Bahayanye Menghisap Shisha

9:22 PM

Tgh duk surf tenet utk wat assignment ku...tetibe jariku terhenti ..chewah ayat...sebab nye ade slot iklan kt tv show yang hisap shisha ni bahaya...Patutla mak aku and adik aku yg bakal doc tu asek bising bila tgk adikk aku hisap shisha kt umah...ekcelly adik aku ade beli set shisha..dulu die beli utk biz...skali dh stop skang..hehe


So aku surf la utk tau lebey detail ape bahaya nya isap shisha..

RESULTS nya ialah
^
^
^
^
^
^
^
1. Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Eii yerk... 

2. Arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok

3. Menghisap shisha selama sejam,kesannya sama seperti menghisap 400 batang rokok.
 
4. Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan carcinogen yg tinggi. (carcinogen adalah bahan kimia yg membantu pembiakkan sel kanser). Lebih tepat lagi, penghisap shisha menyedut lebih karbon monoksida berbanding perokok biasa (berdasarkan fakta sebatang rokok mampu bertahan 5 – 7 minit manakala shisha mampu bertahan sehingga 60minit!)

5. Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yg hampir sama dengan perokok biasa.

6. Asap yang dihembus oleh penghisap shisha berpotensi menyumbang kepada kesan secondhand smoker kepada orang disekeliling. (secondhand smoker lebih terdedah kepada risiko kanser paru-paru berbanding perokok tegar!) uwaaaa xnakkkk aku lalu kot org hisap shisha..

7. Bg kaum ibu yg mengandung, menghisap shisha mampu menyebabkan kandungan yg dilahirkan tidak cukup berat atau tidak matang.

Isk..teruknye...so tepuk dada tanya selera....

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook