Saturday, November 26, 2011

My Pregnant Story : Perkembangan bayi di minggu ke 19

Now dah minggu 19.. ape kata kita tengok ape yang terjadi kat fetus di dalam rahim setiap ibu ketika minggu ke 19 of pregnancy.


Anda sudah berada di pertengahan jalan! Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.

Dia sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh.


Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandungan anda itu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit. Tidak lama lagi, pasangan dua akan menjadi tiga dan banyak perubahan akan berlaku, jadi lihatlah bahagian seks dan perhubungan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Friday, November 25, 2011

My Pregnant Story : Perkembanganku di minggu ke 19

Minggu ni aku dilanda alahan yang kembali teruk. Start dari Ahad aritu sehinggalah malam tadi. Aku hanya lembik akibat muntah yang teruk. Padahal aku makan benda yang lebih kurang minggu sebelum nya tetapi effectnya aduh..menggigil aku dibuatnya. And for the first time aku jadi takut untuk makan nasi sorang-sorang dan aku takut untuk telan spirulina. Walhal sejak awal pregnant aku memang amalkan spirulina. Bukan ape, semalam aku muntah dengan teruk dan keluar spirulina tu. Haha tu aku jadi takut. Tapi malam tadi aku telan jugak spirulina before tido, tapi minum air banyak-banyak, takut lekat kat tekak.

Ni haa gambo spirulina nya. Aku amek brand Elken.

Sejak pregnant kemalasan untuk update blog semakin bertambah. Maybe sebab aku prefer melepet dari buat keje sangat. Kalo aku tak muntah aku kuat semangat. Assignment pun melambak nak start pun susah sebab bila balik keja aku jadi lembik especially kalau whole day aku diserang muntah. 

Now, Alhamdulillah kandungan ku sudah masuk minggu ke 19. Bak kata orang dah nak masuk 5 bulan kan. Skejap je rasanya. Tapi yang tak brapa seronok, fasa alahan masih menghantui aku. Aku kena sabar ajela and kuatkan semangat. Aku bukan ape, aku takut orang tak paham keadaan aku. Aku tak mintak sakit macam ni. Sape nak wehhhh asek makan muntah je..sampai orang tegur.. Aishhh Fiza mane perut..xnampak lagi la..pastu nape makin kurus je.. Jeng je Jeng... Aku pon cakapla..i'm diet maa...haha ayat penyedap hati untuk diri sendiri.

Sebenarnya banyak benda yang aku nak makan, tapi tak bleh makan dan akhirnya dah tak rasa nak makan sebab takutttt uwek lagi. Pada aku, x ape x dapat makan pon benda yang aku nak tu, janji aku x uwek. Perit wooo. Mungkin aku ni mengikut mak aku kot. Menurut mak aku, dia dulu alahan teruk especially masa pregnant kan aku. Maybe sebab aku anak sulung, mak alah teruk until 9 bulan. Pasrah ajela..Org kata bila baby dah kuar semua tu akan jadi sweet memories utk aku. Insha'Allah.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Muda


SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang ‘ibu segala emas’ Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.
Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.


Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.
Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.

Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.

Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.


Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.
Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.

Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.



Source : http://www.hmetro.com.my/articles/TuahBaddrol_belangApek/Article

Friday, November 18, 2011

Cara Memberi Dan Menjawab Salam

RENUNG2KAN
DAN SELAMAT BERAMAL…………




SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita
tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang
bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz
“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam
yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada Rafie ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat Rafie yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan
“Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform
“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
“Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud
“Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom”
kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai
singkatan bagi“Assalammualaikum.”
 


Sekian, semoga ada manfaatnya

Wednesday, November 16, 2011

Collect Tiket - Badai Semalam

Hurm jangan jeles ye... smalam lepas keja aku rushing ke Istana Budaya dengan sepupu ku. Naseb baik jalan nak g tak jem.

Masuk je kawasan parking aku suruh cousin aku take over jaga kereta. Aku nak masuk collect tiket sat. Mudah je rupanya. Ada kaunter kat dalam tu. Belah kanan dari pintu masuk / tangga tu.


Malam ni aku akan g tengok teater ni dengan adik ku. Tengok testimoni orang yang dah pergi.. terbakor je. Ni yang buat tak sabar. Tambah-tambah ada Aaron Aziz dan Erra Fazira.


Sebelum balik aku sempat lagi snap gambo skeping kat entrance Istana Budaya tuh. Hehe


Zassttttt...

Tuesday, November 15, 2011

My Pregnant Story : I'm 17 ++ weeks now..

Sedar tak sedar skang aku dah masuk minggu ke 17. Orang kata alahan akan berakhir bila kandungan dah capai 3 bulan. Tetapi tidak bagi aku.. arghhh until now aku masih muntah-muntah sehingga la kjap tadi masih makan muntah. Cume x seteruk dulu. Tapi kadang-kadang teruk jugak. Smalam 8x muntah.

Ape yang aku leh buat..sabar jela and berdoa.Aku rasa alahan aku ni akan ok bila weekend. hehehe xtau kenapa..maybe sebab weekend rest lebey sikit kot.

Weekend aritu aku g scan.. baby normal, sehat. berat baby 200g masa scan.
Jom layan gambo baby ku yang doc scan masa week 16 and week 17.

Week 16

Week 17 (sila abaikan kedudukan gambo yang senget..hehe)


Eh jap...berat aku masa week 16 ialah 58.9 kg
Berat masa week 17 plak 58.5kg .Next check up plak bulan depan kat hospital Pantai KL.
Aku consult ngan gynea ku Dr Idora.She's very nice person. Sabar je layan kerenah aku.

Monday, November 14, 2011

Good Luck to All SPM students

Pejam celik, pejam celik...sekejap je dah sampai date :


Dengan ini,hari ini merupakan hari bersejarah kepada semua pelajar SPM cz mereka akan menduduki kertas pertama mereka iaitu BM and Pendidikan Seni Visual.
Adik bongsu ku tidak terkecuali.Dia sekarang menduduki peperiksaan SPM di Sek Men Keb Kota Bharu, Kelantan.

ADIK....Kami semua satu family wish u all da best. Kami doakan kejayaan untuk adik.Amin Insha'Allah.



Nota Kaki : Teringat zaman aku amek SPM dulu. Ada dua paper aku weng, Satu paper Add Math - aku diserang migrain yang teruk. Tapi Alhamdulillah result menyebelahi ku.
Lagi satu paper Biologi... agak biul...Naseb malam exam aku mimpi satu soalan essay and Alhamdulllah soalan tu keluar dan aku sempat buat short revision pasal 'soklan spot' ku itu. Tapi agak haru aku bantai tido time paper 2 Biologi. Aku hanya tersedar slepas dikejutkan oleh pengawas peperiksaan. Ape lagi aku sambung terus essay ku itu dengan menulis sejarah kemerdakaan Tanah Melayu. Sempatla 3 baris aku goreng essay aku. At the end, aku macam mamai paper ape tu. Tengok balik soklan peksa, baru kantoi....so potong jela line yang tak berkenaan.
Alhamdulillah result Biologi aku kredit walau x excellent mane cz aku memang x suka Biologi..hehe

Saturday, November 12, 2011

Cara Nak lajukan broadband yang dah habis limit BANDWIDTH



Aku memang bengang jugak cz kadang-kadang x sampai seminggu je guna broadband dah dapat alert abis limit. Pernah tu aku tak guna langsung sminggu dua cz masuk spital, tup2 bila guna dpt message tu jugak. So aku dah macam x brapa nak percaya ngan broadband ni.. Xsabar tunggu unifi dipasang kat umah next week. So, lpas ni bubbye la maxis broadband. Lembap gila.

Tadi aku surf citer lain tup tup terjumpa entry pasal "

Cara Nak lajukan broadband yang dah habis limit BANDWIDTH

So...ape lagi sementara unifi dipasang apa kata aku mencuba kaedah cuba jaya ini.petang ni nak cuba, mana la tau berhasil..best jugak kan.

Ni aku dapat dari forum ni :

http://syoknyerblogging.4forum.biz/t440p15-cara-nak-lajukan-broadband-yang-dah-habis-limit-bandwidth

1. start>run
2. taip cmd > enter. 

 
3) Then, akan keluar command prompt.Taip ipconfig/all
     Akan terpapar segala detail connection. ip,subnet,gateway dan dns.

4) Perhatikan description connection.Make sure korang perhatikan yang broadband punye.jangan silap.Then tengok gateway.

5) Taip no. gateway tu. Taip: ping 10.176.44.70 -t
     Then press "Enter"

6) Pastikan ada reply yang diterima selepas anda tekan enter. dan biarkan ia ping tanpa henti.
biarkan proses ini berterusan selama mana anda online.

Prosses ini akan membuatkan anda sentiasa ada connection dan takkan DC dengan server dan akan mempercepatkan prosses penghantaran paket dan penerimaan paket.
so akan mempercepatkan proses membuka web page.

Kalau malas nak taip2 setiap kali nak ping.just copy paste kod ni ke notepad dan save as namefailape2.bat . Then double klik bile setiap kali nak ping
.

7) @echo off
    cd\
    ping 10.176.44.70 -t

*gantikan 10.176.44.70 dengan gateway@dns broadband korang.


Friday, November 11, 2011

11.11.11

 
Wah..tak disangka rupanya arini tarikh cantik laa.. 11.11.11..nice combination.. semua orang pasti nak abadikan unforgettable moment pada hari ni kan.

Ada kawan aku malam ni akad nikah..so esok g kenduri nya. Naseb xjauh..dekat Klang Lama punya area je. Kalo x..jenuh jugak aku. bukan ape aku takut xsehat je. skang ni muntah makin menjadi-jadi. Malam smalam pon dah muntah darah. Huwaaa..menakutkan sampai skang aku dah xde selera. Orang kata normally after 3 months pregnancy, selera makan akan pulih. Tengok aku dah 4 bulan setengah, selera makan maintain sama macam dulu.siap makin kurang aku rasa.

Aku ade dengar HotFm, Faizal Ismail pon menantikan kelahiran baby nya arini jugak. Bestnya kan.
So layan zasst ajela..

Untuk aku, tak de ape melainkan x sabar nak balik keja...tidooooo..aku memang cepat tido aje skang..maybe penat lepas muntah teruk. Seksa jugak. Tapi apekan daya, ini semua ujian dariNya. Sabar ajela..Doa smoga episod alahan aku cepat berakhir. Amin

Thursday, November 10, 2011

Teater : Badai Semalam

Hurm... dah lama aku tak menjengah kaki ke Istana Budaya. So ape lagi bila adik aku ajak g tengok Badai Semalam, terus aku on aje. Dalam hati mintak mintak la aku sehat walafiat malam tu. Tanpa berlengah aku terus booked tiket online untuk 2 seats. Tapi aku tak pasti pulak cemane nak tukar tiket ori tu nanti. Macam kaedah cinema tiket ke ape...Sesape yang tau...help me...aku malas nak call derang lagi...
--> hehe dah tau..kene g collect tiket kat Istana Budaya sahaja.


Ni haa bukti aku dah booked tiket. Saja nak upload okey.


Okla jom kita layan sinopsis Badai Semalam.. Ape yang pasti teringin nak tengok gandingan Erra Fazira and Aaron Aziz..

Sinopsis
  Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
 
Pelakon : Erra Fazira
Aaron Aziz
Fizz Fairuz
Tenaga Produksi  : Pengarah : Khairunazwan Rodzi
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
Tiket  : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300
Promosi  : Diskaun 20% untuk Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan pelajar.
Istimewa tiket berharga RM20 untuk pelajar berkumpulan (minima 20 orang)
Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz
Hotline : 03-4147 8600
Maklumat Lanjut :
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558

Wednesday, November 9, 2011

Software Engineer Husband

Software Engineer…nice one…enjoy

Husband – hi dear, i am logged in.
Wife – would you like to have some snacks
Husband – hard disk full.

Wife – have you brought the saree.
Husband – bad command or file name.

Wife – but i told you about it in morning
Husband – erroneous syntax, abort,retry,cancel.

Wife – hae bhagwan !forget it where’s your salary.
Husband – file in use,read only,try after some time.

Wife – atleast give me your credit card, I can do some shopping.
Husband – sharing violation,access denied.

Wife – i made a mistake in marrying you.
Husband – data type mismatch.

Wife – you are useless.
Husband – by default.

Wife – who was there with you in the car  this morning?
Husband – system unstable press ctrl, alt,del to reboot.

Wife – what is the relation between you & your receptionist?
Husband – the only user with write permission.

Wife – what is my value in your life?
Husband – unknown virus detected.

Wife – do you Love me or your computer?
Husband – too many parameters.

Wife – i will go to my dads house.
Husband – program performed illegal operation,it will close.

Wife – i will leave you for ever.
Husband – close all programs & log out for another user

Wife – it is worthless talking to you.
Husband – shut down the computer.

Wife – I am going
Husband – its now safe to turn off your computer.

hehehe naseb baik la en hubby bukan orang SE..kalo tak..jenuh jugak aku.

Tuesday, November 8, 2011

Khasiat Garam

Mood malas nak taip entry lagi...alahai...baby mommy ni betul2 xkasi mommy berjinak ngan blog la...malas betul nak update blog..so layan jela info yang aku receive dari email ni. Good Info untuk kita semua. Jom layan.



Banyak ayat-ayat Al-Quran menyebut bahawa semua kejadian dimuka bumi ini
adalah untuk munafaat atau kegunaan manusia sejagat.

Hadis Nabi Muhamad S.A.W menyebut GARAM adalah penghulu segala
masakan/makan manusia. Makanan yang paling simple eg. Ubi rebus/jagong
rebus akan dibubuh garam dan tidak benda-benda lain sehinggakan
makanan/masakan yang mahal pun kena bubuh garam untuk menambah rasa/selera.



Manusia dijadikan dari 4 unsur – Tanah , Air , Api dan Angin,. …. Garam
datang dari unsur Tanah.  Garam berasal dari laut dan dari bukit.

Banyak kegunaan garam….

-          pengawit  ikan supaya tidak busuk.
-          menghilangkan tahi kerang dengan merendam kerang ke dalam air
garam sebelum merebusnya/masak.
-          Kurangkan kemasinan ikan kering dengan merendamnya ke dalam air
garam sebelum di masak.
-          Mengurangkan pahit buah peria dengan merendamkan ke dalam air
garam.

Kegunaan garam dalam perubatan Islam.

Garam yang berlebihan di dalam badan kita adalah dari makanan yang
berlebihan dan akan tersimpan di dalam badan....maka jadi lah darah
tinggi...kenapa jadi gitu.... kerana nafsu makan, balun apa saja.

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk
keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air
garam. Antaranya:


1.        Penyakit Gaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak
dengan pasir laut ( tepi pantai )  1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2.        Kalu dok bando macam KL mana ada pantai…   goring 1 – 2 genggam
garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam/tungku di bahagian yang
benggkak atau sakit.  Garam tu bunggkus lah dengan kain ma.
3.        Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lengoh-lengoh
sendi, sakit kepala, senggugut. Kalu sakit lelah demah/tuam tapak kaki.
4.        Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit
garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5.        mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat eg bertani,
bersukan dll -  minum air suam dan sedikit garam.
6.        cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah
pagi.

Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum
mengambil makanan atau minuman. Ini bertujuan untuk menstabilkan badan,
meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai
udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada
menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Cara
Rasullullah ini telah menjadi amalan oleh pengembara/penuntut ilmu atau
sesiapa sahaja yang bermusafir.

Selain dari itu garam juga digunakan sebagai pagar dari gangguan
jin/makhluk halus.

1.      Anak yang selalu mengigau, ambil segenggam garam kasar diletakkan
di dalam piring kemudian diletakkan di sebelah atas kepala anak tersebut
semasa tidurnya. Insyaalah tidak mengigau lagi.
2.      Tabor garam di tempat tidur bagi mereka yang suka berkelah di
hutan/pantai. Elakkan dari tidur di atas tanah/bumi, sebaiknya lapik dengan
benda/kain tebal kerana udara yang keluar dari bumi akan masuk ke liang
roma bersama-sama jin.

Semoga dengan ilmu yang disampaikan oleh ustaz ini dapat menjadi panduan
dan diamalkan. Insyaalah semoga kita  dirahmati oleh Allah.

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template