Thursday, April 14, 2011

Takziah buat yus dan Al Fatihah untuk arwah suaminya

Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan satu call dari number tidak dikenali. rupa-rupanya dari nira Ambank tempat kerja yus kawan baikku. Dia bagitau aku yus kat hospital so aku hanya suspect dia sakit kencing manis la.. tapi sangkaan ku meleset kerana nira bagitau yus accident pagi tadi semasa dalam perjalanan dari kampung ke KL. Yang paling menyedihkan ku suami nya meninggal di tempat kejadian. Al Fatihah semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin. Aku juga berdoa dan berharap kawan-kawan yang lain berdoa semoga yus tabah menjalani ujian dari Allah. Allah mahu mengangkat darjatnya. Harap die kuat dan aku with kawan-kawan lain sentiasa memberi moral support agar yus tidak keseorangan. Insha'Allah. Amin.

Ini adalah petikan yang diambil dari Metro Online.

Peniaga maut, isteri parah kereta terbabas



GUA MUSANG: Seorang peniaga terbunuh manakala isterinya parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, hari ini.
Sharpan Che Soh, 38, yang memandu kereta itu cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah, isteri mangsa, Yusdiawati Yusof, 30, kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, pasangan itu dalam perjalanan dari Kampung Binjai Dua, Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur untuk tujuan perniagaan.

Mayat Sharpan, yang dibedah siasat di HGM, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai Dua petang ini.

***Al Fatihah  ***

0 comments:

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template