakan online..


Berdebarnya... nak kene study betul2 ni...

Friday, January 20, 2012

Shopping Baju Baby and Mommy

Dua hari lepas aku MC. Demam akibat terkejut kot gigi kena cabut. Tengah malam walau kipas ON no 1 pon aku leh menggigil...dan langsung xleh nak berjalan. Tu g clinic terus kene ward ..masuk spital. Tapi aku xg malam tu terus cz aku tau kalau g kompem kene admit..haha.so esoknya aku g sebagai pesakit luar jumpa gynea aku. Dapat dua hari MC.

Hari ke2 MC aku dah kuat sikit. G shopping baju baby...Erkk..survey dulu baru nak shopping. Aku sempat ke ManjaKu kat Bangi. 


Banyak jugak pilihan and aku ade survey tilam Bumble Bee and set lain .. Comei jugak tapi hati ku tetap nak set kekabu. Selesa sikit aku rasa.


Ada banyak jugak aku sempat survey kat sini. Then aku g ke kedai number 2. Ape entah...Jap tgk plastic beg dia korang sure tau kot. Kedai dia belakang deret pusat rawatan Az Zahra and An Nur. Aku tak de berkenan ape-ape barang baby kat sini tapi en asben berjaya memujuk aku untuk mencuba beberapa pasang baju maxi pregnant. Hasil nya....
Haa nama kedai tu MumDreams
Isi dalamnya..Tarammmmmmmmmmmmm



Balik dari MumDreams, pekene cendol and laksa depan kilang-kilang tak jauh dari warta. Then rushing ke area Taman Melawati nak pergi serang OneBabyWorld outlet kat situ. Nasib kat situ kena tanggal kasut. So setiap kali belek barang aku memang duduk bersila akibat kepenatan teramat sangat.

Harga lebih kurang dekat manja ku. Tapi aku hanya beli barut baby 3 helai and towel baby sehelai sebab en asben suruh pilih. Nanti weekend ni aku nak pergi beli lagi sebab aritu dah penat malas nak pikir dan aku lupa bawak list barang baby.


Balik dari OneBabyWorld, terus ke Tesco Extra Cheras. En asben belikan stock makanan sikit untuk kami dan aku membelasah ABC and claypot kat food court bawah tu. Kelaparan sangat.


Then kami meneruskan perjalanan ke Cheras, Batu 9 ke rumah kawan en asben. Sembang-sembang skejap sambil membelasah sate lagi. (adoiii kuat makan betul). Then kami balik. Aku terlelap on the way back to. Penat sangat.





Thursday, January 19, 2012

Mencabut Gigi Ketika Pregnant

Sakit gigi amat memeritkan..Mau tak boleh makan , bercakap and paling sedih tak dapat tido langsung. Aku sudah merasai nya... Last two weeks sampai tak dapat tido end up dengan MC kerana tak tahan sakit gigi terlampau. Actually gigi geraham kanan aku ni memang dah berlubang ( kesan tampal dah tertanggal seblum pregnant) and paling sedey dah berserpih. Memang patut terasa sakit bila pregnant cz baby dah tarik kalsium kita.


Selama dua minggu aku cuba selang-selang makan ubat tahan sakit and antibiotik yang dentist kasi. Dentist ni tak berani buat sebab takut ade risiko. Dia suruh aku consult dengan gynea before proceed.

Nak dijadikan citer, last weekend sakit gigi datang menyerang kembali. So maintain makan ubat until tinggal sbiji. Aku dah cuak takut kene sakit gigi time en asben tak de..Seksa karang.. So Isnin tu aku half day, after settle g clinic kami terjah ke Klinik Gigi Alam Permai, area mc D berdekatan dengan Jusco Equine.

En hubby sedang register ku. Aku malas nak berdiri lama-lama depan kaunter.

Nasib kami agak baik sebab masa register ada dua tiga orang patient. After register aku mintak nakg sarapan walau masa tu dah dekat kul 11 pagi. Kami g makan skejap then balik smula ke clinic dah sampai turn aku. So aku just tunggu 5 minit then terus masuk..

Eh kjap..nak promot..hehehe clinic ni cantik sangat kat dalam and bersih. Masuk pon kene tanggalkan kasut kat luar okeh..

Pas masuk nampak dentist and assistant bersih siap dengan uniform macam nak kena operet je aku rasa. Dia cek and tanya tanak tampal ke..Aku cakap tanak since gigi tu paling ujung, so die ckp okla kalau nak cabut terus. Terus dibius..Masa ni la kaki aku terangkat beb. 3 kali inject ..paling sakit mase kena kat lelangit..Wohoooooo sakit wooo...

Proses membius tengah dijalankan. Sedikit cuak cz tengok assistant dia tengah betulkan lampu.. Ku risau takut tersalah inject.hahaha

But before tu doc ada check kandungan aku masuk minggu ke berapa..Aku masa tu nak masuk 27 weeks. Still safe doc ckp. Kalau 1-3 bulan and dalam 7-9 bulan tak digalakkan sebab kalau awal-awal tu takut effect kat baby. Kalau last-last tu takut too early ransang contraction.

Selepas dibius..maintain tapi rasa cam besar sbelah je pipi aku..

Pas beberapa minit. time untuk dicabut. Serius masa mencabut tak sakit langsung.. Part paling best skejap je dalam sminit doc suruh aku berkumur. Aku kumur tak de darah. Then aku tanya la doc..."Doc , dah siap ke belum". Doc cakap dah.. Bila cakap dah terus aku terkejut sebab tak perasan and aku cuba rasa dengan lidah. Yes..gigi tu dah takde. Bubbye si Gigi perosak..haha

Proses mencabut tengah dijalankan

Siap....balik..Caj RM90 sahaja okeh. Berpuas ati dan recommended untuk sesiapa yang inginkan keselesaan dan kepuasan.
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template