Honeymoon di Cameron 2013 - Part 1

9:41 AM

Semalam adalah our 5th anniversary so daku and en asben dah celebrate g Cameron seminggu awal memandangkan KL ade cuti wilayah. Nasib orang tak la ramai sangat, biasa je.

Kami sampai dah lewat, dah dekat waktu orang nak solat Jumaat. So aku just drop en abi solat kat masjid Brincang and aku bersama Raihana g check in sambil leh rehat skejap. Kami booked Hotel Titiwangsa je guna Agoda. Rate masa tu RM188 siap breaksfast and dinner steamboat. So okla tu kan. Overall hotel ni bagus.

Jom Layan aktiviti kami...

 on the way..aksi manja..

Tengokla ape yang dipelikkan sangat dengan kunci tu..so ape lagi..explore la


Yeah..i got the key..

Opss...gambar bathroom. nanti ada citer sebalik gambar ni..jeng je jeng...


After en abi solat aku dah kuar tunggu depan masjid, ngam sampai dia baru jalan kuar. So kami pusing-pusing beli jagung manis dulu and keledek yang sedap. Ronda-ronda and balik hotel untuk tukar baju Raihana and solat.

Next, aktiviti beli teh kat boh tea. Aku suka kat sini sebab view cantik dan tenang. Sempat lagi en abi cakap 'yang jom g kat tepi tu..ombak rindu'. Haha see kuat kan penangan ombak rindu.haha.


Model teh. Beli 1 teh boh ni ye..Sambil jari tunjuk isyarat 1Malaysia.

 Ummi and abi just beli teh untuk family and sniri sikit and plan nk datang esok pagi sambil minum tea kat tepi tu.sebab dah lewat petang tak syok nak lepak sebab depa dah tutup kedai.


On the way balik ada satu port orang benti amek gambar..so kami tumpang sekaki...


 Aksi Raihana sebab geli geleman tengok pokok teh ni

bersambung....

You Might Also Like

5 comments

Like us on Facebook