Sunday, May 20, 2012

Kelahiran Normal Selepas Caesarean

Arini mood untuk update blog takde sangat. Surf punye surf terjumpa satu artikel yang amat menarik. Since 1st baby ni aku dah melalui kaedah caesarian, tak salah sekiranya aku pon menambahkan ilmu ni untuk diri sendiri dan nak share dengan kawan-kawan lain.


Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.

Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.

Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.

Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.

Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.

Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.

Risiko
Untuk pengetahuan anda, wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.

Namun begitu, risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan penggunaan ubat pencetus kontraksi.

Risiko sebegini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang. Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak tidak lagi diamalkan.

Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan. Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.

Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.

2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.

3. Pemulihan Yang Cepat
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.

4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.

5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.

6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.

7. Kurang Mahal
Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.

Source From : Pa Ma

1 comments:

nur.vv said...

InsyaAllah lepasni boleh bersalin normal.. masa raihana aritu PP kan. it can happen to anyone pun huhu.. jom mengandung lagi ngehehe.

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template