Tuesday, July 31, 2012

Activate Celcom Data Plan untuk iPhone 4s ku

8:04 AM 0
Sabtu aritu baru ada kesempatan kami ke Midvalley since tak de masa nak ke Celcom on weekdays. Sambil tu nak pergi Mom and Baby Expo kat Midvalley Exhibition Centre.

Activate Celcom tu kena en abi yang buat since number Celcom aku ni daftar nama dia. Buat di BlueCube sebelah Kenny Rogers je. Level LG kot kalau tak silap aku.


Raihana lepak tepi kedai sementara tunggu abi siap...


 Abi and Raihana... kedua-duanya kesayanganku

Pastu naik ke floor atas ke expo. Fuh ramai betul orang. Aku sempat beli baby sling, kipas untuk stroller  dan a few things untuk Raihana.


Nampak tak sling tu..hehe hasil edit guna iphone daku. Hehe simple simple je sebab masih baru belajar. Hehe



Read more...

Monday, July 30, 2012

Prince Court Medical Centre dilantik menjadi Panel Perubatan TNB.

10:22 AM 1
Hurm..good news lagi dari en abi. Prince Court Medical Centre (PCMC) dilantik oleh PMCare menjadi panel perubatan TNB. Oh baru ku tau.



Okeh...saja update info mana la tau kot-kot sesape yang tak tau tu leh dapat info dari sini jerk. Aku biasa g Pantai Medical Centre je.. Hihi leh tak nak berangan upss...xnak la aku...aku tak nak sakit..so tamau berangan..hehe
Read more...

Sunday, July 29, 2012

Happy 4th month birthday to Raihana

1:44 PM 2
Pejam celik pejam celik.... sudah masuk 4 bulan usia anakku. Alhamdulillah kerana memberikanku dan en abi merasai nikmat ini.

Harapanku semoga sayang menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada ummi dan abi. Amin. Insha'Allah.



Oh ye, malam tadi g check up Raihana untuk 4 bulan. Hurm....guess what.... Beratnya naik 200g je dari bulan lepas. 5.70kg.



Check up kat klinik bawah rumah je sebab saje nak tau berat nye aje. 15hb ni pulak next appoinment di regular clinic untuk amik 2nd injection of pneumococcal,
Read more...

Friday, July 27, 2012

Salary Increment

8:07 AM 2
Hehe gempak je tajuk entry arini. Takde le aku nak update pasal citer salary aku kat sini. Haruslah confidential. hehe. Ni haa nak share email aku dapat ni, menarik jugak. Ada betulnya jugak nih...



Untung orang gomen, dapat bonus raya tuh. Leh la beraya sakan yerk.
Read more...

Thursday, July 26, 2012

Traffic Jammed di Bulan Puasa

12:06 PM 0
Kalau di Puncak Jalil, bulan puasa ke bulan tak puasa ke memang jammed je especially di pagi hari. So bila bulan puasa pulak, jammed lagi awal sebab kebanyakan orang keluar awal selepas Subuh.

Kalo dulu, aku selalu turun pukul  6.45AM to 7.00AM (plus minus ke rumah babysitter lagi), keadaan traffic still ok. Dua hari lepas aku turun awal sebab kononnya nak tido skejap bila dah sampai opis.




See, jam di dashboard panel baru 6.37AM, meter kereta pulak 0 km/j. Maknanya jammed lor. Ni baru kuar area rumah.


So bulan puasa baik aku kuar awal sikit, so dapat sampai awal leh tido sekejap. Kalo turun lewat 10 minit akan sampai opis beza stengah jam lor..

Tapi untungnya aku dapat parking kereta dalam opis area so tak payah berebut sangat la bila sampai awal ke lambat opis.

Read more...

Wednesday, July 25, 2012

Masak Untuk Berbuka

11:20 AM 4
Last weekend ummi tak g memane pon sebab Raihana macam nak demam tapi tak demam sangat. Suhu pon masih terkawal. So en abi cakap tak yah keluarla untuk kasi Raihana rest. Rasanya demam nak meniarap kot sebab malam tadi kejap-kejap dia meniarap, kejap-kejap meniarap. Mentang-mentangla dah pandai meniarap walau ada kalanya penat tapi Raihana masih berusaha keras untuk meniarap. Sebab tu la malam tadi lena betul dia tido.



Sebelum tido pakai cool fever, bangun tido sudah takde.. Tarammm...mesti dia tarik time tido ni...



Walau demam, maintain layan lady bug besarnya.


Ummi plak masak-masak untuk berbuka. Menu hari tu plak simple je. Ayam percik dan daging bakar cecah air asam. Semua buat sendiri bersama adik ipar daku. Marvellous la air asam dia buat.... 



Ayam dikukus sekejap untuk kasi masak sampai ke tulang then baru bakar. nyum...


Tapi..alamak..lupa nak snap hidangan kami aritu...next time la yer sebab semua kalut main masterchef ..hehe
Read more...

Tuesday, July 24, 2012

Medela: Contact Nipple Shield

10:25 AM 5
Entry khas untuk kawan aku, Lin. Sorry beb aku lambat buat entry ni. Aku betul-betul tak sempat nak buat. Weekend aritu plak tak ingat bukak blog duk layan anak demam.


Contact Nipple Shield..

Sebenarnya penggunaan Contact Nipple Shield ketika menyusukan bayi juga boleh digunakan untuk ibu-ibu yang baru melahirkan baby di mana ibu tersebut mengalami masalah inverted nipple.

Aku masa pregnant tak buat research pasal ni cz aku assume semua orang bila melahirkan anak leh menyusukan bayi secara semulajadi dengan senangnya. Huhu. So hari ke3 en abi pergi belikan nipple shield brand Pigeon untuk ku. Ku cuba beberapa hari tapi macam tak memuaskan.

Asek tercabut dan tak lekat sangat


So aku surfing (dalam masa berpantang x sampai seminggu) cz niat aku memang kuat untuk menyusukan baby. So dalam masa tu aku dah campur susu sikit dengan susu formula since aku hanya pam dua jam sekali untuk bagi Raihana guna botol.

Aku sempat tanya dua kawan ku, dan dia cakap dia guna Contact Nipple Shield brand Medela. Komennya, memang bagus dan akhirnya dia berjaya menyusukan bayi secara semulajadi walau terpaksa menunggu selama dua bulan. Dalam masa tu terpaksa menggunakan bantuan nipple shield ketika menyusukan bayi.

Ni haa benda aku citer tu..



Aku just beli online. Harga nya RM69 tanpa postage caj. Senang sebab dalam pantang nak mintak asben g beli takut tersilap beli plak.


Atau dalam version kotak nya (aku beli size M) nnati saiz ikut ukuran saiz nipple kena make sure betul2 takut rugi.
...
..



So dari hari ke7 tak silap aku sehingga ke hari 50 tak silap aku, aku on off prektis Raihana menyusu dengan bantuan nipple shield medela ni. Dalam masa tu aku selang seli pam dan bagi menerusi botol kepada Raihana.

Resultnya, hari ke 54 Raihana dah berjaya menyusu dengan jayanya secara semula jadi. Good girl.
So kepada sesiapa yang mempunyai masalah inverted nipple, jangan mudah mengalah dan putus asa. Doa banyak-banyak dah usaha tanpa jemu. Lepas tu, selalu bercakap-cakap dengan baby pujuk dia supaya direct feeding, insha'Allah berjaya nanti.

Chaiyok chaiyok... Now i'm very happy and enjoy breastfeed moment even though at public area, i'm very confident to breastfeed Raihana directly. (but make sure u pakai nursing wear lor..)





Read more...

Monday, July 23, 2012

Selamat Berpuasa

10:23 AM 0
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan-kawan dan kenalan bloggers di luar sana. Semoga kita semua diberkati Allah dan dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain dengan sempurna. Insha'Allah.






DAN....



kerana dengan bersahurlah akan membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang bukan Islam.
Read more...

Thursday, July 19, 2012

Balik Kampung dengan Raihana

8:42 AM 2
Entry tertunda. Almaklumla seronok balik kampung, so haruslah takde masa nak ku belek-belek blog. Alkesahnya, pagi Jumaat aritu aku dan Raihana bergegas balik ke kampung awal pagi dengan flight. Tapi adik aku hanya hantar ke KLIA Transit di Bandar Tasik Selatan.



Aku guna Touch n Go, senang sebab nak kejar masa. Masa tu lif turun rosak ke memang dah lama rosak aku tak pasti sebab ni first time naik benda alah ni. Selesa dan rileks je di pagi hari. Ramai orang nak g travel oversea kot sebab tengok foreigner ramai.

Masa kat sana ada one sweet couple sudi menolong kami berdua. TQ uols. Depa berdua nak g Ho Chi Minh..wahh syoknye...

Sebelum berlepas


Aku dah buat online check in, tetapi memandangkan sampai 7.10AM di airport aku terus g kaunter pertanyaan. Dia suruh aku check in luggage di kaunter B. Staff MAS cukup prihatin especially bila travel with infant. Betullah komen kawan-kawan ku, cukup senang leh check in luggage di kaunter special. Aku hanya tolak stroller sampai kabin. Siap kena tolong staff dia lipat stroller since aku takut depa tak reti..dan aku xnak stroller kesayangan Raihana tu jahanam.hehehe






Dapat seat 8C tapi ketiga-tiga seat aku punye since ade baby. Depa kasi selesa sikit. Ada bantal dan selimut untuk Raihana. Masa nak berlepas tu, aku kasi dia breastfeed dan dia takde nanges sepanjang perjalanan. Aku plak seronok layan komedi. "Just For Laugh" kat depan aku tu.




                                                 Breaskfast dengan kacang ..hoho


Time mendarat, again aku dengar ade suara budak nanges. Syukur bukan Raihana cz dia sedang nyenyak tido atas pangku aku. Sampai sana en abi sudah menanti. Dia balik dengan kereta sebab nak bawak banyak barang dari kampung untuk adik-adik lain.



                                                                  Yeay dah sampai...

So disebabkan Raihana behave, next mesti leh terbang lagi. Maybe untuk jalan-jalan.
Read more...

Wednesday, July 18, 2012

Mac Studio - Berjaya Time Square

2:48 PM 2
Semalam en abi ajak g Midvalley lepas keja. Katanya nak belikan aku iphone. Woww...bestnya
Hadiah besday ..tapi besday daku bulan 9...kira okla kot jadi hadiah besday sebab takut stock xde.

Memandangkan dah lewat petang, aku mintak adik aku tolong surf kat mana ada lagi stock since Machines Midvalley dah out of stock.
Banyak tempat kami call semua nya takde dan paling tidak jawapan hanya

" Iphone 4s kaler hitam 32GB" sahaja ada lagi stock.


Aku nak 16GB sajer... kaler putih..



Tiba lepas solat Asar adik aku cakap...dah call Mac Studio Berjaya Time Square.




Ada lagi stock..dia dah mintak derang reserve satu unit untuk aku...tapi dengan syarat kena g sebelum pukul 9 malam.




Raihana sudah pasti ku angkut sekali Aduh kat sana asek nanges.. Hehe nak ipad kot..wakakakaka mane mau..tentulah nak susu...naseb ade ruang baik...daku kasi la dia nyusu sementara en abi settle bayar dan daftar ape sume.

 Hehe akhirnya dapat jugak daku miliki iPhone 4s..orang lain dah advance..hhehehehe tapi kira okla jugak..dapatla layan Viber, WhatApps ape sume ngan gang-gang aku....
Read more...

Saturday, July 14, 2012

Friday, July 13, 2012

Yeay..Balik Kampung

8:10 AM 0
Di saat entry ni dipublish .... kami sedang terbang di langit biru menuju kampung halaman. En abi balik dulu dengan keta, while aku dan Raihana terbang. En abi suruh booked MAS flight ticket sebab risau takut susahkan aku. Oh yer aku bawak balik stroller senang nak bawak Raihana kat airport nanti.


Bukti haa...hehe




Rindunya dekat tokmi dan tokma. Masing-masing menunggu nak tengok Raihana. Asek mengagah tokmi dan tokma dalam telefon je. Skali skala berskype dengan tokmi, cik su, poksu din dan tok abah..




Hope tak de aral melintang..insha'Allah dan mesti dapat layanan best sikit cz ada infant. Kawan aku yang travel MAS cakap special sikit bila travelling dengan infant. Kalo dengan AirAsia hurm katanya mungkin macam biasa jer. Untuk kepastian, kena naik sniri la AirAsia baru tau.


Read more...

Thursday, July 12, 2012

Raihana Bergembira

1:54 PM 0
Malam tadi layan aksi Raihana sorang-sorang atas sofa..Tidur pon kejap kejap je...Tapi dia tak nanges pon bila jaga.. Macam tau je ada orang dekat dia.. Dia suka je mandang arah TV...



Masih macam biasa, suka hisap jari before tido...Sudahnya terlelap. Bila terjaga cepat-cepat daku tukar baju dia cz dah malam...

Melayan teddy bear keciknya..



Aksi gembiranya bila diagah...


Read more...

Wednesday, July 11, 2012

Bagaimana Menyimpan Susu Ibu

8:11 AM 0
Special entry untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan daku yang ingin tahu bagaimana menyimpan susu ibu.

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
  2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
  4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Panduan asas penyimpanan susu ibu:
  • bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
  • simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
  •  

Maklumat Tambahan

(berdasarkan soalan-soalan yang dikerap ditanya di dalam komen-komen di bawah)
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.


Source From http://www.momschoice.com.my/blog/?p=214
MomChoice
Read more...

Tuesday, July 10, 2012

Perkembangan Bayi di Usia 3 Bulan

10:12 AM 3
Raihana pon dah menginjak 3 bulan10 hari. Dah pandai mengagah..malam-malam suka ajak kami bersembang dalam bahasa dia. Then gelak-gelak. Yang pasti dia cukup manja dengan aku, mungkin aura breastfeed selalu duk bertempek dengan aku jer. Tapi en abi lagi suka melayan dia bersembang sebab aku ni kadang-kadang waktu malam la sibuk sikit. Biasala supermom and superdad memang cenggitu.


 Paling suka hisap ibu jari nya...


Paling jelas Raihana suka menghisap ibu jarinya jika ummi terlambat kasi susu... Tapi kalo lambat sangat mesti siren nangisnya akan kedengaran.. Haha... Lagi satu dia dah mula belajar meniarap. Ada la jugak sekali dua terlepas meniarap..


 Dalam masa seminit ku tinggal g tutup pintu..terus dah terlangkup meniarap...


Surf punya surf aku mencari info perkembangan bayi di usia 3 bulan..Akhirnya nih untuk aku share dengan korang hasil carian aku tuh..


Menegakkan kepala dengan stabil 

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya. 

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.

Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk "menerima", serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.
Source From http://www.babycenter.com.my/malay/baby/3bulan/BabyCenter.Com
Read more...

Monday, July 9, 2012

Mood Ganti Puasa

4:26 PM 1
Hari ni takde ape nak citer. Biasalah hari Isnin banyak kerja dan aku pulak dalam mood mengganti puasa. Alhamdulillah hari ni hari ke8 daku mengganti puasa.. So ada lagi dua hari.. Insha'Allah nak sambung terus esok dan lusa.


Last year, aku sepatutnya dapat puasa penuh cz tau pregnant time tengah-tengah bulan puasa. Aku sempat puasa semingg je pastu dah tak bleh cz keadaan tak mengizinkan. Alahan terlalu teruk sampai dehidrate.

Aku masih bersahur untuk memastikan aku dapat tenaga mencukupi. Almaklumlah masih lagi dalam mode breastfeeding. Nanti kurang pulak production susu untuk Raihana.
Read more...

Saturday, July 7, 2012

Friday, July 6, 2012

WXA 7xxx ...Akhirnya menjadi milik kami. Syukur.

4:04 PM 8
Korang perasan tak aku ade update entry no plate terkini....hehehe rupanya ada udang sebalik mee...

Alhamdulillah.... Rabu lepas 4 July 2012 penantian sudah berakhir. Aku mendapat call dari Mr Gary, salesman Honda di Showroom Kah Motor (depan IOI Mall) bagitau yezzaaa kereta kami sudah siap. Tunggu siap tinted then leh amek. Tinted plak dia adjust dapat Lummar .

Sebelum ni aku tak pernah tau pasal Lummar tu ape..rupanya brand tinted kereta yang agak mahal dan berkualiti. Aritu aku tengok harganya RM2100 untuk honda macam kereta kami ni..

Masa nak g amek, en hubby dah balik amik Raihana siap-siap. Aku nak dia pon ada sama time kami amek keta tu. Dia tak de ragam pon cuma melilau je tengok kiri kanan...Macam happy jer.


Tarammmm...

...

...



Selesa la untuk keluarga kecil kami. Lega cz dapat amek keta baki dari tunggakan cukai pintu yang tak seberapa tu. So kalau rasa nak amek keta besar lagi macam Alphard ke Estima ke lori pon boleh.. Aku ade idea. Korang buatla tunggakan bil rumah korang macam bil api/ air/ astro / unifi/ maintenance banyak-banyak riban...Nanti lepas korang bayar mesti ada baki..Haaa baki tu la buat beli kereta.

Kami hanya mampu amek yang putih  yang kat atas ni je sebab cukai pintu yang tertunggak pon RM90 ke pon.. bukannya 3 4 ribu tunggakan.


Nota kaki:
Aku dah test drive aritu... hurm agak kekok.. Maybe biasa bawak keta comel aku tu je kekok sikit. Lelame insha'Allah ok...tapi lagi best bila just duk sebelah je.. tak yah nk drive.. Hehe

Actually en asben hadiahkan untuk family kami sempena ucapan terima kasih di atas kelahiran puteri kami. Tq bie....
Read more...

Thursday, July 5, 2012

Beli saham Bank Rakyat

8:00 AM 0
Minggu lepas aku dapat info dari en abi yang Bank Rakyat ada open offer untuk beli saham
kepada orang awam. Sebenarnya kawan aku bagitau, offer ini dibuka sejak April 2012 sehingga 30 June 2012.

Aku ingatkan hanya buka 30 Jun, so agak rushing aritu ke Bank Rakyat. Nasib baik aku half day.Lepas collect medical report di Hospital Pantai Bangsar, aku terus ke Bank Rakyat Bandar Sri Permaisuri.Sampai kat sana ngam ngam 4.15pm. Sempatla aku proceed untuk beli 1 lot saham.


1 lot bersamaan dengan RM500. okeh...



Dah setel. Dengan ini saya dianggap menjadi ahli.
Read more...

Wednesday, July 4, 2012

Weekend bersama Family

2:59 PM 1
Weekend lepas, genap usia Raihana 3 bulan. So ummi dan abi dah bawak sayang untuk ambil suntikan untuk 3 bulan. Hurm untuk suntikan Pheunomococcal pula next injection tengah bulan Ogos. Alhamdulillah so far setiap kali lepas inject, Raihana takde kena demam atau meragam. mungkin hikmah dari breastfeeding.


waiting queue

Esoknya jumpa mommy datang dari Pahang... Tak dan snap plak gambar dengan mommy.


At Mc Donald Gombak.


Marah-marah tapi sempat lagi kiss ummi...
Read more...

Tuesday, July 3, 2012

JPJ - No Plat Kenderaan Terkini

4:47 PM 5
Tiba-tiba arini aku terpanggil untuk semak no pendaftaran plat kenderaan terkini... Hurm...semakan boleh dibuat di website JPJ. Ada dua kali update, pukul 12.35 tengah hari dan 5.30 petang.

So setakat 03.07.2012 12.35 tadi... no plat Wilayah ialah WXA 6346.. hurm...
Dah terlepas WWW...cantik kan..ingat aritu mak aku nak tempah number tu sekali macam lama menunggu terus tak jadi...


Tetttt....tunggu no plat petang ni plak...
Read more...

Monday, July 2, 2012

Quinny Zapp xtra Stroller untuk Raihana

10:00 AM 6
Sempena genap 3 bulan dilahirkan, en abi dengan senang hati nya mau membeli stroller untuk yang tersayang. Aku memang ditugaskan untuk dapatkan info berkenaan stroller. Dah lama asek surf dan refer pada orang, tapi aku masih tak dapat buat conclusion sehinggalah aritu kami ke IKEA.

Masa di IKEA, en asben nampak sorang mamat tu bawak stroller Quinny dan terus bagitau aku. Cantik la stroller ni, sedap je nampak anak dia tido.. Selesa kot. Aku cakap...mahal la itu Quinny. Harga nya aku tak brapa nak check sebab mesti beribu-ribu lemon.

Pagi semalam, kami decide nak pergi beli. So aku surf la dan akhirnya muktamad. Mau Quinny Zapp xtra instead of Quinny Zapp saje. Alasan: Sebab leh pusing kedudukan baby menghadap kita atau menghadap depan.

Kami ke MyBabyStore di Kuchai Lama. Tak jauh je dari opis aku. Lagipon harga sama je aku survey (online). Naseb tak payah beli Maxi Cossi Carrier - salesgirl tu cakap tak payah sebab Raihana dah besar. yahooo save money...


Raihana sedang test drive bakal strollernye


 Mood enjoy sakan okeh..


Nampak happy yer dapat tempat baru... Pandai plak dia pilih nih yer...RM1999 tu kalau dengan carrier and kami punya tak amik carrier so harga nya RM1399.

Kaler plak, either merah atau hitam. Memula aku nak merah, tapi en abi cakap tak cantik, common sangat dah. A'a la betul jugak, lagipon selalu aku tengok orang pakai Quinny hitam.. So decide hitam la..baru ada kelass..

Ummi saje kasi Raihana test sini skali..


Lepas tu balik untuk unboxing cz rushing nak g PD ade reunion Master UPM okeeh... Nanti aku akan update entry itu sebab tak de nak snap gambar sangat asek melayan Raihana.

at PD Marina World Resort.. tengah tunggu barbeque siap...yeahh




Read more...

Follow Us @soratemplates