Thursday, March 31, 2011

Need advice utk amek supir kat Bandung

11:38 PM 0
Lamanya x updet blog (ayat standard aku).. Aku agak bz ngan kje lastwik and ade mid term test + siapkan assignment..and smlm br setel semua nya..Oh ye..agak bz pindah new opis pon ade jugak..

So...dalam bz aku tetap spend time surf utk tips2 ke Bandung..skang tgh pikiaq sama ada nkg Bandung saja atau nk spend one nite kt Jakarta..ape advice korang..Aku g sana 5D4N..insha'Allah..hotel dh booked thru Agoda je..3 nite kat Hotel Cihampelas 2, Bandung.. Lagi satu malam either kt Bandung or Jakarta..

So skang nk survey ade ke geng Mesia ni yang nk ke sana on that time.. from KL 14hb Apr 2011...turun kat Jakarta..

1) Skang tgh pikiaq dari Jakarta ke Bandung naik ape..nk save cost since smp dh 2.30pm...so agak2 3 jam baru smp Bandung..ape je leh buat melainkan makan n tido..

2) Makanan kt sane...any advice..aku ni agak kureng nk makan benda2 yang aku xsuka..tp hope kt sana jumpa makanan yg besh and HALAL..insha'Allah

3) Ape lg yerk..haa aku ade senaraikan beberapa tmpt yang under wish list..tp xtau la dpt g ke x nanti aritu..

4) Xde ape nk updet..no idea sbb dok layan idung yang diserang flu lg..adeiii...xtahan nihh..
Read more...

Friday, March 25, 2011

Buat pasport .... Get Ready To Fly

1:56 AM 2
Hurm...malam ni saje x tido lagi cz aku duk surf pasal hotel and tempat menarik kat Bandung and Jakarta. Almaklumla sepatutnya last month aku n en hubby dah terbang ke sana...tapi memandangkan aku ade test and kelas masa tu...so xdapek la pergi..lagipon en hubby dah promise nkg yang bulan depan..So aku on jela...Naseb die gantikan holiday trip ke Cameron Highland... yehaaaa....

Bila nk ke Bandung tu..for sure aku kene ade pasport sniri..Hurm..last Sunday aku g buat kat Shah Alam..ku sangkakan owang x ramai..tp fuh...tpaksa menunggu lebey dari 40 orang..aku sampai sana mase tu kul 9 am.. (gara-gara terbabas time tido).

So tips utk sape2 yang nk g buat pasport

1) Kalo yang xnak apply cuti tuh...leh g buat pada hari Sabtu and Ahad. Utk yang kat Klang Valley leh g buat either kat Damansara or Shah Alam.. or tempat2 lain leh dptkan info dari imigresen punye website. Waktu operasi half day je..so kene g awal yea..

2) Bawak 2 keping gmbo pasport ye siap2..background biru..muka biar clear..rambut xleh halang muka yer..

3) Sila bawak pen utk isi form..cz aritu aku g xdisediakan pen pon..naseb aku dpt pinjam ngan sowang dak pompuan tu..Tq dik

4) Atau kalau malas...download borang tu siap2 and isi kt umah..so smp sana leh skip semua tu terus amek no..lagi cepat utk diserve.

5) Bayaran Rm100 utk dua tahun ...cz aku buat dua tahun jerk..

No aku, gambo and form...menunggu dengan penuh sabar...naseb leh layan fb even via mobile..

Aku dapat no dalam 9.20am cz lmbt isi form..hehe gara2 xde pen.. Then aku diserve kul 10... After that bayar di kaunter lain..baru dpt resit untuk datang amek pasport lagi sejam. Sementara tunggu sejam tu aku g layan mcD..hahaha layan breakfast kat mcD...kul 11.10 aku g smula...submit resit..xlama pastu dapatla pasport aku tuh...process die mudah je...

Note: Skang aku tgh usha pakej utk ke sana ke ape2 tips utk ke Bandung /Jakarta. Sape2 yang ade info..let's share ler...TQ .
Read more...

Wednesday, March 23, 2011

Berita menyedihkan - Totot ku mati dilanggar orang

12:08 AM 4
Sob Sob..aku xtau how to start.. ape yang nk citer kat sini pasal kucen kesayangan family kami...totot...ekcely kucen ni ade kt kampung...totot ni merupakan kucen kesayangan adik bongsuku...edin...


Dua gmbo kt atas ni is Totot............i miss u totot.........

Pagi smalam tgh tdo...dlm 6 lebey my mom call..tp aku xsedar..nk angkat dh jadi miskol..so aku call mom smula..bila angkat je...mak ckp ade bad news..aku cukup risau sbb xtau pasal ape..dhla abah aku sakit...so..amat la tkt dengar words 'Bad news'.

So..bila aku ckp "Long, totot dah xde"
ku sangkakan ilang..
Tapi mak berulang kali ckp..Totot dah xde..mati...
Hah!!!! Mati..biar betul tu totot..mati kenapa...
Mak ckp..kene langgar..
Xsemena2 aku mengalir air mata sebak..sbb dengan totot aku mula sayangkan kucen..dengan totot aku mula berani pegang kucen..Aku mmg anti kucen sejak kecik until thn lpas lpas totot lahir..ku cukup suka ngan totot..

Totot dijumpa mati dilanggar lari oleh orang ..huwaaa..sungguh xberperikemanusiaan ..totot yang cukup comei dan manja diperlaku begitu..aku x dapat terima...sebab within 15min before that..totot main kt umah awal subuh...then dlm 6.45 adik aku, edin nkg skool..nampak kucin mati ...so die beranikan diri nk suluh.. maybe instinct die kot rase xsedap ati...Sekali yang disuluh tu totot..hancur luluh hatinye..Arini sehari die xde mood..mau nye tidak..aku sniri xde selera makan..

Ape pon aku redha.Allah lebey sayangkan nya..Semoga totot tenang di sana walau totot hanya kucen..tp kami semua anggap die mcm ' baby' di rumah kami..Skang hanya tinggal pinki and adik2 totot yang baru lahir last wik and ibu nye bernama "Comei".

Inilah Comei..ibu kepada totot

p/s: until entry ni ku buat...air mataku still menitis kenangkan totot... kesian kan die.. ya Allah tlg aku jauhi sifat bersedey ni.. Amin...nk smbung stadi...daaaaaaaaaaaaaaaaaa
Read more...

Monday, March 21, 2011

Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

6:58 AM 2
by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.




Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.




Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.




Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Read more...

Sunday, March 20, 2011

Cameron Highlands...simple info

2:16 AM 0
Cameron Highland mempunyai 2 kawasan utama iaitu Brinchang dan Tanah Rata. Tanah Rata lebih kepada pusat pentadbiran daerah manakala Brinchang pula tempat peranginan. Walau bagaimanapun, Brichang dan Tanah Rata tidaklah terlalu jauh dan terpulang kepada pengunjung untuk memilih tempat untuk menginap di sini.




LOCATION:
Cameron Highlands (or Tanah Tinggi Cameron in Malay) is located in the state of
Pahang. Currently, there are two main roads that connect major towns in west coast of Peninsula Malaysia (such as Kuala Lumpur, Ipoh and Penang) to this popular highland resort town. The older access point is the Tapah - Ringlet route while the newer access has since been built from Simpang Pulai - Kg Raja.

The town of Brinchang is located some 70 kilometres to the northeast of Tapah which is accessible from the old Tapah - Cameron Highlands route, passing by Ringlet, Habu and Tanah Rata. Today, it is much better to use the new access road from Simpang Pulai to get to Brinchang through Kg Raja and Blue Valley.

DESCRIPTION:
Brinchang emanates a big town atmosphere commonly witnessed in lowland urban areas of Peninsula Malaysia. It is decidedly crowded with people, cramped with queuing cars and trucks going up to Kea's Farm or Boh Tea Plantation, or going down to Tanah Rata. In fact, during my visit, the impression left of the frenetic pace of this town was not exactly a pleasant one.

The town is filled with colourful buildings, some evidently trying to emulate Tudor designs commonly seen in English architecture. There are plenty of shops here for all good and sundry - groceries, handicrafts, food (mostly of Chinese delicacies), a Secret Recipe outlet, etc. There is also a Shell petrol station to refill your vehicles before you drive further up the mountain road from Brinchang.

Also during my visit, the town is noticeably bustling with construction activities. More and more adjoining hill slopes are being developed into commercial outlets, be it more shophouses, hotels or apartments. In general, Brinchang hosts a decent selection of hotels, motels and inns, although most are of average or below-average in term of highland resort experience due to their close proximity to the busy town centre.


Source from : Cameron 


 Brinchang map

Tanah Rata map

Kea Farm Map

Next..to be continued...ngantukkkkk
Read more...

Saturday, March 19, 2011

Rahsia kejadian tsunami Jepun 11/03/11 dah dinyatakan dalam al-quran

8:34 AM 2
 
1. Tarikh yang berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..

 
 
 
 
 
Read more...

Friday, March 18, 2011

GRAND FINAL FAREEDA KE-2 2011

7:44 AM 2
Sempena Final Pencarian Model Tudung Fareeda untuk kanak2 2011 ni...aku saja nk war warkan kt blog ni since aku insha Allah akan ke sana jugak cam tahun lepas.. nk support Riri....anak Eliza... ..detailnya mcm kat bawah ni

TEMPAT: PLAZA SHAH ALAM (MASALAM), TINGKAT LG

SABTU 19 HB MAC 2011

Jam                                               Aturcara

10:00 pagi  -     Kategori Kanak-Kanak (wajib semua pemenang mingguan kanak-kanak hadir untuk latihan catwalk).

11:00 pagi  -     Kehadiran para tetamu dan keluarga peserta.

                   -     Tarian Pembukaan.

                   -     Pertandingan Semi Final & Final Kategori Kanak-Kanak.

                   -     Pengumuman pemenang “Paling Popular di Facebook” dan Pemenang Kategori Kanak-Kanak.

12:30 ptg   -     Tamat.


Jam                                              Aturcara

2:00 ptg    -     Kategori Bawah 40 Tahun dan Kategori 40 Tahun Keatas (wajib semua pemenang mingguan hadir).

                  -     Kehadiran para tetamu dan keluarga peserta.

                  -     Memperkenalkan para pemenang mingguan.

                  -     Selingan dengan acara “Fashion Show”.

                  -     Pengumuman keputusan peserta yang layak ke Final.

                  -     Latihan catwalk untuk peserta Final oleh Puan Norlizawaty Baharin (Model Kedua FAREEDA 2010).

                  -     Bersurai.


Aku just bubuh aturcara utk Sabtu since aku just nk g Sabtu..hehe
Anyway.. kt sini auntie nk wish Riri all da best...Good Luck yer...

Read more...

Thursday, March 17, 2011

Wanita dan penyakit tiroid

12:53 AM 0

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

* Kelenjar tiroid
Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).
Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.
Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.

Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan.Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.Penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

* Diagnosis penyakit tiroid
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid.
Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.
Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.

* Penyakit hipotiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.

Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.
Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.

* Hipertiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.
Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas!

Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting.Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.


Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa. 
Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi ataupun aspirasi menggunakan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan anda semasa lawatan kesihatan susulan.

* Penyakit tiroid semasa mengandung
Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung.

Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.Perlu ditegaskan di sini bahawa ujian pengesanan ataupun ujian darah hormon-hormon tiroid bukan merupakan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Source from : http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/285/Wanita-dan-penyakit-tiroid
Read more...

Tuesday, March 8, 2011

Semoga Ibu berjaya dalam Operation nya esok.. Amin

11:40 PM 0
Dup dup...aku ni dhla MC 3 hari...dalam pada tu..td aku gagahkan diri g jenguk mom kt spital...Mak ku akan menjalani operation tiroid nye besok.Aku amat takut and now aku xleh tido..apetah lg ibu ku..aku tdo kt umah cz adik bongsuku jugak demam..mmg semua demam la.maybe demam terkejut kot..

So xde byk yg aku leh updet..just mintak korang same2 doakan agar ibu ku selamat menjalani operation esok..Estimated die punye turn dlm kul 1 kot..

Amin
-Semoga mak selamat menjalani pembedahan esok dengan selamat..Amin.-
Read more...

Follow Us @soratemplates