Thursday, December 13, 2012

Raihana Demam

Dah masuk 8 bulan setengah baru dia demam. Last week cirit birit tapi tak stop just berkurangan. Makan ubat dah ok sket tapi 3 hari lepas en abi bawak g clinic terus refer hospital. So tak pikir panjang en abi bawak raihana with adik nya ke opis dan kami terus ke hospital pantai. Bajet nakg Prince Court tapi en abi kata takut jem huhu. Melepasss nak merasa ke sana.



Kami lunch dulu dan register. Memandangkan kami sampai 1.30pm so kena tunggu cz doctor ada pukul 2.30pm. Sementara tu aku dan Raihana lepak di nursing room. Selesa sangat-sangat dan aku siap charge iphone ku kat sana..hehe biasala guna 3G cepat pulak abis bateri.

Possing macam biasa, Raihana pon macam dah tau dia kena pose...


en abi masuk skali...hehe 


Happy pulak..tadi nanges.


Masa untuk bermain...Wah seronot kemain lagi dia..Tak macam sakit pulak ku tengok.


Tett..dah 2.30, nurse panggil untuk timbang berat dan ukur tinggi. Tapi just dapat timbang berat sebab dia meronta. Takut kot. So berat dah turun dari 7.3kg kepada 7.1kg. Sian anak ummi.

Raihana baby ke3 jumpa paed ni. Oh ye kami pilih Dr Azam di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Hurm comel je room dia.. Dah nama pon paed kan. Yang penting Raihana tak nangis bila first time see him malah sibuk tatau nak pilih toys mana satu sampai abis jatuh teddy bear atas sofa kami duduk tu.aishh..excited kot nak explore.

Doc cakap bukan Rotavirus dan maybe virus biasa sebab cirit dah baik. Tapi dia heran kenapa leh muntah dan demam. So dia suggest warded sehari dua untuk check.

Oh no..takmau tak mau...Then dia bagi option wat blood test dan follow up lagi Jumaat ni (opss aku dah call smalam tukar kepada Sabtu).

Dia ada kasi banyak sangat ubat dan tukar susu free lactose. Disebabkan dia campur susu ibu dan susu formula, dengan rasa sedih kena kasi jugak susu baru. Aku tekad nak pam lebih kerap untuk supply kepada dia. Nasib la bila aku bersama dia no susu formula. Yeay..Dia suka sangat mengempeng..Haha


Sob sob..sakit ummi...kena amek darah..
 

Ni lah susu baru Raihana..Bagi usus dia tak kerja keras untuk hadamkan susu.

Balik....dapat appoinment card. See u this Saturday



Kepenatan sampai tertido.

Ape pon aku respect walau dia demam memang tak meragam. Syukur. So far baru sekali dia demam sampai tergolek tapi dia tak meragam...diam je ...tu masa Raya puasa aritu. yang ni aku rasa demam nak dapat step baru or nak tumbuh gigi.












1 comments:

diari farisha said...

ala..cian die...rehat ye..moga cepat sembuh :)

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template