Resipi: Marble Cheese Cake Low Calory

12:08 AM

Hurm...entry ni special utk sape2 yg terliur tgk gmbo cheese cake ku pd entry seblum ni...
Kepada FARRA & SUE ni resipi special utk korang....


Bahan Dasar Kek:

110g Mentega
200g Biskut Disgestive, dihancurkan
2 sudu besar Gula Perang
50g Emping jagung (cornflakes), dihancurkan

Cara Menyediakan:

1. Dengan menggunakan kuali, cairkan mentega dengan api perlahan.
2. Masukkan campuran biskut, gula dan emping jagung, kacau sebati.
3. Kacau goreng sehingga naik bau dan tutup apinya.
4. Tekankan campuran tadi kedalam bekas kek yang telah dilapik dengan 'cling wrap'
5. Tutup rapat dan biarkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Bahan untuk Inti:

1 sudu besar Gelatin (campur dengan 3 sudu besar air & dilebur melalui kukus air)
50g Coklat masakan, cairkan

A:
250g Krim keju
50g Dadih semulajadi
200g Susu sejat
2 sudu Jus lemon
12 peket Pemanis Rendah Kalori Pal Sweet

Cara Menyediakan Inti Keju Coklat Putih:

1. Pukul semua bahan (A) sehingga sebati.
2. Agihkan campuran keju kepada dua mangkuk.
3. Campurkan dan gaulkan coklat lebur dengan salah satu mangkuk campuran keju.
4. Masukkan gelatin lebur secara sekata pada kedua dua mangkuk campuran keju.
5. Kacau campuran keju-gelatin sehingga sebati.
6. Masukkan campuran keju putih (simpan sedikit untuk hiasan) di bawah bahagian diikuti dengan campuran keju coklat.
7. Dengan menggunakan campuran keju putih yang tertinggal, buat corak kesukaan and dengan cucuk / corakkan menggunakan lidi.
8. Simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam& dihidang sejuk.

Siap...boleh dihidang...

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook