Friday, June 1, 2012

Raihana ke babysitter arini..

Sob sob..buat pertama kalinya daku menyerahkan tugas menjaga Raihana kepada orang lain..iaitu babysitter nya. Harap akak ni dapat menjaga anak ku dengan baik. Amin.

Malam tadi daku terlelap awal seawal pukul 9 kalau tak silap sebab landing atas sofa sambil nak layan berita.. sekali terlelap sambil nyusukan Raihana. Dia pon tumpang lelap dengan ummi sekali. Hihi

Bangun-bangun dah pukul 12 kot kalau tak silap. Nasib barang-barang Raihana dah siap pack dalam beg. Cuma susu dalam freezer je belum daku tak letak cz tunggu pagi baru amek.

Malam tadi takde gangguan bangun di tengah malam. So far sejak datang KL dia amat baik. Takde bangun malam. Alhamdulillah senang daku nak menjaganya bila malam hari.

Bangun tadi kul 6.15am, solat Subuh terus pam susu sebelum mandi. Bila ummi dah siap baru salin pampers Raihana dan susukan dia sambil layan Macam-Macam Aznil. Tergelak-gelak daku sambil menanti en asben bersiap-siap.

Masa nak salin pampers Raihana terkejut aku tengok Raihana dah berubah posisi.  Tengokla nih..

Bantal nya entah kemana, bantal golek lintang pukang, selimut entah ke mana dek penangan anak dara ku nih..Aishhh..

Dalam kereta dia hanya tido je dan sampai rumah babysitter pon masih tido. Daku dah sediakan satu set tilam kekabu kat rumah babysitter nya dan minta dia panaskan susu yang dah daku pam tu kalau Raihana nak menyusu.

Sayang ummi ni suka tidur yer..Bagus nya

3 comments:

nur.vv said...

Aaaa lepasni vv pulak hantar baby ke taska. Hopefully baik2 je. ;)

Unknown said...

vv anta ke taska ke..nape x anta babysitteR?

Bundle preloved, baju sejuk bundle said...

Salam, nak tanya, u hantar ke babysitter mane eh? sy tgh pening2 nak carik babysitter ni..

 
Umi Mya Zara Raihana Blogger Template by Ipietoon Blogger Template