Wednesday, July 27, 2011

Share story: "Abang,tunggu mak di syurga ya"

4:01 PM 4
Aku copy dari email yang baru ku terima tadi..ku baca dan ternyata ia meninggalkan kesan mendalam di hati ku. Al Fatihah utk arwah. Izinkan aku untuk berkongsi citer ini. 

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-
 Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.


26 Februari 2011-
 Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011-
 Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011-
Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-
 Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011-
 Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-
 Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.


8 April 2011-
 Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
 



Abang pada tahun 2007.


9 April 2011-
 Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.



Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Read more...

Monday, July 25, 2011

Istilah Babi Dalam Perubatan...

4:08 PM 0
Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Terdetik untuk share selepas dapat email fowarded by en hubby.

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.
Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

TQ
Read more...

Saturday, July 23, 2011

Fridge and Washer Machine sudah sampai

10:55 AM 4
Actually dua barang ni sampai dua hari lepas. Aku pening kepala bila terkejut tengok besar pulak dah fridge ni. Masa kat showroom rasa biasa je..haha..leh pulak gitu..

Sama macam washer machine. Aku ingatkan xla besar sangat. Tapi itu la sizenye kalau dah 12.5kg. Ini kerja en hubby. Dia yang beriya-iya nak yang besar. Aku tak kesah sebab aku prefer design luar je. Hahaha. Yang penting fridge warna pink putih. Haha pinkish plak dah tema dapur aku.

Ni kalau tak masak lagi..tatau la ape nak cakap (kata en hubby)
Haha..i'll try my best bie..


Alamak gambar xclear. Nanti aku snap lg. Free gift dari LG pon cute. Nanti aku upload.
Read more...

Friday, July 22, 2011

Wallpaper Bilik , Skirting dan Yard Tiles Dah Siap

10:48 AM 7
Update terkini .. smalam orang wallpaper call aku cakap nak pasang wallpaper pagi. Aku salah dengar cz bgtau pasal wallpaper Sabtu pagi. Adei..aku siap tanya jiran aku dia ade ke tak cz nk bagi kunci sebab maybe Sabtu pagi aku xde kat rumah. Skali ptg smalam dia call nk collect payment:

Justin: Akak..akak dah balik rumah ke?
Aku:  Not yet. On the way ni.. Kenapa?
Justin: Saya nak collect payment la.
Aku: Hah..payment Sabtula..lepas u pasang maa..Xkan belum pasang dah mau collect payment. I rasa u salah orang ni..

Justin:(laugh) Akak balik rumah tengok dulu then call saya.

Aku xpuas hati aku call indon yang buat skirting rumah smalam.
Aku: Amat..tadi ade orang datang pasang apa-apa kat rumah saya tak?
Amat: Iya.. ada. Di kamar itu ada.. (haha memang sah betul la ni aku kata dalam hati)
Aku: Hah ada..di dinding ya...
Amat: Iya..Cantik sekali

So..aku rushing la sebab nak tengok skirting since en hubby suruh aku inspect kerja derang. So alang-alang tu aku terus tengok wallpaper. Amboi derang siap tutup pintu bilik da..Macam ala-ala Deco Bersama Eric plak.. Tapi sniri buat kezutan la..sniri bukak pintu la..hehe

Bila ku bukak..Haaaa tarammmmmmmmmm

 Abaikan cat hijau tu ruang tamu punya kaler.Bilik masih bersepah..

Dua dinding je dipasang wallpaper..cukupla untuk bajet 2011

Next skirting yang dipasang semua ruang...termasuk pasang tiles dekat yard area.

 Belum buat kemasan lg..tapi inilah skirting yang dipasang. baru lah habuk di dinding tak bersepah keluar.

Tiles selepas dipasang. Masih belum kering semasa gambar disnap.

Itu sahaja untuk update hari ini. Later update pasal barang rumah. Excited betul pon ada.

Read more...

Thursday, July 21, 2011

Lampu Tambahan

10:59 AM 5
Akibat rambang mata masa beli lampu aritu, kami beli lampu tak cukup. After re-arrange lampu kami decide untuk beli lagi dua lampu untuk ruang tamu. Kiranye beli lampu baru untuk ruang tamu.

 Ahad aritu pegi lagi ke "House of Lighting" kat Puchong. Agak lama untuk memilih sebab memang rambang mata lagi. Oh ye beli skali lampu dinding kat ruang tamu and lampu kat ruang tamu.


 Lampu dinding

Lampu ruang tamu..


Oh yela..malam tadi Katil baru sudah sampai...Fridge and washer machine pon sudah sampai.
Aduh sungguh besar dua barang tu sampai aku terkedu..yela kitchen kecik je.aduhla...kesian aku..
Read more...

Wednesday, July 20, 2011

Wallpaper and Curtain

9:39 AM 2
Last weekend aku memang target nak cari curtain and settlekan pasal wallpaper. Dah ter'book'ed wallpaper.so kene proceed la jugak kan. Kami decide buat untuk master bedroom saja. Buat untuk dua keping dinding dah estimated dalam 5rolls. Satu rolls aku dapat RM208. Price masa exhibition.

Ahad malam orang wallpaper datang ukur bilik dan aku amek kesempatan suruh diorang choose suitable cat untuk kaler kat bilik tu. Kaler grey... dulu aku bajet nak kaler purple tapi tukar kepada grey since curtain pon seakan caler grey.

Okla kan since aku memang nak jugak warna grey. 

upload sket snapshot wallpaper utk bilik tu.

Untuk curtain, kami dah usha kat Baagus je. Sebab tak de idea nak jahit ke ape..sebab aku prefer yang design macam kat bagus. Nampak modern sikit. Kalau nak jahit, aku kena pandai pilih material pulak. Aku sememangnya failed bab tu, tambahan pulak masalah masa. Agak semput dah ..kena beli ready made.

 Memula berkenan yang ni, tapi x jadi sebab agak crowded.

 Finally amek yang ni, tapi entah kenapa lain pulak kaler ni bila aku snap pakai hanphone ni.Lighting effect kot.Chewaahhh handphone jugak disalahkan.


Untuk shear (betul ke aku eja ni) pon beli kat Baagus, amek 4 keping yang besar dan curtain pon 4 keping yang besar. Letak kat ruang tamu dua keping, and setiap bilik letak satu memandangkan bilik hanya ada dua tingkap. Enough la kalau guna yang besar.

Untuk dapur pon ade jugak, pakai ape tah, xreti nak sebut. Kelakor betul. Later aku upload la gambar-gambar yang berkenaan untuk kongsi dengan korang.


Harga pon dapat diskaun sikit dari yang aku pergi sebelum ni and aku kena anta kat kedai Baagus mintak diorang alter buang stengah kaki atau 6 inch. Labuh pulak curtain aku.

Next kene beli curve track railing, sebelum ni aku xtau ape ke benda tu, naseb kawan aku Along yang introducekan. Good info. Thanks mek long.
Read more...

Tuesday, July 19, 2011

3 Days attended SQL Training

11:42 AM 0
Last week 3 hari aku tak masuk office sebab attend SQL Training. "Maintaining and Implementing SQL Server 2005" under Global InfoSkills kat Bandar Sunway.

3 hari agak masak sampai aku hampir demam dan dah demam pon. Maybe aku ni tak tahan sejuk tapi sebenarnya air cond leh control tapi aku saja buat keras bajet leh tahan. Sudahnya demam.

Sepanjang 3 hari tu memang banyak ilmu aku dapat belajar. Tak sia sia kompeni aku bagi aku attend course ni. Sijil pon dapat. Tapi sijil kene amek smula sebab typo error..

Zassst kejap gambar training nih.

 Day 2..masih bertenaga

Day 3..end of session muka dh kepucatan sket. tapi enjoy the training so much.
Read more...

Monday, July 18, 2011

Progress for Cornice dan kitchen cabinet

11:59 AM 7
Last weekend merupakan weekend paling bz antara aku dan en hubby. Kami manage to settle banyak benda and plan utk angkat barang dalam minggu ni.
Aku dah call kedai lektrik untuk hantar Fridge dan Washer machine lusa petang. Katil pon dah settle mintak diorang hantar lusa petang.

Sabtu hari tu granite sudah dipasang dah hoob sudah boleh dipasang. Kami akan pasang last skali untuk elakkan habuk berterbangan lagi.Ni latest picture update progress..

Kitchen cabinet ..
Untuk ruang tamu dan semua bilik just pasang cornice sebab kalau pasang plaster ceiling rumah makin rendah. Amatla tidak sesuai. Cornice pon cornice la. Aku dapat harga murah after compare dengan tempat lain. Kalau berminat leh contact aku, aku akan rekemen orang nya.

ruang tamu..work in progress

 Hasilnya..taraaaaaaaaam

view lagi.

Next, aku akan citer pasal lampu lagi.
Read more...

Sunday, July 17, 2011

Malaysia Vs Liverpool

12:30 PM 0
Petang smalam aku dengan selambanya keluar rumah kul 5pm...aduss...skali kuar traffic light depan rumah dah bersusun kereta..Dalam hati aku dah agak..sure eksiden sebab depan tu xpernah jam.. Rupanya orang parking tepi jalan nak g stadium. Aduh...Ini la hakikat terpaksa terima duduk dekat Stadium especially Stadium Bukit Jalil.. Tambah-tambah pulak tadi ade game Liverpool melawan Malaysia.

Apa yang aku perasan tadi most of Malaysian ni supporter Liverpool...Dengan aku sendiri pon secara tak sengaja tadi kuar berbaju merah putih. Adus.. Sampai polis xkasi aku u turn kat TPM...mesti dia ingat aku nak g stadium. Dahla sombong gila muka polis . Aku mintak nak u turn kot TPM xkasi. Padahal jalan tu kan bukan menghala stadium. Aku tengok ade je kereta lain lpas. Sungguh tidak adil polis bengong tu..Depan aku diberinya kereta tu lalu. Mana orang nak respek...pilih orang nak laksanakan undang-undang dia sendiri.


Akibatnya aku terpaksa u turn dekat roundbout Astro dan terpaksa merempuh lautan kereta sekali lagi. Hampeh..Akhirnya baru la sampai ke destinasi. Arghhh penat citer...Ape pon puas hati..Liverpool menang..
Haha walau dah tau result pon aku tetap nak hoorey...


Ok result dari game tadi:

Liverpool vs Malaysia 6-3 Highlights goals Video Liverpool Asia Tour 2011
Full match result final Score

Malaysian XI [3 - 6] Liverpool
27'    [0 - 1]    C. Adam (pen.)   
43'    [1 - 1]    Rahim       
69'    [1 - 2]    D. N`Gog   
70'    [1 - 3]    D. N`Gog   
75'    [1 - 4]    M. Rodriguez   
80'    [2 - 4]    Sali       
82'    [3 - 4]    Sali
 90'   [3 - 5]    M. Rodriguez   
90'    [3 - 6]    D. Kuyt 
Read more...

Saturday, July 16, 2011

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS - Part 4

9:38 AM 2
PETUA  DAN KESIHATAN JANGKA PANJANG 

 

Menurunkan  Darah Tinggi
62. Minumlah air rebusan pokok  Hempedu Bumi Pokok Cerita.

63. Minumlah air rebusan daun Pokok  Ati-ati.

64. Makanlah biji buah Peria.

65. Makanlah pucuk Pokok Pala  sebagai ulam.

66. Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak.

67. Minum air  rebusan taugeh seminggu sekali.. Air dan taugeh hendaklah sama  nisbahnya.

68. Rebus daun pandan wangi  secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas   sahaja. Minum setiap pagi dan petang.

69. Makanlah 3 ulas  bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
 
70. Parutkan kunyit sebesar ibu  jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan  petang.

 

71. Juga Untuk Menurunkan Darah  Tinggi

Ambil segenggam daun kucai, basuh  bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu  yang telah dihancurkan. Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur  dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan kedalam bekas mangkuk  atau cawan, selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum  atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat  3  kali. Amalkan selama tiga hari, selepas itu jumpalah doktor untuk buat  pengesahan. Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.
 
 

72. Menghilangkan Kencing Manis
 
Hari ini ramai dikalangan kita  menghadapi masalah kencing manis tidak kira tua atau muda, lebih-lebih lagi  dengan pemakanan kita pada hari ini yang semuanya manis-manis belaka. Jadi  petua yang saya dapat ini agar dapat kita kongsi bersama-sama. Caranya mudah  sahaja, iaitu dapatkan ubi kentang biasa rebus ( tanpa garam atau bakar  menggunakan ( Oven ) apabila dah kira cukup masak hidangkan untuk dimakan (  sebelum tidur atau makan sebelah malam ataupun sebelah pagi ). Rahsianya  tentang ubi kentang ialah ianya bersifat menyerap segala yang manis dan masin  berlebihan yang ada didalam badan. Contohnya apabila masakan seperti kari anda  terlalu masin, lalu ubi kentang dimasukkan kedalam kari tadi dan hasilnya  segala masin kari akan diserap oleh ubi kentang tersebut, Dan kalau boleh  petua ini amalkan selama dua atau tiga minggu anda akan dapat perbezaan  sekirannya anda menghadap! i penyakit kencing manis dan orang yang sihat pun  boleh mencuba sebagai pencegahan awal.
 

 
73.  Mengurangkan dan Menghilangkan Sakit  Gastrik
Jika anda kerap mengalami masalah  gastrik ( pasti anda tidak mengambil makanan mengikut jadual), amalkan makan  tepat pada masanya, contoh : jika makan tengahari anda pukul 12.00, begitu  juga hendaknya pada hari-hari berikutnya tanpa berlengah. Lama-kelamaan. ...  insyallah gastrik akan hilang... ia daripada pengalaman saya sendiri...kini  gastrik tiada lagi!

 

74.. Tajamkan Penglihatan  
Amalkan hidup anda dengan meminum  air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan  siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti  epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan  serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.
 
 

75. Melawaskan Kencing
 
Untuk melawaskan kencing, ambil  beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkong bersama akarnya,  direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum ayer itu.  InsyaAllah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,  ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada penyakit, ia  mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

 

76.  Menurunkan Darah  Tinggi

Untuk cepat menurunkan darah  tinggi ketika diserang darah tinggi. Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon  pada Allah. Kedua ambil beberapa ulas bawang putih, mesin jadikan jus dan  ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali  sehari, Insyaallah dengan izin Allah, selamat mencuba.
 
 

77. Menghilangkan Sakit Kencing  Manis

Jika ada mengalami sakit kencing  manis, sila ambil beberapa helai daun jarak rebus sehingga mendidih dan  bersanguhlah/ bertengkumus ( bertengkumus maksudnya berselubung ) selama  setengah jam, sehingga badan berpeluh pada setiap pagi iaitu sebelum matahari  terbit. ( Semasa bersanguh / bertengkumus atau berselubung mestilah tanpa  memakai baju). Dan amalkanlah selama satu bulan.
 
Read more...

Friday, July 8, 2011

3:00 PM 4
Sambungan entry rumah lagi.

Kali ini pasal kitchen cabinet dan wardrobe kecik di master bedroom. Okla kan kemas sket tempat aku nak sumbat baju tu. Kitchen cabinet actually nak buat kaler hijau putih..tapi hijau x de. So kenala pilih merah jugak campur ngan beige color.

Curi time lunch kuar kejap g tengok en hubby tengah monitor diorang wat keje


Hasilnya 80% siap. Next pasang granite, sinki and hob dipasang nanti

Wardrobe kecik ku...

Later akan update bila semua siap pasang. Sila abaikan cat ye sbb belum siap sepenuhnya..hasil cat kami berdua..save bajet sket. Almaklumah bajet ciput. hehe
Read more...

Thursday, July 7, 2011

Lampu Murah di Puchong

9:56 AM 10
Ok back to update entry rumah pulak.
Untuk lampu kami dah buat surf dari bloggers dan pergi survey sendiri area Puchong dan memang kedai ni paling murah for us. "House of Lighting" di Puchong, Die punya kedai kalau dari Putrajaya, lepas bayar tol RM1.60, maintain lane kiri terus je lepas Avenue tu amek kiri (make sure before flyover). Kedai nya sederet dengan Perabot Jati. Amatla senang untuk dicari.

Actually aku ke sana dua hari. Hari pertama survey harga dan lampu mana yang nak. Esoknya datang beli but ada lagi la x cukup. Aku lupo beli lagi lampu bilik ke2. Itu la excited sangat. Tapi aku maybe rearrange balik lampu tu sebab datang idea deco lain. Wakakakaka..selagi x siap selagi tu la banyak idea. Buatnya tidak.Kelako je rasa.

Ape pon memang banyak la option sampai kami pening. Jom layan gambar yang sempat aku snap.

Ok jugak kalo hias rumah simple gini kan.

 
Pilihan lampu...rambang mata ku

 Aku berkenan sangat lampu rambutan ni.. Tapi banyak sgt bulb nye..

 Lampu meja makan

 Lampu bilik

Lampu ni x sure nak letak kat mana
 Lampu dinding..simple je kan..
Read more...

Wednesday, July 6, 2011

Friendly netball match with visitor

11:46 AM 0
Last week punya entry ni sepatutnya, tapi disebabkan bizi tahap melampau aku hold until arini. Ok kan.
Actually ada visitor datang untuk melawat kilang Ajinomoto. Diorang datang waktu petang around 6.30 kot sebab diorang datang lepas waktu diorang kerja. So sebelah malam diadakan tarian poco-poco, futsal and netball match and visitor siap persembahkan tarian lollipop.memang terbaek la...

Untuk netball and futsall match..naseb baik menang..and aku selaku 'WA' untuk Ajinotomo netball team diserang hendap oleh 'WD' nya. Ade satu part tu aku tergolek ditolak olehnya. Tapi dkt first half aku kuar la sebab sakit dada (akibat lama stop bersukan..last bersukan time g gym before operation last month). Mase second half tu 'WD' yang lasak tu kecundang, kesian dia kaki krem ke terpeleot x sure.

Jom layan lagi gambar malam tu.

 my team

visitor team with us

okla malas nk upload gambar plak. sebab mcm weng je komputer neh..aku nak layan forum Ratuhati jap.

Read more...

Tuesday, July 5, 2011

Farewell Dinner with Bosses

9:48 AM 3
Jumaat lepas department di office ada dua farewell untuk dua orang bos. Sorang bos aku (IT) and sorang lagi japanese bos (CFO). so secara automatic akan dapat dua bos jugak. Dua yang baru ni japanese jugak.

seblah kiri bos lama, seblah kanan bos baru.

Farewell dinner ni buat kat Saloma Bistro, Jalan Ampang. Best sebab ade function so that ramai orang terhibur especially foreigner sebab macam-macam budaya dipersembahankan malam tu. Terbaek la..

 Saloma Bistro..my first time been there.

Snap gambar la ape lagi.

Malam tu aku rushing balik kampung lepas dinner. Balik ngan bakal adik ipar, insha'Allah. Malam tu ade xde mood sangat, maybe xleh makan sangat cz takut perut buat hal dalam bus. Perjalanan pulak jauh maa KL ke KB. 

Jom layan gambar-gambar lain lagi.


 ex-CFO (Mr Tatsumi-san) with me

 All members

 Belah kanan trainee, die pon last day aritu.

Japanese boss together..





Read more...

Follow Us @soratemplates