Saturday, April 30, 2011

HLG first light graffiti gathering @ Kuala Lumpur.

Lama  tak sempat update story aku yer..sampai story trip ke Bandung pon lom sempat ku update..insha'Allah kalo tiada aral by next week ku cuba untuk update. Bukan ape balik dari Bandung ku sungguh busy siapkan assignment dan hadap paper final exam. Today, Alhamdulillah i manage to finished two paper for second semester final exam. Ada lagi satu paper next week. Berdebarnya sebab paper tu aku memang blur.. no idea at all...

So ..malam ni kebetulan ada tertengok activity geng  HLG aku rasa nak join, Tambah2 adik2 aku yang kaki camera pon nak join. Aku yang xberapa kaki camera ni pon nk join. Nak angkut jugak la camera ku tu...nk belajo ape yang die tunjuk (boleh ke?). 


So detail pasal tu sila baca kat bawah..:





HLG first light graffiti gathering @ Kuala Lumpur.
30th April 2011
9:00pm (night)
@ Dataran Merdeka (kumpul tengah2 padang)

-Basic Photography talk by Macha Farizal
-Light Graffiti/Tagging talk by Apai Biszign
-Abstract Light Painting talk by Firdaus Herrow
-Star Trail talk by Yuzairi Yusof

- HLG Light Graffiti Trick and Tips Sharing
- How to set your camera for Light Graffiti
- HLG style Light Graffiti Demo

FREEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!
have DSLR
don't have DSLR
only have compact camera
only have film camera
only have lomo camera
only have handphone camera
ALL are invited!!
just bring along your smiley faces =)


Enquiries:-
biszign@gmail.com
http://www.facebook.com/biszign
http://www.facebook.com/hikarimojilightsgraffiti
http://hikarimoji.blogspot.com

Feel free to tag, or copy/download this flyers and share it at your wall or album =) thnx for spreading the words.. c ya there beautiful people!



Jumpa di sana ya..........
Tengah berkira-kira untuk pakai baju yang ku beli aritu dari HLG...baju pertama HLG...yeay..limited edition..nanti aku upload nanti gambar baju tu.

Wednesday, April 27, 2011

Kris Dayanti Mengandung Anak Luar Nikah?

KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu.


JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.
Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.
“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.

Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.
Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.
Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.

“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.

Cara keluar dari senarai hitam PTPTN
















Untuk makluman, peminjam PTPTN yang berhasrat mengeluarkan nama mereka daripada senarai hitam hendaklah hadir di PTPTN untuk berunding mengenai kaedah bayaran balik hutang sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum berangkat ke luar negara.
Berdasarkan persetujuan semasa rundingan, PTPTN akan meminta Jabatan Imigresen mengeluarkan nama mereka daripada senarai hitam dan seterusnya membenarkan ke luar negara.
Untuk urusan pengeluaran Akaun II KWSP bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, peminjam yang terlibat perlu melaksanakan proses berikut:

a) Peminjam perlu mengisi Borang Pengesahan Baki Pinjaman (boleh dicetak melalui Laman Web PTPTN) atau menulis surat rasmi kepada PTPTN (u.p Unit Lejar Pinjaman) menyatakan ingin membuat bayaran balik pinjaman keseluruhan/tunggakan melalui pengeluaran KWSP. 
b) Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman akan diproses dalam masa 7 hari bekerja dan seterusnya PTPTN akan mengeluarkan surat pengesahan baki pinjaman/tertunggak dan dipos ke alamat pemohon. 
c) Peminjam perlu mengisi Borang 9H (AHL) yang boleh diperoleh di KWSP dan mengemukakan bersama-sama Surat Pengesahan Baki Pinjaman PTPTN serta salinan dokumen perjanjian pinjaman PTPTN sebagai dokumen sokongan. 

Peraturan mengenai pengeluaran nama daripada senarai hitam dan urusan pengeluaran Akaun II KWSP boleh disemak melalui ruangan FAQ & Artikel di dalam Laman Web PTPTN.
Semua peminjam adalah dinasihatkan untuk menyemak peraturan dan proses kerja sesuatu aktiviti di Laman Web PTPTN sebelum mengemukakan pertanyaan di kaunter PTPTN, melalui Call Center atau One Stop Center. Ini adalah untuk memastikan pertanyaan yang dikemukakan adalah jelas dan mudah difahami dan seterusnya akan memudahkan petugas memberikan maklum balas.
Peminjam PTPTN diminta menghubungi Khadijah Ali di talian 03-2098 3780 sekiranya masalah mereka masih belum selesai. Semua peminjam boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan PTPTN melalui laman web www.ptptn.gov.my atau menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455.

RINA ABD RAHMAN
Pegawai Perhubungan Awam PTPTN

Tuesday, April 26, 2011

Marah kejut solat Subuh

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.
Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.
“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

Monday, April 25, 2011

(GAMBAR) Hantaran pertunangan Asyraf Muslim dan Noor Dayana | Pihak Lelaki dan Perempuan

Aku mmg dah tau derang bertunang cume xdan view gambo..surf punye surf..jumpa la blog ni..aku mtk izin tuan umah nk copy gmbo2 ni ye...TQ




pertunangan Asyraf Muslim dan Noor Dayana punya hantaran pertunangan adalah 5 dulang daripada pihak lelaki berbalas 7 dulang daripada pihak perempuan... jom kita tengok skang ;)





cincin hantaran... comelnyeee ^___^ dan hantaran-hantaran yang lain:


























cantik sangat hiasan hantaran pertunangan mereka berdua...
bolehla sape2 nak kawen pasni amik idea ni...


Source From Blog ArdiniHumaira

Sunday, April 24, 2011

ASHRAF MUSLIM SELAMAT BERTUNANG

Ini dia gambar Majlis Pertunangan Pelakon Ashraf Muslim yang telah berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Cantik dan ayunya tunang Ashraf Muslim. Sedap mata memandang. Ada yang kata, sedikit berisi tapi memang comel. Sesuai dan nampak cocok dengan Ashraf Muslim. Sweet couple.

Mereka mula berkenalan lebih setahun yang lalu. Tengok pada majlis ni macam rasa majlis kahwin la pulak sebab sangat grand. Ni belum kahwin lagi ni. Kalau kawin, mesti lagi happening dan meriah, kan?

Budiey dan pembaca budiey.com mahu mengucapkan selamat bertunang Ashraf Muslim. Semoga rasa cinta dan bahagia kekal ke jinjang pelamin.

Ashraf Muslim

Majlis pertunangan Ashraf Muslim telah disiarkan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pukul 9.45 pagi tadi.

Gambar ini seharusnya dikreditkan dari pereka baju tunang untuk pasangan ini iaitu Ezuwan Ismail. Bertemakan putih dan ungu. Lawa betul Ezuwan Ismail buat baju.

Untuk video pula Ashraf Muslim menggunakan khidmat videografi dari CST Productions.

Ashraf Muslim Bertunang

Pelakon Ashraf Muslim, 30 tahun telah selamat bertunang dengan Noor Dayana Hj Lokman di rumah Dayana di Gombak. Majlis pertunangan berlangsung pada jam 9.25 pagi tadi. Hantaran pertunangan 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Mereka merancang untuk berkahwin pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal di Mekah.

Dayana sedang menjalani latihan praktikal sebagai doktor perubatan di sebuah hospital di Melaka. Pada hari ini juga, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian kliniknya iaitu Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di Gombak pada pukul 12 tengah hari. linik tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut pelakon filem Aku Masih Dara ini, klinik itu telah beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsinya, Lokman Abdul Hamid.

“Kami kenal setelah selalu berjumpa di klinik itu dan dia merupakan seorang yang suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya. Yang penting, saya tertarik dengan hati budinya yang suka merendah diri dan baik hati serta selalu menasihati saya. Kalau boleh saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera nikah pada tahun ini. Sejak sibuk dengan klinik, saya sudah kurang berlakon dan selepas ini akan lebih berhati-hati memilih cerita dan watak demi mengelak timbulnya fitnah. Saya akan mengelak dari adegan berpegang-pegangan tangan atau bersentuhan dengan wanita termasuk semasa sesi fotografi. Jadi, saya tidak akan bergambar berdua-duaan dengan wanita dan berharap semua pihak menghormati keputusan saya.” - Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Happy je muka Ashraf. Sedang bahagia la kan.

Source from Blog Ashraf Muslim.

Saturday, April 23, 2011

Bertuah Dapat Suami Mcm Nie (baca la, sy copy je)

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Thursday, April 14, 2011

Takziah buat yus dan Al Fatihah untuk arwah suaminya

Tengah hari tadi aku dikejutkan dengan satu call dari number tidak dikenali. rupa-rupanya dari nira Ambank tempat kerja yus kawan baikku. Dia bagitau aku yus kat hospital so aku hanya suspect dia sakit kencing manis la.. tapi sangkaan ku meleset kerana nira bagitau yus accident pagi tadi semasa dalam perjalanan dari kampung ke KL. Yang paling menyedihkan ku suami nya meninggal di tempat kejadian. Al Fatihah semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin. Aku juga berdoa dan berharap kawan-kawan yang lain berdoa semoga yus tabah menjalani ujian dari Allah. Allah mahu mengangkat darjatnya. Harap die kuat dan aku with kawan-kawan lain sentiasa memberi moral support agar yus tidak keseorangan. Insha'Allah. Amin.

Ini adalah petikan yang diambil dari Metro Online.

Peniaga maut, isteri parah kereta terbabas



GUA MUSANG: Seorang peniaga terbunuh manakala isterinya parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Kilometer 19, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini, hari ini.
Sharpan Che Soh, 38, yang memandu kereta itu cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah, isteri mangsa, Yusdiawati Yusof, 30, kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM).
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, pasangan itu dalam perjalanan dari Kampung Binjai Dua, Kota Baharu menuju ke Kuala Lumpur untuk tujuan perniagaan.

Mayat Sharpan, yang dibedah siasat di HGM, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai Dua petang ini.

***Al Fatihah  ***

Wednesday, April 13, 2011

Final preparation before off to Bandung

Dalam masa yang singkat ni..aku kene siapkan satu assignmnt 'Empirical Method' dan akan dihantar esok. Yang menyedihkan aku xsempat siapkan pada malam ni akibat dari mengantuk sampai tersengguk-sengguk. Tapi bila part tulis entry ni rajin la pulak aih....So esok aku kena ambil masa lunch and lepas kje siapkan assignment tu. Hope dapatla siap kan. Insha'Allah.

Next, aku dah siap print Booking untuk hotel di bandung. Aku booked 3 malam di Hotel Cihampelas 2, Jalan Cihampelas tu. Hope ok la walau tidak stay area Dago.

Another things is, aku dah buat web check in pergi dan balik siap-siap. Tapi aku terlupa ambil insuran perjalanan. Ada tak sesiapa yang tau ape yang patut aku buat if nak tambah travel insuran Air Asia tu..

Supir pon aku dah bayar half..tapi bukan untuk semua trip la..1st day (pickup dari Jakarta dan hantar ke Bandung hotel), 2nd day ( Tangkuban Perahun and FO ) hari last untuk hantar semula dari Bandung ke Jakarta. Itu sahaja buat masa ini.

Esok baru nak packing bag..xsempat manjang aku ni...Lagipon en hubby baru datang esok malam..huwaaaaaaaa

Monday, April 11, 2011

Jutawan sehari - Pre Bandung Trip

         Jutawan..haha secara tiba2 hari ni we all jadi jutawan walau pon jutawan rupiah..kira okla kan dari tak ade langsung. Tadi aku g makan dulu kat Kg Baru. Sungguh sedap layan ikan bakar kat situ. and part paling best dapat parking depan kedai. Amat la sesuai untuk aku yang malas menapak bila dah kekenyangan.

        Lepas kekenyangan kami terus menghala ke Masjid India. Kat situ banyak Money Changer yang boleh dihala bila korang semua mau tukar duit. Tadi kami dapat rate RM351 = 1 juta Rupiah. Murah dua ringgit dari hari sebelum nya.

        Arini xbanyak pon kami g tukar, dalam 6 juta lebih je. Harap mencukupi untuk kami shopping. Tak sabarnya nak melangkah kaki untuk bercuti nih.. Okla tido dulu nak mimpikan macam-macam ado.

Friday, April 8, 2011

Honeymoon at Cameron Highland - 3rd story

Next is 3rd part of my honeymoon story. Nothing much to story here because i'm to sleepy. Tapi aku masih cuba menguatkan daya mata aku ni. Untuk hari ke4, aku sempat g pasar pagi (padahal setiap pagi aku g pon).

Makanan feberet aku ialah jagung bakar, boleh dikatakan setiap hari aku akan pergi cari jagung bakar.Harga semua sama je di mane-mana. Tempek gambo boleh tak...tak mau story panjang-panjang dah..mataku dah kuyu.

Jom layan gambar-gambar  lagi..zzassttt

at Heritage Hotel, Cameron Highlands. Sungguh cantik dan nyaman je tempatnya nun jauh di atas bukit.

View dari hotel lagi

 Cactus Valley...ada gambar tertinggal untuk diupload

 
ni pulak di MARDI.rasa nak tidur je masa ni

Shopping roses sikit before back to KL

Itu sahaja update citer aku buat kali ni..next other story pulak..

Thursday, April 7, 2011

Honeymoon at Cameron Highland - 2nd story

Sambungan dari citer lepas...sbenarnya aku tidak susun sangat story board untuk honeymoon aku kali ni.sebabnya bercampur dah gambarnya. Aku nak layan gambar yang sempat diambil during our honeymoon.
Jom..

 at Cameron Bharat tea plantation.. Aku tak turun ke bawah disebabkan oleh gerimis mengundang.


 my turn..possing at Tea Boh shop. Shopping a few tea product. best sangat dapat try tea berbagai berisa..harus beli lagipun harganya murah dibandingkan harga di luar.


 Me again. View from Tea Boh plantation


 at MARDI..berkenan betul dengan sunflower ni .. Rasa nak petik-petik sunflower ni.


 at MARDI lagi..Ambil gambar depan bunga tak tau bunga ape.


 Rose....geram kan tgk


Akhirnya..aku sempat snap gambar kucing ni.Ekor nya sangat cantik.

Saturday, April 2, 2011

3rd Anniversary...Cameron .. punye citer

Walaupon citer ni dah lama ..iaitu February 2011...tp aku ttp nk upload laa ..byk nye kje smp citer kami ke Cameron Highland ditangguhkan..Oleh sbb dh lama ..aku cite serba ringkas jele..

G sana..kami x booked pon hotel..main terjah je..then smp area Brinchang..kami check in satu hotel..entah hotel ape..capalang je..janji ade bilik kosong and dekat ngan pasar malam cz mase tu dh lapo..+ gerimis...

After check in..kami g jalan2 beli makan..aku sempat beli jagung bakar, keledek rebus (sedap siut..manis) and stoberi dua bekas..murah gila RM15 dua bekas besar jugak..sbb malam2 selepasnya aku cari lg..dpt RM10++ satu bekas yang sama..agaknya aku g masa tu org nk tutup kedai..die nk habiskan..tp buah still fresh cz baru packing time kami beli..

Esoknye breakfast stoberi tu..sedapnye....and makan kt luar hotel..Angkut barang2 g jalan2 and tgh hari g hotel lain sbb xmo dah hotel tu..xbesh...So next..kami booked hotel Iris..Hotel ni xjauh dari Shell, Brincang je..nampak dari tepi jalan..Bilik sini ok sket dari sana..tp aku request tuko bilik cz bilik yang dia kasi tu busuk..haha..Naseb die kasi bilik lain yang besar dan tepi bilik dh leh nampak kete kami..

Gmbo kt Butterfly Farm

Nampak x rama2 tuh..

Aku mmg xtahan sejuk sgt..malam tido berlapis2..hehe compare ngan en hubby yang maintain jer..Tiap malam mmg aku beli jagung ..naseb aku x kembung perut..yela..perut aku ni sensitif..

Esok pagi g jalan2..g MARDI la g cactus valley la...mcm2..siap beli ice cream stoberi..walau sejuk aku dpt abiskan 2 batang ice cream..yang kelako aku siap pening muntah2..tp bila dpt ais krim tu ok je tetibe...haha..
Pastu g Cactus Valley..adeiiii gatal2 abes bdn aku mai sini..




Aku xde la nk citer sgt g mana2..sbb xde nk jalan sgt..kami more on honeymoon la dr berjalan2 tu..lgpon kebetulan kami g tuh...gerimis manjang..mcm2 salji turun pon ade rasanya..hehehehe berangan jele..




Okla..layan dulu citer ni....Smbung lg nanti next episode.
 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template