Thursday, May 12, 2011

Bandung Trip - Part 3

Ok back to story kita iaitu Bandung Trip - Part 3. On 2nd day aku tidak menggunakan khidmat supir kerana aku and en hubby nak cuba naik angkutan kota. Especially aku agak takut naik benda ni cz takut terlepas mau turun nanti.Susah jugak kan.

So hari kedua ni after breakfast di hotel , kami ke kedai runcit sebelah hotel untuk beli topup sim kad Mentari kami. Ini adalah untuk ber'sms' dengan family if let say ada barang-barang yang diorang nak kirim nanti. Elok je keluar dari kedai ada satu angkutan berhenti. Kami pon naik la angkutan tu dan berhenti di mana tah. Supir angkutan itu suruh kami turun dan jalan kaki cz angkutan tu tak lalu kot Pasar Baru. Tapi aku tak nak jalan kaki...Aku g tahan angkutan lain.haha nasib baik betul so kami berhenti di celah-celah lorong menuju ke Pasar Baru. Tu pon ade mak cik dalam angkutan tu bagitau aku dah sampai. Hihi

Pasar Baru main entrance

Kami sampai di sini kul 10 pagi. Agak awal kot compare kalo nak bershopping bila di Mesia mana ade aku terpacak kat kedai kul 10 pagi. So dua jam pertama hanya dihabiskan untuk survey barang-barang dan harga. Actually bagi aku pasar baru ni  biasa je maybe sebab dekat tempat aku, iaitu kat kampung aku ia macam suasana di atas Pasar Besar MPKB and Pasar Siti Khadijah. Maybe kat sana ada banyak lagi kedai kot. Yang menariknya ada kedai jual kain pasang. Kat sana dipanggil 'kain ke bahan' tah. aku lupo.

Sampel baju dijual di sana
Akibat dari shopaholic kat sana, kami skip lunch time kami. Huhu.Petang tu balik dengan angkutan tapi silap angkutan. Mula-mula dah betul, tapi bila stop di stesen Kebun Kelapa. Sampai di sana nanti kami kene tukar angkutan. En hubby dah bising sebab leceh. Nyesal pon ada sebab angkutan kedua ni lah kami sesat and end up dengan naik taxi lain untuk balik ke hotel .Benci betul aku kat supir tu. Masa sebelum naik tu semuanya bagus, route pon betul la macam2.

Akhirnya kami selamat sampai di opis before kul 7 pm aritu. Naik bilik hotel mandi, solat dan cepat keluar. Kami berjalan sepanjang 'Chiwalk'. Sambil cari kedai untuk makan malam tu. Bila dapat tau ade Restoran Ampera di hujung jalan tu, terus kami berjalan kaki ke sana. Naseb baik jumpa kedai tu, then kami terus makan. Aku suka makanan sunda kat sini compare to Masakan Padang.

Note : Be careful bila dekat sana jaga elok2 beg sebab bukan ape tengah dok shopping ade jugak yang dicapek. Capek ni ragut la.

0 comments:

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template