Hari Minggu di Melaka

8:21 AM

Sabtu malam aritu kompeni aku keja buat annual dinner. So aku belum sempat nak update entry tentang dinner cz semua gambar ada kat laptop kat rumah. Ape kata aku citer dulu pasal trip ke Melaka.

Ahad aritu aku dan en asben berkemas rumah. Siap berkemas tengah hari tu terus gerak ke Melaka. Plan nak jumpa kawan aku, Hanim yang dari Muar. Sekali last minit family mentua dia datang umah. Tapi aku dan en asben memang ke sana sambil nak jumpa auntie and sepupu en asben.

Cousin en asben ni pelukis. Memang syok pergi kat tempat dia keja. Leka je tengok diorang melukis. Kedainya bernama 'Kora-Kora- di Dataran Pahlawan. Chett..promot sikit. Semua geng dia dari Kelantan. Sempoiii je tengok derang sketch gambar2 pelanggan.


 
 Tuh yang belakang kami tu en cousin. Tengah rushing siapkan order pelanggan yang rushing nak balik..


Raihana dengan riak muka mau nanges.



Sementara menunggu siap, kami ke A&W.. Aku teringin bebenor nak makan monza beger. Double monza beger beb aku belasah. Akibat kempunan dah lama dan kelaparan.. Tapi air, maintain air mineral.. No cold water.


Dah kenyang menyusu..ape lagi tido la anak dara aku ni.. 

Oh yer skang ke mana-mana kami kuar aku tak de bawak susu formula and botol susu cz aku prefer direct feeding. Memula tu segan gak tetapi lelama ok la.. Chopp...aku takde la terus selak-selak camtu..nanti aku citer lain pasal cemane breastfeeding di tempat terbuka.

Selesai makan-makan tu kami terus menuju ke Bukit Katil. Harusla jumpa auntie aku. Ekcelly dah almost 4 years tak jumpa. Bila dia balik kampung, aku plak dah balik KL dan sebaliknya.

Opss tak sempat bergambar dengan dia. Tapi aku sempat snap gambar si comel Raihana yang maintain tido..


Sorry bantal baby tak de la plak...


Kami terus balik ke KL malam tu dalam pukul 10.30pm. Next time plan nak ajak adik aku g makan asam pedas air tangan orang Melaka. Yezza



You Might Also Like

2 comments

Like us on Facebook