6th month of Mya Zara Raihana

10:46 AM

Ni testing untuk post entry guna iphone. Tadi nak try transfer gambar macam tak leh plak. Ke aku x connect haha.


Agak lama tak update citer tentang my lil girl ni. Dia dah masuk 6 bulan sabtu lepas. G timbang and beratnya naik sikit je. 6.6kg. Maybe dia dah terlalu lasak kot sebab tu la dia tak naik sangat berat.Skarang dia dah mengesot dengan lajunya. Dah mula belajar duduk walau tak brape nak stabil. Dan sudah pandai duduk dalam posisi merangkak dengan jayanya. Chaiyok dear.


Malam tadi aku noticed dia dah mula menggerakkan lutut ke depan untuk merangkak tapi tak stabil. Sokmo tumbang hehe. Nasib ummi dah get ready toto 3 lapis plak tu. tiap minggu kena basuh huhu. Nasib washer machine ku besar so muat la.

Abis riben teddy bear kecik ni dikerjakannya.


You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook