Raihana sekarang dah 6 bulan setengah. Banyak perubahan yang aku dapat lihat. Dia dah mula duduk dengan sniri walau tak berapa stabil dan juga mula belajar merangkak perlahan-lahan. Ape yang pasti dia memang lasak sepanjang masa walau ketika tidur. Kami selalu terjaga dan alihkan dia supaya tidur di tempat asal atau tempat yang selesa.
Tengah melasak sambil explore semua yang ada.
Ok untuk perkembangan bayi 6 bulan, kebiasaannya bayi:
Menjelajahi dengan menggunakan tangan --> Ya, memang pon
Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?--> Hurm macam kidal je tapi maybe too early kot
Belajar bergolek--> Raihana memang expert bab ni
Bayi anda walaupun kecil suka bersosial --> Ni pon iyer jugak. Pastu mula la ngekek-ngekek gelak
Main mainan jenis bergilir-gilir--> betul especially bila dalam walker or bila baring kat toto nye
Bayi anda yang suka membebel--> Tak sangat lagi
Merangsang derianya--> Memang, mudah rasa geli
Gembira semasa mendengar cerita--> Ni pon sakan dia gelak kalo orang bercerita
Aku dah start perkenalkan makanan untuk si kecik ku ini. Macam-macam resipi simple yang aku buat supaya dia tak bosan.
Nanti ada masa aku upload gambar dia tengah seronok makan.
Dah pandai pegang sendiri rupanya, baru ku perasan yela time kat umah mane guna botol..direct feeding aje. Bagus bagus anak ummi ni eh.