Wednesday, May 2, 2012

Raihana Sudah Sebulan....

Di saat entry ini ditulis, Raihana sudah pon berusia 35 hari. Alhamdulillah ya Allah kerana memelihara anak kami dengan selamat di bawah lindunganMu.

Pada hari ke32 aritu aku dengan en hubby bawa Raihana ke KPJ Perdana lagi sekali untuk suntikan sebulan. Aku agak cuak cz takut Raihana nanges sebab mengikut ibu-ibu lain diorang cakap anak-anak diorang menangis kuat..sampai teresak-esak pon ada.

Raihana get ready untuk ke hospital... nampak macam tenang..lega hati ummi


Sampai je kat KPJ, en asben letakkan aku di entrance lepas tu baru dia pergi cari parking. So aku dengan Raihana terus pergi kat lif. Elok je masuk lif, bermula lah episod tangis tanpa henti sampai aku cuak kenapalah anak aku macam ni.

Aku sempat register Mya Zara Raihana di kaunter sementara staff KPJ mencari GL TNB untuk anak kami. Sekali lagi dia menangis sehingga aku bagitau staff di kaunter untuk duduk di kerusi tepi situ untuk menyusukan dia. Abis 1 oz dia senyap skejap pastu nanges lagi. Masa tu en hubby dah sampai. Terus dia yang tolong settlekan registration sementara aku dukung Raihana untuk ke bilik Dr Mazidah. Cantik biliknya. I Like..


Nampak si kecil rileks je layan susu...


Layan lagi gambo ummi..cantik kan bilik menunggu nak jumpa Dr Mazidah. I Like.

 

Bila abis susu ni..dia menangis lagi. Ingatkan berak, bila check tak de pon. Tak lama tu kami terbau sesuatu. Naseb tak de patient lain.. Sah....dia berak (biasanya dua hari sekali dia berak) ..ape lagi kelam kabut la ummi ngan abi pergi settlekan Raihana kat toilet. Mencabar jugak sebab 1st time handle case berak Raihana di tempat public.hehe... Success.

Masa jumpa Dr. Mazidah, Raihana ditimbang. Berat nya sudah naik kepada 4.1kg. Sebelum ni timbang masa hari ke20, berat nya 3.5kg. Kira naik 600g. Lepas timbang, Raihana disuntik. Syukur dia nanges skejap je. Lepas disapu dengan kapas dia dah diam. Well done anak ummi. Good performance. Keluar je bilik doktor, ade ibu-ibu kat luar tanya anak demam ke ape. Aku cakap, kena inject. Diorang pelik sebab tak dengar baby menangis. Aku senyum je (dalam hati...hehehe anak aku dah puas menagis sebab nak berak tadi..hehe)

Balik dari hospital, singgah kat bank skejap. Ummi tolong register Maybank2u untuk tok abah. Sempat lagi ummi possing dalam kereta.


Raihana masih kesejukan sebab ummi basuh beraknya dalam toilet ade air cond ( sah sah kat hospital ada air cond).. Air pulak sejuk. Ummi pon bedungla sayang. Selesa nampak anak ummi tido. Lega ummi.

1 comments:

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template