Back to KL

4:10 PM

Minggu ni kami bertiga sudah selamat balik ke KL.. Arghh tak bestnya sebab kena kemas rumah....iyela spjg pregnant aritu aku memang tak suka mengemas lagipon aku sungguh tak larat nak pegang penyapu...kalo ade pon en asben atau adik ku saje yang menolong.

Sedih betul Raihana nak berpisah dengan tok ma nya. Aku pon menangis. Manakan tidak, Raihana ni cucu pertama sebelah aku. So sudah tentu mendapat layanan ekslusif dari semua orang. Sepanjang perjalanan, Raihana amat bertolak ansur. Hanya tido dan bangun untuk menyusu je. Tambahan pulak berita gembira, Raihana sudah boleh menyusu direct beberapa hari sebelum kami balik ke KL. Bagus betul anak ummi. Tak nak susahkan ummi yer..


Elok je sampai Felda Kechau, Raihana yak yak plak. Naseb ummi dah siap solat. Dia berjaya yak yak dengan mudahnya. Siap tak menangis tapi masa lambat nak basuh yak yak (sebab plan nkg umah sedara kat situ tapi call dia xangkat..sebab xtau rumahnya kat celah mana)..Raihana duk tunjal2 kaki sampai tercabut gelang kakinya (gara-gara en asben longgarkan gelang kakinya).

Nasib baik gelang tersebut masih rezeki anak kami. En asben terperasan tepi je tempat dia berdiri. Syukur.

Sampai KL, 1130mlm...blackout pulak. Tanya guard..ni akibat kerja2 pemasangan traffic light. So kami bajet lama la tu..terus ke Damansara pulak tumpang tido umah adik iparku. Raihana maintain je tido sampai pagi esoknya.

Esoknya balik ke rumah kami bersama barang-barang Raihana yang banyak...Tarammmmmmmmmmm



Nasib ada dua orang budak sudi membantu. Bagus betul.. Anak sapelah...Tq tq yer dik..

You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook