Thursday, December 22, 2011

Wedding Shiken kat Seremban

Alamak..nama wedding Shiken..tapi aku tak sempat snap gambar pengantin masa pergi cz handbag dipegang oleh en hubby. Tapi takpa nanti aku update later nak amek dari facebook Shiken.

Sabtu lepas aku dan en hubby ke Seremban. Kali ni aku excited giler nak ke sana cz dapat jumpa kawan-kawan lama masa study kat UTM. Tapi most of them ni ex-UTM Pahang. and aku pulak  ex-UTM Skudai. Kami ditakdirkan stay serumah masa 3rd year di Skudai. Memang kamceng la bila dah duduk serumah. Macam-macam ragam dapat tengok.

So..layan jela gambar yang mak buyung sempat snap.

1st mestila gambar en hubby terchenta

 3 mak buyung

Kami....

Last jumpa Lee rasanya masa duk study dulu la..

Dengan ita ni aku ade la slalu jumpa... ex-osmet aku after keje masa duk Bukit Jalil..

p/s: masa ni baby kat dalam 22 weeks ++.

Tuesday, December 20, 2011

CheckList Sebelum Bersalin

Skang masa untuk senaraikan barang-barang keperluan untuk si ibu dan bakal bayi. Almaklumlah skang musim sale... So why not beli dulu sikit2 time sale ni.
Banyak jugak yer... ni aku dapat dari geng RatuHati.. Credit to AlinRahman cz sediakan list ni. Tq Alin.

Hospital Checklist * Untuk Ibu *

1 Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2 Kad Pengenalan
3 Telefon Bimbit
4 Baju/Blouses 5
5 Stokin 2
6 Kain Batik 3
7 Baju/Seluar Dalam 5
8 Skaf Kepala/Ki 2
9 Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10 Majalah/Buku
11 Tuala Mandi
12 Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
13 Tuala Muka 1
14 Selipar 1
15 Kamera
16 Air/Minyak Selusuh
17 Minyak Angin
18 Air Zam Zam
19 Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
20 Termos Air Panas
21 Bag Plastik
22 Baju Sejuk (Sweater) 1
23 Sikat 1
24 Breast Pad 4
25 Nursing Bra 4

* Untuk Bayi *

1 Baby Diapers 6
2 Baju 3
3 Minyak Telon 1
4 Baby Wipes/Wet Tissue
5 Tuala Mandi 1
6 Stokin/Sarung Tangan Bayi 4
7 Peralatan Mandi
8 Selimut/Bedung 3
9 Barut 5
10 Topi 1

* Keperluan Berpantang (Untuk Ibu) *

1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (MemberiKeselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu KalauTandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahanSegar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

boleh ke makan buah-buah ni??? Hehe

* Baby Gear *

1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi


* Diapering *

1 Napkin 1 pek
2 Lampin Pakai Buang 2 pek
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

* Baby Care & Grooming *

1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70%- cuci pusat sebelum luruh(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls

* Nursering *

1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

* Feeding *

1 Botol saiz S 2
2 p*t*ng Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos


* Travelling *

1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlujika BreastFeed)
4 Infant Carriers

* Bathing *

1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

* Extra *

bajet nak beli stroller Mac Laren..hehe

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

Friday, December 16, 2011

iPhone 4S launched in Malaysia

Cantik ..Menarik dan Tertarik... huhu.. Gadget Impian ke?? tak kot... aku admire lain punya gadget tapi yang ni pon boleh tahan jugak.

iPhone 4... arini baru dilancarkan di Malaysia... tengok betapa ramainya manusia berebut untuk menjadi orang terawal memilikinya..

Jom layan video nya kejap..

Thursday, December 15, 2011

Janin yg berumur 15minggu hidup didunia…


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.








Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?



Wednesday, December 14, 2011

Invitation to "Malam Pratonton Papa I Love You"



Malam tadi check email...tup tup dapat email invitation to "Malam Pratonton Papa I Love You"..
Hurm...leh bawak pasangan..sape lagi kalo bukan en hubby. Hope dia ada sini la masa tu. Kalo tak..harus ku bawak adik aku.

Tak sia sia aku join contest tu. Ni kali kedua dapat join pratonton under Metro Wealth.. Cayalaa...


Sinopsis "Papa I Love You"

Filem Papa I Love You turut dibintangi pelakon cilik, Mia Sara Nasuha sebagai Mia. Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.






Jom layan trailer citer ni..


Monday, December 12, 2011

Aktivity Hujung Minggu

Semalam dalam pukul 12 en hubby sampai KL. Dia gerak terus lepas abis kerja shift malam. Kesian dia. Sampai tu aku dapat siapkan sayur goreng campur and ayam masak merah. Sbenarnya kuah masak merah mak aku dah sediakan 6 tupperware. So aku just bekukan. Bila nak guna, cairkan nya. Senang kan.

After makan solat, kami terus ke UNISEL, Nak anta adik aku ke sana sebab barang-barang nya banyak.


Haa visitor pass untuk masuk hostel area. Hostel nya cantik (kalo compare zaman aku belajar dulu kat UTM..tapi UTM tetap di hati ku)


Lepas tu kami meneruskan perjalanan balik. On the way ingat nak jumpa yus kat Selayang. Tapi dia kat Pavilion. So aku terus ke sana jugak sambil nak terminate Maxis Broadband aku. Aku tak risau sangat ke Pavilion sebab aku akan call adik aku untuk tanya parking mana senang and dekat ngan outlet yang kita nak g. Lagi satu adik ku memang hafal la direction dalam Pavilion. Almaklumlah die pernah jadi Technician kat Pavilion.

Bila sampai, benda pertama aku buat lepas dapat parking ialah snap no tiang. Senang kalo x jumpa leh call adik aku tanya.haha


Terus ke Maxis Centre dengan guide dari adik aku.. Tq Pi. Lpas tu lepas OldTown skejap sembang ngan Yusz. Lepas tu aku g toilet.. ape lagi...Uwek uwek time la....

Dah uwek lapo plak..So ape lagi... terjah Teppanyaki. Naseb tak payah menunggu, terus dapat seat.



Aku order beef and en hubby order lamb.


Makan cepat-cepat cz adik bongsu aku dah sampai tren Bukit Jalil. Balik ikut MEX hiway, dlm 15 min je dari Pavilion dah sampai sana. So bawak adik aku plak g makan. Bila bab ni aku paling bengang. Kedai kat area umah aku la...konon mcm best. Bukak meja banyak ala-mamak. Tapi service macam haprak. Tunggu order 20 min baru amek. Hantar air 20 min lepas tu. Makanan sampai sejam lepas order. Disebabkan aku malas cari kedai lain je terpaksa menunggu kat situ. Next time...sorry. Dahla mahal.

Thursday, December 8, 2011

Crazy for this Ice Cream

Setengah orang suka makan ice cream mahal-mahal la ape la nak nak time peknen suka mintak yang special sikit la kan...tapi aku ni pelik jugak...aku tak suka langsung ice cream yang ada kacang atau coklat. Nanti aku akan muntah teruk. So tak dapat merasa ice cream conetto ke Magnum ke ape lagi..

Tapi sebaliknya ice cream ni pulak jadi idaman aku. Kalo boleh hari hari nak..

Tarammmmmmmmmm


Lime and Vanilla... Aku memang tak suka limau sejak peknen.. Tapi boleh pulak tergila gila ice cream ni..



Nyum..dah selamat masuk ke perut ku. Alhamdulillah....kenyang...

Wednesday, December 7, 2011

Dinner at William Western Food

William...nyum nyum... sejak peknen ni dah dua kali la menjejak kaki ke sini. Baby suka makan western food...sebab nya lpas makan western food memang aku tak muntah (setakat ni la...baby sila berkerjasama yer...tlg jgn buat mommy muntah)

Aku order steak ape ke benda tah... RM40 satu set.. 


and mango gelas kecik RM5.. cukup..
oh ye..dalam air mango ni ade laici tau..sodappp


Balik umah solat and rehat2 kjap...dummmmmmm tidoooooo...Selesa....

next wishlist aku nak makan NASI GORENG KETAM kat sini..
memang marbelesss laaa.... tapi kena make sure share la...x kan abes punya makan sorang...

Monday, December 5, 2011

Trip to Kota Kinabalu

Lamanya aku peram entry ni...dari July aritu sbenarnya aku nak update tapi tak kesampaian. Agak busy dengan kelas dan lepas tu disahkan peknen..mula la mood malas gila nak update blog disebabkan alahan gila..
So aku kuatkan semangat update jugak ni sebab member aku ade nak g sana ujung bulan ni. So dia ade tanya-tanya aku...baik aku suh dia tengok je dari blog ni..senang sambil layan gambo yang ado..



Flight aku hari tu pagi....seawal 4.30 am aku sudah sampai di LCCT sebab kami ke sana ngan bus. Tak nak susahkan cousin aku yang ade kelas awal pagi tu. Sampai sana aku tido kat meja foodcourt..haha..
Sampai di BKI aku tak baper ingat dalam 9 pagi kot. tunggu kawan en hubby datang anta keta. Lama jugak cz orang sebelum tu x siap lagi guna keta.So aku layan KFC kejap kat atas tu.. Eh tetibe terjumpa Zed Zaidi and the gang makan KFC jugak...

Dah dapat kereta kami terus ke bandar KK sambil berpandukan pada map yang diambil di airport. Trip kali ni memang kami saje tak nak booked hotel langsung sebab nak try walk in..haha sebabnya aku pergi weekdays and bukan time school holiday.

Kami pergi usha dulu hotel dapat di Kg Ayer. Hotel biasa je sebab nak tido je..esok pepagi kami nak terus ke Kundasang. Malam tu kami makan di Pasar Filipina.

Balik malam tu terus terbungkang..sebab siang hari tu kami explore jalan di KK and saje g pusing-pusing sampai Tune Hotel.

Friday, December 2, 2011

Preview Ombak Rindu



Yezza malam tadi aku with makwe adik aku sempat ke @eCurve Damansara. Ni gara-gara adik ku dah booked tiket tapi dia tak dapat datang.. so untuk tidak membazirkan tiket, aku pergi with Peya.
Sampai sana pukul 6 suku and parking pon mudah depan pintu masuk saje. Ni semua usaha kami sebab nak tengok Ombak Rindu. yeahh gang Aaronians semua berkumpul malam tadi. Happening jugak walau Aaron yang ditunggu kami asek bertembung ngan abg Ahmad Idham. Aritu g Istana Budaya pon jumpa dia jugak. Kali ni jumpa lagi. Entah2 lepas ni die kuarkan movie adaptasi dari novel...

Malam tadi ada banyak part yang bebetul menyentuh hati aku, ditambah lagi Aaron sniri menangis...banyak scene jugak la air mata lelaki nya gugur. Tapi part yang Hariz tolak Izzah dalam toilet sebab dia ingat Izzah pregnant. Pastu tengok part Izzah dihalau dari rumah, dihalau dari jaga Hariz di hospital la macam-macam la...

Aku tanak citer lebey kat sini..saja kasi panas je tu. Korang kena g tengok sndiri.


Jom layan Sinopsis Filem Ombak Rindu



Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
 
 

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 
 

Thursday, December 1, 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

Besarnya nikmat menjadi ibu mengandung. Alhamdulillah syukur rasanya diberi peluang mengandung.




1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.







6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template