Monday, October 24, 2011

Kahwin 72 Tahun, Mati Berpegangan Tangan






Nak share satu story ni....tetibe terpanggil untuk post entry ni...


KISAH cinta sejati di zaman moden terutama di dunia barat di mana kadar perceraiannya amat tinggi mungkin sukar untuk didengari lagi.

Namun, sekali-sekala akan timbul juga kisah yang mampu menarik perhatian dan mungkin air mata kita.

Gordon dan Norma Yeager dari Iowa, Amerika Syarikat melayari bahtera perkahwinan selama lebih 70 tahun.

Selepas sekian lama, pada usia 90 tahun (Norma) dan 94 tahun (Gordon), takdir menentukan kedua mereka terbabit dalam satu kemalangan.

Mereka kemudian dikejarkan ke hospital bersama dan diletakan berpegangan tangan di unit rawatan rapi.

Beberapa jam selepas itu, Gordon berhenti bernafas dan meninggal dunia.

Namun, berlaku sesuatu yang mencerminkan betapa mendalam dan sucinya cinta kedua insan itu.

Walaupun sudah meninggal dunia, monitor hospital mengesan jantung Gordon sebagai masih berdegup.

Rupanya, isteri beliau Norma ketika itu masih hidup dan disebabkan mereka berpegang tangan, monitor itu mengesan degupan jantung isterinya.

Seolah-olah Gordon masih bernafas dan seolah-olah jantungnya berdegup melalui degupan isterinya.

Tidak berapa lama selepas itu, Norma juga mengikuti jejak suaminya.

Selepas 72 tahun berkahwin, kedua mereka meninggal dunia sambil berpegangan tangan.

“Mungkin ini adalah satu rahmat bagi ibu bapa kami kerana mereka selalu berkata tidak boleh salah seorang pergi dahulu meninggal seorang yang lain,” kata anak mereka, Dennis.

Kedua mereka meninggalkan dua orang anak, 14 cucu dan 29 cicit.

Norma berkahwin pada hari dia tamat sekolah menengah pada tahun 1939.

Sejak berkahwin sehingga kini, kedua mereka amat jarang sekali berenggang.

Khamis lalu, mayat mereka diletak dalam satu keranda dibakar bersama sebelum abu keduanya dicampurkan.

****Sumber: http://mynewshub.my/2011/10/23/kahwin-72-tahun/

Saturday, October 22, 2011

My Pregnant Story : Perkembangan bayi di minggu ke 14

Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.

Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Source: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/14-minggu/

Friday, October 21, 2011

My Pregnant Story : I'm 14 weeks now..

Sminggu aku tak sempat update blog. Ni gara gara bz dengan assignment. Malam tadi baru group kami siap present. Baru la lega sikit. Tapi semester ni aku rasa amat tough even just amek dua subject. Each time duk ngadap buku..masa tu la datang rasa mengantuk la pening la...selalu aku tido je siap ngan bantal kat tepi meja study. Yang paling tak tahan masa aku berjaga malam siapkan assignment...aku still menghadapi masalah muntah teruk. Macam tiga malam lepas..3 jam aku bertarung muntah dari pukul 12 tgh malam sampaila 3 pagi. Langsung xleh baring. Seksa jugak camtu.Dahla sorang-sorang, nak kejutkan adik rasa macam tak perlu kot sebab just muntah. Yang tak tahan nya sebab muntah ni bukan muntah air..tapi muntah isi makanan...seksa wooo....

Alhamdulillah, skang aku dah masuk minggu ke 14, 5 hari lepas g scan doc cakap dah masuk minggu ke 14. Nampak baby tengah gerak-gerakkan tangan nya. Rasa takjub sangat dapat lihat hebatnya kuasa Allah yang tercipta di dalam rahim sendiri. Syukur ya Allah.

Arini g keja sempat singgah kat ade gerai adik tu..Actually tiap hari asal lalu je aku teringin nak makan nasi lemak nya. So tadi beli...memang sedap...abisss licin aku makan....layan pulak dengan milo O panas..pergh memang sedap. tak sabar nak tunggu lunch time, nak pekene lagi milo O....sedap sangat minum yang pagi tadi...

Esok Sabtu, yahuuuu leh sambung tido pagi esok. Rasa macam i need more rest je.

Okla sambung besok.

Wednesday, October 12, 2011

My Pregnant Story : I'm 13 weeks now..

Alhamdulillah..skang ku dah masuk minggu ke 13..bermulanya fasa 2nd trimester...skejap je pejam celik pejam celik dh 3 bulan ++ dan kandungan ku. Doakan semoga semuanya selamat ye kawan-kawan. Amin.

Tadi lunch ku belasah sirap bandung....dan tak cukup dengan tu ku tapau lagi bandung cincau..auuu mmg giler pinki la aku kali ni..arini g kje pakai baju inner pink tudung pink..gara-gara malam tadi kempunan nak air sirap bandung tapi x dapat. kalau ade orang lain ngan aku masa tu sure ku dapat merasa dah sirap bandung malam tadi. en hubby plak dah balik Perak..huwaaa..


Ok jom kita tengok ape jadi masa minggu ke 13 ni...jom...


Pregnancy Week 13: All About Baby

Week 13 marks a milestone for your baby-to-be. Developmentally speaking she's no longer an embryo, but a fetus. She's looking—and acting—more and more like a baby every day. She appears to be resting because her eyelids have formed and are fused together, but her arms and legs move and twitch (although you probably can't feel it … yet). She can suck her thumb, too.

source : http://www.babyzone.com/pregnancy/week/article/13th-week-pregnancy


What's happening with your baby:

A fetus at 13 weeks is around 3 inches now and weighs between ½ ounce and ¾ ounce (or 13 to 20 grams). Her peach-sized body has doubled in weight over the last two weeks, but her head (which composed nearly half of the body length until now) won't be growing quite as fast as the rest of her body through the next two trimesters.



While your baby continues to grow in length, her internal organs are growing in complexity. Her liver begins to secrete bile, her pancreas starts to produce insulin and her intestines have moved from the umbilical cord into her abdomen. Changes are happening on the outside of a 13 week old fetus, too: the eyes have moved closer together on the front of the face, the ears are settling on the side of the head and the little muscles around the mouth are able to form a smile or a frown. A 13 week ultrasound would show a tiny human form with limbs, a discernible head and a fluttering heart beat.

http://www.surebaby.com/pregnancy-and-birth/week-by-week/pregnancy-week-13.php

Monday, October 10, 2011

My Pregnant Story : Kisah Air Bandung

Last Friday, aku makan kat kantin opis..aku nak order air tapi tak de idea..so aku mintak ade akak tu cadangkan ..dia bagi cadangan sirap bandung. Ape lagi aku order la sirap bandung. Perghhh sedap...dan aku berjaya abiskan segelas air bandung tanpa muntah balik selepas makan. SUCCESS.

So wiken aritu sampai tengah hari tadi, asal g kedai je..en hubby akan belikan sirap bandung untuk aku. Memang kompem abes aku teguk.opss share ngan en hubby la...

Tadi pon masa duk opis aku sms en hubby..datang amek awal sket cz leh singgah belikan air sirap bandung untuk aku. Hurm Alhamdulillah buat masa skang aku dapat minum air bandung ni..

perghhh..sirap bandung pojaan hati ku...

Update sket citer alahan aku..aku still alahan walau berkurang (cz aku makan B complex ketika makan - member aku suggestkan)...tapi aku akan muntah jugak bila rasa loya especially time bangun tido or tengah perut kosong. Dan pagi tadi masa nk solat Subuh..ku muntah air and ade darah-darah...maybe tekak dah luka..arghhh..

Aku half day arini...kul 10.30am aku tido kjap..kul 11.30 bangun..masa tu en hubby g belikan makan untuk ku bersama sirap bandung ku...aku pulak duk dalam toilet..muntah tak henti-henti. bila stop tu..okla..tiba-tiba muntah lagi kuar pekat merah ketul-ketul kecik2...aku saspek darah. aku tunggu en hubby balik and bagi dia tengok... yerkkk.. dia pon terkejut tapii maintain cakap xde ape ape...hoho....
ok kot...xde ape2 kot...tekak sakit...so maybe luka di tekak...

Okla dah nak balik keje...x sabar nya nak teguk sirap bandung ku..
arghhh arini ade kelas la....malas nya nak g..

Friday, October 7, 2011

My Pregnant Story : Alahan yang masih belum hilang

Alhamdulillah sekarang kandungan ku sudah masuk 12 minggu ++. Sehingga ke hari ini ku masih lagi dihantui masalah alahan yang amat teruk. Smalam pon ku sudah MC cz sudah dua hari x mampu bekerja dengan baik di tempat kerja. Ape sahaja yang dimakan akan keluar semuanya dengan mudah sahaja. Kadang-kadang rasa sedih tapi apa boleh buat dah itu memang normal simptom untuk orang peknen. Ape pon ku berdoa semoga fasa alahan ku akan cepat berakhir. Amin.

Siang terjaga je dari tido, terus rasa loya tekak. Sebelum solat Subuh sudah pasti ku akan muntah air sahaja sehingga lembik. Kadang-kadang amik masa 15 minit baru dapat berwuduk. Masa tu muntah sampai terkencing la orang kata. Memang perit wooo...


Oh ye dekat sbulan awal peknen aku x mampu drive sniri sbb asek nak pitam..Allah je yang tau masa tu...

Walaupon aku tinggal bersendirian ku masih dapat uruskan diri sendiri walau kadang-kadang terlantar sendirian tanpa pengetahuan sesiapa. Tak sorang pon yang mau amek peduli. Naseb baik ku punyai asben and adik yang banyak membantu ku. Kawan-kawan..huh...ada yang baik menanyakan kabar..mendoakan agar ku cepat sihat..tapi x kurang juga yang mula mendiamkan diri menjauhkan diri dari aku. Aku pon xpasti kenapa. Ape boleh buat...aku nak bawak diri pon huyung hayang kadang2..inikan pula nak pikir orang lain. So skang hidup mau diteruskan. Tak sabar tunggu adik ku stay ngan aku. Sekurang-kurang nya ada orang yang dapat ku mintak tolong dekat dengan ku.

Almaklumla tinggal sendirian macam tu la. Tapi takpe..Aku redha sebab semua ni ketentuan dari Illahi. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Sambung pulak episod lain....Ni episod luahan perasaan je kot..ngeh ngeh ngeh..
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template