Tuesday, August 23, 2011

Low Blood Pressure

3:09 PM 2
Sejak semalam aku diserang low blood pressure and kesudahannya terpaksa berbuka puasa di awal pagi. Dahla muntah2 awal pagi.. Erk...tidakk...seksa woo muntah ni...cz badan akan jadi lesu lepas tu.


Smalam g check tekanan darah aku... 95/70. rendah dari biasa walau aku secara natural pon memang mempunyai tekanan darah rendah. Ini disebabkan mak aku and family belah mak aku semua darah rendah.Abah aku plak darah tinggi. So aku nye tekanan agak balance la sket tapi kadang-kadang akan jadi rendah. Pernah skali rendah smapi 75/55. Masa tu sendiri mau hengat aku xleh jalan..muntah semua ada.

Arini tpaksa rehat sejam di bilik nurse selepas dijumpai hampir pitam di toilet. Naseb ade orang masuk toilet masa tu. Oh tidakkk...

Pegi jumpa nurse dia check pressure aku dan suruh aku rehat. Arini pressure 101/80. Sudah ok..Yeay tp aku lemah sebab abes makan sahur tadi keluar bersama muntah pagi tadi.



Korang ade idea tak untuk stable kan tekanan darah. Chopp jgn suruh aku makan kerang dan hati. Sebab normally aku akan muntah and pening lepas tu. Kalo kerang bakar aku still ok sikit. Tapi tetap rasa nk uwek xtau nape..maybe sbb badan aku reject. Kalo makan time tekanan darah aku normal xpe. Kalo darah tengah rendah aku g makan dua benda tu alamatnye memang terjelepuk la aku macam orang keracunan makanan.
Read more...

Friday, August 19, 2011

Diskaun Tol Aidilfitri 2011– Senarai 24 Lebuhraya yang beri Diskaun

8:57 AM 2
Gud news untuk semua yang akan pulang berhari raya ke kampung halaman...Mereka akan diberi diskaun 5% hingga 37.5% pada 30 dan 31hb Ogos ini.tapi kebanyakan pengguna jalan raya semestinya sudah balik bermula 26hb malam lagi..Aduss...xdapek la merasa...

So aku xnak citer panjang...layan jela highway yang dpt diskaun tu:


Hati-hati di jalan raya buat diriku dan semua org.

Read more...

Wednesday, August 17, 2011

Missed En Hubby so much

11:24 AM 6
Entah kenapa arini aku rasa rindu sangat kat en hubby..

B...I missed u so much...sob sob....bila rindu aku sure tengok gambar ni cz ni gambar last aku snap masa atas keta aritu.....Lambat betul nak jumpa abi ni..

P/S: Entry merapu jiwang karat..
Read more...

Sunday, August 14, 2011

Berbuka puasa di Hotel Legend

1:48 PM 4
Akhirnya...sejak awal ramadhan aku belum berkesempatan berbuka di luar dengan kawan kawan. So smalam aku ada jumpa Yus..yang kelakarnya...janji nak jumpa kat Masjid Jamek cz aku g ngan tren je... then hujan..kami decide lepak je kat masjid until Asar cz leh solat siap. Skali kami terlepak dari kul 3.45 sampai kul 6pm..hehehe

Kami melepak sambil surf tempat berbuka. Sbenarnya nak try JW Marriot...skali fully booked..huwaaa...so kami booked la Legend Hotel. Hurm not bad. RM 102/pax tapi kalo pay using certain credit card dapat diskaun 20%. So aku gunakan je kad aku...dapatla save dlm RM40 untuk kami dua orang.

Cakap banyak tak guna poser-poser ni..Jom layan gambo smalam..Zasttt

Makanan KAMI
Mekyus with makanannye..

Abaikan muka saya yg serabai....

Erk...no nasi ye...

My favourite dish.....kambing panggang with black pepper sauce

Pencuci mulut..

Karipap sini memang best

 Soya, Guava juice and Teh Tarik..Terbaekkk

Nampak comel je kan

Murtabak, roti canai, udang celup tepung and cucur kot satu lg...


Read more...

Friday, August 12, 2011

Dugaan untuk ku

9:33 AM 2
Last week and a few weeks before aku amat happy bila mana update entry di blog. Tetapi sejak last week semuanya berubah. Mood aku tak menentu sehingga ke arini. Tapi aku slowly motivate diri sendiri untuk redha dengan apa yang terjadi. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Aku mengambil masa sebulan ni sebagai tempoh mengenal kembali pasangan ku. Ternyata aku tidak mampu hidup sendirian. Tetapi andai itu takdirnya nanti aku harus redha menerima ketentuan Illahi. Cume yang aku harap sekarang agar semua orang paham situasi aku skang.

Yang amat memeritkan aku, aku dipanggil oleh management sebab "MC' .. What the.... Aku sakit doc kasi la MC.Depa nak komplen. Amboi siap record medical aku operate pon kecoh. Siap mintak report doc. Ok fine. Kalau macam ni la gamaknya...xkuasa aku nak kerja dengan hati ikhlas lagi. Diorang amat tidak memahami keadaan ku sekarang. Ni pon ujian teruk buat ku kerana melibatkan periuk nasi aku. Syabas kepada yang busuk hati yang tak putus putus menduga aku. Aku doakan suatu hari nanti semua ini akan kau alami nanti. Amin.

Sehingga ari ni..setiap malam aku akan menangisi semua yang terjadi padaku. Semuanya tidak pernah memberi aku peluang untuk hidup sebagai orang lain. Alhamdulillah, aku dapat share dan tenangkan hati dengan kawan kawan di facebook. Bukan niat nak cari perhatian ke ape. Aku tak sanggup pendamkan nya sendiri. Alhamdullilah inbox facebook aku memang banyak masuk. Ada yang berkongsi amalan yang patut aku lakukan, ayat , surah..Semuanya aku hargai.

Insha'Allah aku akan pastikan setiap hari selepas Subuh dan Maghrib aku akan bertemankan dengan ayat-ayat suci alQuran. Aku semakin yakin dan tenang setiap kali selesai mengadu dengan Allah.

Aku berharap korang doakan jodoh kami kuat. Ku amat menyayangi suami ku. Rauzan.Hingga ke akhir hayatku ku cinta mu. Tapi suami aku ada memesan Cinta pada Allah haruslah no 1. Jgn menyintai makhluk melebihi DIA yang Berkuasa. Alhamdulillah. Aku selalu pegang kata kata ini sebagai sempadan untuk aku bertambah kuat. Insha'Allah.

Ku harap agar ada sinar untuk ku di hari mendatang.Amin. Insha'Allah
Read more...

Friday, August 5, 2011

Khairul Fahmi a.k.a Apek sah putus tunang dengan jejariruncing [Aimie Harmelia Mohd Hashumi]

11:04 AM 4




KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.


p/s: dapatkan senaskah HMetro utk membaca selanjutnya tentang pengakuan ibu KFCM tentang isu ini.

 

Read more...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Buffet 2011

4:11 PM 2
Hari ke3..aku dah tercari-cari buffet Ramadhan yang ada di KL neh. Hurm cadangnya nak pergi macam tahun lepas kan. Tapi kene tunggu en hubby or adik adik ada la baru best atau orang kata ade feel nak berbuka.

so..lepas gugel je aku jumpa banyak sangat result. So aku mengkopi pes (copy paste) aje la.
Ape kata kita layan pepetang ni sambil ambil mood nak ke pasar Ramadhan jap lagi.






Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL Ramadan Buffet
Price: RM135++ adult RM75++ Kids 3~11
Reservation: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Address: TH02, Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur


Hotel Maya Ramadan Buffet at Maya Brasserie
 Price: RM80 Adult (Half price for kids between 5 -12years)
Reservation: 03-2711 8866 ext 258
Address: 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia


Riverside Restaurant Putra World Trade Centre ( PWTC )
Tempahan:  03-40433999 / 03-449 3386
Alamat: No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur Harga : RM45 ++


Restoran Sri Melayu – Buffet Ramadhan Ramadan
Tempahan:  03-2145 1811 / 03-2145 1833 /  03-2020 5055
Alamat: No1, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Harga: RM70++ Adult, RM40++ Kids, 15% untuk warga tua


Boulevard Hotel Mid Valley Wild Rice Restaurant
Tempahan:  03-2295 8124
Alamat : Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Harga dari :11 - 15 Aug 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs
Harga dari : 16 Aug - 5 Sept 2010: RM85 adult, RM43 Kids 6 - 12yrs
Harga dari : 6 - 8 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs


HOTEL MAYA KUALA LUMPUR
Tempahan:  03-2711 8866  ext 258
Alamat: 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Websites : http://www.hotelmaya.com.my


Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan: 03-4043 7777  ext. 3301.
AAlamat: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.


Cititel Mid Valley Ramadhan Buffet
Tempahan: 03-2296 1188
Alamat: Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Harga dari :  11 - 17 Aug 2010: RM60 adult, RM30 Kids 6 - 12yrs
Harga dari : 18 Aug - 2 Sept 2010: RM70 adult, RM35 Kids 6 - 12yrs
Harga dari :  6 - 8 Sept 2010: RM55 adult, RM27.50 Kids 6 - 12yrs


Hotel Nikko Middle Eastern Treats Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan:  03-2782 6168
Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Harga: RM99++ Adult, RM69++ Child


Dynasty Hotel Selera Kampung Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan: 03-4043 7777  ext. 3301.
Alamat: 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.
Harga: RM68.00++ adult RM34.00++ child *


PNB Darby Park Cafe Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan:  03-7490 3838
Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur
Harga: RM65++ Adult, RM35++ Child


Corus Hotel Ramadhan Ramadan Buffet
Tempahan: 03-2161 8888  ext 123
Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.
Harga: RM63++ Adult, RM43++ Kids


Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL Ramadan Buffet
Tempahan : 03-2145 1811 / 03-2145 1833  / 03-2020 5055
Alamat: TH02, Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Harga : RM135 ++ Adult , Kids RM75 ++
Read more...

Tuesday, August 2, 2011

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam

3:40 PM 3

Malam tadi atas bus adik aku sms bagi tau esok puasa.

Alhamdulillah. Arini merupakan 1st day kita semua puasa yer. Rasanya belum terlambat untuk aku wish selamat menjalani ibadah puasa kepada semua bloggers yang beragama Islam dan juga kepada semua umat Islam di dunia.

Kejap je.pejam celik pejam celik ...dah 1 August 2011. Aku rasa amat mengantuk arini. Almaklumlah pagi tadi pukul 6 sampai dari kampung. Teramatla penat.

Read more...

Follow Us @soratemplates