Tuesday, May 10, 2011

Bandung Trip - Part 2

      Hokey..meh kita smbung Bandung Trip aku part tu..heheh dh dekat sebulan dah aku ke sana..ni baru nk updet..sowyy..hope korang tak jemu untuk baca post aku seterusnya.
.
.
....
      Pagi tu.. kami berdua bangun awal. seawal 5.30 solat subuh siap siap semua..tapi adeii tertido  balik..kul 6.30 bangun mandi and siap untuk keluar. After breakfast kat hotel (arghhh xsuka sangat breakfast nya..ku hanya suka fresh orange and red guave juice dia jer.memang sedap giler). Kami janji dengan supir kami a.k.a Nelly untuk jumpa dalam 8.45. Destinasi pertama semestinya Tangkuban Perahu. Asyik tengok orang ke Bandung sure ade post gambar kat situ, so kami pon teringin juga bergambar kat situ. 

     Oh ye kat Tangkuban Perahu tuh ignore je kalo orang datang jual tepi tepi tu..Kadang-kadang diorang suruh rasa strawberi. FREE katanya. At the end, diorang akan ikut kita until kita beli. Mana aci kan. Aku cakap ni cz kawan aku dah pernah kena. Kesian die. Ok jom kita layan gambar di Tangkuban Perahu kejap.
 at Tangkuban Perahu, Bandung

 Nampak tak kawah di belakang kami??

 with Nelly a.k.a supir kami di sana..

Gambar kawah di bawah sana

       Ok habis story Tangkuban Perahu, kita turun plak menuju ke bawah. On the way, ternampak sate kelinchi. Kat sini dipanggil Arnab or Rabbit. Adoi laki aku nak try plak. So Nelly cakap situ best tapi die tak nak makan cz terbayang kesian kat rabbit tu. Oh no...

 
ME with Kelinchi..comel kan???

 Ni paling comel..arghh geramnya

 Sate Kelinchi

Kuah sate

Abis kat situ..sempat lagi singgah petik strawberi kejap. Tapi tak besh macam Cameron Highland. Maybe sebab dah kat bawah and cuaca panas masa tu. 

 Strawberi ditanam dalam guni. Compare dengan tempat kita ditanam di rak kasi die menjalar.


 Abis citer strawberi, next disebabkan perut dah lapar Nelly membawa kami ke Kg Daun. Nyum nyum..tempat ni cantik macam makan kat kampung. Kami dapat pondok di depan air terjun. Chantek sangat.

 Depan pintu masuk Kg Daun

 Pondok untuk dijadikan tempat makan. So nice best sangat dengan deruman air terjun dan sejuk

 After dah confirm mana yang nak diorder, ketuk benda ni untuk panggil waiter diorang. Unik kan.

 Makanan with us.
ME and interfrem..hehe

      After makan, kami request Nelly untuk bawa kami shopping pakaian. Almaklumlah pakaian hanya dibawa dua helai. So Nelly bawa kami ke Rumah Mode. Yahoo best jugak sini. Banyak  choice sampai mula- mula aku masuk macam agak blur cz tak tau mana mahu terjah dulu.

at Rumah Mode

After ke Rumah Mode, kami ke Toko Tiga untuk shopping jeans and t shirt sikit untuk adik adik kami. Kat sini aku tak snap gambar disebabkan telah kenepatan.

Hasil tangkapan untuk hari kedua.

Kami abis shopping di Toko Tiga dalam pukul 8.30 malam. Lepas tu ajak Nelly makan. So dia bawa kami ke Restoran Ampera iaitu restoran yang menyediakan masakan sunda. I like. Sedap gile. Kalau sesape pergi sana sila order air strawberry.. Memang masyuk gila.

Ok la esok kita sambung citer part 3 plak..daaaa

0 comments:

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template