Friday, October 1, 2010

Lif oh Lif.....

Lif oh Lif...huhu..aku hampir fobia nk naik lif sbenarnya...tp disebabkan xde pilihan utk naik umah aku tkt 11 tu..tpaksala jugek menggunakan lif... Dulu aku pernah ade experience duk dalam lif tiba lif tu mcm terhenjut naik sniri and turun sniri..masa tu...Allah je yang tau..aku bertiga masa tu..dahla ngan mat indon..naseb die pon baik...tlg cool kan keadaan...huhu..lpas tu aku cuak xmo masuk lif tu..lama2 dh ok...

Pagi td masa bersiap nkg kojer...aku layan channel 708..layan hot fm tv...dengar derang duk citer issue lif terhempas dr tingkat 6..OMG...dhla happen kt PJ...lagi la haru...
Kesian kan..aku tumpang simpati pada mangsa...and sepatutnya pihak pengurusan tu...sepatutnya ambil perhatian serius ttg facilities kat situ kan..dahla owang bayar maaa...adesss...

Jom layan zasst citer...source from Utusan Online...

Oleh ASSIM HASSAN
kota@utusan.com.my

PETALING JAYA 30 Sept. - Sepasang suami isteri dan dua pelajar mengalami detik-detik mencemaskan apabila lif yang mereka naiki rosak dan tiba-tiba terhempas ke bawah dari tingkat enam, Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri, di sini hari ini.

Berikutan kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Rahim Yunus, 30-an mengalami patah ibu jari kaki kanannya manakala isterinya, Zarinah Jaafar, 30-an, seorang guru cedera di pinggang dan siku kiri.

Dua lagi pelajar iaitu S. Kugahan, 14, patah kaki kanan manakala Azizah Ermonchatib, 13, cedera di bahagian punggung. Kesemua mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Rahim yang ditemui di PPUM memberitahu, kejadian berlaku semasa dia dan Zarinah ingin ke tingkat 10 untuk mengambil anaknya yang dijaga oleh seorang pengasuh.

Katanya, turut sama menaiki lif berkenaan ialah Azizah dan Kugahan yang baru pulang dari sekolah.

"Saya, isteri dan Azizah ingin ke tingkat 10 manakala Kugahan di tingkat lima. Namun, lif tidak berhenti pada aras lima hingga menyebabkan Kugahan menekan berulang kali nombor lima agar lif itu berhenti.

"Bagaimanapun tiba-tiba lif itu rosak dan terputus bekalan elektrik di tingkat enam lalu terhempas," katanya sambil memberitahu kejadian tersebut berlaku begitu pantas.

Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri berkenaan, Thambi Chik Hassan berkata, dia kesal kerana pihak pengurusan pangsapuri itu tidak menyenggara dengan baik lif di kawasan tersebut.

Katanya, mujurlah kejadian itu tidak meragut nyawa penduduk di pangsapuri berkenaan.

"Setiap bulan penduduk membuat bayaran penyenggaraan antara RM45 dan RM50 sebulan, namun pihak pengurusan gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk.

"Sebelum ini pun memang hanya dua lif yang dapat digunakan walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri itu.

"Kini penduduk akan mengalami kesusahan apabila satu lif sahaja yang boleh digunakan penduduk," katanya lagi.

Sementara itu, Penyelia Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, di sini, Seman Awang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.17 petang.

Katanya, sebaik sahaja tiba, tiga daripada mangsa telah dikeluarkan oleh pekerja penyenggaraan sebelum kesemua mereka dibawa ke PPUM untuk menerima rawatan.

0 comments:

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template