Wednesday, August 29, 2012

#

Raya bertiga 2012

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak menjengukkan diri , nasib belum bersawang lagi blog aku nih. Sedar tak sedar dah sminggu lebih kita berhari raya. Daku bersyukur tahun ni berjaya puasa penuh..tetttt opss tinggal dua hari kes keracunan aritu..hehe..so takde la pedih sangat mengganti poser tak macam tahun lepas, 10 hari beb...jenuh daku kumpulkan kekuatan untuk mengganti.

Sebelum tu, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada kawan-kawanku semua.

Raya tahun ni rumah mentua dulu skejap dan di rumah daku. Happy sangat sebab dapat menyambut hari yang mulia ini sebagai seorang ibu. Lain pulak rasa sebab kena sediakan kelengkapan raya untuk anak pula tahun ni.. excited betul shopping tapi takdela sampai membazir sebab aku saje beli baju Raihana saiz besar . Nanti lama sikit leh pakai baju-baju dia. Lagipon sayang kalo beli mahal-mahal, pakainya kejap aje kan...So better beli kasi besar sikit...

Jom layan hari gambar hari raya family daku.

Abi, Raihana and ummi

 Raihana with ummi

Family sebelah husband, tapi ade lagi 4 adik bradik nya takde.


No comments:

Follow Us @soratemplates