Aktivity Hujung Minggu

9:38 AM

Semalam dalam pukul 12 en hubby sampai KL. Dia gerak terus lepas abis kerja shift malam. Kesian dia. Sampai tu aku dapat siapkan sayur goreng campur and ayam masak merah. Sbenarnya kuah masak merah mak aku dah sediakan 6 tupperware. So aku just bekukan. Bila nak guna, cairkan nya. Senang kan.

After makan solat, kami terus ke UNISEL, Nak anta adik aku ke sana sebab barang-barang nya banyak.


Haa visitor pass untuk masuk hostel area. Hostel nya cantik (kalo compare zaman aku belajar dulu kat UTM..tapi UTM tetap di hati ku)


Lepas tu kami meneruskan perjalanan balik. On the way ingat nak jumpa yus kat Selayang. Tapi dia kat Pavilion. So aku terus ke sana jugak sambil nak terminate Maxis Broadband aku. Aku tak risau sangat ke Pavilion sebab aku akan call adik aku untuk tanya parking mana senang and dekat ngan outlet yang kita nak g. Lagi satu adik ku memang hafal la direction dalam Pavilion. Almaklumlah die pernah jadi Technician kat Pavilion.

Bila sampai, benda pertama aku buat lepas dapat parking ialah snap no tiang. Senang kalo x jumpa leh call adik aku tanya.haha


Terus ke Maxis Centre dengan guide dari adik aku.. Tq Pi. Lpas tu lepas OldTown skejap sembang ngan Yusz. Lepas tu aku g toilet.. ape lagi...Uwek uwek time la....

Dah uwek lapo plak..So ape lagi... terjah Teppanyaki. Naseb tak payah menunggu, terus dapat seat.



Aku order beef and en hubby order lamb.


Makan cepat-cepat cz adik bongsu aku dah sampai tren Bukit Jalil. Balik ikut MEX hiway, dlm 15 min je dari Pavilion dah sampai sana. So bawak adik aku plak g makan. Bila bab ni aku paling bengang. Kedai kat area umah aku la...konon mcm best. Bukak meja banyak ala-mamak. Tapi service macam haprak. Tunggu order 20 min baru amek. Hantar air 20 min lepas tu. Makanan sampai sejam lepas order. Disebabkan aku malas cari kedai lain je terpaksa menunggu kat situ. Next time...sorry. Dahla mahal.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook