Pages

Friday, January 27, 2012

Petua Menaikkan Uri

Uri di bawah..pasti menakutkan semua ibu yang mengandung kerana ia akan menyebabkan mudahnya berlaku pendarahan ketika kehamilan. Macam aku, dapat tau uri di bawah masa scan 4 bulan tu. Every month scan, keputusan tetap sama uri di bawah sehinggalah scan masa 7 bulan pon uri masih di bawah. Skarang aku dah 28 weeks ++, masih berdoa and berusaha agar uri naik ke atas.

Menurut gynea aku, Dr Idora (Hospital Pantai) and juga Dr Yasmin (Dari Manjung) dia cakap dia akan bagi chance uri tu naik ke atas dan keep on monitor sehingga minggu ke 36. Bermakna aku masih ada peluang selama 8 minggu bersamaan dua bulan lagi untuk terus berusaha di samping memujuk baby agar membantuku. Sekiranya semasa minggu ke 36, uri kekal berada di bawah, doc akan decide untuk proceed c-zer pada minggu ke 37 atau ke 38 bergantung kepada keadaan aku masa tu. Sekiranya berlaku pendarahan, akan dipercepatkan. Sekiranya tiada berlaku pendarahan, masih maintain la doc cakap.

Aku nak share petua untuk menaikkan uri yang ku dapat dari geng Ratuhati.Com iaitu AlinRahman. Thanks alin cz tolong fiza...

Source dari : Petua Menaikkan Uri

Oh yer, uri di bawah ni dipanggil "Placenta Previa" di dalam bahasa doktor la. Ada beberapa type placenta previa. Nanti aku citer kat entry lain. Ni nak citer pasal petua dulu yer.

Inilah keadaan placenta previa. Saya tak sure saya ni jatuh pada kategori mana cz my gynea tak nak i stress. Cuma dia cakap hampir tutup pintu rahim tapi tak tutup. Yang mana satu entah..

Ini pula perbandingan antara normal placenta dan placenta previa
PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.



Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.

6 comments:

Ummi Zayda said...

petua yg bagus...ko try la wat yg mane ko mampu,jgn paksa dri...
weh..kalo aku tgok blogmu ni guna firefox ok..tp kalo guna google chrome ko punya widgets berserabut trutama kt header..ko try tgok kt google chrome...

PurpleSakura said...

aku xguna google chrome...
aku gune firefox..
hahahah..
so ko kene ikut aku..gune firefox..paham..hahahaha paksa rela ni

CikPuanIsteri said...

Good info...now sy 34 weeks...mse scan 26 weeks dktr ada bgtau yg sy nie low laying placenta..tp die de kate yg placenta akn naik bila baby pusing...minggu dpn kne g scan lg skali..harap2 da naik..kalo x kne admit hsptal... :'(

PurpleSakura said...

yeke...doa byk2..minum air kepala skali

fatihah said...

assalamualaikum..nak minta izin copy doa untuk anak...

fatihah said...

nak minta icin copy doa untuk anak