Tuesday, February 28, 2012

Sessi Menghabiskan Voucher Buku 1Malaysia

9:54 AM 2
Dah nama student... of course la dapat voucher buku 1Malaysia tu. So Sabtu lepas aku and en hubby decided nak perabiskan voucher tu kat MPH, MidValley. Aku pergi ke outlet dia macam biasa.. Tapi TUTUP.


Owhh dah pindah tempat. So pergi jela...tak jauh dari Burger King kat LG. Fuh punya la ramai student-student macam aku duk memilih untuk perabiskan voucher. Aku beli 3 biji novel untuk adikku Elah, 3 biji buku agama and lagi 4 biji untuk aku and en hubby iaitu kisah-kisah Nabi dan yang sewaktu dengannya.


Total RM 206 kot tapi aku asingkan bil sebab pembelian RM100 ke atas dalam satu bil akan dapat RM5 voucher. So aku asingkan bil dapatla RM10 voucher. Nanti leh guna untuk beli barang lain nanti.


Ada satu buku je tak jumpa walau dibantu oleh staff MPH. Tengok dalam sistem ada 40 biji tapi entah dimana tah buku tu. Sian kat adik aku...

Dah siap membeli belah, g beli strawberry Korea. Manis giler...and murah beb..Rm11.90 untuk sbekas ni...


Sorry cara snap yang tak berapa betul cz snap dalam keta.

 

Manis betul... rasa macam tak cukup pulak..

Kuar Midvalley aku teringat yus kawan yang duk Selayang, terus aku call ajak dia makan. Naseb dia free. So layan makan kat sana. Aku order air kiwi (tapi tuka plak dengan en hubby cz masam), hubby order air ciku (dapat kat aku.haha) and yus walau sakit tekak order tembikai...perghhh memang terbaek la untuk orang yang sakit tekak..


Gambar lain dah tak snap sebab dah terlalu lapar sampai lupa nak bergambar with Mekyus.. Next time yer yus eh..


Read more...

Sunday, February 26, 2012

Doa dan Petua untuk Menaikkan Uri ke Atas

8:10 AM 33
Placenta previa - amat menakutkan tapi sebenarnya kita ada peluang untuk menaikkan uri itu ke atas. Caranya:
1) Sujud lama esp masa sujud akhir tu doalah pada Allah supaya uri dinaikkan ke atas.
2) Buat senaman menaikkan uri
3) Pujuk baby supaya bantu kita
4) Amalkan doa ini (dan juga doa lain sekiranya anda tau). Macam saya, Alhamdulillah selepas seminggu amalkan uri naik perlahan-lahan. Di samping itu, saya hari-hari pujuk baby. Now tengah pujuk baby supaya tidak stick dengan position songsang.
Insha'Allah semoga diperkenankan oleh Allah.

5) Bangun solat hajat malam dan buat solat sunat lain di malam hari. Pagi tadi en asben bagitau mintak aku buat. Insha'Allah malam ni aku akan start buat cz sebelum ni asek buat tak buat sebab tak larat- mengantuk.

Rupanya ada hikmah aku sering bangun malam untuk kencing. Ia merupakan seruan untuk aku bangun solat malam. Terima Kasih ya Allah kerana memberi aku terbuka pintu hati ini.

So kat sini saya nak kongsi doa untuk kawan-kawan amalkan. Kalau tak clear uols leh email kat saya, insha'Allah saya akan send untuk korang.


Read more...

Saturday, February 25, 2012

Makan Asam Pedas di Kg Pandan

8:08 AM 3
Erm sambungan dari previous entry. Lepas solat tu menggagau jugak cari kedai ni. Rupanya mudah je nak cari. Bawah flyover kat tesco Ampang tu belok kanan...Tak jauh dari situ ada kedai nya seblah kanan.

Aku order ikan parang manakala en hubby plak ikan ape tah..eden dah lupo..hehe

 
Restoran Asam Pedas Melaka.


 Dia campur dua dua ikan di dalam ni. Yang special kat sini kita pilih sendiri ikan mana yang kita nak then tunggu kejap diorang buatkan untuk kita. Then leh makan.


 Tambahan lauk, ulam-ulaman and sambal belacan ..perghhh memang terangkat la pedas nya.


 Nasi dua opss..en asben mintak nasi tambah satu. Air kami order Kopi O Ais. Aku nyaris mau order lagi air tapi tak jadi cz perut dah full.

Sebelum masuk kedai, aku dah muntah teruk gila dalam keta. Naseb lpas tu tak ganggu selera makan. Makan macam biasa. Alhamdulillah.


Read more...

Friday, February 24, 2012

Riadah di Taman Bukit Jalil

8:13 AM 3
Riadah...hurm takda la aku beriadah ke ape. Sbenarnya aku ajak en asben pusing-pusing Taman Bukit Jalil. Rasa rindu pulak sebab before pregnant dulu aku selalu jugak jogging kat sini petang-petang lepas kerja. So en hubby pon bawakla daku ke sana..

Oh ye pagi tu kami ke clinic utk check up biasa.

 Klinik Alam Medic. Suka sangat sebab bangunan baru semua nya baru.


 Me at taman. tak larat berjalan pulak dah. so lepak sambil tengok orang beryoga.


Yoga group

En hubby tukang bawak handbeg aku. tq bie..Love u so much.

Balik dari taman tu singgah solat Maghrib kat Petronas tepi Tesco Ampang. Sebab nya lepas tu kami mau terjah Restoran Asam Pedas Melaka kat Kg Pandan tu. Pergh..pedas and sedap..

Nati ku update di next entry.
Read more...

Thursday, February 23, 2012

LISA SURIHANI MANDI BUNGA SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN

1:26 PM 0
KUALA LUMPUR – Meskipun dibesarkan dalam keluarga moden, pelakon terkenal Lisa Surihani tetap mengamalkan tradisi mandi bunga kelmarin sebelum melangsungkan pernikahan dengan pengarah terkenal Yusry Abdul Halim hari ini.



Beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya, Siti Amira Ahmad yang mahu dia kelihatan berseri-seri menjelang pernikahannya di Hotel Marriot, Putrajaya petang ini.
Ketika dihubungi Kosmo!, pembawa watak Mila dalam filem Ombak Rindu itu berkata, beliau berbuat demikian bagi memenuhi hajat ibunya.


Menurutnya, selain mandi bunga, dia turut mengadakan majlis berinai dan juga khatam al-Quran.
“Ikutkan, saya mahu ringkas sahaja tetapi ibu mahu saya mengikuti semua amalan tradisi sebelum perkahwinan,” katanya.

Source: BlogFyna

Read more...

Wednesday, February 22, 2012

Insurance Cheque From UniAsia & Malam Pratonton Adnan Sempit 2

10:22 AM 4
Semalam pagi-pagi lagi aku dapat surat dari UniAsia. Aku tersenyum sebab bulan February ialah time untuk aku terima cheque dari UniAsia. Untuk tahun ni aku dapat RM360 hasil dari ape yang telah aku join tu.

Surat dari UniAsia, saje nak snap sikit.


 Pagi tadi en hubby tolong g masukkan cheque ni ke mesin Cheque Deposit.


Ok citer sebelah malam pulak, semalam aku and en hubby hadirkan diri untuk Malam Pratonton Adnan Sempit 2 bertempat di TGV Sunway Piramid. Kami gerak dari rumah 6.40pm sampai sana cari surau kat Jusco, lepas solat Maghrib baru g register.

No tiang parking harus diambil, lagipon aku tak familiar dengan Sunway Piramid. Hehe aku hanya familiar Midvalley saja cz dekat dengan rumah walhal Sunway Piramid pon sama dekat je dengan rumah aku.


Hanya snap gambar ku je sebab tak de mood and xlarat nak bergambar dengan artis-artis yang ada disebabkan takut nak lalu celah-celah orang dengan perut memboyot.hehe.. Aktiviti aku duduk bersila sambil makan makanan yang disediakan..Sedap sangat choc cake tu..sampai 4 slice aku tibai.. Thanks MIG.

After makan, tu nampak tak belakang aku baju ijau and tudung ijau mommy kepada Sam a.k.a Adnan Sempit.


Nampak tak sticker pink kat lengan kanan aku. Haa itu adalah tiket and proof la untuk join this program.

Last masa nak kuar tempat makan ni aku nampak Along Rajalawak tengah diintebiu, Yana baru sampai and aku sempat snap gambar Intan Ladyana skeping. Cantiknya dia.


Jom layan trailer Adnan Sempit 2 kejap..korang harus pergi tengok..Memang lawak gila..... SPOIL......haha



Read more...

Pregnancy Checkup : Week 31

8:15 AM 4
Sabtu aritu aku tak g memane. So pagi tu lepas makan terus ke klinik kat rumah iaitu Klinik Alam Medic, panel TNB. Aku g sana untuk mintak doc refer aku ke Hospital Pantai since nak check condition placenta previa aku.

Belum sempat aku bagitau nak mintak referral ke sana, doc memang cakap dia nak refer aku ke sana. Hoorey. Aku just tunggu document disiapkan and aku dah call Azie (nurse kepada gynea aku )shari sebelum tu untuk booked appointment on Saturday. Azie cakap ramai sangat org, Fiza datang 12.45 la. So aku sampai 12.30, lepak baca paper minum air kotak makan cokelat...And boring menunggu. Turn aku dekat pukul 3 kot ke lepas tu. Fuh lama nya, padahal sabtu tu gynea kerja sampai kul 1 jer. hehe

Coklat and newspaper.


Next, namaku dipanggil untuk check berat and tekanan darah. Tekanan darah 122/66 masa kat klinik 106/67 kot. Berat aku..hahaha jeng jen jeng.65.8..wow impressive..dah naik...tapi under control lagi. Pastu kena amek urin test.




Next... namaku dipanggil untuk jumpa Dr Idora.Baby still songsang. Kedudukan uri dah naik sedikit, placenta previa 4 dah bertukar placenta previa 2. Tapi dengan condition skarang doc cakap still need to deliver by c-sec. Tak kesahlah...ada lagi 2 minggu untuk pujuk baby tolong ku.

Doc siap scan 3D and 4D and hasilnya...


Masa ni muka dia tengah berkerut. Doc cakap aik nape plak duk berkerut tu.. Aku pon perasan mimik muka nya masa tu. Aku gelak siap cakap kat Doc..ni mesti dia lapar..Doc cakap dah pukul brapa ni..cepat g makan..hehehe

Aku ada tanya doc...doc kenapa gambar dulu dan gambar skang saya noticed pipi baby saya macam tembam..Memang pipinya tembam ke.. 

Doc jawab--> A'a tembam sikit..hehehehe geramnyaaaaaa mommy siap malam tu mommy mimpi g visit baby tembam

berat baby masa ni 1.88kg on 31 weeks 3 days . Next check up will be on 3rd of March.

Read more...

Tuesday, February 21, 2012

Tilam kekabu sudah dapat

8:01 AM 6
Actually last week lagi aku dah receive tilam kekabu ni dari cousin Nini iaitu Eliza. Dia datang jumpa aku kat TPM punya area. Siap sembang pasal bisnes cotton dia lagi. Menarik amat menarik.

Harga RM230 order dari littleDiva.

Tag design from LittleDiva. Jahitan amat kemas. I like.


Set tilam kekabu, dua bantal peluk 2 bantal tido and tilam kekabu. All in kekabu dan with sarung Ikea.


view bawah tilam.

Tebal jugak tilamnya..lembut plak tu

Aci tak kelambu kaler ijau. Masa beli ni tak sure lagi gurl ke boy.. So beli la ijau. Tapi aku nak order satu lagi set kaler turqiose. Chantek sangat.




Read more...

Monday, February 20, 2012

New Born = New Family

10:31 AM 0
Last week aku dapat good news . En hubby bagitau adik perempuannya dah selamat melahirkan anak perempuan di Hospital Ipoh.

Congrats to Ayu and Asben nya.

Due ayu ni ujung bulan Feb tapi terawal dekat dua minggu kot kalau tak silap.
Jom layan gambar Dhiya Adeeha...

Welkam to the world Dhiya Adeeha.. Nanti kan cousin mu bulan April nanti. Amin.

Dhiya Adeeha

Comel betul baby ni....rambut tu yang tak tahan tu...siap cacak lagi.
Read more...

Friday, February 17, 2012

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

7:52 PM 0
 

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
 
Credit to :LifeFit
Read more...

Thursday, February 16, 2012

Surah Amalan Ketika Pregnant

8:36 AM 0
Masih belum terlambat untuk aku post surah amalan ketika pregnant. Amat berguna untuk diri sendiri dan juga semua ibu di luar sana.



Caranya dan amalan nya seperti berikut:


  • Saidul (penghulu) Istighfar
    * Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
    * Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
    * Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
    * Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
    * Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
    * Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
    * Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
    * Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)
    * Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan
    syaitan yang mengajak kepada maksiat)
    * Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
    * Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
    *Surah mulk utk lindungi ibu dan bayi


1 bulan = Surah Ar-Rahman (untuk pembentukan janin)

2-3 bulan = Surah Luqman (untuk perkembangan otak)

4-7 bulan = Surah Yusoff (untuk pembentukan sifat)

8-9 bulan = Surah Maryam (untuk memudahkan proses bersalin)

dan bacaan Yaasin pada malam jumaat diteruskan seperti biase


Read more...

Wednesday, February 15, 2012

Jemputan Malam Pratonton Adnan Sempit 2

7:00 AM 8
Tengah mengantuk tadi, ku check email terus terbukak luas mata. Aku dapat invitation untuk Pratonton Adnan Sempit 2 pada 21 February 2012 di TGV Sunway Piramid.

Jadi aku akan ajak en hubby untuk teman kan aku.yahooo....



Kepada yang dapat invitation ni, see u there. Yang tak dapat takpe..cuba lagi lain kali. Chaiyok2x
Read more...

Tuesday, February 14, 2012

Botol susu sudah dapat

8:30 AM 6
Jumaat lepas aku dah set dengan Hajar untuk collect botol sus Avent untuk si kecil ku nanti. Actually aku beli online je since ia murah compare ngan market sini cz Hajar ni kebetulan nak balik Malaysia. Dia duk UK. So aku pon order la satu set. Dah amek barang baru bayar. Bagus kan.

Aku g collect dekat rumahnya di area Petaling Jaya. Takla susah nak mencari cuma tersilap masuk simpang dah kena u-turn. Mak aih..jem betul lpas waktu kerja area UM ni. Naseb skejap je tunggu turn nak u-turn.


So sampai umahnya, aku call..Taram dia kuar dengan box kat bawah ni..


Pastu kami terus balik... Aku dah kepenatan.
Read more...

Monday, February 13, 2012

Nasi Sup Tok Ayoh - KB

11:48 AM 2
Balik kampung aritu, after check up kat KBMC perut kami berkeroncong. Aku bagitau en hubby nak makan nasi sup tok ayoh...so dia layankan aje. Elok je lalu depan kedai Nasi Ulam Cekgu, nak makan situ pulak. Tapi tak de parking. So kami back to plan asal, makan di Kedai Nasi Sup Tok Ayoh.



Order sup tulang dua.. nyum nyum... kasi close up sikit.
 .....
...
.

Rasanya memang tak berubah, sejak aku sekolah sampai lah sekarang. Memang terbaek.


Nasi kosong dua dengan sayur goreng je. En asben dia tambah telur goreng. Aku tak nak takut muak.
Uwaa..nak lagi......sedappp


Read more...

Saturday, February 11, 2012

Pregnancy check up di KBMC

8:11 AM 5
Esoknya, kami ke KBMC. Hurm, suasana kat sini takla best sangat bagi aku cz aku dah biasa check up kat Hospital Pantai KL, so rasa macam g klinik biasa je. Dengan orang yang ramai, ruang menunggu yang sempit, tapi nurse baik baik. I like.

Aku direfer untuk berjumpa Dr. Lily Fariza, gynea bertugas kot masa tu. Kami terpaksa menunggu kerana doctor tengah nak sambut baby kat labor room. So sweet. Mesti rushing doctor tu kan.

Bila namaku dipanggil, aku kene amek urine. Yang kelakarnya aku bagitau nurse. "Alamak..saya baru je lepas kencing, cemana nak kencing lagi ni."

Nurse gelak, dia cakap..takpe g kencing sikit pon takpa..So aku pergi la kencing..aikkk ade jugak urine keluar..haha


Tak lama pastu namaku dipanggil untuk queue jumpa Doc. Bila masuk tu, kami citer la and aku bagi doctor tengok buku merah aku tu.


Doc ada scan skali perut ku. Baby weight masa tu 1.75kg..wow membesar bagai johan. Masa tu 29weeks 5 days kalau tak silap ku.

Hasil diagnose...

Dr Lily tulis "placenta previa" type 4.. Need to check during week 34. If still maintain , need to go c-zer. Oh my Good. Doakan aku and baby selamat yer kawan2.
Read more...

Friday, February 10, 2012

Pregnancy Check up : 29 weeks ++

8:35 AM 3
Ahad lepas masa di Sitiawan, aku ada g check up kat Klinik Yasmin (Manjung). Nasib aku baik, sebab even public holiday and weekend, Dr Yasmin ada kat klinik. So dapatlah aku buat check up kat situ.

Masa scan tu.. baby tengah nganga dua kali. Minum air tu doc cakap.. So cute sebab aku and en asben siap nampak gusi nya masa tu. Macam tau-tau je Dr tengah fokus di muka nya. Masa ni aku lupa mintak Dr print out scan result and lupa nak tanya berat baby. Yang sempat aku tanya:

- Tumbesaran otak (normal sebab line tu Dr tunjuk center)
-  Kaki, tangan and anggota lain (Normal sebab doc fokus semuanya.. Insha'Allah)
- One more time, en asben mintak Dr confirmkan gender (masih nak suruh Dr cakap boboi even though kami dah buat 4D scan gynea kami cakap Gegurl).

Since kami nak balik kampung esoknya, Dr mintak kami refer gynea kat specialist kat KB. So kami decide nak ke KBMC. So Dr Yasmin pon kasi la referral document untuk ke sana.


Aku hanya paham terms "placenta previa" since Dr cakap placenta previa aku ni type 2 nak ke arah type 3. Terdiam aku masa tu.


Masih nak tau ape Dr tulis tu..aku mintak adik aku yang Doctor tu explain kasi aku paham ape ke benda "G2 P0 A1" tu...After dia explain baru aku paham.. Tq Dr Dell sayang.
Read more...

Thursday, February 9, 2012

Melipat dan pack baju baby

1:47 PM 0
Wah..kejap je..pejam celik pejam celik dah masuk 3rd trisemester. Orang kata dah masuk 7 bulan dah kena prepare beg untuk mommy and baby dan letak dalam bonet kereta. Aku baru siapkan beg tu last week sebab baru siap basuh dan lagi pon last week nak balik kampung. Risau jugak jalan-jalan jauh ni tak ready barang apa-apakan...


Hasilnya.. Aku tak de la beriya sangat janji cukup yang wajib dan 10 pasang lebey kot baju baby. Ingat nak tambah lagi. Tapi belum larat pulak nak berjalan. Asyik tak sehat lagipon ade muntah-muntah lagi.



Ini sahaja hasilnya.. Nanti ku update dua biji beg itu.
Read more...

Monday, February 6, 2012

Happy 4th Anniversary to us

8:34 PM 2
Walau dah malam..aku masih tak nak missed untuk publish entry sempena 4th Anniversary kami.


TODAY
...

..

.


Takde apa sangat yang sempat kami buat arini. Banyak spend time untuk follow up check up my pregnancy.


The best moment kami dapat melihat baby menganga mulut sambil minum air (menceguk air) sebanyak dua kali. Mungkin itu hadiah untuk mommy and papa nya...

Syukur kerana anniversary tahun ini amat bermakna kerana tidak lama lagi kami bakal bergelar papa and mommy. Amin..Insha'Allah.. Doakan untuk kami yer kawan-kawan..
Read more...

Friday, February 3, 2012

1st preparation - Membasuh semua pakaian si kecil

6:45 PM 0
Hurm....dah masuk 7 bulan..masih belum ready bag dalam kereta. Kalo g check up kat klinik gomen sah aku kena marah (mengikut dari kawan2 lain).. tapi naseb aku g check up private. Gynea pon senyum je...cume remind kan aku suruh siapkan barang awal-awal je.

Dua hari lepas sudah siap mendobi by en hubby. Aku tukang monitor since tak boleh buat kerja berat cz belum check kedudukan uri whether dah naik ke belum.

Arini dah angkat dan tunggu masa untuk dilipat dan dikemas dalam beg. Pastu leh kemaskan dalam beg since dah nak balik kampung ni...

Jom layan gambar yang sempat aku snap..Saja untuk tatapan aku jugak bila free.

Sila abaikan keadaan katil...haha..oh yer..aku sudah ubah kedudukan katil..luas sket nampak bilik...

hehee gantung dalam bilik tadi ujan....comel2 laa barang budak kecik ni ....

close up satu...... pinki...

Dah cukup..mommy kene study..esok pagi mommy exam...Sayang jangan notty kat dalam yer...mommy baru pas uwek2 ptg ni..aduii..blom abes lagi episod muntah2 mommy.. lama nye kan..
Read more...

Follow Us @soratemplates