Lama betul daku tak menjengah ke dunia blogging ni. Bukan dah pencen tapi komitmen banyak bebeno sampai rasa cam xde mood sangat nak update blog. Tapi ku selalu update kot instagram jele..lagi senang kan.
Hari ni genaplah setahun usia cinta hati kami, Mya Zara Raihana. Tahun lalu si comel ni kulahirkan secara pembedahan di KPJ Perdana, Kota Bharu tepat pada pukul 10.59am, 29.03.12.
Kini sayang dah setahun, dah pandai berjalan dan skarang mulut nya cukup pandai bebel dan mengajuk cakap kami. Gaya macam nak join orang dewasa bersembang.
Cepatkan masa berlalu. Tapi ku tak serik lagi untuk pregnant erk...walau diduga alahan teramat teruk tapi amatlah berbaloi kerana dikurniakan anak yang comel dan bijak. Oh yer dia suka menulis...opss raihana tak kidal macam umi..huhu...
Ape pon..umi and abi wish you Happy 1st Birthday dan semoga menjadi seorang anak solehah dan bijak dan berguna di masa hadapan.Insha'Allah.
Salam love from Abi and Ummi....Muahsss...
Friday, March 29, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)