Tuesday, May 31, 2011

Admitted at Hospital lagi

11:15 PM 0
Lamanya x update blog sampai malas main blog dah pulak rasanya. Tapi malam ni aku rajin plak..so just update la kan. Ekcelly on 18hb aritu aku kene serah diri a.k.a admitted dekat Pantai Hospital KL sebab malam tu ade kene buat 'Sleep Study'.

Apakah itu Sleep Study:

Sleep studies allow doctors to measure how much and how well you sleep. They also help show whether you have sleep problems and how severe they are.
Sleep studies are important because untreated sleep disorders can increase your risk of high blood pressure, heart attack, stroke, and other medical conditions. Sleep disorders also have been linked to an increased risk of injury due to falls and car accidents.

Source From Sleep Studies

So, hari tu lepas balik kerja aku berkemas with en hubby untuk terus ke hospital. After Maghrib kami gerak ke hospital. After settle everything aku dapat bilik berdua. Bila masuk en hubby macam x comfortable sebab x dapat temankan aku lagipon auntie jiran aku tu pasang citer tamil kuat gila.langsung kami xnak situ call nurse tukar kepada bilik sorang. So kami dapatla tukar bilik sorang. Best cz en hubby dapat temankan aku.

                                                                       Room No : 509

Tempat tidurku selama 5 hari di sini. Eh silap satu malam di CCU

Result dari sleep study akan diberitahu oleh doctor ku esok pagi nya. If result teruk doc akan arrange untuk operation by that day jugak. If not, depend pada patient la cemane. Tapi doc tetap advice utk have an operation jugak utk kes aku.











Read more...

Tuesday, May 17, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

7:57 AM 0
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Read more...

Monday, May 16, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

11:12 AM 2
Assalamu'alaikum Semua,       
                                                           
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

q
      Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

q
      Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

q
      *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                          

q
      Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          

q
       Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø
      Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø
      Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø
      Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

q
      3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø
      Anak.                          
Ø
      Ibu.                          
Ø
      Suami.                        
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..
J

q
      Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          

q
      Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

q
      Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

q
      Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

q
      *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          

q
      Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø
       “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
Ø
      *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Ø
                             

q
      Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

q
      Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø
      “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø
      “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.  


q
      *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q
      Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

q
      *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø
      Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

q
      Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

q
      Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                          

q
      Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q
      Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                          

q
      *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

q
      Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          

q
      *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

q
      Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                        


Selalu Bergaduh Dengan Ibu

q
      Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Ø
      Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Ø
      Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Ø
      Symptom terkena saka:
v
      Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                          
v
      Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
v
      Susah nak dapat anak, senang gugur.
v
       Ada rasa kelibat orang lalu.
v
      Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
      Cara hilangkan saka,
Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.                          

q
      Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q
      3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                          

q
      Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

q
      Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah

q
      Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                          

q
      Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                        



Anak Degil

q
      *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø
      Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....
[] sampaikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat

Read more...

Sunday, May 15, 2011

Untuk Menjadikan Isteri-isteri Sentiasa ' Dara '

10:07 AM 2


 Petua Dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ' abqaro ' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.( ' Abqaro ' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya ' , ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Read more...

Thursday, May 12, 2011

Bandung Trip - Part 3

12:48 AM 0
Ok back to story kita iaitu Bandung Trip - Part 3. On 2nd day aku tidak menggunakan khidmat supir kerana aku and en hubby nak cuba naik angkutan kota. Especially aku agak takut naik benda ni cz takut terlepas mau turun nanti.Susah jugak kan.

So hari kedua ni after breakfast di hotel , kami ke kedai runcit sebelah hotel untuk beli topup sim kad Mentari kami. Ini adalah untuk ber'sms' dengan family if let say ada barang-barang yang diorang nak kirim nanti. Elok je keluar dari kedai ada satu angkutan berhenti. Kami pon naik la angkutan tu dan berhenti di mana tah. Supir angkutan itu suruh kami turun dan jalan kaki cz angkutan tu tak lalu kot Pasar Baru. Tapi aku tak nak jalan kaki...Aku g tahan angkutan lain.haha nasib baik betul so kami berhenti di celah-celah lorong menuju ke Pasar Baru. Tu pon ade mak cik dalam angkutan tu bagitau aku dah sampai. Hihi

Pasar Baru main entrance

Kami sampai di sini kul 10 pagi. Agak awal kot compare kalo nak bershopping bila di Mesia mana ade aku terpacak kat kedai kul 10 pagi. So dua jam pertama hanya dihabiskan untuk survey barang-barang dan harga. Actually bagi aku pasar baru ni  biasa je maybe sebab dekat tempat aku, iaitu kat kampung aku ia macam suasana di atas Pasar Besar MPKB and Pasar Siti Khadijah. Maybe kat sana ada banyak lagi kedai kot. Yang menariknya ada kedai jual kain pasang. Kat sana dipanggil 'kain ke bahan' tah. aku lupo.

Sampel baju dijual di sana
Akibat dari shopaholic kat sana, kami skip lunch time kami. Huhu.Petang tu balik dengan angkutan tapi silap angkutan. Mula-mula dah betul, tapi bila stop di stesen Kebun Kelapa. Sampai di sana nanti kami kene tukar angkutan. En hubby dah bising sebab leceh. Nyesal pon ada sebab angkutan kedua ni lah kami sesat and end up dengan naik taxi lain untuk balik ke hotel .Benci betul aku kat supir tu. Masa sebelum naik tu semuanya bagus, route pon betul la macam2.

Akhirnya kami selamat sampai di opis before kul 7 pm aritu. Naik bilik hotel mandi, solat dan cepat keluar. Kami berjalan sepanjang 'Chiwalk'. Sambil cari kedai untuk makan malam tu. Bila dapat tau ade Restoran Ampera di hujung jalan tu, terus kami berjalan kaki ke sana. Naseb baik jumpa kedai tu, then kami terus makan. Aku suka makanan sunda kat sini compare to Masakan Padang.

Note : Be careful bila dekat sana jaga elok2 beg sebab bukan ape tengah dok shopping ade jugak yang dicapek. Capek ni ragut la.
Read more...

Tuesday, May 10, 2011

Bandung Trip - Part 2

11:45 PM 0
      Hokey..meh kita smbung Bandung Trip aku part tu..heheh dh dekat sebulan dah aku ke sana..ni baru nk updet..sowyy..hope korang tak jemu untuk baca post aku seterusnya.
.
.
....
      Pagi tu.. kami berdua bangun awal. seawal 5.30 solat subuh siap siap semua..tapi adeii tertido  balik..kul 6.30 bangun mandi and siap untuk keluar. After breakfast kat hotel (arghhh xsuka sangat breakfast nya..ku hanya suka fresh orange and red guave juice dia jer.memang sedap giler). Kami janji dengan supir kami a.k.a Nelly untuk jumpa dalam 8.45. Destinasi pertama semestinya Tangkuban Perahu. Asyik tengok orang ke Bandung sure ade post gambar kat situ, so kami pon teringin juga bergambar kat situ. 

     Oh ye kat Tangkuban Perahu tuh ignore je kalo orang datang jual tepi tepi tu..Kadang-kadang diorang suruh rasa strawberi. FREE katanya. At the end, diorang akan ikut kita until kita beli. Mana aci kan. Aku cakap ni cz kawan aku dah pernah kena. Kesian die. Ok jom kita layan gambar di Tangkuban Perahu kejap.
 at Tangkuban Perahu, Bandung

 Nampak tak kawah di belakang kami??

 with Nelly a.k.a supir kami di sana..

Gambar kawah di bawah sana

       Ok habis story Tangkuban Perahu, kita turun plak menuju ke bawah. On the way, ternampak sate kelinchi. Kat sini dipanggil Arnab or Rabbit. Adoi laki aku nak try plak. So Nelly cakap situ best tapi die tak nak makan cz terbayang kesian kat rabbit tu. Oh no...

 
ME with Kelinchi..comel kan???

 Ni paling comel..arghh geramnya

 Sate Kelinchi

Kuah sate

Abis kat situ..sempat lagi singgah petik strawberi kejap. Tapi tak besh macam Cameron Highland. Maybe sebab dah kat bawah and cuaca panas masa tu. 

 Strawberi ditanam dalam guni. Compare dengan tempat kita ditanam di rak kasi die menjalar.


 Abis citer strawberi, next disebabkan perut dah lapar Nelly membawa kami ke Kg Daun. Nyum nyum..tempat ni cantik macam makan kat kampung. Kami dapat pondok di depan air terjun. Chantek sangat.

 Depan pintu masuk Kg Daun

 Pondok untuk dijadikan tempat makan. So nice best sangat dengan deruman air terjun dan sejuk

 After dah confirm mana yang nak diorder, ketuk benda ni untuk panggil waiter diorang. Unik kan.

 Makanan with us.
ME and interfrem..hehe

      After makan, kami request Nelly untuk bawa kami shopping pakaian. Almaklumlah pakaian hanya dibawa dua helai. So Nelly bawa kami ke Rumah Mode. Yahoo best jugak sini. Banyak  choice sampai mula- mula aku masuk macam agak blur cz tak tau mana mahu terjah dulu.

at Rumah Mode

After ke Rumah Mode, kami ke Toko Tiga untuk shopping jeans and t shirt sikit untuk adik adik kami. Kat sini aku tak snap gambar disebabkan telah kenepatan.

Hasil tangkapan untuk hari kedua.

Kami abis shopping di Toko Tiga dalam pukul 8.30 malam. Lepas tu ajak Nelly makan. So dia bawa kami ke Restoran Ampera iaitu restoran yang menyediakan masakan sunda. I like. Sedap gile. Kalau sesape pergi sana sila order air strawberry.. Memang masyuk gila.

Ok la esok kita sambung citer part 3 plak..daaaa
Read more...

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day special to my lovely Mom

12:46 AM 0
Sempena Mother's Day ni..aku nak dedicate
 special wish ni untuk ibuku Che Siti bt Che Mat dengan ucapan Mak...Thanks for everything. Thank you ma... I love you so much.


Best Mom Award
For all the things I didn't say,
About how I felt along the way--
For the love you gave and the work you've done,
Here's appreciation from your admiring son.
You cared for me as a little tot,
When all I did was cry a lot,
And as I grew your work did too--
I ran and fell and got black and blue.
I grew some more and it didn't stop;
Now you had to become a cop,
To worry about mistakes I'd make;
You kept me in line for my own sake.
I got older, and the story repeated;
You were always there whenever I needed.
You guided me and wished me the best,
I became wiser and knew I was blessed.
So, for all the times I didn't say,
The love I felt for you each day,
Mom, read this so you can always see
Just how much you mean to me.
Mom, Thanks for everything!


Read more...

Monday, May 2, 2011

Register diri di Fitness First

10:49 PM 2
Tadi aku sempat ke Bandar Sri Permaisuri untuk survey gym yang ada kat situ, tapi aku jumpa satu tu macam unconfortable la, parking pon macam agak susah sebab aku plan nak pergi gym tu lepas kerja. Tambah-tambah 4 bulan ni aku cuti semester jadi sempatla aku merayau ke gym. Insha'Allah.

Berbalik kepada gym tadi, bila gym kat Bandar Sri Permaisuri macam tidak menarik minat aku, ape lagi aku lancarkan serangan ke Carrefour Sri Petaling. Atas tu tingkat 4 ada gym, Fitness First kat situ. Selepas isi attendance form kat situ, aku menunggu di dalam with Kema, my frend. After mendengar sedikit briefing and round tengok equipment aku bersetuju untuk ambil pakej 1 year, student package since aku still study kat UPM. So tadi aku dah bayar 1/3 daripada full payment.

Berdebar jugak sebab aku join benda ni sorang sorang. Pakaian dia cemane yer kalo untuk muslim macam kita ni semua. Aku tak nak la seksi meksis nanti laki aku tak suka.

Kalo ade sape sape nak comment sila kan la...or even nak tanya apa-apa..sila sila.
Read more...

Bandung Trip - Part 1

12:04 AM 2
Story ini sepatutnya diupdate last week, tetapi memandangkan last week agak tight dengan kelas, assignment and kerja opis, so aku tunda ke malam ni (walau aku tengah sangap)

Trip ni hanya aku with Mr Hubby sahaja pergi. Aku dah booked tiket flight ni last year. Since aku dah burnkan tiket KL-Bandung (return untuk dua orang) iaitu trip untuk Feb11 aku tak leh cancel kan lagi trip no. Memanglah tarikh aku booked ni dah lama, tahun lepas. U know what, aku berjaya dapat RM50 return flight dari KL aoeport.

Untuk trip ni flight kami berlepas pukul 1.15 dari LCCT tapi yang sedihnya aku x sempat roaming phone aku disebabkan aku nk roaming Maxis number company bagi ..-takut org office call la sbenarnya-


Bila dah mendarat, settle kan dengan imigresen ape semua aku terus g amek luggage..bila keluar tu aku cari supir ku...tapi xnampak pon org pegang nama aku..huwaa..mau cry dah mase tu sebab aku takut laki kau bengang la sebab semua ni aku nye keje..aku yang arrange.. Supirku sure x dapat call aku sebab x roaming kan..Aku plak x dapat call dia..So aku terus ke kedai telekomunikasi kat situ..terus beli sim kad Mentari.
Aku nak call "Nelly' a.k.a supirku. Tapi sekali lagi dilanda malang..aku TERDELETE no fon Nelly..Argghhh NO NO..

Nasib baik aku ade simpan num tefon Hafiz. Actually masa kat Malaysia aku deal ngan Hafiza. After inform Hafiz yang kami dah sampai dan cari Nelly, lega rasanya. Hafiz bagi num Nelly kat aku.. Tapi aku xdapat call dia. Maybe die tengah cuba call aku. Nasib baik ade mas mas dekat gate tu bagitau biasa orang tunggu sebelah sana. Bila pergi.dah jumpa Nelly. Lega eden.

So perjalanan diteruskan dari airport jakarrta terus ke Bandung. Naik Honda Jazz sebab kami berdua jer.
Then, kami sempat stop dekat mana tah. Ala-ala macam R&R kalau kat Malaysia. Kami berenti solat dan minum skejap seblum melancarkan gerakan ke Bandung.

 Gambo selepas solat


 Gambarku ..view belakang ialah petrol pump dekat sana..


Satu lagi gambar aku.

Kami sampai di Hotel dalam pukul 8.15 malam. Hujan lebat juga sepanjang jalan. Aku dah booked Hotel Cihampelas 2 untuk 3 malam tu.Bila dah sampai, check in ..letak2 semua barang baru kami turun makan. Order nasi goreng hotel je sebab di luar hotel ujan. Lagipon memang dah lapor...

-Bersambung
Read more...

Follow Us @soratemplates